Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 29 Januari 2010

Demi Tuhan, aku telah jatuh cinta padanya~


Fira, ko nak x ikut akak gi masjid besi, putrajaya jadi urusetia untuk majlis khatam quran.
Rusdi yang incharge  - Kak Ida.

Bila tahu Tika & Zack pun ikut serta, sungguh, aku teruja! Ada pulak yang sudi hantar. Lagilah aku suka. Lepas kak Ida kahwin, xjumpa dia dah. Susah nak jumpa org yang dah kahwin ni, banyak sangat pantang larang, syarat & terma yang harus diikut & diturut..hoho

Dalam perjalan ke UPM (untuk jemput Tika & Puteri. Zack xjadi ikut serta sbb ada hal family), telinga aku tengadah dengan leteran-leteran. Leteran last minit. Kalau xboleh, cakap aje xboleh awal-awal. Senang cerita! Ini tak, membebel itu ini. 
Iya, semuanya salah aku. Salah kerana keterujaanku. Aku diam seribu bahasa. Tapi yang pasti, hatiku tetap teruja. Membebel lah kau! Kerana aku masih dengan teruja ku! Teruja untuk berjumpa kawan-kawan susah senang. Teruja untuk jadi urusetia. Teruja untuk masuk masjid yang aku xpernah pergi.

Sampai sana, kitorang terlambat dengar taklimat. Sebabnya? Tersesat cari tempat solat wanita. Rupanya, masjid xsiap penuh lagi. Tempat solat wanita belum boleh digunakan. Jadinya bercampur lah tempat solat lelaki/wanita.

Lepas selesai Rusdi bermesyuarat dgn orang kuat yg lain, dia memanggil kitorang yang lain pulak.

Dan bermulalah sesi ta'aruf (suaikenal) antara kitorang. Tau-tau je semua mamat-mamat di atas adalah kanak2 bawah umur. Adeh, terlepas peluang nk bkenalan dengan lebih rapat..wahahah..Ada hati~ cait! Tugasan diagih-agihkan. Dan taklimat berhenti di situ. Solat isyak harus ditunaikan.


Memang gila, nk solat pun siap pose..ish3

Lepas solat, kitorang diarahkan untuk terus stay kat situ sementara tunggu sang pria menyudahkan kerja menggantung banner diluar masjid. Jadi kitorang yang girl ni pun join jugak. Nak kena hafal laluan. Dan pertama kalinya aku melihat masjid yang indah!~

kak Ida, Tika & aku

Haha gambar ni kelakar. Masa ni diorang yang lelaki tu sibuk buat kerja, bertungkus lumus lagi tapi kitorang yg perempuan semua berp0sing dengan keindahan Putrajaya. Dahlah hujan gerimis masa ni. Habis kebasahan semuanya. Tapi tetap seronok. Aku tak tahu nak gambarkan keseronokan yang macam mana. Mungkin seronok kerana bersama dengan teman-teman rapat. Lama sangat tak berhujan dengan mereka, lama sangat tak keluar malam-malam macam ni. Sungguh, aku rindu pada kenangan lalu~

Ustaz muda yang hensem/cute


Langkahku terhenti ketika Rusdi menahan aku masa kitorang sampai kt ruang solat. Kak Ida, Tika & Puteri teruskan perjalanan. Aku tertinggal.
" Tadi datang sini dengan siapa?"
" Aidz"
" Dengan siapa?" Dia bertanya semula & aku menjawab yang serupa. " Dia hantar terus balik ke?" 
" Ya" Aku angguk, kemudian geleng. Kepala aku tertoleh-toleh mencari mereka bertiga.
" Tak, dia solat asar dulu, baru balik."
" Eee kurang ajarnya... sampai hati x jumpa abang dulu"
" Dia kirim salam je. Dia nampak abg Rusdi tgh taklimat tadi. Takut ganggu.." Ceh, bajet menangkan abang sendiri la ni kan~ Tapi memang betul Aidz tak nk ganggu Rusdi pun.

Kemudian aku terus pergi mencari mereka. Oh, xjauh rupanya. Terlindung dibalik tiang je. Masing-masing menikmati keindahan kolam di tepi masjid. Benar-benar cantik. Aku xjadi melangkah bila aku dengar dari sebelah kiri ada dua orang lelaki yang tengah berborak sedang menghala ke arahku. 
 Membiarkan mereka berdua melepasi aku, sempat aku mencuri pandang. Si tua seolah-olah bercakap dengan aku.
" Yang buat program esok bukan orang masjid ni kan?" Diam. Soalan tanpa jawapan. Aku memandang. Agak terkejut. Si lelaki tua berjubah putih memandang ke arahku. Lelaki muda berpakaian sama & berkopiah putih pun pandang aku. Aku buat muka selamba. Aku tak rasa soalan tu untuk aku, tapi kenapa mesti dua-duanya pandang aku? 

Mereka bertiga yang sedang menikmati keindahan mula mahu menuju ke arahku dan ternampak dua orang lelaki tadi melepasi aku dan meneruskan perjalanan dengan gerak perlahan sambil berborak. Mata Puteri bersinar, Tika & Kak Ida tersenyum meleret, aku angkat kening. Terus ada di antara mereka buat thumbs up
"Hensem..." Sebutan dari gerak bibir Puteri. Tapi agaknya terlalu teruja, terkeluar jugak suara dia. Bergema. Tika mencubit si adik. Aku tersengih melihat aksi itu. Oppss..si lelaki muda menoleh. Terus memandang ke arah aku yang tengah tersengih kerana diorang bertiga membelakangi si lelaki berdua. Aduh..Jangan dia sangka tu suara aku sudahlah.

" Hensem la..Cute!~" terus-terusan Puteri memuji. Tika juga menyampuk, mengiyakan. Aku pandang sekilas je tadi jadi tiada komen sama ada nak mengiyakan mahupun tidak. Rasanya biasa-biasa je. Entah. Dan baru aku tahu yang imamkan kitorang tadi adalah si lelaki muda. Diorang bertiga yang perasan. Aku? Apa pun xnampak...huu
" Sedapkan suara dia baca surah?" 
" A'ah. Beralun..sedap.." Aku dan kak Ida memandang antara satu sama lain apabila dua beradik tu terus aja memuji, memuja si imam muda. Kemudian kak Ida menggelengkan kepala. Aku tersenyum. Kelakar. Aku teringat kenangan lalu. Zaman-zaman admire kat senior..Hahahaha..Betul-betul kelakar. Bila Puteri macam tu, sama je macam aku dulu. Cuma sekarang ni, perasaan tu dah berkurang. Berkurang banyak. Sehingga rasa-rasanya tiada lagi lelaki yang harus aku kagumi.
" Macam mana korang boleh hayati suara imam tu ye? Kenapa aku tak rasa apa-apa yang sedap pun td?" Atau aku yang terlalu khusyu' dalam solatku? Almaklum, berangan bersolat di Masjidil Haram lah katakan...hihi.
" A'ah, akak pun tak hayati suara imam tu sedap ke, tak ke." Sokong kak Ida. 
Kemudian, owh...suara puji memuji tu berkumandang lagi. Kadang-kadang aku sambut dengan gelak ketawa. Kelakar tengok gelagat dua beradik tu (Tika & Puteri). Mungkin kagum yang bercampur. Kagum dengan kehenseman si imam (hensem ke?~), kagum dengan suara yang sedap & kagum dengan hafalan surah panjang yang dibacanya.

