Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 14 Jun 2014

Jalan-jalan yang penuh berliku..


Atas permintaan ramai maka terbitlah catatan perjalanan ini.
Dah lama sebenarnya tak buat cerita ala-ala diari ni. Hikhik.
Ni kisah perjalanan sebelum dan selepas menghadiri majlis perkahwinan Mohd Shazni & Nur Arina. Pehh nama nak best.. haha. Atau lebih dikenali sebagai Saze & Rina.

Sebenarnya sebelum ni ramai je yang expect aku dengan Saze ada apa-apa.
Lagi-lagi bila Saze suka panggil aku laling. 
Tak ingat dah kes laling ni camne boleh wujud.
Tapi akhirnya, haa lihatlah yang Saze sebenarnya dengan Rina, not me! Hahah

Lepas diorang dua ni bertunang, maka masing-masinglah menyuruh aku membuat 'Aku Janji' untuk jadi pengapit untuk dua-dua belah pihak. Yang tak boleh blah bila pengapit lelaki adalah dirahsiakan. Bajet, huh?

" Kalau setakat pengapit lelaki tu budak Ghimo jugak memang aku tak heran derr," kataku penuh angkuh. Kakaka.

Jumaat, 30 Mei 2014

Jadinya, dipendekkan cerita, malam sebelum bertolak nak ke rumah pengantin perempuan di Raub tu, Syam telah me-whatsapp aku. Tanya itu ini. Bincang-bincang, borak-borak. Pastu memasing blur... Hahaha. Blur nak gerak jam berapa, nak ambil aku dekat mana. Konon Syam nak aku ambil KTM turun ke Rawang tapi Syam cakap macam leceh. Jadi aku bagi cadangan turun kat Shah Alam jela kalau gitu sebab kebetulan dia nak kena ambil tunang dia si Zal tu kat sana juga.

" Daripada kau turun Shah Alam, baik kau turun kat Serendah," kata Syam.

Ok gak idea dia, aku pun selalu sampai Rawang je, Serendah, Batang Kali, Rasa, Tg Malim tu semua aku tak pernah gi lagi.

" Tapi nanti sampai Rawang kau kena turun, tukar train kat seberang."

Errr...

Jadinya jam 12 lebih tengah hari Jumaat tu aku pun menuju ke komuter. Sampai sana, komuter dah sampai! Arghhh! Memang tak sempatlah nak kejar pun aduii.. Maka menunggula sampai jam 1 petang. Nasib baik aku bawa buku. Maka tak bosanlah menunggu cuma kesian pada Syam yang menunggu sebab masa aku tengah tunggu tu pun dia dah keluar rumah juga. 

Sampai Rawang jam 1.13 camtu sebab tren ada berhenti sekejap kat tengah jalan.

Turun kat Rawang aku ikutlah pesan Syam tu, sekali terpinga-pinga jap sebab ada 2 platform, campur yang aku turun tu jadi 3 la platform-nya. Satu ke arah KL, satu lagi ke arah Tg Malim, maka aku harus pilih platform mana ni sih? Lagi satu platform tu dah ada tren yang menunggu.

Tanya kat satu family ni dia kata naik yang sama dengan diorang nak naik tula. Pastu sebut arah KL. Aku assume diorang pun tak tahu jugalah tu, jadi aku tunggu je kat platform yang sama dengan diorang tu. Tak jadilah nak naik tren yang tengah menunggu penumpang tu. Baru je duduk sebelah sorang makcik, datang dua orang gadis tanyakan aku tren mana satu yang menuju ke Rasa.

" Tak tahu jugalah. Meh kita sama-sama tanya," balas aku. Maka aku bertanya pada makcik yang duduk di sebelah aku. Makcik tu pula kata naik tren yang dah sampai tu tapi untuk lebih kepastian makcik tu tanya seorang lelaki yang berdiri di depannya. Lelaki tu pun cakap tren tu tapi muka diorang macam was-was jugak. Tapi aku dan dua orang gadis tu terus je bergerak masuk dalam tren tu. Dalam tren tanya dengan orang yang duduk berdekatan aku. Nasib baik tren tu betul. Tapi kena menunggu lagilah dalam tu. Adalah dalam 20 minit gak kot duduk menunggu tu. So baca novel lagilah. Hewhewhew. 

Untung sebenarnya kalau pergi mana-mana bawa buku ni. Serius boleh hilang bosan.
Kalau pergi teman akak ipar aku buat check up pun aku akan bawa buku tapi klinik kesihatan area rumah aku ni bagus juga, 2x aku pergi tak pernah tunggu lama-lama sangat. Selalu tu tak sempat nak baca pun. Kalau sempat cuma dapat 1 page je. Haha.

Hampir jam 2 petang jugalah sampai Serendah tu. Syam pun dah menunggu. Pastu kebetulan memang aku pun 'cuti' masa tu jadi memang rasa syok jelah berjalan. Hahah. Sebab rasa syok nilah yang jadi hal macam-macam tu.

Lepas jemput Zal, jemput Moon, 4 petang kitorang mulakan perjalanan ke Kg Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub, Pahang Darul Makmur!

Dugaan pertama bila kitorang 2x tersalah ambil jalan. Jalan dah betul tapi tersilap masuk je. Nak u-turn tu bukan dekat pula tu. Jauhhh... tu pun dah makan masa dah tu.

Jam 6 petang sampai Bentong. Singgah makan jap. Laparrrr...
Pastu singgah masjid untuk solat asar bagi mereka yang boleh. Yang tak boleh, moh kita online sebab masjid tu ada wifi free.. laju pulak tu. Hahaha. Masa diorang solat tulah aku perasan ada kupu-kupu gergasi yang masuk berita tu. Memang agak banyak jugalah aku nampak tapi dah mati. Jadi aku agak memang kupu-kupu besar tu tinggal area situ.

Jalan ke rumah Rina memang agak scary la. Macam dalam filem hantu tu. Dahlah malam pula tu kalau siang ok juga. Ni kalau jalan berdua dengan kawan lelaki ni atau satu kereta ada sorang lelaki & dua perempuan sumpah aku tak berani weh. Maka terbayang macam mana Rina balik kampung dia.

Tengah dok cakap takut, takut tu tetiba Zal kata,

" Korang ni tak nampak ke tadi ada asap lalu kat depan ni? Lagi seram daripada cerita korang tau." Ngaaa nasib baik aku tak nampak. Zal je kot nampak, ke dengan Syam sekali entah yang nampak sebab aku dengan Moon yang jadi penumpang ni dok sibuk berborak.

