Peringatan Hari Ini
Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"
Sabtu, 3 Mei 2014
Oh 3 Rejab..
Hari ini bersamaan 3 rejab 1435H. Engkorang tahu ke tidak ni?
Sebenarnya hari ni juga hari lahirku mengikut kalendar Islam dan sebab itu aku sangat suka tarikh ini. Lebih-lebih lagi bila tahu yg Imam Syafi'e pun lahir pada 3 Rejab juga. tsk tsk.. terharunya sama tarikh lahir dengan agamawan.. :')
Semalam memang ok. Memang owesome. Kerana ke-owesome-an itu aku telah menabur janji kepada sebahagian manusia dan malam tadi juga dengan gumbiranya aku telah menukar kembali URL blog ini kepada yang lama. Yang mula-mula aku gunakan ketika menjadi pemilik blog ini. Aku ketawa kesukaan!
"ohbulan3rejab.blogspot.com" wujud kembali!!
Malam yang indah. Tersangat indah.
Berangan-angan dapat berjumpa dengan novelis kesayangan; Kaksu dan suami -- En. Rosdi a.k.a Imaen. Kak Lily Haslina Nasir pun dengar kata turun juga PBAKL hari ni. Sungguh teruja patik ingin bertemu mereka...
Tetapi.. apalah daya patik jika sudah ditakdirkan begini jadinya...
"Wamakaru wamakarallah. Wallahu khairul maakiriin"
Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya.
Maka pagi tadi segala-galanya menjadi mimpi buruk yg ngeri. Kenapa perlu begitu? Kenapa jadi begini?
Akhirnya aku beralah. Sudahlah.. batalkan sahaja pertemuan yang dirancang, mungkirkan saja janji yang telah diucap. Sedih woo.. tapi takde siapa yang memahami, maka airmata gugur perlahan-lahan.
Bukankah sepatutnya aku jalani hari ini dengan lebih bahagia daripada semalam? Kenapa semalam lebih indah hari ni tidak? Sungguh Allah sahaja kunci segala jawapan. Semoga ada hikmah yang besar bagi ujian ini... Aameen...