Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 20 September 2013

Keliru


Siannya blog ku ini...
Maaf sebab dah lama tak menaip kat sini. Bukan sebab dah bosan tapi sebab online selalu guna fon jadi nak menaip tu tersangatlah malasnya puunnn.

Jadi malam ni (eh, dah pagilah!), entah macam mana masa update page kat FB tadi tetiba terperasanlah perbezaan perkataan-perkataan berikut;

。Ready-made
。Custom-made
。Tailor-made

Jadi aku pun dengan sengaja meng-konpius-kan otak aku dengan memikirkan perbezaan mereka tiga beradik ini. Lebih kurang seangkatan dengan adik-beradik waqaf, zakat dan sedekahlah ni, nampak sama tapi ada beza. Kalau macam ready & custom made tu memang dah sedia tahula tapi takpe sebab aku baik hati banyak malam (err.. pagi) ni aku akan huraikan gaklah definisi menatang alah yang aku sebut tu mengikut pemahaman aku. Sebab ini blog aku, maka sukati aku nak beri pemahaman macam mana. hua3... tapi kalau salah jangan marah haa.. sama2 kita perbetulkan ;) Yang aku keliru sungguh tang tailor-made tula.. haishh..

Okeh sebelum aku melalut lebih jauh, mohle aku terangkan apa yang patut supaya lain kali tiada yang keliru macam yang terjadi padaku sebelum entri ni ditaip tadi...

。Ready-made:- ialah pakaian yg dijual siap mengikut saiz standard seperti XS, S, M, L, XL, XXL, XXXL & seterusnya. Ia juga dikenali sebagai ready-to-wear atau dalam bahasa Melayu mudahnya beli hari ni, hari ni jugak boleh pakai.. Gitteww. Dan selalunya dijual dengan kuantiti yang banyak untuk satu-satu saiz. Golongan marhaen macam aku je yang banyak beli baju2 camni. Murah sikit. Hew3..

。Custom-made:- yang ni pula sekali baca je nampak dah perkataan custom tu yang membawa maksud yang sama dengan customer jadinya term ni diguna apabila tempahan ditempah mengikut ukuran/saiz badan pelanggan. Hah ni mak-mak Datin memang sukalah.. sebab lebih sedap pakai. Takde gelebeh gedoboh terketat sangat macam baju ready-made, harga pun memang LEBIH MAHAL berbanding ready-made tapi kena lebih teliti penghasilannya. So inilah part kerja aku sekarang ni. Pasni kalau ada pelanggan kata aku caj mahal aku nak minta je diorang beli baju ready-made. Muahahaha.

。Tailor-made:- last sekali term yang ni. Aku sampai masa menaip ni pun masih konfius sikit dengan istilah ni tapi apa yang aku faham baju tailor-made memang kena tempah, dia sama dengan ready-made dan sama juga dengan custom-made. Aik, agaknya dah takde nama lain kot, tak tahu nak letak dalam kategori mana satu maka terpaksalah buat kategori baru kasi semua pening. Hak3. Ok, stop mencarut. Eh, melalut.
Baju tailor-made selalunya ditempah tapi BUKAN ikut saiz custom-made. Ia ditempah seperti baju ready-made. Haa ni kira baju ready-made yang bukan hari ni kau beli, hari ni kau boleh pakai. Tak, tak...ini kau tempah hari ni, 2-3 minggu baru tempahan kau siap! Dijual sama macam ready-made -- standard size. Dan sama macam custom-made sebabnya baju yang ingin ditempah tu selepas tempahan dibuat barulah proses jahitan bermula sebab tu makan masa untuk siap. Eh? -_- kan dah aku konfius balik. Tailor-made ni apa? Tukang jahitlah yang jahit kan? Bukan kilang. Ready-made selalunya kilang tapi ada gak tukang jahit kat rumah yang buat tempahan ready-made. 

Arghh! Keliru! Keliru!

Maka disebabkan aku mengalami kekeliruan yang teruk pagi-pagi buta ni, tak jadilah nak masukkan gambar baju custom-made yang aku buat. K, bye.

*ni pun aku menaip dari jam 1 pagi tadi. 1jam gaklah menaip entri guna fon ni. Buang masa betul! Sabo jela...


:: updated pada 1 tengah hari ::

Ni antara baju custom-made yang aku buat.



Diri sendiri pun nak gak jadi model... hua3

p/s: minta didoakan keadaan my family friends agar ditabahkan hati & dipermudahkan segala urusan menghadapi dugaan besar dari Allah yang mana ayah mereka sekarang dalam keadaan kritikal & masih berkeadaan koma.


Ikut via FB