Jam 8 lebih kitorang sampai depan rumah Rina. Bestlah suasana kampung. Orang pun sibuk, ada yang menghidang, ada yang masak... bestnya suasana gitu... Meriah!
Petang tu lepas akad nikah Rina ada call aku guna nombor Saze beritahu kalau ada pape contact Saze sebab kunci homestay ada pada Saze.
Call Saze dapat tapi dia tak dengar suara aku pula. Line tak berapa ok. Hujan pula tu.
Lepas tu cuba call rumah Rina nasib baik ada yang jawab.
Rina suruh kitorang masuk je rumah dia.

Masuk rumah dia, Rina tengah bermekap.

" Kalau korang nak bersiap-siap dekat homestay aku rasa tak sempat ni. Korang bersiap kat sini jela," saran Rina. Kitorang terkedu kejap. Iyalah, faham kan.. dengan orang ramai gitu kitorang nak tumpang tukar baju pula. Macam menyemak je. Kikiki. Tapi terpaksa jugalah bersiap kat situ sebab memang masa dah suntuk dah. Dahlah aku ni pengapit.

Cepat-cepat turun bawah balik dan ambil beg baju dalam kereta. 
Lepas tu terdengarlah makcik-makcik kat situ cakap sesama diorang,
" Kawan-kawan pengantin ke? Comel-comel semua.." Hikhikhik... malunyeww titeww...

Tu yang terus Moon dengan Syam giat-giat aku tu, siap cakap, 

" kita ni takde yang pandang... Fira lainlah..." cess cess dan cess padahal makcik-makcik tu bukan cakap dekat aku sorang je, rasanya makcik-makcik tu cakap kat semua kan..

Tengah bersiap, mak Rina masuk bilik. Layanan betul-betul 1st class. Siap ambilkan kitorang kipas, bagi pinjam iron. Tu yang best bergaul dengan orang kampung berbanding orang pekan..
Lepas tu entah camne terkorek-korek dekat Syam pasal pengapit lelaki.
Syam kata dia tak kenal. Pernah nampak muka tapi tak ingat nama. Gotcha!
Ayat tu je yang buatkan aku rasa tak excited dah nak tahu.
" Kalau setakat pengapit lelaki tu budak Ghimo jugak memang aku tak heran derr.."

Turun bawah balik untuk letak beg dan makan, ternampaklah si pengapit lelaki..
" Kau ke...?" Huuhhh konon bajet surprise sangatlah tu Saze dengan Rina ni.
Tapi selama-lama aku dok tertanya-tanya siapa pengapit lelaki tu memang nama Apex takde dalam senarai. Hihi.. Yang takleh blah, Zal masuk senarai pula. Kakaka. Gilo! Tunang orang ganding dengan aku jadi pengapit memang makan sentap namanya. Huhu. Masa tu ada juga dua orang budak lelaki datang sekali dengan Apex,
" Anak buah Haikal," kata Apex. Tapi tidaklah aku diperkenalkan nama mereka berdua. Diorang ditugaskan untuk ambil video. Sorang rambut perang, sorang pakai cap. Dua-dua senyum ramah kat aku. Bagus budak-budak ni. Puji hatiku << ni tambahan je ni. Selingan orang kata. Kehkehkeh.

Selesai majlis sanding malam tu, kitorang pun bergerak ke homestay (chalet sebenarnya).
Nak keluar dari rumah Rina, Paksu dia tanya aku,
" Nak ke chalet ke?" 
Aku angguk je.
" Hati-hati.. kenal Mona Fendi tak?" Gila kau tak kenal? Tapi masa tu Siti -- adik Rina dah bising-bising dah tak bagi aku dengar cakap Paksu diorang, ".. rumah dia ada kat atas tu.. hati-hatilah tidur malam ni. Kalau dengar dinding cakar-cakar tu buat tak tahu je."

Huwaaa!
Jahatlah Paksu kau ni, Rina!
Part Mona Fendi tu aku boleh terima lagi tapi part dinding cakar-cakar tu aku dah kecut perut dah. Teringat masa duduk kat homestay masa kahwin Miza kat Melaka dulu. Rumah tu besar untuk 5 orang tinggal. Dahlah style dia ala-ala Baba Nyonya tu. Klasik dan agak seram sebab rasanya dah lama orang tak duduk. Lantai pun berdebu. Huhu. Masa dalam bilik air tiba-tiba aku rasa macam takuttt sangat. Tak tahu kenapa. Jadinya bila Paksu dia cakap camtu memang aku terasa-rasa situasi kat Melaka tu.. hukhukhuk.

" Jangan dengar, Kak. Jangan dengar.. merepek je ni.." kata Siti. Tapi masalahnya sekarang, aku dah dengar.

Sampai homestay aku tengok suasana dia makin kecutlah perut aku.
Takutt woo..
Sekali buka pintu bilik... lorr kecik je bilik dia. Comel je. Untuk dua orang tinggal.
Masuk-masuk ada katil pastu bilik air.

" Ohh kalau gini tak takutlah.." kataku dengan girang gumbira. Hahah.
Malam tu tidur 1 katil tiga orang. Syam, aku dan Moon.

Sabtu, 31 Mei 2014

Malam tu tak tidur lena pun... tempat baru kan.
Syam jela aku tengok nyenyak gila.
Moon pun tak. Nampak macam tidur tapi bila aku panggil nama dia elok je dia menyahut.

Esok pagi tu bangun cuaca sejukkkk sangat. Menggigil siap.
" Hujan.." kataku bila masing-masing cakap sejuk. Buka tingkap nak tengok hujan lebat ke tak.. macam dapat kejutan je.
" Eh, sungailah!"
Rupanya bunyi yang aku sangka bunyi hujan tu adalah bunyi deruan air sungai. Sungai betul-betul kat belakang chalet kitorang.
Subhanallah! Memang cantik. Air pun jernih je :') Thanks Rina sediakan kitorang tempat yang best ni.

Dah siap-siap tu konon tak nak mekap, tapi apa salahnya gunakan kemahiran cikgu kecantikan kan.. maka Syam mekapkan aku. Dahlah mekap saat-saat genting. 
Tula, ada banyak masa dok main henfon la, berboraklah.. sekali masa dah time baru nak gelabah. Kehkehkeh

Tapi aku sukalah mekap tu. Simple, natural je :)
Dapat pujian Pak Andam tau... haa.. kelas kau, Syam :)



Masa makan beradab tu sempat borak dengan mak Saze sebab aku terdengar mak dia bercakap dengan nenek dia.
" Makcik Jawa ke?"
" A'ah.."
" Mak saya pun Jawa."
" Reti cakap Jawa?"
" Tak..." heee
" Samalah tu macam Shaz. Tak reti juga."
" Pakcik pun Jawa ke?"
" Iya, kami dulu sekampung.." perbualan terputus bila Rina minta dihulurkan sudu. Hihi.

