Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 23 September 2010

Mari aku kenalkan mereka padamu ^_^

Sebenarnya kan dah lama tau nak buat kisah ni.
Tapi asyik takde masa + malas nak menaip je.
Ni pun lama juga duduk depan PC ni untuk mencoret kisah ni. Sampai layan komen-komen entah pekebenda kat bukuwajah untuk berapa juta kali tu pun aku tak tahulah, malas nak menaip kat blog punya pasal....hehe. 
Tapi hari ni aku nak berkisah juga, berkisah sebelum terlambat, sebelum kisah dah jadi basi *akan ke? ;p * dan sebelum diri malas gila mahu menaip lagi. Hoho..

Kisahnya bermula dari aku kecil. Err aku tak ingatlah umur berapa masa tu tapi rasa-rasanya dari sedar kewujudan dunia ni kot aku mengenali dia, si gadis kecil berdarah Cina sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapa. Siti Sarah Hanafiah namanya. Tapi paling ingat, masa darjah dua kami tinggal satu taman perumahan dekat Paroi, Negeri Sembilan. Memang rapat gila walaupun dia ni seorang yang nakal. Nak kata nakal sangat tu taklah tapi masih dalam kategori nakal. Budak-budak lain keluar rumah semua bertudung tapi dia je tak tapi selalunya dia pakai tudung, lagi-lagi kalau Abi dia ada kat rumah, konfem, pijak semut pun tak mati *melainkan dia pijak sembunyi-sembunyi*. He he. 

Dia seorang yang bijak. Memang dari kecil dia bijak, aku tak tahu dia ikut gen siapa, mungkin gen ibu bapa dia, lagipun dulu Umminya pernah menjadi jurutrengkas <- *nak tau mana aku tahu cerita pasal Ummi dia ni? Mestilah dari blog Abi dia..haha* Abi dia pun terror pasal komputer. Tapi Abi dia garang... Takut woh dengan Abi dia dulu. Tapi mungkin juga dia bijak kerana ada darah campuran Cina + Melayu. Menjadi kesukaan para guru walaupun dia nakal.

Tahun 1994, kami terpisah. Masing-masing ikut keluarga masing-masing berpindah *oii belum kahwin, belum baligh lagi masa ni, takkanlah nak ikut laki masing-masing pindah pula kot..agak-agak la* 
Oh lupa, umur dia tua setahun dari aku. Adik lelaki dia sebaya dengan aku, masa sekolah dulu biasalah budak-budak suka main ejek-ejek. Jadi selalulah aku kena gu dengan adik dia tapi paling banyak aku kena gu dengan seorang lagi budak lelaki kelas aku juga *ok, abaikan pasal ni. Sudah tiada makna..<- wahh ayat seperti putus cinta pada 'seorang lagi budak lelaki' itu...ngahaha* Masuk darjah 4, entah macam mana Tuhan pertemukan kami lagi. Wahh.. terharunya! Almaklum, dulu takde telefon bimbit, takde internet untuk manusia berhubung. Nak pasang telefon pun mahal harganya. Jadi, kalau jumpa lagi tu, jumpalah. Kalau tak jumpa, anggap aje jodoh tiada. 
Kali ni agak lama kami berjiran walaupun rumah dia agak jauh. Kerana kenakalan Sarah, kadang-kadang sikap dia menyakitkan hati tapi dia tetap Sarah yang baik <- sungguh sweet ayat tersebut ^_^ Dia suka buat apa yang lelaki buat tapi dia bukan tomboi, cuma sifat dia memang macam tu. 

Darjah 5, masa tu dia darjah 6, sekali lagi kami berpindah. Tapi yang penting kembali ke zaman masa darjah dua. Rumah kami sebelah menyebelah. Seronok tak terkata. Dan masa itu juga kami berjiran dengah Cik Halim dan Cik Azizah *Cik singkatan untuk Pakcik & Makcik* Cik Halim satu tempat kerja dengan Walidku dan Abi Sarah. Ummiku pula amat rapat dengan Cik Zah, nama pun dah sama. Masa inilah mula rapat dengan Rabiatul Adawiyah Abdul Halim atau lebih senang dengan panggilan Angah, anak kedua Cik Halim dan Cik Zah. Angah ni aku kenal dari darjah 3 tapi tak rapat, kenal gitu-gitu je. Kakak dia pula kawan baik dengan kakak aku. Mula-mula kenal dia, dia ok je. Ramah...*untuk aku yang pendiam ni..* Daftar masuk sekolah baru, satu kelas pula dengan Angah. Sarah sah-sahlah tak satu kelas, nama pun tua setahun.
Jadinya kisah aku banyak berkait dengan Angah.
Bila dah ber-geng tiga orang, mula-mula je macam okey tapi ada masa-masanya kami bergaduh. Selalunya Angah geng aku, dan Sarah pun nak aku geng dia tapi kalau boleh aku nak geng dua-dua. Dua-dua perangai sama. Degil dan keras kepala. Ha ha. Aku? Aku mak turut. Aku ikut siapa yang betul. Erm...entahlah. Kadang-kadang yang salah pun aku ikut jugak sebab kesian. Hu hu.

