Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 28 Mac 2010

Pesta Buku~ Aku datang!

Warghh!! Esok kerja? Oh no...kenapa aku cuti sehari je seminggu? Aku nak cuti dua hari!! Letihlah 6/7 setiap minggu aku terpaksa bangun pagi-pagi. Kadang-kadang tak sempat sarapan; hanya sempat meneguk secawan kopi radix je (sebabkan dalam iklan dia sebut 'mai secawan' jadi aku minum secawan jela setiap hari...ha ha ha), lepas tu kena bersiap, naik KTM Komuter, kemudian tukar pula LRT STAR... Semuanya kena berkejar-kejar. Dan semuanya menelan masa selama satu jam. Kemudian sampai destinasi yang ingin dituju kena pula tunggu bas Rapid 324... Oh oh...jika anda seorang wanita atau perempuan atau juga lelaki yang lemah lembut (thii hihi), pasti akan rasai apa yang aku rasa ni. Penat tidak terkira. Tapi tak kurus-kurus pun... T_T

Pagi tadi dalam pukul sebelas lebih ber-SMS dengan ex-housemate sementara aku, Kak Zila (ayat 'ex-housemate sementara' tu macam tak boleh blah je..hihi). Dia tanya pasal kunci rumah yang masih ada pada aku. Kemudian lama-lama mesej entah macam mana tercerita pula tentang kerisauan aku masa nak pindah. Risau pada ikan-ikan dia yang dia bela dalam akuarium tu tak diberi makan...
" Ikan kak Zila cukup je ni. Takde yang mati pun. Ikan kalau tak makan dia tak mati, dia kurus je. Kalau banyak makan je dia mati," terkekeh aku ketawa sorang-sorang baca mesej dia.

Laju je aku balas;

" Kurus? Akak pergi timbang ke ikan-ikan akak?"

" Tauke ikan cakap kurus tapi akak tak nampak lagi dia kurus" lagi galak aku ketawa. Adeh... Mahu pecah perut. Rindu pula pada dia. Kalau tak kerana ada sebab musabab yang munasabah, mahu aje aku tinggal di situ lagi. Tapi apa-apa pun lagi seronok di rumah sendiri. Baiti, Jannati ;)

Semalam..okeh, meh kita bercerita tentang semalam. Semalam (Sabtu) memang niatnya nak pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF '10 / PBAKL '10). Mula-mula janji dengan Nur Ain <- nama penuh, ok :) Tapi last minit dia tak jadi pergi. So aku decide lah nak pergi sorang-sorang. Pagi tu, Jannah <- nama pnuh jugak :) SMS aku bagitahu yang dia pun nak pergi juga. Puan Ratu pula tak dapat nak jumpa sebabnya si pengantin baru ni ingin pergi sana waktu siang. Pukul 6 lebih tu dah lewat sangat dah. Konon ingat nak jumpa Angah sekali, best friend dari kecik tau dia nih. Tapi entah macam mana last-last minit tak dapat juga nak jumpa. Jannah pula malas nak pergi lambat-lambat. Sebabnya aku dari tempat kerja memang terus naik LRT STAR ke PWTC. Dah nasib kerja sampai sabtu, tak boleh nak buat apa lah. Nak pergi hari ni (Ahad) malas pula, nanti penat nak tempuh hari esok. Lagipun hari ni still ramai yang datang, hari terakhirlah katakan.

Bila Kak Wani (kawan kursus) tahu aku pergi sorang-sorang je hari tu terus dia tawarkan diri nak temankan aku. Macam tak sampai hati pula. Diebabkan aku nak pergi sorang, dia terpaksa temankan...

" Eh, taklah. Mana ada susah. Akak dah minta izin kat suami akak dah tadi, dia bagi akak pergi. Siap bagi duit poket lagi..."

Baiknya Kak Wani... Aku baru je kenali dia awal bulan hari tu tapi rasanya macam dah lama kenal. Kitorang sama-sama suka kongsi cerita. Rupa-rupanya banyak persamaan kitorang. Apa yang aku rasa aku sorang je yang ada instinct-instinct yang orang lain anggap tak logik, rupanya dia juga ada naluri yang serupa. Eh eh, macam kebetulan pula...

 Kak Wani

Masa aku tengah stress pasal kes hari Khamis hari tu, Kak Wani lah yang banyak pujuk. Siap dia jumpa Kak Lin lagi bagitahu apa yang jadi tu, aku tak sengaja pun nak buat... Aduhh, Kak Wani. Blush-blush jadinya wajahku bila dia perlakukan aku begitu..Tak cukup dengan peristiwa hari Khamis, hari Sabtu pula dia menawarkan diri untuk temankan aku, sedangkan aku rasa kalau aku jalan sorang-sorang pun tak apa kot. Dah biasa sorang-sorang sebab tak selamanya kita hidup kat dunia ni asyik nak berteman je kan? Mestilah ada masa-masanya kita perlu bersendirian. Lagi pula dia sudah bersuami, jadi macam segan pula bila dia terpaksa pulang lewat semata-mata nak temankan aku yang bujang ini. Jadi aku rasa macam beruntung je dapat jumpa kawan macam Kak Wani. Macam mana aku rasa beruntung dapat berkenalan dengan Kak Ida, kemudian bila ikut kursus ni Tuhan temukan pula dengan Kak Wan dan sekarang Kak Wani pula, rasa diri ni amat-amat beruntung. Oh oh...airmata sudah bergenang dan senyuman makin memekar di bibir :') Sungguh-sungguh aku bersyukur dengan pemberian yang telah Allah kurniakan ni.

Sampai sana, memang ramai orang tak payah cakaplah. Sampai kat surau pun ramai juga orang <- ni pandangan biasa tiap-tiap tahun kat pesta buku. Masuk tahun ni baru tahun ketiga aku jejakkan kaki ke sana. Sebelum-sebelum ni tak pernah berkesempatan nak pergi. Sejak tiga tahun ni lah aku mula rajin nak pergi..hee.

Perkara paling seronok masa kat sana?? Wahhh.. apa lagi? Mestilah dapat jumpa dan beramah mesra dengan penulis kegemaran; Noor Suraya. 

 Kaksu! ;)


Memang dari dulu (dari tingkatan 3 kut) aku minat dengan penulisan dia. Koleksi novel dia tak payah cakaplah sebab tak pernah kira, lebih dari 5 buah kut. Mula jatuh cinta dengan novel Keranamu Ain. Novel dia pun berunsur keagamaan, percintaan dalam Islam lah macam tu. Watak dia pun semuanya sweet-sweet je.. macam aku...*eee perasan ya rabbi* haha. Masa dia tengah tandatangan novel Jaja & Din tu aku berbisik pada dia, sebab ada jejaka di sebelah yang tengah berbual dengan Syud; penulis kegemaran beliau kot. Tapi ramah semacam. Seronok tengok penulis dan peminat berbual mesra gitu. Sebab aku dengan si jejaka tu sama-sama minta autograf cuma aku pada Noor Suraya, dia pula pada Syud. Tu yang terpaksa berbisik sikit tu.

" Saya yang guna nama Ya Hilwa kat facebook. Rasa-rasa, akak kenal tak?" Kaksu (panggilan mesra Noor Suraya) memandang aku beberapa detik.

" Ya, ingat-ingat!" Dia mengangguk beberapa kali. Selalu yang rajin komen Bukuwajah dia, aku dan Rina la...hihi.. Kadang-kala sampai jadi tempat chatting pula bercerita pasal novel Kaksu ;D

Selesai bergambar, bersalam cium tangan dan berlaga pipi untuk mengundur diri, Kaksu berpesan.

" Rajin-rajinlah tegur Kaksu dekat facebook tu. Kaksu bukan reti sangat benda-benda macam tu. Tu mainan orang muda remaja je, macam Kaksu ni tak sesuai," haha..tergelak aku bila dia cakap macam tu. Kaksu muda dua tahun dari Ummi. Ala, Kaksu...ayah saya pun ada juga facebook (tapi Walid takde dalam friendlist aku, tak mahu beliau tahu apa yang aku buat dalam tu. Malu ah ding dong kalau dia terbaca status bengong-bengong aku tu...haha). Facebook tu laman untuk semua peringkat usia sebenarnya.. 

Rasa nak je berbual mesra dengan Kaksu lagi, seperti jejaka baju merah tu berbual dengan Syud, jealous sungguh aku tengok. Lama pula tu dia borak, macam tak nak balik pun ye juga. Almaklum booth Jemari Seni (JS) masa tu tak ramai orang, yang ada pun tengah belek-belek buku. Yang sedang beramah dengan penulis hanya aku; peminat Kaksu dan jejaka baju merah; peminat Syud. Sebab kesuntukan masa kerana ada lagi buku yang nak dicari maka aku terpaksa juga mengundur diri.