Tapi satulah masa malam majlis sanding diorang tu aku suka tengok kemesraan ibu dan ayah Saze. Sweet sangat. Macam couple muda mudi tu. Gurau-gurau bagai. Sporting je. Maka aku harap Saze akan layan Rina mesra macam cara ayah dia layan ibu dia ;)

Masa majlis, perkara paling best masa majlis RinaSaze ni sebab pertama kali aku jumpa Leha! Yes! Itu pertama kali okeh setelah bertahun-tahun aku friend dengan dia. Dari zaman friendster sampai zaman facebook ni. Dapat juga jumpa anak-anak kembar dia tu. Wiwiwi.. Rasanya ada gambar berdua dengan dia tapi tak tahu siapa yang ambil gambar tu. Huhu.

Aku, Yana, Moon & Syam


Konon petang tu nak balik. Tapi ditahan. Diorang ni ajak pergi Cameron Highland pula.
Aku 50-50, tanya Moon, Moon pun sama 50-50 juga.

" Aku dah bayar chalet tu sampai esok tau," ayat Rina tu buatkan aku dah jadi 70-30 pula.

Petang tu Ain dan Capik singgah solat dekat chalet tu.
Sempat cerita-cerita pasal bersalin. Kikiki.
Ajak diorang tidur situ juga tapi Capik dah janji dengan kawan dia, diorang pun ada BBQ juga malam tu.
Adam pun dah lena tidur, celik-celik terus senyum, gelak-gelak. Comey je.

Bila Ain dengan Capik dah balik tiba-tiba je spontan aku cakap,
" patutnya aku ikut Ain dengan Capik balik sekali.."
" Amboii.. lepas tu kau nak tinggal aku sorang-sorang kat sini?" kata Moon. Thihihi.

Malam tu, lepas isyak pengantin dan family Saze buat BBQ. Wahhh bestnyaaa..
Aku dengan Moon keluar lambat. Keluar-keluar tu tengok diorang tengah makan.
Lepas tu blur dengan Moon. Mana nak ambil makanan ni? Macam dah habis je. Hakhak.
Sementara tunggu next round, aku borak-borak dengan Moon sebab yang lain semua duduk 1 meja, aku dengan Moon je duduk 1 meja dengan mak-mak sedara Saze.

" Aku tak nak makan.. tapi nak kipas-kipas tu je.." kata Moon.
" Kau reti ke?"
" Eh mestilah... aku pandai tau masak."

Bila kitorang bangun nak minta izin untuk masak, tetiba dua orang videographer tu datang kat kitorang,
" Eh tak yah kak, kitorang dah ambilkan," kata si rambut perang tu. Sungguh aku tak tahu nama diorang. Dah dua hari tapi tak rasa nak tanya pun nama diorang. Bila tanya dengan Apex pun dia kata dia tak tahu nama diorang. Aiyoo aku ingat rapat siap tahu nama rupanya tak tahu. Haha. Sabo jela. Siti (adik Rina) dan Anis (sepupu Rina) gelar si rambut perang tu Aweera. Iya-iya aku ingat tu nama dia. Rupa-rupanya nama tu dapat sebab diorang kata muka dia iras Aweera kumpulan Mojo. Ekeke.

" A'ah banyak ni kitorang ambil," balas yang lagi sorang.

Maka terbantutlah niat asal kitorang untuk memasak. Tak, bukan kitorang tapi Moon je. Thihihi

Makan-makan tu, lepas makan Rina suakan kitorang borang ala-ala guest book tu. 
Yelah, siang tu sebab sibuk sangat sampai terlupa nak tulis ucapan.
Pesan dekat Yana dengan Ain semua tapi semua pun lupa. Dengan anak Ain, Adam tu pun meragam sebab kepanasan lagi, nasib baik Rina bagi malam tu kalau tak kitorang memang 
lupa terus.




Lepas tolong kemas sikit-sikit kitorang balik bilik.

" Esok kita jalan-jalan keliling chalet ni nak?" Cadang Moon.
" Hmm... kita tengok esok siapa bangun dulu dan siapa bangun lambat," balas aku. Teringat kes pagi tadi aku bangun kemain awal, diorang ni sedap sambung tidur. Siap kejut tak nak bangun pula tu. Aku memang dah tak boleh tidur dah. Tempat baru kan.. Tak serasi.

Tergelak je Moon dengan Syam.

Ahad, 1 Jun 2014

Pagi tu, masing-masing bangun awal. Aku yang nak sambung tidur ni tak jadi nak tidur bila Syam ajak mandi sungai.

" Agaklah, aku pakai kain kot.. nak bagi kain aku menggelembung dalam sungai tu?" terkekeh-kekeh masing-masing dengar ayat aku tu. Siap berimaginasi sekalilah tu. Tu yang best je ketawa. Haha. Tapi sungguhla aku dah takde baju. Baju Rina yang aku pinjam tu pun dah 2 malam pakai. Seluar dia pun dah nak terkoyak. Ngaaa..

Muka Moon masih muram.
Berita malam tadi benar-benar mengganggu mood dia.
Walaupun mulut dia kata ok, tak ada apa-apa. Tapi aku tahu rasa tu.
Aku pernah rasa. Cuma apa yang Moon rasa tu agak pelik.
Urusan perasaan bukan orang lain boleh campur, yang rasa je akan rasa.

Aku capai henfon.
" Nak tengok movie ni tak? Kalau sedih-sedih, rasa down, movie ni salah 1 terapi bagi aku,"

Tangan mula scroll bahagian video.
Mencari-cari filem pendek yang dimaksudkan.
Jumpa!
Pasport Ekspres.

Syamlah paling suka melayan. 
Lagipun bosan kan..
" Patutnya kita pinjam salah satu laptop diorang tu," kataku.
" Diorang mesti nak guna buat kerja lah," kata Syam. Hmm betul juga.
Dahlah dengan line internet teruk sangat. Tak dapat.
Rupanya Rina kata pencawang internet tumbang kena ribut bulan lalu, tapi dah dibetulkan cuma tak tahu kenapa tetap susah nak dapat line.

Lepas tengok movie berdurasi hampir 19 minit tu, masing-masing menghilang.

Aku sambung baring balik. Konon nak sambung tidur. Syam dah keluar ikut pintu depan. Tuala siap dia sangkut kat ampaian belakang. Senang nak capai katanya.
Moon berlalu ke bilik air, keluar bilik air, dia menjenguk kat tingkap.

" Syam mandi la.." cepat-cepat aku pun ke arah tingkap. Amboihhh sajaknya dia berendam dalam sungai yang jernih tu. Tetiba rasa teringin pula. Tapi tahan dululah. Gila apa mandi guna kain? 
Tak lama tu Moon keluar ikut pintu belakang tapi keluar tak masuk-masuk. Aku dah pelik mana dia pergi?

" Moon mana?!" Tanya aku pada Syam.
" Ada ni haa.. tengah main air."

Hallaa.. dengar ayat main air tu yang rasa nak kena pergi join diorang juga ni.
Usha-usha tengok ada orang lelaki ke tak, tengok macam line clear je. 
Budak-budak lelaki berempat tu rasanya tak bangun lagi. Nak keluar ikut pintu depan perasan ada orang kat luar. Segan pula. Nak tak nak terpaksa panjat tembok tu.

" Gigih, Fira! Chayok-chayok!" Jerit Syam bila nampak aku dengan sedaya upayanya nak panjat juga tembok ala-ala beranda kecil kat pintu belakang tu, dengan berkain-nya. Hahah. Syam gelakkan aku. Mohon jangan bayangkan sebab aku pun rasa kelakar. Cuma yang buat lagi gigih untuk aku panjat tembok tu sebab terbayang Moon pun pakai kain, boleh je dia panjat. Takkan aku tak boleh kan...

Akhirnya, berjaya!
Turun ke sungai tu baru perasan Moon pakai seluar tracksuit. Ceh! Tertipu gua.
Nasib baik je tak jatuh tersembam masa dok panjat tembok tu. Wakakaka.

Masukkan kaki dalam air. Ya ALlah... nikmat yang tak terperi.
Seronok je tengok Syam tenggelam timbul dalam tu.
Moon duduk atas batu sambil bermenung.

Sambil bermain air, tiba-tiba aku ternyanyi pula lagu Ahmad Jais,
lagu yang ada dalam filem Pasport Ekspres tu. Hihi. 


jangan dikenang kalau engkau seorang
jangan diingat kalau engkau termenung
mungkinkan hati rasa ragu dan bimbang
tiada siapa 'kan menolong"


Betul-betul rasa macam Bawang Merah nyanyikan lagu ikan kaloi. Ekeke. Cuma beza tu tepi perigi, yang ni tepi sungai. 
Tu untuk ibu yang dah jadi ikan kaloi, yang ni untuk sahabat yang sedang bermuram durja.
Tu suara sedap, yang ni lagi berdouble-double sedapnya. Ahaks!

Sungai yang cantik. Sungai yang indah.
Rama-rama berwarna-warni ikut menyinggah.
Indah sangat :')
Kalau ada kamera, lama dah tangkap gambar suasana tu.

Moon mula turun dari batu besar,
" nak ke mana?" Tanyaku.
" Masuk bilik, nak mandi." Balas dia.
Aku mengekor dari belakang. " Nak ikut juga," baik aku cabut sebelum si teruna pria tu bangun tidur dan nampak aku dengan keadaan camtu. Silap-silap kena gelakkan. Kain pun dah lencun hampir paras lutut. Nama pun rendam kaki kan..

Elok je masuk bilik, tahu-tahu diorang yang lelaki dah keluar nak mandi sungai. Pheww!
Selamat cepat. Kihkih.

Call Rina, tanya bila kita semua nak gerak ke Cameron Highland? Semalam diorang ni kata dalam jam 9. Untuk outdoor. Tapi sekarang dah 9.30 lebih dah tapi macam takde tanda-tanda nak gerak pun.

" Dia tengah basuh kawah," kata si penjawab panggilan di sana. Rasanya Siti.
" Boleh panggil dia sekejap?" 

Lama jugalah menunggu nak tunggu Rina jawab panggilan tu.
" Kita gerak dalam jam 11 lah, aku pun tak siap mengemas lagi ni."

Siannya pengantin kena dera cuci kawah. Huhu.

Sampai rumah Rina jam 11 lebih juga.
Disambut Mak Ngah dia.
Diorang pun rupanya baru selesai mengemas semua.
Kena basuh 5 biji kawah! Fuyooo...

Kami dihidangkan dengan kek, lemang dan sambal hitam!
Pertama kali sebenarnya aku nak try sambal hitam ni. Sebelum ni nampak je adik aku si Nisa' tu bawa balik, merasanya tak pernah pun.
Semalam nampak Yana makan memang macam sedap je. Teringin nak rasa tapi semalam dah kenyang. Nasib baik hari ni Rina hidangkan. Makan dengan lemang.

Memang umphh! Patutlah semalam Yana makan non-stop.
Siap minta bungkus.

Dah siap semua, masa untuk berangkat!
Dalam kereta tu, baru teringat aku nak minta bungkus sambal hitam tu.
" Sedapnya sambal hitam tadi.."
" Bukan kau nak minta bungkus ke? Pergilah minta," kata Zal bila dengar aku cakap macam tu.
" Terlupa tadi lagipun Rina dah masuk kereta."
" Mintalah dekat mak dia."
" Maluuuu... tak payahlah."
" Malu tak dapatlah. Ke nak aku mintakan?" 
Weee.. senyum lebar aku bila Zal usulkan camtu. Laju je cakap nak.
Zal keluar kereta tu, elok je Rina pun nak masuk kereta.

Tak rugi minta, dapatlah 2 bekas.
1 bekas untuk orang yang mintakan, satu bekas untuk aku.
Teringat kakak yang mengidam kat rumah sebenarnya.
Teringat juga kesedapan sambal hitam ni.
Negeri lain tak dapat, kat Pahang je ada tau!

Kami konvoi 3 kereta.
1 kereta pengantin berdua, 1 kereta Apex dan dua orang videographer tu, 1 lagi kereta kitorang naik.

Keluar dari area rumah Rina baru line ok, internet pun ok. Haaa.. best!
Borak-borak, gelak-gelak, sambung belek henfon lagi.. tetiba kereta yang kitorang naik terlanggar lubang. Terkejut jugalah masa tu. Tapi macam biasa, buat lek.. tapi tetap berdebar sebab bunyi tayar dah lain.

Kelepek! 

Kelepek! 

Kelepek!

" Bunyi apa tu?"
" Tayar pecah agaknya.."

Ngaa.. ngerinya! Selama 28 tahun aku hidup ni, aku tak pernah hadapi situasi macam ni.
Tak pernah! Jadi aku takut juga masa tu. Muka je cool, dalam hati Allah je yang tahu.

Zal mula turun dari kereta, kemudian Moon. Diorang tengok tayar.