Pernah sekali tu kami bergaduh teruk sampai melibatkan mak ayah kami. Angah orangnya suka berterus terang, apa yang berlaku mesti dia akan cerita pada mak ayah dia, aku pula suka diam, ikut je apa orang cakap. Sarah pula pemendam tapi kadang-kadang dia suka meluahkan dengan cara yang kita tak jangka. Woihhh..dahlah malas nak ingat benda tu. Kalau kitorang jumpa, kenang balik kes gaduh tu, semua gelak terbahak-bahak.

Angah: "Ada ke patut kau cakap aku anak badak, anak dinasour masa tu? Geram tau!"
Sarah: "Dah kau suka cari pasal siapa suruh."
Angah: "Bila aku bagi umi aku baca surat layang tu, umi aku cakap apa? Kalau aku ni anak dinasour, maknanya umi aku tu ibu dinasour lah?"
Ha ha ha..ketawa kitorang bila ingat hal yang lepas-lepas. 

Haihh banyak betullah kenangan dengan korang. Sarah tu nakal tapi kalau nak tahu, dia selalu jadi kakak aku masa sekolah dulu. Hampir semua rahsia dia kat sekolah aku tahu. Tak payah skodeng, tak payah pasang spy, dia sendiri yang akan datang bercerita. Angah pula berkongsi minat dengan aku. Suka novel, suka berangan & kami pernah cuba-cuba untuk menjadi penulis. Hahaha. Penulisan yang takkan pernah terbit dalam mana-mana syarikat penerbitan. Ekekeke. Dan yang pasti, kami bertiga peminat Sailormoon! Bhahaha. Sarah jadi Sailormoon, aku jadi Sailormercury & Angah jadi Sailorjupiter. Tapi Sailormoon dan Sailorjupiter yang ni sering berebut jejaka Tuxedo Mask -__-' *dalam cerita Sailormoon takde pun babak perebutan tu taww..* 
Tingkatan 2, Angah pindah. Sedih sangat masa tu, dahlah Ummi dia best, penyeri kat kawasan perumahan tu, tiba-tiba pula berpindah. Tapi tetap berhubung dan berjumpa. Lepas SPM, pernah seminggu lepak rumah dia. Dan dia juga yang mempertemukan aku dengan dua pupu ku. Selama ni tak kenal pun kewujudan dua pupu aku tu, sekali rupanya kawan baik Angah di sekolah baru.. Ala-ala macam jejak kasih pula masa tu :D

Sekarang ni semua dah berubah. Dah tak selekeh macam dulu. Sarah yang glamour kat sekolah dulu, makin gorgeous. Angah yang macam anak dinasour *bak kata Sarah* sekarang dah makin vogue. Aku? Baru-baru ni jumpa Cik Linda; kawan baik Ummi kitorang + adik ipar Ustaz Pahrol Mohd Juoi di majlis perkahwinan Sarah, Cik Linda puji aku makin lawa, macam muka Arab. Hik hik.. Malu-malu kucen i...



Sarah
Angah

Ahah, Sarah dah selamat diijabkabulkan dengan jejaka bernama Shafezan pada 18 September 2010... Gadis nakal sedang berusaha untuk menjadi isteri yang solehah buat suami tercinta. Woaaa.. Gembira aku masa datang majlis perkahwinan dia. Bahagia je nampak walaupun bermekap nipis tanpa menggunakan khidmat solekan mak andam profesional.. Tahniah, Sarah! Moga menjadi isteri & ibu yang baik buat keluarga dan agama Islam :) Jadi orang Ipoh ler kome ye...ater... hehe

Angah pula, insyaallah 9 Oktober ini bakal mengikat tali bertunangan dengan jejaka pilihan hati. Yang best, aku sendiri menjadi saksi kisah perkenalan mereka. Saksi tak langsung. Moga kekal dengan Hafiz ok!

