Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 19 April 2010

Catatan Perjalanan Kem BTN - Hari Ketiga Part 2

Entri yang ni panjang sikit. Ikut koranglah nak baca sampai habis ke tak. Tapi yang penting, cerita suku terakhir dari page ni mesti kena baca. Aku tak nak korang judge aku ni macam-macam sebelum tahu yang sebenarnya.
  
Rabu, 7 April 2010
12.40 petang
Post mortem aktiviti 'dari tak tahu, jadi tahu' tamat dan diumumkan kitorang boleh rehat sampai pukul 3 petang.
Hooray! Seronok gila dapat rest setelah beberapa hari tak cukup rehat.
Lepas makan tengah hari semua masuk dorm. 

2.00 petang
Panjat katil double decker dan tidur.. Ya Allah...nikmatnya dapat tidur. Lagi-lagi dekat dengan kipas, sejuk je. Aman gila. Toleh kanan Kak Ida pun join tidur, toleh kiri Kak Izan takde kat katil. Tengok bawah, Huda, Ely dan Eyka masing-masing dah terbongkang. Bestnyaaaa.


2.31 petang
Automatik terjaga. Terus turun katil. Nampak Kak Izan tengah keringkan rambut, tahulah yang dia baru je lepas mandi. 
Ambil pencuci muka, ubat gigi dan berus gigi, tiba-tiba aku perasan Kak Izan dah ada atas katil. Baru nak tarik selimut.


" Akak nak buat apa?" rasa macam bodoh je tanya soalan macam tu. Ekeke


" Huh? Nak tidur... mengantuk. Baru nak tidur jugak ke?" Aku tunjuk apa yang ada kat tangan aku.


" Dah pukul 2.30, kak.."


" Ala, yeke?" Memang muka Kak Izan masa tu kesian sangat aku tengok. Nampak sangat muka mek Kelate berumur 27 tahun tu keletihan teramat.


" Kenapa tak tidur dari tadi?"

" Tadi mandi, pastu solat, basuh baju.." dia mula bergerak turun dari katil double decker tu. "Seronok dapat tidur tadi? Lama tak?"


Aku senyum. " Setengah jam je tapi bolehlah buat hilang penat."


3.00 petang
Berkumpul kat tempat flying fox semalam. Sebab ada lagi beberapa orang yang tak berkesempatan nak buat. Sambil tunggu aktivit seterusnya, kitorang yang perempuan ni mulalah dok pot pet pot pet cerita pasal diri sendiri. Lagipun kebanyakan kat kem tu saling tak kenal antara satu sama lain. Macam-macamlah borak. Yang cerita satu family dia tak reti minum air masak pun ada. Hari-hari minum air teh. Tak sangka kan orang macam tu pun wujud kat Malaysia ni..hihi.


Hampir ke 4 petang
Bergerak ikut kumpulan menuju ke kolam yang dah sedia ada.
Sampai sana, Pak Rais bagi penerangan serba sedikit apa yang patut kami semua buat. Dia tunjukkan life jacket, life jacket mana yang boleh dipakai buat masuk dalam air dan life jacket mana yang tak boleh pakai. Semua dengar dengan khusyuk 'Remy Ishak' bagi penerangan. Muka dia pun serius je.
Aktiviti petang tu namanya Crossing River. Tujuannya untuk tengok water confident kita macam mana. Aku ok je. Bab-bab air ni memang aku suka.
Mula-mula kumpulan 1 dulu masuk dalam tu. Diikuti kumpulan seterusnya. Sampai giliran kumpulan aku, semua sibuk pilih life jacket. Kak Syura (ketua fasi) yang pilihkan jacket untuk aku pakai. Masa nak pasang, perasan jacket tu rosak. Terpaksa cari life jacket lain. Kebanyakannya saiz L, XL, XXL. Saiz M hampir-hampir tak jumpa. Lama juga baru jumpa. Tu pun aku minta budak-budak perempuan group aku tunggu aku. Nak turun air sama-sama dengan diorang, supaya nanti kalau tenggelam tiba-tiba boleh paut pada diorang.
Masa Mak Yati pakaikan untuk aku, aku perasan ada yang rosak sikit pada life jacket tu. Terus aku tegur. Nak tukar yang lain walaupun rasa-rasanya takde dah saiz M.


" Takpe, boleh ni. Ikat kuat-kuat," kata Mak Yati sambil memasang segala macam tali kat life jacket yang dah tersarung kat badan aku.


Aku pun dengan konfiden jelah turun dalam air. Air kumbahan. Tahu dah.. Kak Wan ada bagitahu.. Hoho. Mula-mula macam ok. Tiba-tiba rasa macam badan aku menyenget ke kanan. Aku pegang Kak Syawirah yang berhampiran dengan aku. Alih-alih dia tenggelam. Mungkin sebab aku tekan kuat kot... Ha ha ha. Adeii.. Dahla tak pandai berenang. Pak Baha asyik cakap je suruh terlentang. Suruh rasa konfiden. Aku try buat yang Pak Baha suruh. Tapi still menyenget. Aku pegang Kak Faezah, Kak Faezah pun tenggelam.


" Jangan pegang akak!" Terus aku lepaskan pegangan. Masa tu aku, Kak Faezah & Kak Syawirah dah ketawa mengekek. Kelakar. Macam apa je. Dahlah tiga-tiga tak pandai berenang. Aku pulak banyak kali tenggelam timbul. Asal timbul je aku gelak. Serius aku rasa kelakar. Sampai 5x tenggelam timbul dan rasa nafas dah tak cukup untuk aku tahan dalam air, baru aku cakap;


" Ni lemas betul-betul..." blurppp! tenggelam lagi.
" bukan main-main.." timbul tu aku sambung lagi ayat tak habis. Masa tu memang tinggal nyawa-nyawa ikan. Nafas dah takde dah kalau tenggelam lagi dalam air. Air kumbahan, siap masuk dalam mata, mulut (telan sekali) & telinga. Aku dah tak fikir geli ke apa. Yang pasti life jacket aku tak membantu dan memang betul-betul rosak. Tali yang mengikat tu rupanya dah longgar. Aku nampak muka Kak Syawirah kaget. Nampak juga muka budak-budak lelaki kumpulan lain yang tengah tunggu giliran. Paling tak boleh blah nampak muka Penghulu berkerut seribu. Selamatkan aku la, oi! Rasa nak je jerit macam tu. Tiba-tiba rasa tangan aku disambar seseorang. Oh, syukur... Memang tak dinafikan berapa kali tenggelam timbul tu aku masih boleh tergelak-gelak sebab kelakar. Pak Baha yang pegang tangan aku. Takpelah, darurat.. Nak buat macam mana.. Nak minta kawan-kawan perempuan yang tolong pun diorang sendiri tercungap-cungap. Bila Pak Baha lepaskan tangan aku, aku tengelam lagi ke kanan.


" Jacket ni rosak, bukan saya yang tak konfiden dengan air ni." Tiba-tiba jadi macam bengang sebab Pak Baha asyik ulang-ulang je ayat suruh aku imbang badan. Masalahnya bukan dari aku, tapi dari jacket tu. Adoiiii. Masa tengah tenggelam buat kali ke berapa tu, aku rasa Pak Baha pas kan tangan aku kat orang lain.


" Bawa dia ke tebing," tu lah pesanan yang Pak Baha bagi kat orang yang tengah pegang tangan aku. Tangan kiri ditarik, tangan kanan pulak sibuk betulkan tali jacket yang longgar tu. Aku perasan macam laju benar je orang yang tarik aku ni berenang. Aku dongak ke atas. Erkh... 

Aku sorang je yang sampai tebing, yang lain still bermain-main dengan air. Telinga dah pekak sebelah sebab masuk air. Sambil tunggu yang lain-lain sampai, aku ikat ketat-ketat jaket aku. Asal boleh je, supaya lintas tali nanti aku tak tenggelam lagi. Ok jelah kat situ walaupun ada tenggelam sikit-sikit tapi sebab ada tali, takdelah rasa teruk macam sebelumnya.
Dan jacket aku guna tu memang tak ar untuk aku pas kat orang lain pulak. Bila diorang nak, aku cakap rosak. Buat niaya je pas kat orang. Cukuplah aku sorang yang kena.

Baru tahu kenapa muka si Penghulu tu berkerut seribu masa aku tenggelam timbul tu, rupanya dia penakut air. Erk. Fobia kot.


5.30 petang
Beratur nak balik tu tiba-tiba terdengar Mak Yati cakap sesuatu kat peserta lain, dia cakap slow je tapi entah macam mana sampai pula kat telinga aku yang dah pekak sebelah ni.


" Nampak matang kan? Pak Rais tu baru 24." Gulp! Aku pandang Mak Yati kemudian pandang Pak Rais. 24? Uish, sebaya aku lah macam tu. Kemudian dengarlah peserta perempuan and the gang cakap, mudanya! Semua macam terkejut. Aku lak agak umur dia mesti awal 30-an. Kalau tengok cara dia layan kitorang memang umur tu layaklah untuk dia tapi kalau ikut rupa memang muda la. Serius tak sangka. Huhu. Kalau tengok dia time tengah serius, terbayang watak Remy dalam drama Nur Kasih. Hah, sebijik macam tulah. Garang dia, serius dia. Cuma Pak Rais bila serius-serius tiba-tiba ada orang cakap benda bodoh-bodoh pun dia boleh tergelak. Nampaklah dia jenis serius yang dibuat-buat walaupun serius dia tu menjadi dan buat orang takut nak lawan cakap dia..

7.20 petang
Solat jamak takdim dan belajar cara-cara mandi jenazah. Dua orang wakil peserta lelaki jadi jenazah, 6 orang jadi tukang memandikan. 1 jenazah, 3 orang yang mandikan. Best gak belajar cara-cara nak mandikan. Tak sangka pula dalam 6 orang yang mandikan jenazah tu, salah seorangnya memang dah biasa mandikan jenazah. Patutlah aku dan Kak Ida perasan yang dia cekap uruskan. Bagus betul.


8.30 malam
Elok je habis belajar cara mandi jenazah termasuk proses meruam jenazah (membuang najis yang tertinggal dalam perut), hujan turun mencurah-curah.
Kitorang ada yang masuk ke dewan dan ada yang balik dorm. Yang lelaki majoritinya balik dorm. Aku dan Kak Ida pun tak terkecuali.


9.00 malam
Berkumpul di dewan. Semua fasi ada (kalau aku bagitau semua fasi ada tu maksudnya 'dia' pun ada..har3). Yang kuasai pentas dewan malam tu adalah Mr Jawa dan kawan baik dia (sebabkan tak tahu nama kawan dia tu, Kak Ida panggil dia Aizat sebab muka dia ada iras-iras penyanyi Aizat. Kih kih kih... Semua artis ada..hoho. David Teo pun ada maaa). Lepas tu mulalah permainan kuiz entah apa-apa. Just for fun punya game. Ok la, seronok walaupun hidung masih sakit sebab masuk air petang tadi. Setiap kumpulan kalau buat ikut arahan dan jawab dengan betul akan diberi 50 markah dan markah tu di publishkan untuk tontonan umum. Yang tak puas hati kumpulan 1 dapat markah paling tinggi padahal aku tengok group tu takdelah menyerlah sangat. Rupa-rupanya sebab Mr Jawa fasi kumpulan 1 so pilih kasih la nih. Bila semua bangkang dengan markah yang Mr Jawa bagi, boleh dia balas.

" Apa hak anda semua untuk menghalang saya daripada beri markah? Ini kuiz saya, suka hati saya lah nak bagi markah banyak mana pada mana-mana kumpulan sekalipun." Erk.


" Tak adil! Tak adil! Bangkang! Kami perlukan keadilan!" Tiba-tiba Abang Karam bersorak membangkang kemudian semua fasi ikut join. Ha ha ha. Serius kelakar. Peserta pun ada yang ikut bangkang. Tapi Mr Jawa buat dek je. Dia teruskan permainan dia.