" Tayar tak pecah. Rasanya rim ni." Lepas tu amende tah nama Moon sebut nama benda tu. Aku pun tak arif sangat part-part kereta ni. Jadi aku dengar gitu-gitu jela. Yang aku tahu muka masing-masing cemberut. Dengan panasnya lagi. 

Call Saze, minta diorang semua patah balik. Aku dengan Moon dah berdiri kat tempat teduh. Syam dah terduduk. Dah tak tahu nak buat apa, tak tahu nak cakap apa.
Kereta yang lalu siap hon-hon. Siut-siut dekat kitorang. Siot betul.. -_-

Tak lama tu diorang yang lain sampai.
Masing-masing dok jenguk bawah kereta.
Cari punca bunyi tu dari mana.
Rina call Pak Anyang dia. Nasib baik Pak Anyang, Mak Anyang dan family dalam perjalanan.

Kitorang yang perempuan (kecuali Syam) menunggu sambil ber-wefie.
Yang lelaki sibuk tukar tayar spare.
Baru tahu rim yang rosak.
Try lagi bawa, bunyi masih sama.

Maka menunggulah lagi sambil berborak. Yang lelaki main tarik daun pelepah tu siap.
Terhiburlah juga tengok walaupun cuaca panas ya rabbi.
Walaupun mood Syam tengah down.
Aku boleh nampak. Benda unexpected kan..

Si videographers masih setia dengan kamera masing-masing.
Aku tak tahu berapa banyak rakaman yang ada kat diorang tu.
Budak rambut perang tu yang banyak merakam.
Rasa nak tengok je pe yang dia rakam tu... ngee..
Masa kitorang kenakan Apex dengan Ain tu pun dia rakam juga.
Siap yang pakai cap tu buatkan cincin untuk Apex bagi dekat Ain lagi. Haha.
Tapi entah, masih belum tergerak nak tanya nama diorang -_-

Lepas Pak Anyang sampai, tak lama tu kawan Pak Anyang dari Felda Tersang 3 pun sampai juga. Masa tu kereta Syam dah takde dekat dengan kitorang, dah ke depan sikit. Jadi aku duduk dekat situ lagi dengan Rina sampailah entah bila masa Rina duduk atas rumput dengan Mak Anyang, Siti dan Anis. Moon dengan Syam dah ke kereta juga melihat kereta dibaiki. Aku tak reti benda-benda gitu. Tak minat pun. Mungkin lagi satu sebab, adik-beradik aku pun ramai lelaki, jadi pape hal berkaitan kerja lelaki ni memang akan diserahkan pada diorang pun. Agagaga.




Alhamdulillah setelah beberapa jam di situ, akhirnya selesai juga urusan.
Tapi takdelah selesai sangat pun. 
Rupanya rim tayar depan pun rosak juga.

" Harap-harap dapatlah rim dekat mana-mana kedai, kalau tak korang kena naik dengan Apex la nanti," kata Zal. Aku dah rasa tak best. Bukan apa, sebab tak rapat dengan Apex serapat macam dengan Zal dan Saze. 

Dalam ghimo tu boleh kira dengan jari je berapa ramai kawan lelaki yang aku rapat.
Betul-betul rapat pun selain dua nama yang aku sebut tu, aku rapat dengan Capik juga. Dengan Saze pun lepas dia bertunang dengan Rina baru rapat, sebelum ni... haremm.. Gurau-gurau gitu je tapi still orang nampak aku rapat dengan Saze dah lama. Hewhewhew. Yang lain tak rapat pun. Gitu-gitu je. Dan Apex antara yang paling gitu-gitu. Haha. Sebab dia tak aktif sangat kot.. lepas tu.. memang tak rapatlah senang cakap. Memang rasa berat juga kalau nak naik dengan dia. Takut terkaku tak bercakap sebab dalam kereta dengan Zal memang asyik bercakap, dok tergelak, siap kena bahan bagai. Huhu.

Jadi bila dah Zal pesan camtu aku dengan Moon redho jela.
Yang penting selamat semuanya.
Yang penting kereta tak teruk.
Tu ayat Moon pujuk aku. Wink!

Bergerak ke pekan, aku dengan Moon naik kereta pengantin.
Kacau daun je kan...
Rina drive sebab Saze tak sihat.
" Aku takut sikit ni bawa kereta orang, kalau kereta sendiri best je nak buat apa-apa pun, nak bawa camne gaya pun,'' beritahu Rina.
Aku dengan Moon setuju je dengan ayat dia tu. Memang betul pun kan..

Zal dengan Syam naik kereta Saga tu.

Sampai pekan tu sebenarnya nak singgah kedai tayar juga tapi Pak Anyang suruh singgah makan tengah hari dulu.
Yum yummy! Sebab perut dah lapar kan.. jam pun dah 3.30 petang masa tu.
Lepas tu aku pun memang blur-blur je masa tu. Mungkin sebab rasa terkejut kes tayar tu belum hilang lagi kot.. tu yang bila diorang bercakap dengan aku, aku masih tak berapa nak hadam. Siap kena gelakkan pula masa makan tu. Tak lama tu terdengar Zal cakap dengan budak rambut perang tu, " kau dengan dia ni sama je," kata Zal sambil tunjuk aku. Yang lain dah gelak jugak.

" Apa?" Aku tak puas hati bila rasa macam ada orang umpat aku depan-depan tapi aku tak faham butir bicaranya. Diorang geleng je gelak-gelak. Aku pandang budak rambut perang tu, tapi masa tu dia dah tukar nama, Anis dan Siti panggil dia Sam Bunkface pula, dia pun dah terikut perangai diorang, " takde pape," kata dia. K, fine! Tapi diorang terus gelakkan aku. Malas nak layan aku terus sambung makan. Dan aku lah orang paling last habiskan makanan. Pfftt! Lembab!

Jam 6 lebih kitorang sampai Cameron Highlands! Hoyeahhh!
Cuaca best, sejuk je. Aaa sukanya cuaca gini. Puteri Lilin memang suka sejuk-sejuk ni..
Terus hilang dah kejutan pasal insiden tayar tadi.
Singgah stesen minyak sekejap, ambil Anis naik dengan kitorang untuk tunjuk jalan sebab Pak Anyang tunggu Asyraf kat toilet kut. Entah, tak sure. Huhu.

Sampai Sungei Palas, Saze turun kereta untuk minta izin pak guard untuk masuk kawasan ladang teh tu. Masa melawat dah habis pun masa tu. Tu yang dia tutup tak bagi orang lain masuk dah.
Haikal suruh jual nama siapa entah.
Akhirnya kitorang 4 kereta dibenarkan masuk...

Dah ok semua, tiba-tiba...
Jeng jeng jeng...