Thanks kalian sebab sudi jadi kawan aku, thanks sebab pernah jadi musuh aku & thanks untuk semua hari-hari yang pahit & yang indah-indah yang kita jalani bersama. Walaubagaimanapun kalian, aku tetap sahabat kalian dan kalian tetap sahabat aku.

Much love dariku yang masih solo...takpe, aku dulukan kawan-kawan...ngeee. Chiawww 

 

Ahad, 19 September 2010

Trend tudung @ tudung trendy??

Salam. Saja je bagi tajuk gempak gitu. Tak perlu jawab kot..hehe
Nak share kat korang, sekarang ni trend tudung macam-macam jadi aku suka tengok selebriti-selebriti gayakan tudung yang diorang pakai. Nampak sweet sangat. Cekidot!





Heliza AF . Gaya tudung ni gaya tudung zaman dolu-dolu la gak kan.. Sekarang ni kalau nak suruh aku pakai tudung ni balik pun aku dah tak reti tapi dia ni antara orang yang aku suka tengok dia pakai tudung camni. Heliza rasanya memang sesuai pakai tudung jenis ni sebab nampak dia pakai tudung jenis lain nampak agak kelakar..huhu




Yuna. Yuhuuu minah ni pencetus gaya selendang pada gadis-gadis termasuklah aku. Wahh. Amat susah woo nak lilit selendang lagi-lagi dengan muka bulat macam aku ni tapi Yuna pakai memang cun. Chantekk je. Jeles sip0tt tengok minah ni pakai selendang cun camni -__-' sekarang ni bukan pencetus pada selendang aje malah jadi pencetus minat gadis-gadis untuk terror bermain gitar seperti Hana Zatie *err siapakah itu? alaa budak yang nyanyi lagu 150juta by Fynn Jamal tu* tu pun ye gak.




 Anne HOT.fm. Tahniah buat Kak Anne sebab dah pakai tudung. Sweet la dia pakai tudung Syria ni. Lawa... Sesuai dengan bentuk muka dia. Aku memang tak r nak pakai tudung ni. Pernah try dan muka nampak sangat boolat *macam bakal kena boo je kalau pakai depan khalayak*

Okeh yang last one ni, tudung ni memang dah jadi tudung kegemaran aku lak sekarang ni. Senang nak sarung. Lagi-lagi kalau keluar berjalan time tu bukan time ehem2..memang agak lecehlah nak pakai tudung dok terlilit sana sini tapi tudung ni memang senang. Sesenang masak mee segera gitu...hehe




Tadaaa inilah tudungnya.. tudung Indon *tak suka sebut tudung Ekin kerana sesungguhnya bukanlah Ekin yang membikin & men-design ini tudung* Jadi modelnya pun aku ambil saudara angkat ku dari Indonesia iaitu Zaskia Adya Mecca... Weewittt! Comel cam aku kan...hikhik.

Selasa, 14 September 2010

Jika aku lelaki... ngaaa

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Aidilfitri untuk semua yang membaca *takkan menonton pulak kan..* Lama dah tak update blog. Busy lah. Hari tu ingat nak berceloteh pasal iftar budak-budak ghimo tapi langsung tak jadi. Sibuk dengan hal dunia -_-'
So amacam raya korang? Bahagia? Sedih? Hmm takziah kepada keluarga Datuk Sosilawati atas pemergian ibunda kalian di hari raya ini. Semoga pembunuh kejam itu dapat balasan yang setimpal.

Raya tahun ni memang meriah sampai rasa macam taknak duduk rumah, rasa macam nak beraya je. Dah tu pergi rumah sedara mara mesti nak berp0sing sakan. Tak mengagak! Tapi tetap gembira walaupun tuan punya kamera ada sikit geram tengok asyik aku dan adik-adik aku je yang p0sing. Hahah.. Padan muka! ;p


Balik dari beraya di rumah pakcik makcik Ummi (merangkap atuk & nenek saudara ku), entah macam mana terpandangkan seorang mak nyah di tepi jalan. Seperti menunggu seseorang tengah-tengah malam gitu. Dan tiba-tiba aku terkenang kisah lalu. *tiba-tiba ada flashback..keluar cahaya warna putih & gambaran bertukar kaler kuning...haha*


Dulu aku pernah berangan jadi lelaki. Disebabkan dilahirkan dalam keluarga yang amat menitikberatkan hal agama membuatkan aku terfikir begitu. Bagi aku, jadi lelaki ni senang. Keluar rumah tak payah pakai tudung, berseluar pendek paras lutut tanpa baju pun dah tak mengapa. Senang cerita, memang gampang sih jadi cow0k!


Menjadi seorang perempuan pada aku susah. Susah amat! Jengah kepala di bendul pintu pun sudah di tarik rambut yang tak ditutup, masa tu pun belum baligh lagi tapi dah hampir ke arah itulah. Kemudian keluar rumah berlengan pendek pun mulut Ummi berbuih-buih membebel pasal dosa pahala, syurga neraka, kubur. Adussss... Gedush! Kalau Walid nampak lagilah..


" Masuk! Jangan keluar rumah dah!" 

Hamek kau! Tapi aku tak kisah sebab aku bukan gadis yang suka keluar rumah. Duduk dalam rumah aje dah cukup membahagiakan lebih-lebih lagi kalau takde yang cari pasal. Tapi kalau Ipah dengan Nisa', diorang memang pantang diarah begitu. Mulut masing-masing memuncung. Merungut geram. Huhu...


Kemudian, kalau nak lalu depan lelaki jangan angkat muka. Tunduk jerrr. Tulah yang aku buat dari zaman sekolah rendah sampai sekolah menengah. Kalau nak bercakap dengan lelaki, cakap benda penting je kalau dia dah mula merapu-rapu jangan layan takut jadi lain <- yang ni bukan ummi pesan tapi aku yang pesan sendiri..hoho *sebab tu lelaki tak berani nak say hi sebab aku nampak sombong..hihi*


Susah woo jadi perempuan ni, banyak sangat pantang larang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau buat, itu dosa, ini dosa. Banyak sangat dosa perempuan nih! Tak best betul! Nanti dah kahwin, bangkang sikit cakap suami, dan-dan tu gak dapat gelaran isteri nusyuz. Warghhh! Betapa bestnya jadi lelaki. Semua boleh! Hukhuk.


Kemudian bila dah semakin menginjak dewasa ni, mula belajar. Mula memahami serba sedikit. Mula juga belajar menerima dan menghargai bahawa perempuan ini golongan yang istimewa di sisi Allah. *Wahh bangga dah datang!* heee. Jadi lelaki ni tanggungjawab berat sebab tu diHARAMkan untuk menukar jantina. Apabila seorang lelaki menjadi perempuan, konon dia perasan tanggungjawab dia sebagai lelaki dah terhapuslah..hmphh takde maknanya...Lagi bertambah-tambah dosa kau lagi ada, tau! Fikir panjang sebelum tukar jantina ni, kat akhirat nanti semua akan dipersoalkan.

Dan dari hasil didikan ummi dan walid, sekarang ni kalau nak keluar rumah pakai lengan pendek pun aku rasa tak selesa. Kalau dibayar wang bernilai 1juta *tak kisahlah 1juta rupiah ke, USD ke, RM ke* untuk aku menayangkan rambutku ini pada yang bukan mahram pun tak sekali aku ingin! Macamlah 1juta kau tu boleh bawa aku masuk syurga! Macamlah 1juta kau tu boleh menghapuskan semua dosa-dosaku yang telah lalu! *wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, peliharalah imanku..* Dan yang paling best pergaulan aku terbatas. Yeayyyy. Yelah, terbatas sebab tak rapat dengan lelaki. Hubungan antara lelaki dan perempuan walau rapat macam mana pun still ada gap. Kena jaga tu! Tak boleh senang-senang nak sentuh-sentuh, senang-senang nak main tepuk tampar dan tak boleh senang-senang gak mengeluarkan kata-kata kesat pada perempuan berjiwa halus tulus kudus dan mulus macam aku ni..ekeke. 


Kat dunia ni banyak yang kita terlepas pandang. Macam mana boleh terjadinya kes pembuangan bayi? Sebenarnya bersangkut paut gak dengan apa yang aku cakapkan sebelum ni. Didikan tu penting. Jadi konklusinya, nak kahwin nanti carilah pasangan yang mampu bersama-sama mencorakkan hidup anak-anak anda. Sama ada ingin menjadikan mereka kaum Yahudi, Nasrani, Majusi @ Muslim, kita sendiri yang tentukan.... 
Ni kalau dari kecik dihiburkan dengan lagu-lagu dangdut, mak bapak bahasa pun lu gua, lu gua, sekali tegur anak yang tak dengar cakap korang rasa anak tu nak ke dengar cakap korang? Aku tak rasa diorang nak melainkan diorang akan cakap,
"hei perangai lu pun sama macam gua, ada hati nak nasihatkan orang? Lu pikirlah sendiri!" <- yang ni kisah benar bukan rekaan.


Ni pun aku beraya rumah saudara mara sebelah ummi, ada 3 orang berlainan tempat kot tanya kat aku,
" ni ke yang kahwin hari tu?"
"eh mana laki kau? Jemputlah dia naik" aduhhh sudah... 

Last-last akak aku cakap muka aku macam muka orang dah kahwin, sebab tu orang tanya camtu. 
"Tak pun itu petanda kau bakal kahwin dalam masa terdekat ni." Sweet je kan dia cakap camtu.


Jadinya ni tengah fikir-fikir, mana aku nak cekau laki yang boleh sama-sama menjadi 'guru' rumahtangga, yang boleh menjadi guru besar + guru disiplin hal ehwal agama sekaligus? Dan aku pula nanti rasanya dah ready nak jadi guru penolong kanan ni *muka garang, siap pegang rotan*. Hah kalau korang yang baca ni rasa-rasanya kawan-kawan, saudara mara *almaklum sekarang ni bulan raya, mesti ah korang jumpa diorang kan..* yang ada ciri-ciri tu bolehlah PM aku ya. Ahaks! Bukan nak demand ke hape tapi apa guna berdua kalau akhirnya sorang gak yang kena buat itu ini. Cuba bayangkan kalau dapat laki yang bab agamnya kurang, tak ke naya? Nak kita bimbing dia, sekali dapat anak nak bimbing anak lagi. Huishhhh! Choiiii.. Nauzubillah! Aku tak mampu untuk buat itu semua, lagi-lagi diri aku ni bukan betul sangat pun... *almaklum, perempuan penuh emosi sebab tu lelaki yang diwakilkan untuk jadi pemimpin*


Lepas tu sekarang ni dah tak nak berangan jadi lelaki dah. Lelaki tak best. Banyak tanggungjawab. Nak cari lelaki yang sanggup memikul tanggungjawab dengan sebenar-benarnya memang susah. Sikit sangat yang aku jumpa pun... tu pun dah jadi milik orang. Haihhh bertuah badan perempuan-perempuan yang memiliki lelaki berjiwa macam tu. Jeles i~ -_-'

Rabu, 1 September 2010

Tag Raya


1. kalau balik raya, rumah siapakah yang anda akan balik?
Mesti ah rumah Jaddah! yeh yeh. Itu pun selalu balik lepas sembahyang raya sebab famili kitorang ramai, rumah Jaddah tak muat nak tampung keramaian pengunjung...ngee!

2. juadah apakah yang sering dihidangkan pada hari pertama RAYA anda?
wajib ada rendang, lemang, ketupat nona (wahaha sekarang dah maju, tak main dah ketupat anyam :p), ketupat palas (bukan feveret gue) & kuih raya <- kalau takde semua ini, bukan raya lah namanya

3. Pakaian anda di pagi Raya?
Tahun ni, baju kurung pahang dengan kain yang dibeli disini (klik sini) ^_^

4. anda pergi sembahyang Raya tak?
Tahun lepas baru berkesempatan untuk pergi. Tahun ni, insyaallah :)

5. masa salam dan mohon maaf dengan mak ayah, apa yang anda cakap?
"mintak maaf zahir & batin, halalkan makan minum" cium tangan & kedua-dua belah pipi ummi & walid ;)
6. berapa banyak duit Raya yang anda selalu dapat?
dah besar, ada duit raya lagi ke? impossible...hehe

7. Apa tema baju raya korang tahun ni?
warna kelabu!

8. Apa perkara yang korang suka masa hari Raya?
suka jalan-jalan gi rumah sedara mara, pastu eye wash gitu.. *gedik!* hik3

9. Siapa insan yang anda ingin minta maaf sangat? kenapa?
mestilah orang yang aku paling rapat sebab semakin kita rapat dengan orang tu, semakin banyak kecabulan mulut yang berlaku di luar sedar.

10. kalau nak Raya AWARD's kenalah tagged kawan-kawan kamu juga..senaraikan
 aku nak tag;
ijah (sepupu den)
nisa' (adik den)
nibah (adik gue)
anis idayu
ain yakuza
siti nur ain
capik ain
lisa ghimo
rina ghimo
bb ghimo
ilias masri
umar
dan sape2 lah yang rajin meng-tag. this award mmg utk korg..amek2. ikhlas ni aku bg..hee

Ikut via FB