Pergi PTS ingatkan dapat jumpa Kak Lily Haslina Nasir, tapi takde pun. Yang ada, penulis buku Alexander Adalah Zulkarnain & Yakjuj Makjuj; En Mohd Alexander Wisnu Sasongko didatangkan khas dari Indonesia. Dapatlah Kak Wani tandatangan dia sebab Kak Wani beli buku Yakjuj Makjuj. Kerana Kak Wani suka bercerita, pastinya aku akan minta dia ceritakan semula padaku tentang buku itu...heheh. Tak sempat nak jalan lama-lama lagi sebab jam hampir pukul 9 malam, pesta buku memang tutup pukul 9 jadi kena cepat.
Untuk Kak Ida yang jadi pembaca setia blog aku ni dan amat malas untuk mengomen, kita cuma nak beritahu. Apa yang konon-kononnya kita hajatkan sebelum Sabtu menjelang tu, tak tertunailah kak misi tu. Tak sempat nak buat 'pemilihan' pun.. jangan kata pilih, tengok pun tak sempat. Semua nak cepat. Yang perasan pun cuma jejaka baju merah, tapi sekarang ni dah lupa muka dia.. kalau selisih pun konfem tak akan ingat punya..haha.
ni minah sengal yg kacau aku tgh bsembang ngn Kaksu. spoil la..

 

Selasa, 23 Mac 2010

kEriNdUanKu~


                 
Saat ini aku terkenangkan mereka... Wah! Rindu bertandang lagi... Lama dah tak muncul perasaan macam ni..Hik hik.

Inilah wajah-wajah mereka yang aku rindukan..


Seriuslah, rindu sangat pada mereka; adik-adikku. Huhu..
Cepatlah korang balik, aku nak hang out dengan korang lagi!

Adeii macam jauh benar je kan? Memanglah tak jauh tapi dah jarang dah jumpa. Adib kat UIAM, Gombak (ceh, dekat bebenor), ambil jurusan ICT *Bakal pakar IT yang memang gila Internet*. Tapi kalau cuti, dia lagi suka lepak kat hostel dia, lepak dengan kawan-kawan yang branded sambil berenang-renang di swimming pool dalam kampus dia tu..wuaaa

Awwab pula kat Kolej Matrikulasi, Kuala Pilah. Jauhhh tu.. Bulan April ni baru habis. Ambil Sains Hayat. 

Ni aku cerita sikit pasal diorang berdua. Diorang memang rapat berdua. Kat rumah ni ada enam lelaki (Walid tak masuk senarai sebab dah tua..ehehe). Aidz rapat dengan Am, Adib dengan Awwab tapi Asim & Adik boleh rapat dengan mana-mana je. Dulu-dulu kalau Aidz dengan Am mesti orang keliru, mana satu adik, mana satu abang. Paling kelakar bila orang sangka mereka kembar. Tapi Aidz dan Am takdelah ketara sangat macam Adib dan Awwab. Sebab antara Aidz dan Am jarak usia diorang terhalang oleh aku di tengah-tengah antara mereka. 

Adib dan Awwab beza setahun je. Adib 26 Januari 1990, manakala Awwab pula 22 Jun 1991. Sebab beza umur yang tak berapa nak jauh tu buatkan orang keliru dengan diorang. Sampai tersalah-salah. Sampai ada yang mati-mati percaya diorang ni kembar tak seiras..Ha ha ha.

Kalau ditanya, antara Adib dan Awwab, siapa lagi aku sayang? Ermmmm....*kena fikir panjang ni* hihi. Aku pilih dua-dua tapi yang lebih 0.00000001% sayang goes to.....jeng jeng jeng..



ADIB!

Hehe..Kenapa Adib? Sebab kebanyakan usiaku habis bersama dia. *Eceh, bila sebut kebanyakan usia tu macam dah lanjut benor je usiaku..ehehe* 
Masa sekolah rendah dulu, kat sekolah tu ada dua sesi, sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi darjah 1,5,6. Sesi petang pula darjah 2,3,4. Masa dia darjah satu dulu, aku darjah lima. Jadi pergi dan balik sekolah selalu dengan dia. Pernah sekali tu aku angkat meja baru untuk tukar dengan yang lama. Tengah mengangkat dengan seorang teman sekelas tu, Adib datang. Berdiri je sebelah aku. Muka dia memang muka seposen.


Aku: Kenapa dengan kau?
Adib: Adib tak mahu masuk kelas..


Airmata dia dah bergenang..Ohh hanya orang yang bernama kakak sahaja yang tahu perasaanku pada masa tu. Automatik aku pun jadi sedih.