Permainannya, dia minta salah seorang ahli kumpulan yang lari laju untuk bangun dan ambil kertas, kemudian kertas tu diberi pada ahli kumpulan yang bertulisan kemas. Nanti kenalah tulis senarai yang dia minta. Tulis sebanyak mana senarai yang sempat. Bila masa dah tamat, mana-mana kumpulan yang masih pegang pen, markah kumpulan akan ditolak. Bila masa dah tamat, kertas itu perlu pula diserahkan pada kategori-kategori yang dia nak. Contoh kategori-kategori tu ' Budak paling comel dalam kumpulan' kitorang semua sebulat suara pilih Wanie. Jadi Wanie bangun dan bagilah kat mana-mana fasi yang berkenaan. Ada yang kategori suara sedap tapi disuruh ke depan dan baca senarai dengan suara sengau. Hampeh je. Ha ha ha.

Bila permainan tu tamat, fasi buat game lain. Game ni pelik sikitlah. Aku nak terangkan kat sini pun tak pandai. Hu hu tapi lebih kepada semangat patriotik gitu. Cuma syarat-syarat permainan;

a) boleh bergerak tapi tak boleh bediri
b) boleh memberi tapi tak boleh meminta
c) boleh bercakap tapi tak boleh bersuara


haaa..macam manalah tu kan. Mula-mula yang terkeluar dalam kumpulan kitorang adalah Abang Zul sebab dia ada buat aksi seperti meminta. Tak lama kemudian Azie kena keluar sebab dia menegur Kak Ismah berborak. Patutnya Kak Ismahlah yang kena keluar tapi fasi perasan Azie, jadi Azie lah yang kena keluar. Siann..
Kemudian, atas kesilapan Norman, fasi minta 3 orang wakil kumpulan kitorang untuk keluar daripada permainan dan menuju keluar dari dewan. Norman, Mad dan aku sendiri mewakilkan diri untuk keluar. Aku tak suka buat sesuatu yang aku tak faham dan aku memang tak faham peraturan yang diorang buat. Syarat yang ditetapkan cuma 3 tapi bila kitorang silap sebab buka bungkusan sebelum diarahkan, terus kena denda. Kan tak masuk senarai syarat perbuatan tu? Lagipun aku fikir, Kak Ida ada. Sekurang-kurangnya balik dari kem nanti Kak Ida boleh kongsi cerita apa yang berlaku dalam dewan dan aku pula boleh kongsi apa yang berlaku kat luar dewan *Bernaskan pemikiran aku? Ngeh2* 
Aku perasan semua mata fasi menghadap kumpulan aku. Mungkin tu denda paling berat, dalam satu masa 3 orang sekaligus kena keluar. Masa aku berdiri dan mula berjalan aku perasan si fasi cool terus membelakangkan aku padahal masa diberi arahan untuk keluar tu memang dia pandang group aku. Tak tahu apa maksud dia tapi aku suka. Hoho. Sebab aku tak suka menjadi perhatian mana-mana lelaki termasuklah kalau lelaki tu aku kagum; atau erti kata lain aku memang tak suka dipandang oleh orang lelaki. Bukanlah tak boleh tegur atau bercakap dengan aku, boleh je, tapi jangan pandang lama-lama la. Tak manis kan.. Agama pun larang pe..


Kat luar kitorang yang diarahkan keluar kena duduk atas simen koridor dewan. Takpe, aku tak kisah. Sambil duduk-duduk tu aku pandang langit (sebabkan disuruh diam, jadi takdelah nak berborak dengan orang sebelah menyebelah). Oh, malam tu langit cantik.. Betul! Cantik sangat! Banyak bintang... Subhanallah~ Tu salah satu hobi aku pada waktu malam; suka tenung langit. Tapi aku pernah jumpa seorang kawan yang takut tengok langit pada waktu malam. Aku perasan tu masa aku kerja sama-sama dengan dia. Aku suruh dia tengok langit sebab bulan masa tu indah tapi tak sangka dia tertengking aku sebab dia memang takut nak pandang langit pada waktu malam. Berkerut dahi aku masa tu. Orang macam tu pun ada ke? Dia cakap kalau nampak langit pada waktu malam dia nampak benda tu sesuatu yang menakutkan. Seolah-olah gelap langit tu umpama gelap kubur. Adeh.. Lepas tu aku takde dah suruh dia pandang langit.

