Review ini ditulis dan di publish di FB pada
17 Ogos 2015
Sebenarnya, dah lamaaa sangat (lah kan~~) nak tengok cerita ni, survey punya survey jauh pulak cinema yg ada tayangkan movie ni + sekarang dh tak berapa nak ada rasa teringin ke panggung pun. Kebetulan ternampak link untuk download. So hape lg, rebut peluanglah. Keh³
#Sinopsis #BajrangiBhaijaa
Kisah bermula di sebuah perkampungan di sempadan India - Pakistan. Rasanya kalau korang ikuti dunia politik dua buah negara ni korang akan tahu sejauh (baca:seteruk) mana permusuhan mereka ni.
Keluarga Shahida ni minat dengan sukan kriket dan si ibu bercita² nak bg nama anak yg bakal lahir sebagai Shahid kononnya sempena nama salah seorang pemain tapi disebabkan anak tu perempuan, maka diberi nama Shahida.
Shahida dilahirkan bisu (tidak pekak) dan sebab ibu Shahida ni diberitahu ada 1 tempat kat Delhi, India blh ubati penyakit bisu maka dia ikhtiar ke sana. Habeh kambing yg dibela dijual utk biayai visa & pasport ke sana. Dalam perjalanan pulang ke Pakistan keretapi yg diorang naiki rosak dan kat situla bermula macam mana boleh si Shahida ni terpisah dengan ibunya (part ni sedih jugak. Bergenang air mata ceq) dan berjumpa dengan Pawan seorang lelaki sado yg beragama Hindu, tapi agak bendul dan tersangatlah JUJUR. Pawan inilah yg akan berusaha utk bawa Shahida pulang ke pangkuan keluarganya yg mana tidaklah diketahui lokasi sebenar tempat tinggal Shahida ni.
Sebabkan Shahida ni bisu dan tak boleh nak beritahu namanya sendiri maka Pawan gelarkan dia Munni. Dan bermacam² adegan pecah perut dan tangisan sendulah yg korang bakal saksikan...
Cerita ni mesej yg cuba disampaikan, banyak. Korang kena tonton dengan mata hati jugak. Lagi² part agama, mcm mana si Shahida tu walaupun watak dia baru berusia 6 tahun, dia sedar yg dia seorang Muslim, bukan Hindu. Dia berdoa dengan menadah tangan menghadap kiblat, bukan dengan menangkup tangan menghadap patung. So sweet, Shahida. Walaupun diorang berbeza negara, keturunan, dan fahaman agama, tapi disebabkan atas dasar KEMANUSIAAN, mereka bersatu. Huwaaa tersentuh sgt! Dan paling sweet bila watak Shahida ni sebenarnya bertudung, sama seperti kanak² Muslim di Pakistan dan negara² yg sama waktu dengannya yg mendidik anak dari kecil utk menutup aurat. Rasa mcm nak cubit² pipi dia. Gerammm sbb comel sangat! Cuteness overload! Dan yg best jugak pertama kali tengok Kareena Kapoor tak seksi, kalau tak tu.. Haihh..
Cuma yg haihh lagi aku tak faham kenapa ibu Shahida dan org² kat kampung tu yg mana kesemua mereka beragama Islam tapi berdoa dgn mengikat tali pd gerigi besi kat temple (kuil??) tu. Entah kepercayaan apa yg diorang ikut aku pun tak sure, dah macam perbuatan khurafat pun ada aku tengok. Eh. Huhuhu. Tapi overall mmg best filem ni. Cuma kalau nak ikut logik jalan cerita, #TaareZameenPar & #3Idiotslah yg win!
Pesanan, mohon sediakan tisu banyak² utk tonton filem ni tau. Sedih! Sobseksobsek. Tapi akan tonton lg utk kali ke2, 3, 4 dan seterusnya. Mih³