Handbrake kereta Saze stuck! Tak boleh diturunkan!
Aku dengan Moon (Rina sekali agaknya) dah gelabah.
Teringat kata-kata Rina masa mula-mula bawa kereta tu.

Aku, Moon, dengan Anis diam je masa Saze dah marah-marah tu. Kesiannya pengantin. Hukhukhuk. 
Bagi aku tu bukan marah, cuma tindakbalas (refleks) bila barang kesayangan kita rosak ditangan orang, waima orang tu orang kesayangan kita sekalipun..

Jantung aku dah lari rentak. Dah berputar balik kes tayar tu.
Apalah malang.. haihh..
Rina asyik sebut "maaf", 
Saze pula asyik tanya apa yang Rina dah buat dengan brake kereta dia?

Lama gak Saze dok gegar-gegarkan handbrake tu, nak bagi turun. Tapi stuck juga.
Sampai pak guard tu dah panggil arahkan masuk beberapa kali. 
Tiba-tiba aku perasan Rina macam nak tolong Saze, tak sempat aku nak pesan kat Rina jangan sentuh apa-apa dah, takut jadi lain, nanti lagi kena marah.
Tapi tak sempat aku bersuara, handbrake tu patah! 
Dipatahkan oleh tangan Rina. Oh my!
Sebenarnya bukan patah, tapi kepala dia je tercabut. Lagilah susah nak betulkan.
Dan lagilah Saze bengang gila.
Kitorang kat belakang ni memang dah senyap je.
Anis dah gigit jari. Aku dengan Moon dah tak tahu nak pandang mana dah melainkan pada handbrake yang dah rosak tu. Ngeri woih situasi tu!
Aku tak suka sebenarnya situasi tu. Aku kan jiwa halus. Haha.
Nak je aku cakap dekat Saze, benda dah sampai ajal. 
Tapi gila kau nak cakap macam tu pada situasi genting macam tu? Ada jugak aku kena halau keluar dari kereta. Bahaha. Diam lebih baik. 

Dalam kes ni aku tak boleh nak salahkan Rina sebab aku tengok dia tarik handbrake ok je, dah brake tu nak stuck takkan nak tahan-tahan kan.. Kalau tahu brake tu nak jadi camtu aku rasa memang Rina takkannya nak tarik handbrake tu.
Nak salahkan Saze pun tak boleh sebab tu kereta dia. Sama kes macam aku la, kalau barang aku, aku sendiri rosakkan takpe, kalau orang lain rosakkan memang automatik terhangin satu badan. Haha. Keji kan? Kikiki.

Last, kepala handbrake yang patah tu Saze try selitkan baru boleh turun.
Rina dah diam. 
Semua diam.
Yang kat belakang ni lagilah dari mula kejadian hingga ke sudah terdiam.

Dua situasi dalam tempoh tak sampai 24 jam.
Memang ngeri. Huhu.

Sampai di destinasi, Saze turun kereta.
Anis pun ikut.
Aku dengan Moon masih di dalam. Temankan Rina.
" Jomla turun," ajak aku.
" Macam mana nak turun, aku dah tak berani nak pegang handbrake ni," sian Rina. Dia guna brake kaki je tu untuk tahan kereta daripada meluncur. Dah brake tangan tak boleh guna.

Kat luar dengar Saze bercerita dengan yang lain kenapa kitorang lambat gerak masa kat pondok guard tu.
Lepas tu sorang-sorang datang tengok kepala handbrake yang dah patah tu, termasuk Pak Anyang. Menggeleng kepala dia tengok nasib handbrake,
" Ganas sungguh anak sedara aku ni," kata dia. Kitorang sengih je dengar Pak Anyang cakap camtu.

Tak lama tu Saze datang,
" kenapa tak turun lagi ni?"
" Rina dah tak berani pegang handbrake tu dah, dia guna brake kaki," balas aku selamba.
" Laa nape tak cakap?" Masa tu nampak muka Saze ada rasa bersalah sikit.
Then aku dengan Moon cepat-cepat turun kereta. Biarkan babak antara pengantin pula. Wiwiwi. Padahal takde pape pun sebab elok je kitorang turun, Rina pun turun sekali.

Turun tu Haikal tegur,
" Hai, Nurul..." dia hai pada aku. 
Nurul?
" Nurul mana pula ni?" balas aku.
" Nurul Fariha.." kata Haikal selamba. Sesuka hati dia je letak nama orang.
" Eh, bukan. Fira Hilwa kan.." haa nasib baik ingat nama indah ku. wiwiwi.
" Hai, Moonlight.." dia tegur Moon pula. Kitorang senyum jela. Ingat dia datang bawa anak dan isteri dia tapi rupanya seorang.

Seronok tengok Anis, Siti dengan Asyraf bergambar dekat ladang teh yang santek tu.
Maka perasaan teruja yang hilang sekejap tadi datang balik.
Cuaca pun ok. Sejuk yang best. Sejuk yang menyenangkan :)
Maka kitorang pun bergambar! Bergambar dengan cuaca hampir senja tu.


Muka ada senyum tapi bila baca kisah-kisah yang tercoret ni mesti macam tak sangka
kitorang masih mampu hulurkan senyuman. Weee

Lepas tu diorang panggil berkumpul balik, tanya cemana semua sebab sepatutnya Moon kerja besok. 
" Moon, amacam? Ok tak? Nak surat MC? Tapi dah bagi dekat Man.." kata Saze. Masa tu baru tahu nama yang pakai cap tu Man.
Moon pandang aku, aku kalau Moon balik memang aku kena ikut. Nama pun menumpangkan. Kira aku dengan Moon ni dah macam kembar siamlah. Mana-mana pergi mesti nak kena ada sama. Tapi selepas dipujuk-pujuk, Moon redho pasrah macam biasa. Kihkihkih.

Maka malam tu, bermulalah kisah kami di Cameron Highlands. 
Bahagia je padahal baju dah takde dah ni.
Rasa macam merepek je plan-plan ni.
Tapi macam aku kata tadi, kami menumpang. Adat menumpang memang perlu pasrah segalanya. Kikiki. Tapi ni pasrah dalam bahagialah sebenarnya. Pertama kali dalam seumur hidup aku telah ikut pengantin bercuti. Mana pernah sebelum ni. Akak, abang dengan adik aku pergi bercuti dengan pasangan diorang pun tak pernah aku mengekor camni. Ni memang pertama kali.

Malam tu, lepas letak barang dekat apartment di Tanah Rata, kami pergi makan.
Lepas makan, aku dengan Moon berjalan cari baju.
Jumpa! Tersama kaler pula kitorang beli. Nampak tak ayat TER tu, tu maknanya memang tak rancang pun nak beli kaler sama. Hihi.

