Hari ni kehidupan aku macam haru biru, kacau bilau, hiruk pikuk teruk lah..
Pagi pukul 10 camtu bawa ummi gi klinik tasik biru tu, sebelum tu Bisyarah dah lapo dah sebab dia bangun jam 9.30, mandikan semua, panaskan sup semalam memang ngam² la keluar tu pukul 10, siap bawa bekal untuk seketol tu makan dalam kereta. Kalau ikutkan hati memang malasss nak turun kereta tapi bila ummi cakap,
"Dah tua² ni kalau boleh nak ada anak² yang dapat teman," Semalam pun dia cakap bersyukur aku ada kat rumah, tak kahwin lagi. Rasa macam nak lompat bintang bila ummi kata gitu, "tapi nak jugaklah tengok kau kahwin.." sambung ummi semalam. Hmm..
So nak tak nak turunlah juga..
Sebelum turun tu sempatla suap Bisyarah makan tapi kesian sebab dia masih lapar tapi tak boleh nak suap lagi dah sebab takut lambat, 1045 dah nak kena ada kat sekolah agama Uzair pula, nak jemput dia.
Alhamdulillah result darah ummi semua ok, demam biasa je & dah baik pun cuma ummi lemah lagi sebab masih ada kesan² demam tu.
Balik tu..ha balik ni yang jadi kesnya, aku lupa yang aku letak bekal tu kat tempat letak botol, kat selekoh bekas tu terjatuh tapi tak terbuka lagilah penutupnya, aku pun cuba nak capai tetiba kereta menghala ke deretan kedai. Hadoiii! And dooomm! Terlanggarlah aku kerusi batu yg ada kat depan kedai tu & Bisyarah yang tengah berdiri tu terhantuk kat dashboard, terseret sampai terkopek kulit bibir & dagu dan terperosok kat bawah seat. Bala! Aku panik jap tapi masih waras lagi, nampak makcik bawang kat kedai depan tu dah bising², tuan kedai yang aku terlanggar kerusi dia ni muka dah cuak jugak, bibir Bisyarah dah berdarah. Aduhh.. Ummi pujuk Bisyarah dan aku keluar kereta, jumpa tuan kedai. Lelaki.
Turun tu aku nampak dia tengah alihkan bahagian tempat duduk kerusi yang aku laggar tu, tercabut kau! Terkujat jugalah tengok.
"Maaf, maaf. Nak kena bayar ke ni? Berapa?" Tuan kedai tu aku tak taulah, memang muka dia cuak weii.. Yg eksidennya aku tapi kalau kau tengok muka dia macam dia yg eksiden tadi, not sure kalau dia trauma sebab pernah lalui ke apa.
"Eh takpe, takpe, tak payah ganti. Ok je. Takpe,"
Dah dia cakap camtu dengan fikir keadaan Bisyarah dalam kereta tu lagi, aku minta maaf lagi sekali & terus masuk kereta tapi sempat juga tengok depan kereta, bumper depan sebelah kiri bercalar terukkk 😅 pastu macam terkemek sikit. Hadoii..
Mangsa kemalangan 😔 |
Bila sekali malang menimpa mesti akan bertimpa² kan..
Masa nak hantar Uzair ke sekolah kebangsaan tu aku rasa dah lancar betul dah tu, sekali aku dah sampai rumah lepas hantar dia Qilah kata duit belanja dia lupa bagi. Hadoiii! Aku dahlah ada kes dengan mak guard kerek kat sekolah dia tu masa dia tertinggal botol air dulu tu memang taklah aku nak patah balik kan.. Tempah bala namanya tu. Alkisah, masa dia nak mandi lepas balik dari sekolah agama tu dia bagi duit belanja kat aku minta aku pegang, alih² aku memang lupa langsung nak bagi balik sebab dia pun tak tanya. Dah aku kena marah ngan parent dia. Sedih sis. Dahlah eksiden, kena marah lagi sebab cuai.. Sobsobsob 😩
Dah tu je cerita untuk hari ini..
Uwais masa eksiden tadi dia ada jugak & dia asyik ulang soalan je, "kenapa walidah buat Bisyarah macam tu? Kenapa tekan brek? Kenapa bagi mulut dia berdarah?" Ehh pakcik bawang ni, gerammm je aku dengar, nasib comel.. Dan nasib jugak bukan dia yg jadi mangsa kalau tak mesti lagi teruk aku kena marah..
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)