Lepas selesai semuanya. Kitorang naik tingkat atas. Tempat tidur untuk malam tu. Tidur di dalam masjid terbuka. Angin malam masuk menderu-deru. Sejuk. Nyaman.
" Ni ye tikar untuk buat alas." Tiba-tiba ada suara lelaki. Masing - masing menoleh. Terdiam. Ustaz cute! (pinjam ayt Puteri..haha)
" Okey, terima kasih," Kak Ida secepat kilat membalas. Tika berbisik di telinga Kak Ida, mintak tanyakan tentang seterika. Terbayang semua berpakaian kedut esok hari sebab takde seterika. Xsanggupnya aku... 
Ustaz tu melangkah beberapa tapak. Kak Ida jadi wakil memanggil. Bila si ustaz menoleh,
" Hah, kau cakaplah sendiri," Kak Ida memandang ke arah Tika. Nak tak nak Tika bersuara jugak. Bertanya tentang seterika.
" Esok subuh jelah saya bagi, boleh?" 
" Bolehlah.." dengar sangat nada suara yang nak xnak. Memang kalau boleh nak settle kan semua mlm ni supaya esok x kelam kabut. Si ustaz berlalu pergi. 
" Habis tu macam mana ni? Sempat ke esok subuh?" Suara kak Ida & Tika bertingkah bertanya, tapi nada suara diperlahankan seminimum mungkin. Semua menggeleng.
" Ke...nak iron tu malam ni jugak?" Semua berpandangan. Secepat kilat memandang ke arah suara yang bertanya. Eh, dia ni bukan dah pergi ke tadi? Macam chipsmore la.
" Malam ni lagi ok."
" Kalau mcm tu, ikut saya pergi ofis," ustaz tu mula melangkah ke arah tangga menuju tingkat bawah. Aku perasan Tika dan Puteri x bergerak. Melangkah setapak pn tidak.
" Eh, ustaz tu suruh ikut dia lah," aku bersuara. Puteri ajak Tika, Tika pulak menolak. Si ustaz menunggu di tangga. Dah pulak~ Last-last aku volunteer jadi wakil. Macam kelakar kan? Patutnya orang yang minta tu yang kena ikut. Aku pun memang nak guna jugak iron tu tapi aku xbersuara pun td. Jadi rasa mcm lain je bila offer kan diri. 
Bila aku mula bergerak, Puteri nak follow. Ustaz tu pulak mula mendahului. Sampai ke bawah, ustaz tu dh agak jauh berjalan, tiba-tiba kitorang ditahan oleh dua orang student fotografi, tak pun student binaan. Tak tahulah, agak je sebab diorang buat fotografi kat situ. Diorang tanya apa yang kitorang buat dalam pukul 11 lebih tu pun still ada dalam masjid? Aku berjalan terus mengikut langkah ustaz tu. Meninggalkan Puteri yang menjadi kaunter pertanyaan xrasmi sendirian. Haha.
Kejap-kejap ustaz tu toleh ke belakang tengok ada orang tak yang follow dia. Sambil berjalan aku lihat sekeliling. Besarnya masjid ni! Cantiknya~~~~~~ 
Kerana terlalu asyik, sedar-sedar je aku dah jauh berjalan. Ustaz tu dah hilang! Aku toleh belakang. Eh, semua ke ikut dari belakang? Ingatkan aku dan Puteri je. Dari jauh aku nampak diorang bertiga berlari-lari anak menuju ke arah aku. Sampai selekoh aku x tahu nk menuju ke mana. Nasib baik ada mamat guard (gelaran ni utk guard muda je..huhu) kat situ, jadi aku tanya lah mana ofisnya. Dan akhirnya, Tika dan Puteri jugak yang ambil iron tu daripada si ustaz. Aku masuk ofis tu sekejap masa ustaz tu kat dalam tp aku keluar balik sebab diorang bertiga dh ada, xkanlah satu iron sampai empat orang sekali nk pegang kn? Tak logik...tak logik..hihi.


Hari yang dinanti


Malam tu tidur sampai mengigil-gigil. Masjid tu takde penghawa dingin, semua guna sumber semula jadi. Dan kesejukan tu muncul dari dinding-dinding yang ternganga (takde dindinglah maksudnya). Aku tidur di tepi, menghala ke pintu. Tika dan Puteri tidur diapit aku dan Kak Ida. Aku tidur sebelah Puteri. Aku kesejukan. Beberapa kali terjaga. Aku lihat Puteri, nyenyak gila dia tidur. Tak menggigil langsung. Memang betul-betul kulit buaya. Oh ya, baru teringat, dua tahun lepas pernah tidur sebilik dengan dia kat Adamson Hotel dan penghawa dingin yang dia pasang 22 darjah! Memang berlapis-lapis selimut aku dan Angah pakai time tu tapi dia relaks je, siap boleh bergolek ke sana ke sini lagi. Betul-betul kulit buaya. Hahaha.

Esoknya, kitorang memulakan tugas. Aku rasa, akulah orang yang paling sibuk. Aku dan Naim. Naim dah macam ketua dah aku tengok. Mungkin sebab Fiqy bertugas di tingkat atas bersama kak Ida, Wan dekat dengan Puteri, Anor sorang-sorang. Dan Naim diapit aku dan Tika. Jadi mana-mana aku nak pergi, mesti nak bagi report. Naim, akak nak gi sarap. Naim, akak gi kat Kak Tika. Naim, tolong tengokkan sini ye. Naim itu, Naim ini.. Semua Naim. Dia hanya jawab OK, No Probs & buat thumbs up. Tengok gelagat dia, bajet macho je...haha. (memang macho kot..hehe)

Walaupun majlis xberjalan seperti yang dirancang tapi aku tetap seronok. Seronoklah, sebab tugas kitorang xkan bagi efek yang besar pun untuk event ni, kerana kami berlapan (kecuali Rusdi) adalah watak kecil dalam event ni. Dan xterkilan pun xdapat bergambar dengan Sharifah Khasif cuma baru perasan sekeping gambar dia pun xde dalam kamera henfon aku. Itulah, Naim & Wan offer nak gigibiru (bluetooth) gambar juara qariah tilawah al quran 2009 tu, xnak, kalau tak boleh selit dalam blog ni..huhu

Untuk korang yang baca blog ni, kalau nak tengok sendiri keindahan masjid ni silalah ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kat Presint 3, Putrajaya. Dirasmikan pada awal raya haji hari tu xsilap aku. Masjid dia memang cantik. Cantik sangat! Nah, ni untuk kongsi dengan korang. Gambar yang sempat aku snap guna henfon TANPA cybershot ku..


  
 gambar ni yang paling aku suka! utk muhasabah

 
kAmI~
 
Dan demi Tuhan, aku benar-benar jatuh cinta padanya~ Pada masjid ni. Indah~ Sungguh-sungguh indah. Tak pernah pergi masjid seindah ini. Masjid Putrajaya pun tak boleh kalah dengan masjid ni. Masjid Shah Alam pun kalah. Masjid Kristal? Xtaulah pulak, xpernah pergi... Dan kenangan secebis ni akan ku pahat dalam hati sampai bila-bila. Moga suatu hari nanti aku akan berkesempatan singgah di sini lg~ Untuk melihat kenangan-kenangan yang tertinggal...


Ahad, 17 Januari 2010

Entah apa-apa






Haiman & Harith

"Selamat harijadi! Selamat harijadi! Selamat hari jadi Aman, Ayish~ Selamat harijadi~!!"  
Wahhh meriah siang tadi (16 Jan 10) kt rumah paksu nyanyi lagu 2 untuk anak-anak kembar paksu; Harith Danish & Haiman Danish. Aku lak ditugaskan untuk buat air 1 tong...waaa..caya x aku reti buat air banyak mcm tu? hahahaha. Kembang seh org puji sedap..haa tu baru buat air, kalau masak air mesti lagi org puji..ngeh2.

Tengah seronok-seronok celeb birthday si kembar (sebenarnya birthday dorang bukan jatuh pada hari ni tp pada 12 Januari..delay sebab semua orang busy), tiba-tiba adik aku si Nisa' cakap something kat aku.

" Ya, kau nak tau x Walid cakap siapa kahwin tahun 2011, Walid nak support semua belanja..."Ternganga aku.

" Eh, kalau macam tu aku nak kahwin tahun depan lah!" 

Semangat beb..semangat sebab nak disupport tu je. Nak kahwinnya tu belum bersemangat lagi lah. I'm not ready ok! Tapi kalau tahun depan tu xtau lah..har3.

Pastu entah macam mana entah aku lalu sebelah Walid. Terkeluar lak ayt...

" Tahun depan Walid nak support kahwin ek?" Soalan tak boleh nak blah..haha

" Insyaallah kalau ada rezeki lebih..Boleh2.." Konfiden je Walid aku ni..adeii

" Kalau macam tu Yaya nak lah,"  

perghh aku jadi volunteer beb..wakakaka. Gatal betul anak pakcik Izhar ni!

" Betul ni?" tanya Walid.

" Tapi..tak kot..mana lak nak cekau calon?"  

Aku pandang Kakak, tersengih-sengih dia. Mesti dia xcaya aku ala-ala macam desperate je tadi...wawawa. Aku pun xcaya, bai.

" Kalau betul nak, Walid boleh carikan.." 

Aku pandang Walid, kemudian buat muka kt Kakak (muka toyer). Sayang Ummi xjoin 'conversation' kitorang tadi, busy layan kawan-kawan maksu. Biasa...my mum kan orang paling ramah kt dunia ni. Semua orang dia kenal, orang je belum tentu kenal dia...hihi. Kalau tak, mesti dalam pandangan mata aku je, nampak Ummi geleng-gelengkan kepala..ekeke. Memandai je, entah-entah Ummi suka. Adeh.

" Tak apa lah, tak payah susah-susah."

" Ala, kalau Walid nak carikan pun, apa salahnya?" Kakak bersuara. Haish! Sibuk betol. Taula dia dah nak kahwin. Aku tetap geleng-geleng. Oh aku xrela!

Kemudian mulalah Walid bercerita tentang 'bakal menantu fantasi' Walid yang wujud di dunia realiti ni. Sini aku ceritakan ciri-cirinya. Anak Arab. Arab pure tau, bukan Arab kacuk-kacuk ni. Budaknya pakar IT. Lawa..kata Walid lagi. Lagi...erkh aku dah lupa sebab aku xberminat nak dengar dh. Umur semua tidaklah aku tahu tapi rasa-rasanya tak adalah tua kot sebab Walid cakap budak. Kakak lak dok giat-giat.

" Kalau nak, Walid boleh je. Budak tu pun bujang lagi."

" Tak nak lah!" Muktamad! Titik.

Haish...xboleh terima betul Walid nak carikan aku calon. Tak nak ah! Dah lah Arab, entah2 foreigner. Ish. Selera aku selera Melayu la..ecece..

Biarlah orang selalu ckp,

" Kalau nk tunggu kau cari calon, entah sampai bila.."  

Biarkan mereka. Tapi untuk terima calon yang orang kenenkan, aku rasa itu perkara terakhir yang akan aku terima...hoho.

Ok, stop cerita pasal kahwin dan 'menantu fantasi' Walid.

Lepas asar aku, Aidz, Awwab, Ipah & Ijah pergi OU (One Utama, Damansara). Saja jalan-jalan..hehe. Taklah, sebenarnya nak repair handphone ku yang dah ngokngek tu. Sob sob sob..Lepas hantar tu tiba-tiba je aku sedih..Baru aku teringat theme fon tu aku bluetooth kat Mira. Theme kesayangan aku, ada save kat fon, xsave kat memori kad. Huwaaaaa...Ni yang buat aku rasa nak terbang ke Terengganu mencari Mira untuk bluetooth balik theme tu *semata-mata*. 

Pas hantar hp, kitorang jalan-jalan kt OU tu. Sempat g belek kamera sony. Cun woo



sukanya dia!

 
practice make perfect..hoho

 
Awwab

 
Aidz & Ijah

 
ktorang dah tpisah ngn yang lain time ni, tp tetap semp0ii..hihi

 
Ipah

Keluar-keluar je tau-tau dah pukul 10malam. Mak aih, lama beno berjalan. Rasanya baru je solat maghrib kt surau OU tu..huhu.


Balik tu, jumpa Dina lg! Jumpa kt rumah Jaddah. Senyum-senyum dia tengok aku. Aduhai, Dina, awatlah comel macam anak mat salih ni..Geram sungguh!


 Bulat mata dia kena flash

Sabtu, 16 Januari 2010

story mery Merlin

 Uther - Arther - Merlin - Gaius - Lady Morgana - Gwen

Okeh, sape peminat cerita ni angkat tangan! (aku angkat tangan dulu ;p)
Cerita ni sekarang dah masuk season 2 dh. Nape saya suka cerita ni? Sebab dia best...Yeke best? Cuba bagi contoh ke-best-an nya...Ermmm.. Contohnya, of coz la sebab hero dia..hehehPhotobucket hensem...lurus bendul..suka2.. Erk, pe mende aku repek ni?
Ok-ok, sebnarnya nak buat ulasan pasal cerita ni je. Alang-alang dah buhsan dengan kelembapan internet yang mana kabel dia telah tersangkut dek sip0t sedut...ke sip0t babi ek? Mana2 je la, jadi aku pun dah xtau nak buat apa, tiba-tiba dapat idea nak buka cerita pasal ni.

Masa tengok promo dia kat tv3 dulu (s0ri ckit, rumah aku xde astro k), cambest je cerita dia. Lagi-lagi aku ni dahlah jenis suka cerita ala-ala klasik camni. Aish, teringat lak cerita Fantaghiro. Best camni la cerita dia. *Weh dahla, Fira. Jangan mengarut berjela*. Ok, aku bagila sinopsis cerita ni sikit, ambil daripada tontonan awal aku lah yek. No ciplak-ciplak punya ulasan.