Balik tu, masing-masing siap-siap untuk tidur.
Aku pinjam seluar Rina lagi. Hihi.
Budak-budak lelaki buat hal diorang. Entah kata nak gi CC ke apa. Tak tahu.

Nak tidur tu, tiba-tiba dengar pintu diketuk.
Buka tu rupa-rupanya Syam.
" Sorang je?"
" A'ah, Zal join diorang melepak."

Entah jam berapa tiba-tiba aku terjaga, Syam dah lena sangat aku tengok.
" Moon, kau tidur ke?"
" Tak pun.."
" Aku nak masuk toilet ni. Kau jangan tidur tau." Pesan aku.
" Ok. Nanti masuk bilik ambilkan henfon." 

Tak lama aku dalam toilet tu terdengar suara riuh.
Diorang dah balik ke?
Keluar tu, sangkaan aku betul. Diorang dah balik.

" Good night!" Tegur si rambut perang. Ramah.
" Selamat pagi!" Balas aku sambil menuju ke arah henfon yang dicas guna plug di ruang tamu tu. Tiba-tiba dua-dua tu menuju ke arah aku. Eh?
Rupanya Man nak guna charger, rambut perang tu pula nak guna salah satu plug. Entah nak pasang laptop ke apa, kebetulan pula dua-dua plug tu full. 1 charger Moon, 1 charger aku. Hew hew hew.
Cabut henfon, terus masuk bilik.

Sebabkan tidur aku terselit tengah-tengah, memang rasa sesak tu tak payah cakaplah.
Tak sama pula situasi dia dengan masa tidur dekat chalet tu.
Chalet tu aku ok lagi. Biasa je tidur.
Tapi kat Cameron jadi lain.
Rasa sejuk kat kaki tapi badan dah berpeluh. Mungkin sebab chalet ada kipas, yang ni kipas pun takde.

" Memanglah, dah kau kena himpit dekat tengah-tengah," kata Saze bila dia dengar aku bercerita pada Rina pagi tu.

Isnin, 2 Jun 2014

Pagi tu, aku sarapan coklat yang Zal menang jawab soalan kuiz masa majlis Rina tu.
Coklat Delio. Sedap pula aku rasa.
" Coklat paling murah dekat kedai mak aku. Harga 20sen je," kata Rina bila aku bagitahu coklat tu sedap sangat.
Diorang yang lain dah kenyang makan lebihan sup malam tadi. Rina panaskan.

Lepas dah sarapan semua, masa untuk ke Sungei Palas kembali.
Untuk photoshoot!
Turun bawah tu macam orang jakun je tengok suasana.
Kat KL tak dapat suasana gini, tahu? Kabus tebal! Hebat! MasyaAllah!
" Kat London!" kata si rambut perang yang berdiri berdekatan aku.
" Tengok ni," kata dia sambil tunjuk mulut dia yang mula berasap bila dihembuskan nafas. Hidung dia pun ikut berasap. Aku dah pelik masa tu. Bukan dia tengah hisap rokok ke? Apa yang dia cuba nak tunjukkan pada aku ni? Kemudian aku pandang Rina pula, Rina sedang bercakap dengan Saze masa tu dan aku terperasan sesuatu. Mulut Rina pun berasap! Aku pandang budak rambut perang tu semula. Suka dia hembus-hembus nafas dia tu. Aku pandang pula jari tangan dia yang pegang sesuatu. Oh, bukan rokok. Tapi coklat Delio yang dah tinggal suku! Hahahah. Salah faham pula tadi. Ku sangka yang dia pegang tu puntung rokok. Patutlah takde bau asap rokok. Dan aku pun terikut main hembus-hembus nafas tu. 
Berasap! Tapi rasa macam dah terlambat sikit sebab kabus dah mula berarak pergi.

Awal pagi bergerak cari kedai tayar dulu.
Jumpa. Dan masa tu baru tahu Apex terer cakap Kantonis!
Kitorang ni dok melopong jela tengok. Hahah.
Baru tahu bakat terpendam Apex. kikiki.
Tapi tak dapat juga rim yang dikehendaki.
Mahal pula harga.
Try pula ke Brinchang. Sama je.
Akhirnya, rim tidak ditukar. Zal tinggalkan kereta dekat hotel berdekatan, kemudian naik dengan Apex dan dua orang videographer tu.
Syam naik dengan kitorang, tumpang pengantin.
Itu je cara nak selamatkan tayar yang lain supaya tak kena virus.

Masa di Sungei Palas, pengantin mulakan photoshoot.
Kitorang berempat; Zal, Syam, Moon dan aku jalan sendiri-sendiri. Tak tahu nak tengok apa dah.
Tengok ladang teh ajelah seluas mata memandang. Angin yang menghembus pun tak sesejuk semalam.
" Pukul 12 ye kita balik. Nak singgah Teluk Intan lagi kan.." kata Moon.
" Buat apa Teluk Intan?" Tanya aku. Blur.
" Nico kata ada kedai tayar murah kat sana."
Siapa pula Nico ni?
" Nico tu anak buah Haikal yang lagi sorang tu, sorang kan Man nama dia," oohh lala.. baru ku tahu nama dia Nico. Kekeke. Selama ni memang aku panggil dia budak rambut perang je. Huhu.

Dah puas berjalan tu, kitorang patah balik.
Diorang tunggu kat cafe. Lapar pula sebab pagi tadi makan coklat je.
Nampak sandwich, sedapnyaaa..
Tiba-tiba Haikal minta kitorang berlakon sama.

Apa??
Jeng jeng jeng...

Pengarahnya ialah Nico! Haa baru sedap nak sebut nama budak ni. Kalau tak semedang dok budak rambut perang je. Muka Aweera Mojo lah, muka Sam Bunkface lah. Sian Man orang tak cakap pun muka dia macam siapa-siapa. Macam kes aku kalau berjalan dengan Tika lah tu. Bukan orang pandang aku, orang dok pandang Tika je. Sampai orang tu dah selamat nikah dengan abang aku pun orang dok usha dia. Grr! Takpe, Man, kita serupa. Sabar dan tabahla. Wakakaka. Ter-emo lain macam pula. Kikiki.

Berlakon entah macam hape je aku rasa.
Mana kitorang pernah berlakon!
Walaupun abang aku videographer, adik-adik aku photographer, tapi diorang tak pernah minta aku berlakon tau. Tak pernah! Kalau aku nak berlakon, aku kena kahwin dulu. Tu syaratnya. Kira ni lakonan pertamalah seumur hidup aku. Keh keh keh. 


Lepas tu kitorang pun turun dari ladang teh... nak balik dah...
Sedih bercampur gembira.
Kat bawah tu bergambar buat kali terakhir. Sob sob sob.

Dalam gambar ni Man takde. Mana entah dia pergi.
Dari depan gambar bawah: Saze & Rina (pengantin), aku, Moon, dan Syam
Belakang yang melompat: Haikal, Apex, Zal dan Nico.


Balik tu kami berlima naik kereta Apex menuju ke hotel tempat Zal park kereta.
Sebelum hantar Zal -- Moon, aku dan Syam minta diturunkan kat pasar.
Nak beli jagung kengkonon. Sekali terbeli strawberry juga tapi masa taip ni strawberry dah berkulat sebab lupa nak makan. Hoho. Nampak tak betapa putusnya fius otak aku sampai banyak sebenarnya benda ku tak ingat sebab ada banyak lagi benda lain yang aku kena ingat..??

Belum sempat pilih-pilih kat pasar tu, tetiba hujan lebat. Apa lagi... aku ni kan memang gila hujan.
Pencinta alam aku ni konon. Kekeke. Saja je berlari ke sana ke mari. Konon cari tempat berteduh, padahal nak main hujan. Nampak tak permainan dia? Hahaha. Tapi kalau ada Zal dan Apex kat situ, sumpah aku tak main hujan. Buat-buat tak suka hujan lagi ada. Kikiki.
Maka terlencunlah aku seketika. 

Barang dah siap beli, kitorang tunggu tepi jalan kot ternampak Apex lalu ke kan..
Tak lama tunggu tu nampak Apex dan keretanya.
" Apekkkkk!" Syam jerit, satu pasar tu dengar aku rasa. Hahaha.
Pakcik jual keledek rebus tu pun ikut pandang arah Syam pandang. Lepas tu dia ikut tergelak. Agaknya dia ingat Syam gelar Apex main-main kot.. sekali betul-betul apek (mamat muka Cina) dalam kereta tu. Agaknyalah kan... aku agak-agak je ni. Hahah. Bak kata Moon dan Syam, imaginasi aku tinggi. Hahaha.

Baru je letak barang tiba-tiba ada polis trafik datang.
Katanya tak boleh parking tepi jalan tapi dia tak nampak ke apa yang kitorang tengah masukkan barang dalam kereta dan nak gerak juga?
Cuma jangan dia minta kad pengenalan aku sudah... memang aku tak bawa i/c pun. 
I/c entah mana aku letak. Memang tak bawa. Ngeee.
Tak sempat aku tutup pintu Apex dah nak jalan.
" Apek, pintu kereta kau tersekat!" Memang agak kelam kabutlah masa tu. Syam pun tak sempat nak susun barang elok-elok. Siap dia peluknya barang-barang yang dia beli.
Apex jalan depan sikit baru pintu boleh tutup. Haihh... cobaan...

" Kereta aku ni macam berasaplah kat depan ni," kata Apex, dah sudah...

Berhenti tunggu Zal sampai tu, Apex dan Moon turun tengok kereta.
Moon, banyak kot dosa kita Moon sampai semua kereta yang kita naik semuanya bermasalah...
Adakah kerana kita 'cuti'? Sobs! Bukan kita minta pun... T_T

Tapi lepas tu ok kot.. sebab macam dah tak berasap dah.
Tak lama tu Zal datang dan Syam turun naik dengan Zal.

" Kereta kau ni takde tisu ke?" Tanya Moon.
" Ada. Kat belakang." kemudian Apex minta aku ambilkan dan beri pada Moon.
" Tisu kereta aku ni orang buat lap air mata je." kata Apex. Wohoo kenyataan membunuh!

Dalam kereta tu kitorang buka tingkap. 
Yeahh ditegaskan sekali lagi, aku ni pecinta alam. Mihmihmih.
Masih terasa lagi angin sejuk bumi Cameron.
Dah beberapa jam perjalanan ada tanah runtuh di depan.
Tak lama tu jumpa kabus. Lagi besar tingkap aku buka. 
Keluarkan kepala terus.
Ya Allah! Ini nikmat! Nikmat yang tak mampu untuk aku nafikan!
Sungguh, aku terasa berada dalam dunia aku sendiri. Lagi-lagi bila Apex banyak borak dengan Moon. Kalau borak dengan aku pun bukan aku dengar sangat, telinga aku ni dok dengar deru angin luar je. Thihihi.

Borak-borak dengan Apex, tetiba je Apex tanya,
" apa pendapat korang kalau aku tak kahwin?" 
Aku dah gelak dulu. " Soalan kau tu, Apek. Soalan yang dah selalu kitorang bincang dah.." kataku. Tiba-tiba aku terperasan Moon lap mata dia.
" Kau nangis, Moon?" aku kaget. 
Apex pun sama, terus dia hulurkan tisu pada Moon.
Dan tiba-tiba,

" terlambat ku sedari, kau teramat bereerti..."

Hambek! Lagu Cakra Khan keluar! Lagilah bergenang airmata minah tu.
" Takpe, takpe... teruskan Apek. Aku memang bab-bab camni sensitif sikit," kata Moon. Entah dia nak pujuk siapa dengan ayat 'takpe' dia tu.
Betullah kata Apex, memang tisu dalam kereta dia untuk orang buat lap airmata. Ahahaha.
Bila Apex nak tukar topik Moon tak bagi. Maka diteruskanlah juga topik tu sampai meleret-leret dari satu topik ke topik yang lain.

Singgah Gopeng, masih hampa. Rim tak jumpa juga.
Maka dengan tawakal, Zal dan Syam meneruskan perjalanan ke Kuala Kubu Baru.
Dah memang tak boleh nak buat apa dah.
Dan kitorang berpisah di persimpangan Tanjung Malim.

Dan akhirnya aku sampai rumah dengan selamat. Alhamdulillah.

Terima kasih banyak, Apex! Xie xie!
Terima kasih, Syam dan Zal sudi membawaku.
Terima kasih, Moon yang sudi jadi peneman dan 'berkorban' untuk aku.
Terima kasih, Saze dan Rina untuk penginapan yang menarik dan best!
*Terima kasih, Reez sebab sudi hantar aku balik.
*Terima kasih, Nico sudi jadi peneman walaupun aku mengajak secara paksa.

Tanda (*) ketika kenduri sebelah Saze.

Terima kasih, semua!
Dan maaf atas segala kekurangan diriku ini. I'm not perfect, can't be perfect pun..

Moga Allah balas jasa-jasa kalian dengan berjuta kebaikan. Aameen.. aameen.. aameen..

p/s: gambar akan dimasukkan lagi dari masa ke masa.

Ikut via FB