Alhamdulillah.. surah ni aku amalkan dari aku kat poli lagi. Akak-akak Pusat Islam yang sarankan. Nak kata sekarang ni dah hafal surah ni, kalau ikut logik memang dah boleh hafal lah kan? Tapi disebabkan asal hafal je mesti aku dah tak baca, asal nak hafal je mesti main skip-skip baca surah ni jadi takdelah hafal tapi kalau ikut orang baca tu boleh lagila..
Cekidot kelebihan surah ni... :)
Surah Mulk hendaklah dibaca dengan banyaknya. Dengan menjadikan amalan membacanya secara istiqamah dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak fadhilat yang terkandung dalam Surah tersebut, iaitu:
1. Tiga puluh ayat Surah Mulk akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan. Dalam riwayat lain: ia mencari keampunan bagi pembacanya hingga ia diampunkan.
2. Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
p/s: nanti ada masa aku post pasal kelebihan surah Al-Waqi'ah pulak yeh :D
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)