Kisah bermula di sebuah negeri yang ditadbir oleh kerajaan Camelot (ecece..), yang mana kerajaan ni ditadbir pula oleh seorang raja yang bernama Uther & seorang putera raja yang benama Arther serta anak jagaan si raja ni; Lady Morgana. Lady Morgana ni pula ada seorang pembantu bernama Gwen (nama penuh dia aku lupa, lantak la), season kali ni Arthur suka kt Gwen..(eh, xde perempuan lain ke? suka kat aku pn ok wat..Gwen tu..xsesuai la..haish =_="). Merlin ni pula orang suruhan Arther, macam mana dia boleh jadi orang suruhan putera raja? Tidaklah dapat aku ingat lagi sebab dalam otak aku ni bukanla ada cerita ni semata-mata..hua3

Kerajaan Camelot meng-HARAM-kan penggunaan sihir atau lebih tepat sekali kuasa magik dikalangan rakyatnya. Sesiapa yang terkantoi sebab ada kuasa tu, dia akan ditangkap dan dibunuh dihadapan rakyat jelata..ish3 kejam sungguh! Dan tanpa disedari, Merlin ada kuasa tu. Lady Morgana juga mempunyai kuasa yang dapat meramal masa depan melalui mimpi (tapi season 2 ni, so far xpernah nampak lagi kuasa Lady Morgana tu ada. Dah hilang kot..hoho)

Jadi misi dalam cerita ni ialah Merlin kena tolong Arther untuk memelihara Camelot daripada kuasa jahat & dalam pada tu, Merlin kena sorokkan identiti dia supaya tiada siapa yang tahu dia ada kuasa, yang tahu pasal ni hanya Gaius & Lady Morgana je.

Lagi..pe lagi nk ulas ek... Lupa dhla, nak tau lagi pergilah tengok sendiri kat tv3, setiap ahad pukul 9 malam. Kat astro pun ada jugak tapi xtau la saluran berapa, cek sendiri la..*tangan dah lenguh nak menaip sebenarnya, ngan farmville pn dok sebuk klik itu ini..adeh*

Rabu, 13 Januari 2010

Maka tersebutlah kisah~

Huwarghh! Mengantuknya! Jam kt desktop ni dah menunjukkan pukul 1pagi..hehe. Esok kerja ye, cik Fira. Don't be late!
Baru lepas godek-godek FB Taufiq (eh, sape lak mamat nih? macam xpernah masuk dalam mana2 kisah aku p0n.. Dalam blog friendster pun takde sebut nama dia nih). Erm ni yang aku nak cerita ni. Sejak 3,4 menjak ni..atau senang cakap, lepas Nurul approved aku kat FB, aku terjumpa 1gambar ni kat foto album dia. Dan nak dijadikan cerita, setelah diamati beberapa jam gambar tu (gambar Nurul time darjah 5 kat SKSP), aku perasan wujudnya sorang mamat ni yang nama dia dah di-tag oleh cik Nurul. Ek eh, macam budak kelas aku masa aku darjah 3 dulu la. Nama pun sama. 

Memang dulu aku satu sekolah rendah dengan Nurul cuma bukan sekelas. Setelah dikomen gambar tu, bermula dengan bertanya tentang kesahihan sama ada dia betul ke tak mamat yang aku maksudkan tu, jadi hari ni terjawablah sudah. Memang sah Taufiq itulah yang sama kelas dengan aku dulu dan yang paling menarik, ibu dia adalah guru kelas kitorang masa darjah 3 Dahlia..ngeh3..kantoi kau, Taufiq..Akhirnya, bermulalah berbalas komen cerita tentang perangai si Taufiq ni time kat sekolah dulu..hahahaha <- gelak jahat ckit sebab dapat kenakan Taufiq ;P

Sebelum aku mulakan cerita selanjutnya, aku nak tunjukkanlah muka terbaru si Taufiq yang mana masa zaman kanak-kanak kitorang, dia antara boy yang paling ramai peminat dari kalangan gegirl..(jangan xtau, time umur aku 9tahun pun dah start tau budak2 perempuan gatal usha budak2 lelaki..huhu)


tadaaaa..ini lah Taufiq!

Okeh, sambung cerita. Macam mana ye aku boleh ingat dia lagi? Padahal aku rasa hampir 14 tahun gak aku xkontek dia, lupa dah rupa dia. Tapi tadi tengok album family dia, rasanya muka adik dia yang second tu iras muka dia masa kecik2 dulu, muka dia yang sekarang ni lain ya amat! Kalau selisih kat jalan mau rasanya aku tak bertegur sapa sebab tak kenal.
Sebenarnya, masa mak dia jadi guru kelas kitorang mak dia suka cerita pasal anak sulung dia ni. Taufiq itu, Taufiq ini..Kadang2 sampai dia menangis sebab tak suka mak dia cerita pasal dia sebab selalunya akan berakhir dengan ejekan daripada rakan-rakan sekelas. Dulu dia agak lembut la kat sekolah..err..lembut ke lembik? Lembil kot. Lembik-lembik pun, pengawas beb. Ramai peminat lagi. hoho

Dan ada satu la yang buat aku kagum kat mamat ni masa aku sekelas dengan dia dulu. Dia jenis abang yang prihatin dengan adik dia. Adik dia yang second tu pun satu sekolah jugak dengan kitorang. Kalau balik sekolah je mesti dia tunggu adik dia. Adik dia hilang kejap pun punyalah dia risau. Memang sikap dia yang satu ni lah buat aku kagum damn hard la kat dia. Abang aku pun takde nak buat camtu kat aku..sob3.. Dahlah tu adik dia lelaki, kalau perempuan takpelah jugak nak over take care kan..(dulu la kagum..sekarang tak dah kot)

Adehh...tengok album Nurul tu, buat aku teringat je zaman sekolah aku dulu-dulu. Selain Taufiq, ada lagi sorang budak kelas yang aku kagum gak, sama pengawas macam Taufiq, Helmi nama dia. Selalu kena ejek sebab nama dia sama dengan nama budak perempuan kelas kitorang; Helma..hehe. Dia budak paling pandai kat kelas, komited dengan tugas, xsuka main-main. Agak serius tapi comel je muka dia..hehe.Eh, baru perasan nape aku suka kagum kat budak lelaki nih? (dan nape suka guna ayt kagum??;P)  hahah.. Alasannya? Kat kelas aku hampir semua budak lelakinya perangai nakal sangat, hanya segelintir je yang aku rasa boleh jadi contoh. Rasanya kalau aku dapat anak perangai macam Taufiq & Helmi mesti sejuk je hati tengok. Baik gila. hmmm. Tapi tula, masa dah berubah, aku pun xrasa Taufiq & Helmi yang sekarang ni still sama macam dulu. Pengalaman hidup buatkan kita berubah, sama ada berubah pada yang lebih baik ataupun sebaliknya~

Adios~Gudmorning..;P

Ahad, 10 Januari 2010

hmmm


hari ni masih godek blog ni. macam2 aku buat. sampai naik buntu dh..
Siang tadi kalau tak, ada gath dengan budak-budak ghimo tapi aku tak dapat join. Kalau jadi pun kak Ida & Tika ajak jumpa jugak. Annur pun ajak jumpa hari ni. So aku rasa jalan yang terbaik, baik aku pergi ziarah kak Kinah (cousin aku) dapat baby baru. Sungguh cumel! Adib Farhan namanya. Kemudian jumpa anak Nur sekali (cousin aku juga tapi bukan adik beradik la diorang ni), nama baby Nur, Izz Adham.

Izz & Farhan

Cuba bayangkan kalau aku pergi event ghimo ke, xpun pergi jumpa Annur, xpun pergi jumpa kak Ida je ke, tak ke nanti ada pulak yang kecik hati sebab gi jumpa orang lain boleh tp jumpa yang dia ni xboleh pulak...aduhaiii (biasa, orang ramai peminat memang macam ni..<- ayat ambil hati sendiri..hahah).
Kemudian pergi pula rumah makcik aku kat TUDM, Subang. Jumpa Dina, dah besar dah dia. Amat2 cumel.


       Qis & Dina
Dina kiss me! ;D
  
Siap rakam lagi muka dia nangis..haha. Cute sangat2!


hmm ok lah, aku nak try godek blog ni lagi. kot-kot ada miracle ke yang buat aku tak blur lg..mana tau kan...hihi.
k, chiaww

Sabtu, 9 Januari 2010

haluuu

Hai. assalamualaikum ;D
hari ni bermulalah blog baru dalam hidup aku.
perghh pening juga ye blogspot nih?! aduhai.
naik semput aku godek itu ini. akhirnya inilah hasilnya. hasil yang belum siap betul masih dalam proses pembinaan..ngeh2
siapa-siapa yang baik hati dan tahu banyak pasal blogspot, sudilah bagi tips apa yang patut.
aku masih 'blur' lagi..adehhh
sambung post lain kali lak k. chow

Ikut via FB