Adalah dalam beberapa minit kitorang kat luar tu dan fasi cool pun asyik keluar masuk dewan tinjau apa yang kitorang buat, barulah Abang Seman datang. Dia minta kitorang semua berkumpul ke kawasan lapang yang bertar. Ikutkan jelah. Kemudian dia mula bertanya. Siapa yang tak jawab soalan dengan skema jawapan yang dia nak, dia takkan layan dan soalan yang sama akan diulang berkali-kali. Aku tak suka suasana macam tu. Lagi-lagi suara dia makin meninggi. Wargghhh! Tashukeeee.
Tak lama tu muncul seorang peserta lagi. Dengan muka bengis tak puas hati. Syukurlah kat luar tu gelap, jadi takdelah nampak sangat air muka dia yang bengis. Masa tu ada dalam 30++ peserta yang terkeluar dan kebanyakannya tak puas hati sebab macam dipaksa. Eh, aku pun kira dipaksa gak pe. Bukan salah aku tapi kena jugak keluar. Cuma aku takdelah nak protes macam diorang yang lain. Sebab aku lebih senang berada diluar beramai-ramai dalam gelap macam tu. Lagipun fasi cool ada. hua3 

*Oh oh ada orang cakap aku desperate nak BF. Yang kenal aku, diorang lebih tahu mana gurauan aku dan mana serius aku. Yang macam fasi cool ni aku cuma kagum dengan personaliti dia. Takdelah lebih-lebih pun. Biasa je. Jadi terpulanglah pada korang nak menilai. Apa ku kesah? Cuma apa yang aku rasa saat kat kem tu, semua aku cerita. Aku bukan hipokrit dan tak mahu pula cuba untuk jadi hipokrit. Bagiku, adatlah kalau pergi mana-mana program kita akan TERsuka dengan orang itu atau orang ini cuma suka kerana apa? itu sendiri jawablah. Tapi selalunya time tu je aku suka, aku kagum. Lepas-lepas tu tak dah. Tak kuasa mak..hihi*

Perempuan kat sebelah aku dah menangis tersedu-sedan. Aduhhh. Aku lemah betullah bab-bab perempuan menangis ni. Dahlah tu elok je menangis kat sebelah aku. Dahlah aku ni memang K.O bab pujuk memujuk ni.

" Yang awak kenapa nangis?" Tanya Abang Seman. Ek eh. Makin bertambah lak sedu sedan dia. 

" Saya bagi masa seminit untuk awak nangis puas-puas. Nanti saya tanya balik." Aku tak tahulah apa yang ada dalam hati Abang Seman masa tengok dan dengar perempuan tu nangis teresak-esak. Dari nada suara dia nampak macam dia pun tak sanggup nak hadapi orang menangis ni kot. Hu hu. Nasib baik gelap walaupun muka aku tersimbah cahaya lampu dari bumbung pejalan kaki. Aku cuba usap-usap belakang si peserta perempuan yang aku tak kenal tu. Cara macam tu mungkin boleh buat tangisan dia reda sikit kot. Nak peluk macam dramatik sangatlah pulak kan. Ha ha ha. Kang kena tempelak pulak dengan Abang Seman. Hihi. 


" Saya bengang! Saya tak puas hati!" tiba-tiba mamat yang bengis tu menjerit marah. Semut orang panggil dia. Nama betul tak tahulah pulak.


" Awak kenapa?" Tanya Abang Seman. Oiii tat0t oiii.. Abang Seman tu aku tengok boleh tahan gak pe panas baran dia. Takut jadi lain je nanti. Tapi aku cuba cool.

" Saya tak puas hati! Saya tak buat salah tapi kenapa saya ditarik keluar?! Dahlah tu, guna cara kasar pada saya! Ingat saya ni apa?!" Aku perasan fasi cool datang. Dia berdiri dekat dengan Abang Seman tak cakap apa pun cuma menjadi pendengar je.


" Diorang buat macam mana kat awak?"


