Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 8 Oktober 2010

Siapa Maher Zain???

,Salam...
Ok, saja nak share dengan korang pasal Maher Zain. Mungkin ramai yang belum mengenali siapa Maher Zain yang sebenar. Jadi hari ni aku nak kongsilah serba sedikit tentang penyanyi baru ini.

Cekidot (check it out)

p/s: Err..lagi nak bagitahu, aku peminat HAMPIR fanatik dia tau :P



Penyanyi dan komposer, Maher Zain merupakan bintang baru di arena muzik Islamik moden yang muncul dengan lagu-lagu yang penuh bermakna, bertujuan untuk memberi inspirasi sambil menghiburkan pendengar dengan mesej keamanan dan harapan terhadap dunia masa kini. Beliau meninggalkan kerjaya mewahnya di dalam industri muzik arus perdana di New York. Beliau pernah bekerja dengan produser antarabangsa yang terkenal iaitu RedOne yang turut pernah terlibat dengan artis-artis popular seperti Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Michael Jackson serta ramai lagi. 

Maher Zain akhirnya telah memilih untuk menghasilkan karya muzik yang mencerminkan asal-usulnya sebagai seorang rakyat Eropah yang berketurunan Arab dan juga seorang Muslim. Beliau telah bekerjasama dengan Awakening Records (yang pernah melancarkan kerjaya artis British, Sami Yusuf) bagi memberi sumber inspirasi untuk para remaja seluruh dunia. Pada awal Mac 2010, album debut Maher Zain berjudul “Thank You Allah” (diterbitkan oleh Awakening) telah berjaya mendapat kedudukan No. 1 dalam carta jualan album terlaris di Amazon.com (kategori muzik dunia). Maher Zain telah pun menjayakan konsertnya di Sweden, Kanada, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Mesir, Algeria, Bahrain dan banyak lagi.

Dengan semangat dan minatnya, bakat yang luar biasa dan gaya yang unik, pencapaiannya pasti melonjak ke tahap yang paling tinggi. Maher Zain mendapat inspirasi awal dalam bidang muzik melalui ayahnya sendiri yang juga merupakan seorang penyanyi yang sering mengadakan persembahan di sekitar bandar Mediterranean yang indah iaitu Tripoli, Lubnan. Kagum dengan muzik dan instrumennya, Maher Zain mendapat “keyboard” yang pertama seawal usianya 10 tahun dan sejak daripada itu secara rasminya muzik menjadi sebahagian daripada dunia Maher Zain

Keluarganya telah berhijrah ke Sweden pada usianya 8 tahun di mana beliau menyambung pelajarannya sehingga berjaya ke menara gading dan beroleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Walaupun persekitarannya berubah dari hari ke hari, namun minat dan semangatnya dalam muzik terus membara. Setelah terlibat dalam industri muzik buat seketika sebagai penerbit muzik, Maher Zain telah diperkenalkan dengan RedOne; seorang penerbit muzik yang berbakat besar yang meningkat popular di Sweden. Maher mula bekerjasama dengan RedOne dan kemudiannya berpindah ke New York. 

Untuk beberapa tahun beliau berada dalam kehangatan industri muzik di New York, beliau turut berkesempatan bekerja dengan artis-artis popular seperti Kat Deluna dalam penerbitan beberapa lagu hit artis tersebut seperti “Whine Up” dan “Run The Show”. Maher Zain memiliki kerjaya yang boleh diibaratkan sebagai kerjaya impian bagi seorang yang masih muda dan terlibat dengan industri penuh glamor. Namun bagi Maher Zain, beliau merasakan kerjayanya ini jauh dari cita-cita dan impiannya yang sebenar. “Saya sukakan muzik, tetapi saya bencikan apa yang ada disekitarnya, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena”. Pada Januari 2009, Maher Zain telah mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah album yang mencerminkan identitinya yang sebenar – Arab, Barat dan Muslim – dan telah menandatangani kontrak dengan Awakening Records. 

Album pertama Maher Zain berjudul “Thank You Allah” telah menduduki tempat pertama dalam carta Amazon World Music dan kedudukan kesembilan dalam carta R&B. Pada Januari 2010, lagu Maher Zain berjudul “Ya Nabi Salam Alayka” telah berjaya meraih gelaran sebagai Lagu Terbaik 2009 di dalam sebuah pertandingan muzik anjuran Nujoom FM (stesen radio muzik terbesar di Mesir). Antara yang tercalon ke peringkat akhir adalah nama-nama besar seperti Hussein Aljismi, Mohammed Mounir and Sami Yusuf. Maher Zain juga telah mengadakan persembahan di konsert-konsert besar yang mendapat sambutan hangat seperti di Algeria, Australia, Belgium, Canada, Mesir, England, Perancis, Belanda, Sweden, Amerika Syarikat dan banyak lagi serta mendapat jolokan “bintang handalan baru dalam industri muzik Islamik”

Album Maher Zain menggabungkan muzik R&B dan irama kerohanian tradisional, soul dan muzik pop kontemporari, bukan sekadar memperbaharui muzik kerohanian dan nasyid bahkan dengan beraninya menyegarkan muziknya dengan gaya kontemporari. Album pertama Maher Zain “Thank You Allah” adalah album yang penuh bertenaga, malar segar dan penuh dengan unsur kerohanian. Maher Zain mula dikenali sebagai seorang pemuzik dan penyanyi Islamik moden selepas “single” pertamanya yang ditampilkan dalam video muzik animasi berjudul “Palestine Will Be Free” mendapat perhatian umum. 

Video muziknya berjudul “Insha Allah” pula telah dirakamkan di sekitar London dan diarahkan oleh pengarah British yang terkenal Mike Harris yang pernah bekerja dengan Coldplay, Madonna dan ramai lagi. 

Video muziknya yang terbaru “The Chosen One” menceritakan tentang kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad yang berteraskan keamanan, telah dirakamkan di Los Angeles. Ini jelas menunjukkan Maher Zain kini memartabatkan muzik Islamik ke satu peringkat baru yang lebih tinggi. Sebagai artis dan penerbit yang berbakat luar biasa, Maher telah berjaya membawa muziknya kepada pendengar yang lebih luas dan ramai tanpa mengurangkan mesejnya, bahkan dihasilkan dengan lagu-lagu yang cukup bertenaga, meyakinkan dan sangat indah dengan adunan unsur-unsur R&B, irama kerohanian tradisional, pop, muzik Arab dan Turki dalam sebuah susunan muzik yang berani.

Fakta Ringkas: 
Nama: Maher Zain 
Umur: 28 tahun 
Tarikh lahir: 16 Mac 1982
Warganegara: Sweden (Keturunan Lubnan) 
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautik 
Pekerjaan yang lalu: Penerbit Muzik 
Pengalaman bekerja: RedOne: Akon, Lady Gaga, dan lain-lain. 
Tajuk Album: Thank You Allah 
Jumlah lagu: 13 
Tarikh diterbitkan: 1 November 2009 
Syarikat Rakaman: Awakening Records. 

2 bicara tanpa suara:

airina berkata...

mak aii...
sampai 2 post pasal MZ hahaha
gila fanatik ko ni kalah wardina ekeke

Fira hilwa berkata...

@airina haha..copy & paste je :D
tau xpe...tp wardina lg btuah, siap leh intviu dia lg..huhu

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB