Lama tak update blog pasal diri sendiri. Malas! Sebab rajin tulis diari je sekarang ni... (perlu ke bagitahu? wakaka)
Ni pun menaip tanpa sebab sampai tajuk pun tak mampu untukku letak dengan baik & penuh kesusasteraan Melayu. Hakhak!
Nak ucapkan tahniah kepada blogger famous amous Fatin Liyana Asri sebab dapat ahkak ipar yang peliks! Kita pun bakal dapat akak ipar gak tapi dia tak peliks, insyaa Allah... ahakaka.
Rabu ni akan bertolak ke Sabah. Maknanya bakal naik flight lagi.. Sesungguhnya aku benci naik benda alah tu. Serius! Telinga aku pernah pekak sebelah selama 3 HARI sebab naik mende tu. Grr!
Tapi sebab yang nak kahwin tu abang aku dan kawan baik aku sendiri, maka terpaksa berkorban untuk perkara yang tidak disukai itu. Tengok, betapa baiknya adikmu ni wahai abangku & bakal kakak iparku, sanggup berkorban demi kalian... Huahuahua.
Doakan semuanya berjalan lancar ye :)
Dan nantikan update terbaru pasal walimah tu nanti (kalau rajin). I nak tayang baju & tudung I yang vogue tu. Vogue sebab I yang jahit sendiri bukan sebab baju dan tudung tu benar-benar vogue punnnn... Awww... Okbai!
Antara mereka bertiga sila teka mana 1 bakal kakak ipar gua? hek3 |
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)