" Diorang tarik saya keluar. Saya tak buat salah! Saya tak bersalah! Saya ikut semua peraturan!"


" Awak yakin awak ikut semua peraturan?"


" Saya yakin!"


" Awak yakin?" Tanya Abang Seman lagi. Dah sudah~ Tu namanya proses provokasi. Saja nak bagi orang yang sedia bengang bertambah bengang dengan soalan yang berulang-ulang. Bila soalan yang sama diulang lebih 3x, Semut mula nak angkat kaki.


" Dahlah! Bengang!" Dia mula bangun dari duduk. Aku terpandang semula fasi cool. Erk. Gila cool mamat nih. Bak kata Kak Ani (sebab masa kem Kak Ani dulu, fasi cool ni ada jugak jadi fasi cuma time Kak Wan je dia takde), muka takde perasaan. Ehehe.. Tapi betullah, dia statik je berdiri kat tempat dia mula-mula berdiri. Tak bercakap sepatah pun. Takde tindak balas pun dengan apa yang dia nampak.


" Duduk!" Abang Seman menarik Semut yang dah mula membuka langkah pertama. Eh, elok je dia ikut duduk. Uiii.. Kalau aku jadi Semut, dengan marah-marah macam tu memang aku takde masa nak dengar apa yang orang lain arahkan.. Hoho.


" Saya tahu awak tengah marah. Stress. Tapi benda ni boleh bawa bincang. Kita bincang elok-elok. Kita bercakap atas dasar sahabat." Perghhh baik punya ayat. Lembut je. Betul-betul ahli psiko lah Abang Seman ni T__T <- eh nape ada icon ni? sebab tak suka di psiko..huuu*


Kemudian Abang Seman buka cerita tentang Abdul Rahman Limbong. Pejuang negara dari Terengganu. Bercerita tentang semangat dia. Wahhh.. Rasa macam Jaja lah! Ada 'Din' jadi penglipur lara...Wakaka. Aku dengar je Abang Seman bercerita sebab memang dari kecil aku suka orang yang suka bercerita. Tapi kena ikut masa lah. Kalau time kerja sibuk nak bercerita dengan aku, memang tak kena langsung lah.


Tengah asyik bercerita, datanglah sekumpulan peserta dari arah dalam dewan. Siap bawa bendera bagai. Fasi cool datang ke arah diorang dan minta diorang masuk dalam balik. Aku tengok je apa yang jadi sebab aku memang tak tahu apa yang tengah terjadi. Aku sangka diorang semua tu peserta yang kena buang macam kitorang jugak tapi kenapa pula fasi cool suruh masuk dewan semula? Abang Seman sambung cerita.

Tengah cerita-cerita tu tiba-tiba diorang datang lagi. Abang Seman arahkan fasi cool halau diorang masuk semula. Kitorang semua perhatikan jelah apa yang jadi. Aku terblur-blur. Bila diorang masuk balik, fasi cool kunci pintu dewan. Wahahaha. Aku tak tahu kenapa nak gelak. Tapi aku rasa perbuatan dia tu macam mengunci kanak-kanak kecil yang buat nakal ;P 

Abang Seman sambung lagi bercerita. Cerita + provokasi. Aku pula dengar-dengar gitu. Dah tak menarik minat dah sebab aku tak suka cerita yang terganggu dengan gagguan luar. 


" Kalau nak bendera ni, langkah mayat kami dulu!" Jerit peserta berbadan besar pada fasi cool. Aku tak dengar apa yang fasi tu balas. Last-last Abang Seman minta Semut halau diorang masuk. Haaaa masa tulah terjadinya pergaduhan. Sampai fasi cool & Abang Seman terpaksa leraikan. Adehhh... Dah macam filem hindustan la pulak.


Oh baru aku tahu. Kitorang yang kat luar ni diibaratkan tebusan, orang dalam dewan tu pula adalah bangsa-bangsa kitorang. Kononnya diorang keluar tu nak tebus kitorang. Selalunya proses penebusan dilakukan dengan adanya perundingan tapi diorang tak berunding cara baik, tu yang Abang Seman malas nak layan. Kiranya ni macam 1 permainan jugaklah. Nak tengok tentang ego kita, pandangan kita, semangat kita. Hmm..macam tu lah lebih kurang.