Aku: Kenapa? Pergilah masuk kelas sana...
Adib: Tak nak...nak masuk kelas kau...
Aku: Ada budak buli kau eh? Mana budak tu? Meh tunjuk...


Geleng..


Aku: Cikgu rotan kau ke? Itulah tak nak dengar cakap cikgu...


Adib geleng lagi. Bila ingat kes ni, terbayang muka nerd dia, muka sedih dia. Dengan dia yang tak mahu berenggang dengan aku. Lepas tu aku tak ingat dah macam mana dia boleh masuk sendiri kelas dia. Tapi memang seronoklah dengan dia. Kalau sebab Adib, apa pun boleh, semuanya pun takpe. Ingat lagi Walid minta aku tolong belikan buku-buku sekolah untuk Adib. Beli waktu pagi, waktu sesi persekolahan berlangsung. Sampai aku ter-miss separuh masa matapelajaran Bahasa Melayu. Semuanya gara-gara Adib. Tapi agaknya cikgu pun faham, so takdelah kena marah. Balik sekolah je mesti nak singgah kedai. Apa Adib nak, aku layankan je. Lagipun dia bukan jenis budak yang suka merengek-rengek, bukan juga yang suka meminta-minta. Tapi bila tengok dari lirikan mata dia je aku dah boleh agak apa yang dia nak, cuma dia tak cakap. Jadi aku belikanlah. Punyalah dia seronok. Haii,... bahagia betul dapat bahagiakan hati orang terutama keluarga sendiri ;)
Masa kali pertama nak jumpa budak-budak Group Ghimo 1986 pun aku ajak Adib yang teman. Sebabnya itulah juga pertama kali aku berjumpa dengan kawan-kawan yang kenal melalui dunia maya, senang cerita kenal dari FRIENDSTER. Ajak Adib sebab Adib je yang selalu nak teman aku. Merayu je sikit mesti dia mengalah..hehe. Kalau dengan Awwab, merayulah macam mana pun selagi benda tu takde kepentingan, booo layan..huhu


Awwab pula masa kecil-kecil dulu tak berapa rapat dengan aku. Dia lebih rapat dengan Kakak. Aku suka dengan budak yang agak matang macam Adib. Awwab masa kecil-kecil agak cengeng. Tak boleh diusik sikit, pasti menangis berlagu-lagu. Huh! Meluat. Selalu kena buli.. Ha ha ha.. Kenangan~ 


Makin besar, makin rapat pula dengan Awwab. Tak berani buli dah. Budak terbaik Kimia tu, kalau dia cipta satu bahan kimia yang boleh menghancurkan aku. buat niaya je..thi hihi. Kalau Adib, agak perahsia orangnya. Senang je nak tahu rahsia dia, buat serkap jarang, kalau dia tersengih lebar tu maknanya dia dah termakan umpanlah tu. 

Dua minggu lepas dia balik tiba-tiba perasan sesuatu pada dia. Lantas Kakak menegur; " Kasut baru!" Adib tersengih. Terkulat-kulat dia sebab terkantoi. Aku pula menyampuk; " Baju pun baju baru seh.." Dia cuma tersengih je membalas teguran kitorang. Adib budak branded, tulah gelaran sesuai untuk dia. Budak metroseksual...huhu. Kalau Kakak dan aku tak terjah macam tu, contohnya buat ayat tanya memang sah dia takkan jawab yang sebenar jadi kalau nak kepastian, terjah je macam tu. Mesti dia tersengih. Tapi Awwab pula sebaliknya. Dia bukanlah perahsia tapi bukanlah tak reti simpan rahsia. Cuma Awwab lebih open kalau bercerita tentang perasaan, tentang kehidupan. Tentang apa sahaja. Termasuklah bertanya padaku tentang perempuan. Ececece adik aku sorang nih. Yang bagus Awwab ni dia ada ciri-ciri kepimpinan. Kalau telefon Ummi (tapi selalunya Ummi lah yang call dia..perkara biasa bagi budak-budak IPT ;P), mesti dia akan tanya tentang pelajaran adik-adik dia. Betul-betul ambil berat. Begitu prihatin. Selalu bagi nasihat untuk adik-adik. Beruntung seh dapat adik macam ni.. Terharu :') heee.

Untuk adik-adikku, moga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Aku tetap kakak kalian buat selama-lamanya dan kalian tetap adik-adikku buat selama-lamanya. Dan semoga doaku mengiringi kalian dan Allah jua bersama kalian selalu.


Wei, cepatlah balik. Rindulah nak bergelak ketawa dengan korang lagi... Huwaaa

Ikut via FB