Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 3 Jun 2016

New Moment In Peking



Drama ni aku terlayan tanpa sengaja sebenarnya. Disiarkan di NTV7 dan masa tu episod dia pun dah dalam 24 episod kot gitu. Hahah. Tapi sebab tahu kisah ni diadaptasi dari novel maknanya jalan cerita tak lari jauh manalah. Masih boleh dikejar. Kikiki. Dan berlatarbelakangkan tahun 30an.


Novel yang diterbitkan pada tahun 1939

Sebabkan tak tonton dari episod pertama maka aku buat review sekadar yang aku tahu ajelah ye, kat review ni nanti korang akan tahu kenapa aku suka banget drama ni walaupun tengok dah pertengahan episod.

Yao Mulan (heroin) bercinta dengan Kong Li Fu tapi ada kes dia kena culik ke apa entah pastu keluarga Zheng selamatkan Mulan. Jadi bila keluarga Yao terhutang budi dengan keluarga Zheng, deme pun berpakat satukan Zheng Xin Ya dengan Yao Mulan dan Mulan pun terpaksa melupakan kekasih hatinya, Lifu << ni aku ambil dari sumber wiki. Masa aku tengok tu Lifu dah kahwin dengan Mochou adiknya si Mulan. Kira bekas kekasih jadi adik iparlah gitu.

Dan yang sadisnya drama ni dahlah si Mulan dan Xin Ya tu kahwin bukan atas dasar cinta tetiba bila diorang dah mula tumbuh bibit-bibit sayang menyayang cinta dikenang, muncul pula Chao Li Hua, bekas kekasihnya Xin Ya tagih cinta Xin Ya. Xin Ya ni pula sebab terhutang budi sebab Li Hua tolong bebaskan dia dari penjara (ada kes, panjang pulak nak cerita part masuk penjara tu jadi kita skip ajelah part tu ye. Hee) maka dilayannyalah Li Hua ni. Part ni aku dah emo jugak. Tapi watak Mulan tu sungguhlaaa tabah & sabar juga watak dia tu. Watak yang patut ditabik spring toing toing. Susah dah nak tengok drama/filem/telemovie Melayu yang ada watak² gini. Kalau ada pun sikit² nangis, sikit² mengamuk. Aku yang pening tengok. Watak Mulan ni bagus, dia ajar perempuan jadi kuat, jadi sabar, jadi isteri yang taat pada suami :)

Mulan tu watak dia betul² memiliki hati dan naluri seorang isteri. Dia tahu saja jika ada apa² yang disembunyikan Xin Ya. Tulah nama dia deria keenam seorang isteri. Masa mak dia pengsan dan dia gelabah cari Xin Ya dan terserempak Jing Ya abang Xin Ya dan bila Jing Ya blur² nak cari Xin Ya kat celah mana, rileks je Mulan cakap, cari Xin Ya di Countries Six Hotel. Hotel tempat Li Hua menginap. Perghhh!

Tapi Mulan ni tidaklah selalu kuat, ada masa²nya dia menangis juga, bergaduh dengan Xin Ya walaupun dia bukan jenis perempuan macam Su Yun (bini Jing Ya) yang kalau bergaduh habis barang semua dia campak. Mulan cool lagi. Cool banyak. Sampai dia cakap pada Su Yun dia cemburu sebenarnya tengok rumahtangga Jing Ya - Su Yun sebab Su Yun bebas je nak lepaskan rasa marah tu tapi dia jenis tak sanggup nak buat Xin Ya begitu. Sobs! Sedih.

Masa dia sedih dengan kecurangan Xin Ya, dia minta izin tidur rumah keluarga dia. Malam tu mak dia korek rahsia kehidupan rumahtangganya. Tapi hati ibu kan.. tak sempat dicerita apa² ibu dia pesan kena banyak bersabar sebab suami dan perempuan lain itu berpisah tiada. Jadi, sabar. Esok lusa bila si suami tu bosan dengan sikap foya² dia, dia akan kembali juga cari isteri..
Ayat mak dia yang aku ingat dan agak terkesima juga bila mak dia pesan suruh pertahankan rumahtangga.. Jangan sampai bercerai. Sabar biarpun tak bahagia asalkan orang lain tak nampak pergolakan dalam rumahtangga tu. Huwaaa sedihnya! Kenapa dalam rumahtangga yang diberantakkan oleh suami tetapi isteri yang nak kena pertahankan? Suami tu sayangnya dah beralih pada orang lain kot. Orang yang lebih baik dari kita.. Kagak adilll!

Ok, emo. Hahah

Sampai episod hari ni (episod 33 kot), selama beberapa bulan ini Mulan sangka Xin Ya dah tak hubungi Li Hua sebab setiap kali tanya je Xin Ya kata tak tahu, dah lama tak jumpa Li Hua. Padahallll...
Dan hari ini sebabkan abang Mulan (Yao Di Ren) tu terserempak dan ternampak Xin Ya keluar dari rumah pesakit, malah diberi pula sedikit duit pada pembantu rumah tu maka Di Ren bagitahu Mulan apa yang dinampak dan Mulan mula kembali mengesyaki si suami. Dia pergi ke rumah yang abang dia cakap tu dan terkebetulan si Xin Ya tengah menghala ke arah rumah tu (balik dari berjalan) sambil memimpin tangan Li Hua dan yang paaaling tragis, Li Hua bawa perut. Yep, dia mengandung anak Xin Ya dan masa tu kandungan dia berusia 8 bulan.
Hoii bini mana tak remuk redam weh tengok situasi gitu. Bukan Mulan tak pernah ⚠ Li Hua supaya jaga batas dengan suami dia (ye, amaran yang buatkan Li Hua sedikit terkejut sebab dia tak sangka Mulan jenis perempuan yang berterus terang begitu tapi jika dah namanya orang ketiga, perampas, apa dia peduli dengan amaran kan??)

Mulan dengan lembut hati, setelah berfikir dengan waras, kenangkan pula dia belum mampu beri waris pada keluarga Zheng, maka dengan sebab bayi dalam kandungan tu Mulan terima Li Hua. Sobsobsob! Aku tak bolehlah cerita macam ni.. Memang cepat tacing tawww.. Yang aku tahu kalau aku kat tempat Mulan (harap² tak diuji gitula no) aku memang angkat kaki je. Hoii orang dah tak sayang kau kot walaupun mulut dia kata sayang. Kalau sungguh sayang, awat cari orang lain? Awat lebihkan orang lain? Awat tak boleh nak adil? Awat?? Haa emo dah mai. Kah³.

Jadi kisah selanjutnya tunggu hari isnin ni naa..

Drama ni banyak watak tapi watak dia tu tu jugakla, maksudnya banyak watak tapi bukan muncul sekejap². Watak penting jugakla.. Tu yang drama ni jadi pelbagai rencam tu. Macam-macam hado. Tula yang best. Lagi² dramanya realiti bukan cerita fantasi aduh aduh sayang bagai.


Rabu, 18 Mei 2016

Lelaki baik


Dalam hidup aku ini, aku dikelilingi oleh ramaaii wanita yang baik. Sangat ramai sehingga aku mengagumi mereka dan mahu menjadi seperti mereka (insyaallah) tetapi sangat sukar untuk menemui lelaki yang baik yang mencontohi akhlak Nabi sollallahu 'alaihi wasallam dalam memuliakan wanita, melainkan lelaki yang suka mengikuti sunnah Nabi sollallahu 'alaihi wasallam yang SATU itu (poligami) dan yang suka merendah-rendahkan martabat wanita dengan menganggap wanita ini sejenis makhluk yang sangat murah. Mudah didapati dan mudah dibuang jauh. Jahat!

Ketika aku mencari² lelaki (ajnabi) yang baik, yang menghargai kaum hawa, aku harus bersyukur kerana dianugerahkan beberapa lelaki yg baik dalam hidupku ini antaranya Tok Nyang (moyang lelaki @ ayah kepada nenekku) dan Tok Uda (pakcik ibuku @ adik kepada nenekku). Dua beranak ini merupakan lelaki yang sangat baik, yang sangat aku kagumi dalam hidupku ini. Dari kecil, selalu berangan moga dikurniakan suami yang baik, yang rajin, yang SETIA seperti mereka (moga² Allah perkenankan).

Arwah Tok Nyang meninggal pada awal Dis 2007 kerana sakit. Pemergiannya itu mengundang sedih pada diriku ini.

' Pergi sudah lelaki yang baik..'

Kesedihan itu aku luahkan pada sahabat² maya di friendster, di YM. Orang boleh berkata, 'alah moyang saja, bukan ayah pun..' Tapi jika kau mengagumi kebaikan yg ada pada diri seseorang itu, pasti kau juga akan bersedih hati akan pemergiannya, sepertiku..

Tapi aku harus bersyukur kerana kebaikan Tok Nyang itu diwarisi anaknya -- Tok Uda. Jadi biarpun selepas pemergian Tok Nyang, aku masih dapat melihat sosoknya dalam diri Tok Uda.

Pada hujung Dis 2014, Nek Uda (isteri kepada Tok Uda) yang sisa hidupnya dihabiskan dengan menjaga ibu dan bapa mertuanya (Nek Nyang dan Tok Nyang), pergi menghadap Ilahi kerana masalah buah pinggang. 

Setelah pemergian Nek Uda itulah Tok Uda yang pendiam itu berubah menjadi lebih pendiam. Sering bersedih hati merindui si isteri (sooo sweet, kan?). Menurut Nek Lang, selepas pemergian Nek Uda, mana² jemputan kenduri, Tok Uda mesti mengajak Nek Lang sebab Tok Uda tak pandai beramah mesra dengan orang, selalunya itu 'tugas' arwah Nek Uda.. Benar² saling melengkapi, kan?

Pada jam lebih kurang 7 malam, hari Rabu, 4 Mei 2016, Allah menjemput Tok Uda pula menemuiNya..
Sedih dihatiku usah ditanya.

'Tiada sudah lelaki yang baik..'

Di group whatsapp Ghimo86 aku mengadu segala rasa walaupun yang aku luahkan itu bukanlah 100% apa yang benar-benar yang aku rasai pada ketika itu sebab apa yang kita rasa tetaplah tidakkan sama dengan apa yang orang lain rasa.

Malam itu, ketika menghadap jenazah Tok Uda dihadapanku, airmataku tidak dapat dibendung lagi.. Sedihnya hatiku, wahai Allah..
Lelaki ini, yang terbaring kaku didepanku ini adalah lelaki yang ingin sekali aku perkenalkan pada bakal suamiku. 

Akanku katakan pada si dia,

"Ini idola ku, tidak perlu menjadi sealim ustaz/tok guru untuk membuatku kagum, cukuplah menjadi baik seperti dia dalam melayani permaisurimu dan bakal anak-anakmu!"


Tapi kini kata² itu tidak lagi mampuku luahkan pada si dia yang entah di mana, yang entah siapa² itu.. Kerana lelaki yang baik ini telah pun Tuhan ambilnya dariku, dari kami, setelah diberi pinjam untuk satu tempoh tertentu.

Aku mengucup dahinya yang dingin,
turun ke kedua-dua belah pipi.
Dingin.
Hatiku sebak.. Sebakkk sangat.
Lelaki yang baik itu benar-benar telah pergi..
Allahuakbar.

Aku menghantarnya ke kuburan.
Setelah talkin yang menggetarkan jiwa itu usai dibaca, airmataku luruh seperti air terjun Niagara. 

' Pergi sudah lelaki yang baik.. Tiada lagi lelaki yang baik. Rahmatilah mereka, wahai Allah. Persaksikanlah kebaikan - kebaikan mereka!'

Entah dimana bakalku jumpa lelaki yang baik itu lagi, wahai Tuhan?

Sabtu lepas (14 Mei) aku berborak berdua dengan Jaddah (nenekku) di dalam bilik. Cerita tentang lelaki baik.

"Lelaki baik dan setia seperti Tok Nyang, Tok Uda itu ada. Doa banyak², minta kat Allah," pesan Jaddah tapi ketika itu aku sudah tidak sebak, aku sudah tidak sedih jadi aku hanya meng-aminkan kata-kata Jaddah yang cuma didengari kami berdua dan para malaikat.

Moga² aku dikalangan orang yang bertuah seperti Nek Nyang, bertuah seperti arwah Nek Uda.

Moga-moga.
Kerana hakikatnya Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..

Al fatihah buat mereka yang telah pergi, moga Allah pertemukan kita di syurga abadi. Aamiin



Ikut via FB