Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 13 April 2010

Catatan Perjalanan Kem BTN - Hari Ketiga Part 1

Rabu, 7 April 2010
2.55 pagi
Bunyi wisel..
Bingit. Aku tengok jam 2.55. Terus turun katil (malang dapat katil tingkat atas. Penat berganda). 
Seorang demi seorang bangun menuju bilik air, cuci muka & gosok gigi. Kejut Kak Ida. Sian dia, dahlah habis presentation lambat, tidur pukul 1, pukul 2 lebih dah kena bangun. Sian..

3.30 pagi
Lama gila tunggu budak-budak lelaki bersiap dan bangun tidur. Semua bengang. Dahlah dengan mengantuk, letih. Nasib baik nampak si baju oren. Aish, kawal mata sikit.. Ala, bukan sengaja mata nak melilau, dah ternampak. Cool je dia..
Bila semua dah berkumpul baru diumumkan ada aktiviti Kembara Malam. Seorang demi seorang akan dilepaskan ke dalam hutan. Ho ho ho..seram~ Kitorang teruskan perjalanan dalam gelap. Wanie kat depan aku, depan Wanie, Kak Faezah. Semua yang berjalan tu ada 65 orang. Aku yang ke 53. Sambil berjalan aku baca selawat syifa' sebabnya dalam gelap tu, kemudian beratur pula single line jadi kadang-kadang rasa ada 'sesuatu' berjalan sebelah aku. Mungkin perasaan je kot.

4.00 pagi
Sampai hutan yang dituju, selawat Syifa' still aku baca sampailah Abang Alam (fasi Kak Ida) dan Ustaz Mayat datang mengacau budak-budak belakang aku. * Pasal nama ustaz mayat, ustaz tu ajar kitorang pengurusan jenazah jadi nama tu sinonim dah dengan dia. Dia sendiri yang suruh panggil dia ustaz mayat * Yang si perempuan mulalah dengan tergedik-gedik, terjerit-jerit. Alahai...
Masa bangun nak bergerak ke depan sebab barisan depan ramai yang dah masuk dalam hutan, aku perasan sesuatu hilang.

" Ustaz," ustaz mayat yang tengah menakut-nakutkan peserta perempuan terus datang ke arah aku. Abang Alam pun tak kecuali. Macam kembar pun ada aku tengok dua orang tu. Kalau salah seorangnya mengacau, lagi seorang pun ikut join.

" Ada apa?" Selamba dia menyuluh muka aku dengan touch light kat tangan. Silau.

" Name tag saya hilang... Jatuh kot," terus diorang berdua carikan. Bagus betul. Salute lah sekejap, walaupun suka gurau-gurau tapi masa carikan name tag aku, dua-dua serius.
Aku tak tahulah berapa lama cari. Tapi lama jugaklah sampai aku kesian tengok.

" Takpelah, ustaz. Memang tak jumpa dah tu kot."

" Jangan nanti masuk dalam tu ada pulak orang yang pakai name tag awak sudahlah." Saja je kan nak takut-takutkan aku. Abang Alam pun mula buat muka jahat, sokong dengan kata-kata ustaz mayat. Teruk ar...(-_-')

Akhirnya dalam pukul 5 pagi giliran aku tiba. Tapi dah tak cuak dah. Mungkin tak cuak sebab ni bukan kali pertama. Ni dah kali kedua dilepaskan ke dalam hutan sorang-sorang. 
Tak sampai 5 minit dalam hutan, aku rasa macam ada seseorang berjalan depan aku. Lebih-lebih lagi bila tali aku pegang tu putus dan aku rasa ada orang kat depan aku tengah pegang tali yang sama. Nak je aku sebut nama Wanie. Tapi tiba-tiba teringat pesanan Abang Alam, " Jangan pandai-pandai nak sebut nama sesiapa, takut yang kita panggil tu orang lain," adehhh. Tengah fikir-fikir siapa yang jalan kat depan aku tu, tiba-tiba..

Gedebuk!
Adehh...sekali jatuh sebab licin. Sakit wooo.. Banyak kali juga jatuh. Orang yang kat depan aku tu still berjalan. Rupa-rupanya memang Wanie. Aku boleh kejar dia sebab kasut dia tertanggal, sempat lagi dia cari kasut dia dalam gelap, tu pasal lah dia jalan lambat. Tak lama tu jumpa Kak Faezah. Sampai check point akhir kitorang jalan bertiga. Jauh jugaklah berjalan. Kadang-kadang rasa macam dah sampai hujung tapi tengok-tengok tak sampai-sampai lagi. Memang keluar hutan tu badan sakit-sakitlah. Terlanggar itu ini. Mana taknya, jalan hanya berpandu pada tali, apa yang ada kat depan tu memang tak nampak dah. Tu yang terlanggar semua tu.

5.30 pagi
" Dah pukul berapa ni? Dah ngantuk. Berapa ramai lagi kat dalam tu?" Abang Aduka fasi dari Sabah dah merungut kecil. Dia yang jadi penunggu peserta kat check point paling hujung agaknya dah lama jadi penunggu setia kat situ.


" Ada lagi belas-belas kot." tiba-tiba dengar suara peserta perempuan menjerit-jerit dari dalam hutan.


" Hmm.. takde kerja lainlah tu, tu mesti kerja ustaz.." selamba Abang Aduka bercakap. Sabah dia pekat juga tau. Aku, Azie, Wanie & Kak Faezah ketawa terkekeh. Kelakar. Ustaz tu memang kejam tau. Tak patut betul kacau orang dalam hutan gelap macam tu. Nasib baik yang menjerit tu suara ramai-ramai *oh nampak sangat plan kumpulan 6 menjadi; nak berjalan ramai-ramai dalam hutan*


" Mengantuknyaaaaa, cepatlah habis, nak balik, tidur.."


" Tidur? Sempat ke?"


Abang Aduka kelek jam kat tangan.."Tak sempatttt..lagi sikit nak masuk subuh." Sementara tunggu peserta lain sampai, dia ajak kitorang berborak. Semestinya berborak tanpa dia perasan wajah kitorang. Gelap beb. Mana nak nampak muka. Macam-macam dia tanya. Slack sebab tak tanya nama semua abang-abang fasi. Yang aku tahu pun nama mamat cool tu, nama fasi Kak Ida tapi ramai lagi nama yang aku tak tahu.


6.00 pagi
Berkumpul kat pintu masuk kem. Semua peserta lelaki dah landing baik punya, ambil port untuk tidur. Kitorang kena buat kesimpulan tentang pengajaran yang boleh diambil daripada aktiviti ni.
Subuh aku solat dalam dorm je. Tak sempat nak ke surau sebab bilik mandi penuh, dapat giliran lambat.


7.00 pagi
Pergi dewan makan dan makan pagi.


8.15 pagi
Masuk dewan dan dibuli oleh para fasi lagi, kecuali 'dia'; fasi yang baik walaupun ada yang bagitahu sekali 'dia' berhujah semua rahang peserta boleh jatuh tau *maksudnya ternganga*. Tak tahulah pulak, sebab kumpulan aku tak pernah kena dengan dia.


9.00 pagi
Game start. Tajuk game, "Dari tak tahu, jadi tahu".. Hmm.. Apa lagi, cari maklumatlah beb. Kena pergi 5 check point. Penat woo.. Turun naik bukit dan tangga tak payah cakaplah. Mula-mula sekali kitorang pergi check point Ustaz Mayat. Masuk-masuk, eh Abang Alam pun ada ke? Memang kembar betullah depa ni. Tak dapat jawab, muka kena conteng dengan marker pen. Kejam! T__T huhu. Keluar-keluar tempat check point pertama terus aku padam marker yang dah berconteng di muka. 
Tak sangka pula ada peserta dari kumpulan lain yang nampak aksi aku tu terus dia tanya kenapa. Sebabkan peserta yang bertanya tu lelaki jadi aku lagi suka kalau yang jawab soalan dia tu peserta lelaki kumpulan aku. Nasib baik Abang Zul, Mad & Man yang tolong jawabkan.


Check point kedua, oh dapat kat fasi cool p0jaan hati den tu <- pujaan hati yang tak boleh blah tu. Wayar putus kan? Ok takpe, paham... haha. Tapi sayangnya dia tak dengan kitorang sebab ada lagi satu kumpulan tu sibuk je kacau. Hukhuk. Ok, abaikan.. 
Jadinya yang handle kitorang masa kat check point fasi cool tu adalah Abang Karam (bukan nama sebenar sebab nama sebenar dia aku tak tahu)


Check point ketiga, jumpa Mr Jawa & kawan dia yang aku pun tak tau nama dia apa (kan dah bagitahu, ramai nama fasi yang aku tak tahu). Mr Jawa agak poyo la. Tapi muka dia iras-iras admired aku masa kat poli dulu la; Mr K. Memang sama. Jadi bila tengok Mr Jawa (aku tak tahu nama penuh dia apa), memang aku akan nampak Mr K. Kak Ida pun sokong dengan pandangan aku. Walaupun fasi-fasi lain cakap muka dia muka Mawi tapi aku ngan Kak Ida still nampak muka dia memang muka Mr K, takde muka Mawi langsung! Mr Jawa lagi hensem dari Mawi, ok! hoho. Apa cerita Mr K ek? Tengok Mr Jawa teringat pulak dia. Tahun lepas nampak kat bukuwajah (fb) dia, macam dah kahwin jek sebab gambar pakai tuxedo. Erm.. entah.


Check point keempat, dengan ustaz Zarawi. Tapi isi dia sama je dengan isi yang kitorang dapat kat ustaz mayat. Dengarkan jela walaupun mata dah makin kuyu. Jam hampir 10.30 pagi.


10.30 pagi
Waktu rehat. Masuk dewan makan, nampak segala macam abang dalam tu. Tak silap ada dalam 3,4 orang fasi termasuk Abang Seman. Eh, ada ke dia? Alamak... gegege..tiba-tiba gigil tu datang. Ok, pilih fasi lain. Jangan pergi dekat Abang Seman nanti kena ngap! Sementara tunggu semua fasi-fasi tu bagi maklumat pada kumpulan yang sampai dulu dari kitorang, kitorang lepak-lepaklah dulu. 
Aku pulak entah macam mana tergerak hati nak pergi sinki, nak basuh kesan marker yang ada kat tangan. Tiba-tiba ada orang lalu dari arah tangga depan aku. Nampak Abang Karam, aku teruskan basuh tangan. Tiba-tiba muncul lagi sorang, aku TERpandang orang tu. Gulp! Fasi Cool.. Dia pandang aku sekilas kemudian elok je ke sebelah aku dan basuh tangan. Kemudian sama-sama jalan masuk dewan makan. Erkh... Salute lah, tak pandang perempuan beb. ( Nanti aku cerita kenapa aku adore kat mamat nih).

Bila semua kumpulan dah gerak, kitorang ambil port baik punya. Pergi jumpa fasi abang Sabah (jangan konfius k. Memang ada dua orang fasi asal Sabah. Abang Aduka dan abang yang ni; tak tahu jugak nama dia).

" Nak apa?" Kemudian dia jual pantun. Terkulat-kulat kitorang nak jawab. Abang Zul jugak yang tolong beli pantun dia walaupun dia cakap ayat pantun Abang Zul tak logik. Asal boleh jela.


" Nak maklumat kan? Deposit RM10." Selamba badak je dia minta. Semua dah pandang-pandang. Last-last Kak Ismah jugak yang hulurkan duit dia. Yang lain semua tak bawa duit. Syarat kedua, dia kelaparan dan nak makan dulu. Dia berkumpul tempat fasi makan, kitorang pun pergi meja makan kumpulan kitorang dan soru jugak. Lapar..haus..
Selesai makan dan minum, kitorang datang balik tempat abang Sabah punya port. 


" Buat apa ni?" Tiba-tiba Abang Seman tegur.


" Tunggu Abang tu," kitorang tunjuk abang Sabah yang selamba bergelak ketawa sambil makan. Aiyak.. Abang Seman panggil dia, tapi dia buat selamba je. Mungkin tak dengar kot.


" Tinggalkan dia, semua ikut saya," Abang Seman mula bagi arahan. Dah sudah~ Mampus. Kak Ismah tak puas hati sebab duit ada kat abang Sabah. 
Bala lah dapat Abang Seman. Dahlah cakap berdegar-degar sampai bergegar meja dia hentak-hentak. Tiba-tiba dia soal pulak pasal Anugerah Bintang Popular siapa pemenang entah apa jadah bagai. Yang aku ingat Pak Rais (Remy Ishak) je pemenangnya... Wakakaka. Tapi takdelah aku jawab, tahu dah tu taktik je nak kenakan kitorang balik. Kemudian dia buka cerita pasal Lina Joy. Dia tanya ada tak siapa-siapa group kitorang yang pernah dengar nama tu, aku cakaplah aku tahu. Tiba-tiba aku perasan semua budak kumpulan aku tak pernah dengar nama tu. Alamak~ Humphh memang pastu aku kena soal lah jawabnya. Nasib baik aku jawab soalan Abang Seman dengan betul. Hehe. Kemudian abang Sabah dengan Abang Man (ke Mad entah nama dia) join kitorang. Suka tengok muka abang sabah yang tak diketahui nama betul dia tu sebabnya dia suka senyum. Memang murah senyuman dia walaupun dia kejam minta deposit tak pasal-pasal. Huhu. Tapi last-last dia pulangkan balik duit tu, tak ambil pun. Saja buat gimik. Nak minta tandatangan Abang Seman pun payah. Dia nak wakil dua orang untuk sukarela muka diconteng. Dahlah tadi kena conteng dengan ustaz mayat, ni dia pula nak menconteng. Sebabkan lambat serah diri, jadi daripada dua orang dia nak wakil tambah lagi sorang. Dua perempuan, sorang lelaki. Nasib baik aku tak kena. Yang kena conteng Azie, Wanie & A'an.


12.00 tengah hari
Naik dewan balik. Nak diskas pasal apa yang kitorang buat tu. Semua fasi ada.



bersambung...


p/s: kisah ni dari semalam aku taip, cuma tak publish-publish. sebabkan hari ketiga punya cerita panjang termasuk kes lemas yang belum tiba, jadinya aku publishkan part 1 dululah. ngantuk dah~

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB