Kulim
Beberapa minggu sebelum majlis kahwin Ain & Capik, dua-dua ni PM aku dekat FB tanya sama ada aku boleh datang ke tidak. Nampak macam berharaplah pulak... Tapi, diorang ni kahwin jauh sangatlah! Dekat Kulim nun... Budak Ghimo yang kahwin dekat area KL ni pun aku selalu je ter-miss, inikan lagi yang jauh di utara sana.
Lepas tu terima kad dari diorang. Kat kad tu saja je si mempelai tu selitkan hadis sohih yang buatkan aku rasa ni betul-betul wajib pergi nih!
“Apabila kamu dijemput ke kenduri kahwin, maka hendaklah kamu menghadirinya”
Lebih kurang gitulah maksud hadis kat kad tu. So aku pun dok komplotlah dengan abang aku dengan prinsip 'walau apa pun yang terjadi, aku tetap akan datang majlis hangpa!' kih kih kih...
Dan beberapa hari sebelum tu, Cana orang pertama yang seperti dapat membaca segala isi hati ku (ecewah!), maka dia pun PM aku dekat FB (selalunya FB memang sangat-sangat penting untuk hal-hal 'sistem pesanan ringkas' ni).. mih mih mih... Cana PM aku dan Rina, tanya sama ada kitorang nak join ke tak? Dan tiba-tiba aje ada perasaan excited yang datang membuak-buak (ayat tak boleh nak blah lagi ke, Cik Fira oii??).
Actually, aku dah lama tak jumpa Ain. Laaamaaa sangat-sangat! Last jumpa masa kahwin Yana rasanya, 4 tahun sudah. Itu pun rasanya kali pertama kot aku jumpa dia dan masa tu kiranya dia wakilkan Capik jugak sebab Capik ada hal tak dapat datang... jadi masa tu dia banyak berkepit dengan aku lah. Dan selepas-selepas itu dia selalu PM aku je dekat FB dan salah satu sebab dia PM aku adalah kerana dia ada cita-cita yang tinggi terhadap aku. Mahu jadi telangkai antara aku dan somebody that i used to know... somebody... somebody... haa tetiba kan ternanyi lagu Gotye... Haha. Tapi itu semua mustahil, Puan Siti Nur Ain... ;D Kalau 'dia' sedara kau mungkin kemungkinan itu 90% tapi malangnya, kita je kenal 'dia' tapi 'dia' tak kenal pun siapa kita ni.. hahaha. Psstt.. jangan beritahu sesiapa pun (melainkan suami kau) siapa 'dia' dalam ini cerita... :P
Dan diorang yang lain-lain tu pun last aku jumpa masa raya. Haihh, rindu!!
Akhirnya malam yang dijanjikan untuk bertolak ke Kulim itu pun tiba...
Tapi aku pelik sebab hingga ke hari nak bertolak tu, tiada siapa pun yang update apa-apa.
Cana cuma beritahu kitorang kena turun di sekian-sekian tempat, pada sekian-sekian waktu...
Aku hubungi Moon dalam pukul 11 malam gitu, Moon cakap dia kat rumah lagi, Cana akan ambil dia dalam jam 12 tengah malam. Fine lah gitu. Maknanya aku boleh bersantai-santai lagilah kat rumah.. hehe... Lepas tu tergerak pulak nak call Rina dan terkejut sikit bila Rina cakap dia dah kat LRT Universiti, tengah tunggu Jane.
" Dah berapa lama kau kat situ?"
" Lama gaklah... dari 11:20.." bila Rina cakap macam tu, aku tengok jam. Dah 11:45 p.m! Dan aku mula fikir maybe Jane tak jadi pergi dan secara rasminya, kitorang punya trip yang tiba-tiba ini pun terpaksa dibatalkan. Aku pasrah.... Hukhuk... Sebab Jane adalah tuan punya kenderaan, kira orang penting gilak ah minah tu, tiada beliau, siapalah kami *tiba-tiba*. Dan aku pun try juga hubungi Jane, tapi hampeh, henfon beliau tiada di sisi ketika itu...
Jam 12 lebih aku call Moon, dia cakap dia kat rumah lagi. Call Cana, dia baru keluar rumah. Call Rina, dia tengah tunggu Cana. Aku? Menongok kat rumah macam tunggu suami pulang dari perbatasan (padahal tumpang se'mata' menonton Runningman ep 131)..
Hampir jam 1 pagi baru aku keluar rumah menuju ke restoran jejantas Sg Buloh sebab janji diorang akan ambil aku kat sana.
Elok je aku sampai sana, diorang pun sampai juga. Eh, pandai atur masa lah aku ni!
Lepas lepak jap kat situ, makan-makan dan kat situlah Jane buka cerita kenapa dia tak pick up fon. Dia tertidur dan henfon dia tiada di sisi pada ketika itu.
Dan Rina tunggu kat situ selama 1 jam! Pehhh...
Jam 2:09 pagi Sabtu bersamaan 9 Feb 2013, kitorang bergerak ke Kulim.
Perasaan takut, gementar tu datang balik. Doa je banyak-banyak agar semua berjalan lancar. Sangat takut sebab kelima-lima kami adalah PEREMPUAN! Seorang lelaki pun takde! Ya, aku tak pernah berjalan jauh dengan hanya ada perempuan sahaja di dalam sesebuah kenderaan. TAK PERNAH, ok! Itu pertama kali. Kalau ada pun mesti konvoi tapi kali ni tak, hanya 1 kereta saja.
Perjalanan selama 5 JAM itu diisi dengan aktiviti berborak & mendengar bacaan ayat-ayat suci al-quran. Kalau boleh semualah kisah lalu nak diulang tayang semula. Itu pun rancak berborak masa Jane drive, bila tiba part Cana, masing-masing diam sebab Cana pun diam. Moon, Rina & Jane dah masuk ke alam lain. Aku ni pulak separuh-separuh di antara dua alam.. Kui kui kui. Dan kecut perut juga sebab nampak eksiden, kereta Viva terbalik. Adeiii..
Lama sikit tu, dah tengok Cana pun fokus je driving, aku pun ter-rela memulakan pelayaran.. Lepas tu dah tak sedar apa dah, masa tu jam hampir ke 5 pagi. Dalam 5:30 gitu aku terjaga, lagipun semua pun dah bangun masa tu, mencari hentian.
seat depan: Cana & Jane seat belakang: Rina, aku, Moon. |
Kitorang sampai Juru dalam jam hampir pukul 6. Singgah solat subuh dekat Shell mana ntah, lupa, sebab semua hentian area Penang itu tiada surau, yang ada hanya wakaf terbuka dan kat situlah tempat orang lelaki/perempuan solat. Ok, ada sedikit 'kejutan budaya' yang kena pada aku bila tengok hentian macam tu. Haha..
Jam 7 hubungi Sopi dan dia suruh kitorang tunggu kat Pelita Nasi Kandar dalam 15-30 minit lagi dia akan sampai. Tunggu punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu... dia tak muncul-muncul. Kitorang siap cerita tentang kekaguman pada bikers lagi hokehhh, sebab kebetulan masa tengah tunggu punya tunggu tu beberapa orang bikers masuk dalam restoran tu jugak bersama bini memasing... Mestilah bini, orang bujang jarang nak ada motor besar gitu.
Rupanya Sopi lambat sebab hujan di Penang Bridge. Sian kat dia. Dahlah kena terima arahan dari Rina, "kau terus bangun tau, jangan sambung tidur!" hihi. Tapi orang lelaki memang kena ingatkan macam tu kan? Kalau tak... hmmpph..
Lepas Sopi sampai, terus gerak ke Kulim, pergi homestay, masa tu jam dah pukul 8 lebih gak. Badan dah rasa tak best. Perlu mandi!
Sampai homestay, jumpa dengan famili + saudara-mara Capik.
Terasa macam jumpa sedara sendiri pula sebab famili dia memang best, peramah, baik, sweet~ (ni bukan ayat bodek, ni ayat kenyataan). Tiba-tiba terasa betapa untungnya Ain sebab dapat famili mertua gitu...
Soalan yang buatkan kitorang sering terkedu bila ada orang tanya,
" kawan sekerja Capik ke?"
" Tak."
" Kawan masa belajar?"
" Err.. tak.." semua memandang satu sama lain. Camne nak cakap pun tak tahu. Hihi..
" ..kawan internet, cik," haa itulah ayat keramat yang sebenarnya tapi bila orang tanya, kita pun macam terkulat-kulat nak menjawab, macam tak logik kan.. Macam mana kawan kat internet boleh rapat macam kenal dari kecik? Itulah yang uniknya Ghimo 1986!
Dan faktanya, yang datang kahwin Capik & Ain yang aku kenal kesemuanya adalah disebabkan mereka ahli Ghimo, takde lain.
Lepas bersiap-siap, kitorang terus keluar dan baru teringat sebenarnya Sopi belum sarapan lagi. Alahai, kesian lagi. Huhu.
Sebenarnya kitorang semua mengantuk tapi segan nak lepak-lepak kat situ. Rasa macam mengganggu privacy orang pulak kan... lagipun memang niat nak tumpang mandi je. Tengah terfikir-fikir nak ke mana, terus je Sopi ajak lepak mapley. Kat situlah kitorang lepak paaling lama! Semua cerita keluar. Yang takleh blah, Sopi tak caya aku datang masa walimah Yana.
" Apesal aku macam tak perasan je kewujudan kau masa tu?" Tanya Sopi kat aku. Okeh, sentap. Tapi apesal pulak dia nak kena perasan aku wujud ke tak? Keh keh keh.
" Ok, kalau betul kau ada datang kahwin Yana, apa sebab Jane menangis masa kat sana?" Patut ke tak seseorang bertanyakan kau hal hampir 4 tahun lepas? Aku pun tiba-tiba konfius sekejap, Jane ada datang ke? Bhahaha.. Aku lupa! Tapi... zass! zipp! zuppp! Akhirnya ingatan tu datang dalam beberapa saat je.
" Sebab sandal dia putus!" Teruja aku menjawabnya.
Bingo!
Tapi Sopi tetap tak puas hati.
" Lagi satu, siapa yang panjat meja sebab Awyn takutkan lipas?"
Fine, ini part yang aku memang takkan lupakan sampai bila-bila, maka aku pun menjawab dengan tenang dan penuh keyakinan.
" Ok, akhirnya aku tahu juga siapa orangnya." Balas Sopi selamba.
Blur.
Ops! Ok, itu soalan trick! Jahat! Dan kitorang gelak ramai-ramai.
Adehlaa kenangan... Lepas tu buka cerita diorang gaduh dengan budak kecik lah.. Memang, kahwin Yana ada macam-macam kenangan. Lawak je kalau dikenang-kenang. Yana pun sekarang anak nak masuk dua, yang no 1 dah nak masuk 3 tahun dah umurnya, itupun aku tak sempat lagi nak jumpa... hmmm..
Jam 12 kitorang gerak ke rumah Ain. Jumpa pengantin, nak makan kenduri, nak bergambar banyak-banyak ;) Elok je nak parking, kereta yang parking depan kereta kitorang naik tu ada Spec dan Zal. Eh? Terus Sofi panggil Cana..
" Cana, jodoh kau dah datang.." haha... sebabnya Cana belum pernah lagi jumpa Spec. Serius, kitorang pun terkejut dengan kenyataan Cana tu. Biau betik since 2008 dia tak pernah jumpa Spec? Macam tak percaya je. Tu yang terus dapat jolokan jodoh tu. Haha.
" Fira, apesal kau nampak chubby??" Tegur Spec. Sudahhh... Elok-elok je aku buat baju bagi nampak kurus, dia still cakap aku nampak macam tu. Tak sukanya ayat tu! Tak suka jugak dengan tudung yang aku pakai masa tu (eh?). Tapi serius, masa kahwin Ain & Capik tu aku tetap tak suka tudung yang aku pakai tu. Haa macam tudung sponsor pulak kan... kau suka ke tak suka kau tetap kena pakai jugak! Huhu. Alkisah, aku nak pakai shawl je sebenarnya tapi shawl tu, malam aku nak gerak ke Kulim boleh pulak hilang, padahal sebelum-sebelum tu nampak elok je tergantung kat penyangkut. Jadi nak tak nak terpaksa gaklah aku pakai tudung tu.
Masa tengah jalan kaki nak ke rumah pengantin, tiba-tiba terperasan ada lensa yang mengambil gambar rombongan kitorang ni. Rupanya si Kupeng! Laa baru je masa kat mapley dapat berita dia tak datang, panjang umurlah tu kan. So kitorang pun tegur gaklah dia, lagipun dia pun dengan rombongan dia jugak, tak sempat nak tanya kabo ke apa, Sopi dah tolong tanyakan. Lagipun i kan pernah ada 'skandal' dengan dia dulu. Kih kih. Bila dah berada di usia matang gini rasa macam lain pula nak mesra-mesra macam dulu, kang ada yang salah faham, tak pasal-pasal kena sound. Erk! Hati orang kena jaga maa..
Lepas salam parents pengantin dan isi guest book (tapi itu bukan book pun melainkan form. Kreatif!), kitorang yang perempuan ni terus ke bilik pengantin and jumpa pengantin. Rasa sebak sikit. Dulu jumpa lain status, kali kedua ni jumpa dah bertukar lagi status. Dah tu macam mimpi je dapat jumpa dengan Ain lagi :')

Pengantin yang cantikkk! |
Aku suka sangat dengan walimah diorang ni, simple but nice. Pelamin pun buat sendiri, kau hado?
Di atas pelamin yang cantekk |
Lepas bergambar yang tak berapa nak sakan tu, kitorang gi makan. Elok je 3 meja dekat-dekat. 1 meja lelaki, 1 meja perempuan, 1 meja lelaki + sorang perempuan. Dan masa tu gaklah diorang nak usik-usik aku dengan Kupeng. Layankan je. Bukan ada apa-apa jugak tu... cuma terkejut gaklah bila Sopi dengan Rina boleh pula keluarkan ayat-ayat spontan sampai aku pun terspontan jugak. Malu aihh~ Haha. Diorang ni kalau bergurau tak bagi air muka orang berubah memang tak sah, ibarat takleh bagi nama ghimo lah kalau bergurau tapi orang tu buat selamba je. Huhu. Takpelah, lepas ni entah bila tahun entah boleh jumpa semua lagi kan... Sedih pulak...
Lepas makan, bergambar lagi dengan kedua-dua mempelai. Kali ni betul-betul sakan punya.
Rasanya rombongan kitorang je yang banyak bergambar sampai rasa macam tak nak balik. Haha.
Penang
Lepas balik dari kenduri, singgah Pulau. Naik feri. Masa tulah nampak betapa komitednya Sopi sebagai tour guide kitorang. Terharu atas layanan kau, Sopi! 1st class! Itulah pertama kali aku masuk area Pulau Pinang tu. Semua rasa macam mimpi je. Macam tak sangka akan datang negeri yang kita tak pernah pergi dengan diorang-diorang ni. Indahkan rencana Allah? Padahal kalau ikut plan, lepas kenduri terus balik tapi ada pula plan tambahan.
@Queensbay |
Dan aku nak minta maaf banyak-banyak pada korang sebab tak dapat nak merambu lama-lama. Sebab akulah korang terpaksa balik awal. Sob sob sob. Aku pun tengah kejar masa jugak, nak naik Broga Hill pagi esoknya (10 feb), tu yang kena balik awal. Ingat pasal Broga, lupakan terus pasal mengantuk, tak cukup rehat semua tu. Lepak punya lepak, jam 6:30 petang gitu, kitorang gerak balik...
Dan alhamdulillah, aku tiba di rumah jam 11 lebih. Itupun rasanya boleh sampai awal lagi tapi dua kali berhenti. 1st, solat jamak Maghrib - Isya'. 2nd, berhenti dekat hentian Sg Perak, nak cari buah. Masa aku sampai rumah dengan selamat, alhamdulillah.. rupanya ummi baru tahu (aku tak tahu nak guna ayat apa. Nak kata baru tahu, macam aku tak beritahu pula padahal dah beritahu, mungkin baru PERASAN?) yang kami dalam kereta Myvi itu semuanya adalah perempuan, kemudian ummi buat muka risau. Ummi, Yaya dah sampai rumah dengan selamatlah, tak payah risau :)
Kepada Siti Nur Ain & Abdul Hafiz Syafiq, selamat pengantin baru!
"Semoga Allah memberkahi kalian ketika senang dan susah
dan sentiasa mengumpulkan kamu dalam kebaikan".. Aameen..
Sebenarnya sebelum sampai rumah tu macam dah rasa tak sempat pun nak ke Broga.
Alih-alih sampai rumah, diorang pun baru je tengah susun-susun barang kat dalam kereta, belum gerak lagi, rupanya saja nak tunggu aku. Hehehe...
So dengan stamina yang aku pun tak sure-lah berapa peratus yang tinggal ni, aku mulakan pendakian. Mula-mula semangat. Dah nak dekat 15 minit mendaki, baru tahu salah jalan. Aiyoo, terpaksalah patah balik, dan di situlah terasa tenaga aku mula bekurangan.
Mendaki punya mendaki, kaki mula menggeletar, tekak rasa loya, perut tiba-tiba rasa tak best macam masuk angin. Aduiii... Dan lagi beberapa meter je nak sampai puncak pertama (dia ada 3 @ 4 puncak), aku dah terduduk. Tak larat! Yang lain-lain aku suruh jalan dulu. Jangan tunggu aku. Adik aku si Am tulah jadi peneman setia. Lepas tu entah macam mana, masa tengah duduk-duduk merehatkan diri tu, airmata boleh bertakung. Tak tahu nak kata menangis sebab apa. Pasal sakit yang ku tengah rasa tu? Rasanya bukan! Sakit tu bukan apa-apa pun... Biasa je tu. Tapi mungkin sebab rasa penat yang belum hilang balik dari Kulim tu kot. Dengan tak cukup tidur dua malam berturut-turut. Tiba-tiba terasa macam betul-betul cari penyakit tapi aku tak menyesal pun pergi Broga tu!
Dalam kegelapan tu, daripada airmata bergenang, kemudian meleleh, tiba-tiba diikuti sedu-sedan kecil. Aloh aloh... macam budak kecik! Haha. Entah hati aku sedih sebab apa pun tak tahu. Perasaan bercampur-baur jugak masa tu lagi-lagi kat tempat hening macam tu lagilah ambil feel orang kata kan... hahah.. Ngeng! Lepas nangis, dapat coklat! Serius macam budak kecik :))
Lepas tu sayup-sayup dengar suara diorang semua tu menjerit kegembiraan sebab dah sampai kat puncak nan indah. Jeles!
Kerana kejelesan itulah, aku bangun dan mula bergerak walaupun kaki rasa macam tak kuat lagi. Am takde touch light, maka kitorang mendaki dengan hanya menggunakan lampu henfon tu je. Tapi nasib baik ada dua orang mamat yang baik hati, yang berada di atas sedikit dari tempat kitorang bergerak, memberi bantuan meminjamkan cahaya touch light diorang. Terharu ok! Hehe. Thanks, dik! (kalau umur awal 20-an masa ni konfem aku panggil diorang 'oppa~'.. hak hak hak.. amboihh!)
Naik atas sikit, rehat lagi. Kaki sakit. Lepak dekat je dengan family dari Jepun. Nak je tegur "ohayo!" tapi takut tersalah pulak kan... diamkan jela. Dengar ibu dan anak tu berborak, teringat pulak 1 Litre Of Tears... Lepas tu datang sorang mamat ni, tegur Am, then datang lagi sorang, menegur lagi. Bagus betullah penduduk Malaysia ni. Ramah!
Dan akhirnya setelah mencuba dengan sepenuh tenaga, sampai juga aku di puncak!
Terbayang pula, agaknya macam tulah laluan ke syurga. Nak ke tempat yang indah & cantik memang memerlukan laluan yang berliku. Yang membuatkan airmata mengalir dan senyuman terukir di setiap perjalanan... Allahuakbar!
muka dah ceria balik... hew3 |
solat subuh: solat jangan lupa, tiang agama |
Ingatkan naik je payah, rupanya turun pun sama jugakkkk...
Nasib badanlah. Jadi hari ini (setelah 3 hari kes pendakian berakhir), aku rasa aku dah jadi seperti Aya Ikeuchi, jalan dah macam zombi, ada yang kata macam pinguin. Itulah, sebelum ni dok sibuk sangat cakap kisah kau sama dengan Aya, Tuhan dah bagi betul dah walaupun tak 100%. Harap-harap kaki ni akan pulih dalam masa terdekat ini lah. Nak bergerak payah...
Selamat tinggal, Kulim, Penang & Broga, yang mencatat segala macam kenangan. Panjang umur, insyaallah kita bertemu lagi ;)
sumber gambar: Rina & Sopi (kenduri kahwin), Awwab & Ipah (Broga)