Yang dapat aku belajar tentang permainan malam tu, fasi cool tu memang cool habis. Ops, bukan, bukan...bukan yang tu (walaupun ada sikit..haha). Yang paling besar adalah betapa susahnya pejuang-pejuang terdahulu memerdekakan negara Malaysia. Dengan wujudnya pelbagai konflik. Susah woo nak merdeka dulu. Serius malam tu memang banyak belajar semangat cintakan negara. I Love Malaysia! Wahhh! hihi.


Dah masuk dalam dewan tu, kitorang siap nyanyi lagu Warisan by Sudirman lagi. Sedih woo. Rasa semangat gila time tu. Nasib baik nyanyi ramai-ramai, kalau nyanyi sorang-sorang naya je kena boo..kih3


12.30 tengah malam
Permainan tamat. Sepatutnya habis 11.40 tapi permainan tu rupanya tak selesai seperti yang dirancang. 11.45 pun still ada adegan lain. Penat pujuk sorang mamat tu suruh masuk dewan balik, dia tak nak. Aku pun dah rasa letih dah. Apa lagilah gimiknya. Mr Jawa pun cakap;


" Korang tak ngantuk ke? Saya ngantuk lah..." Terus dia menguap. Selamba je, padahal masa tu Kak Mai lah paling excited nak pujuk budak tu masuk balik. Siap nangis-nangis. Alahai. Bagi aku tak payahlah sampai jual airmata. Tu permainan je. Bukan betul-betul. Memanglah orang perempuan ni sinonim dengan airmata. Aku pun hobi kadang-kadang suka gak menangis tapi untuk menangis saja-saja depan orang memang tak r.. Melainkan menangis kerana kematian. 


Elok je habis, terus diumumkan yang para fasi kena balik dan-dan tu jugak. Eh, takde sesi bergambar ke? Memang takde... Sedih gila... Huwaa.. paling sedih masa fasi cool balik. Eh, sempat lagi budak nih! *sigh* hehehe. Yela, bukuwajah dia pun aku tak sempat minta tau. Masa keluar dari dewan nak ke dewan makan tu sempat lagi menjeling pandang pada fasi cool. Kak Ida siap cakap aku gatal. Hoho. 

Kagum lah, Kak... Kagum ok! Kagum dengan jatuh cinta, dengan suka sampai nak buat suami, dengan suka sebab rupa je, dengan suka sebab nafsu, lain tau definisi dia... Ni bukan suka gatal. Tapi suka kagum. Kadang-kadang penulis bahan cerita/artikel islamik yang selalu bercakap tentang islam, tentang hukum hakam pun belum tentu lagi mampu membuatku kagum seperti aku kagum pada si fasi. Pertama kali aku jumpa fasi yang jaga pandangan, yang jaga mata. Takdelah alim warak kalau tengok dia, biasa-biasa je orangnya cuma personaliti yang dia miliki tu buat aku kagum. Bercakap bila perlu, memandang juga bila perlu. Wahhh tabik springlah, Mr A.. Ada aura ;) Tengoklah berapa ramai lelaki yang seperti itu? Hmmm 1 dalam 1000 kot. Maybe sebab dah lama tak kagum dengan lelaki, tu yang nampak macam excited terlebih je bila bercerita dalam ni.
*Oh patutlah ala-ala alim... ex-student maahad rupanya. Pastu further study dlm course Syariah*


1.00 pagi
Masuk dorm, mandi & tidur buat kali terakhir di Kuala Lipis.. Sedih pulak nak balik dah.. Dahlah semua budak-budak perempuan agak ok la. Takde yang buat hal. Hampir semua budak-budak dorm aku tu aku rapat. Seronok dengan diorang. Siap ada yang baik hati pinjamkan sejadah, pinjamkan iron. Thanks to Huda & Kak Izan. Pemurah betul korang. Sayang sebab tak dapat kenal dengan lebih rapat sebab tentatif program memang padat sampai ahli kumpulan aku sendiri aku tak berapa kenal sangat.



bersambung...

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB