Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 18 Disember 2010

Anda terkena Panggilan Hangusssssss!



Ah-ha! Hari ni terdetik nak buat tajuk ni.
Korang pernah kena panggilan hangit tak? Err bukan yang kat Hotfm tu... tapi yang bahasa best dia prank call?
Okey, aku yang bendul ini pernah beberapa kali terkena.
Rasa cambest gak lah.. haha.. *tak, sebenarnya rasa cam bangang -__-" *

Aku dah lupa berapa kali pernah kena prank call.
So kisah kat bawah ni mana yang aku ingatlah k.
Malas nak buat dialog sebab dialog intro dia sebenarnya lebih kurang je. Sebut nama penuh cuma bezanya korang perasan atau tak je yang korang sedang di-prank.

Prank 1:
tahun 2006
Tengah lepak-lepak berangan entah kejadah mende tetiba dapat call dari nombor yang tak dikenali. Bagi salam apa semua sekali dia cakap dia adik ex-bf aku. Apakah? Tapi memang cepat kantoi la bagi alasan tak logik. Haha. Rupanya member masa study dulu. Konon nak perangkap aku sebab risau aku sorok boyafren tapi memang takdak pun.. huhu

Prank 2:
tahun 2007
Balik dari rumah Angah tiba-tiba dapat call perempuan tu marah-marah aku. Dia cakap aku rampas boyafren dia. Penat aku fikir lelaki mana lak yang aku rapat nih? Memang rasa bala je kat depan mata walaupun tak tahu aku sendiri pernah rapat ke tak dengan mana-mana lelaki. Alih-alih si pemanggil tergelak, dia saja mainkan aku. Phiewww... Lega gila masa tu. Aku paling pantang ada perempuan tuduh aku ni perampas o sumthing like that. Ingat aku takde kerja lain ke daripada nak jaga boyafren ko? Huhu. Rupanya bestfren Angah.. Dah kahwin pun dia sekarang ni :)

Prank 3:
tahun 2008
2x kena orang call by henfon tapi kali ni guna tepon rumah. Haa.. camne tuh?
Dahlah lelaki. Dia cakap dia kenal aku, dok dekat jer.. Aku dah terbayang dah mamat yang suka nyanyi lagu 'Milik siapakah gadis ini' tiap kali aku lalu depan rumah dia. Memang tak boleh blah tapi aku tak amek port sangat lah kan. Cuma terfikir la kemungkinan dia walaupun aku tak tahu siapa dia... Muahahaha. Tak pernah pandang kot, dengar suara je selalu. Adeh. Teka punya teka rupanya paksu cek... Wahh bengang! Lepas tu dia bahan-bahanlah aku pasal aku dah mengkantoikan diri aku sendiri yang kena kacau. Padahal tak pernah bagitahu sape-sape pun tau hal tu *shy*. Alih-alih dia heboh cerita kat mak aku.. Malu tau.. wuwuuu.. teehee

Prank 4:
tahun 2009...
Dapat call dari seorang lelaki lagi. Macam-macam dia tanya. Dia cakap nama dia Fazli. Duduk Klang. Dia dapat nombor aku dari sorang kawan dia. Aku tanya siapa kawan dia, dia elak nak jawab. Dia ubah topik lain. Buat alasan nak tempah baju. Bila aku cakap aku tak amek baju lelaki, dia bagitahu nak tempah baju untuk mak dia. Aku pun try lah hidu-hidu kot orang saja nak kenakan aku. Tapi tak dapat nak hidu pasal mamat ni c0ol gilak! Tak gelak, suara memang c0ntrol macho kot... Memang takde suara lain kat belakang. Nak kata sunyi sangat pun tak. Tapi macam profesional la. Borak punya borak dia tanya bila nak jumpa? Sentap gak masa tu. Aku tak kenal dia, takkan nak jumpa? Dia pun bukan kenal aku. Dia siap bagi tarikh dia free. Masa tu ada la jugak rasa nak pelangkung mamat ni, sebab dia macam mendesak gak ajak jumpa tu. Aku cakap tak boleh. Aku tak free. Macam-macam alasanlah aku bagi. Sekali dia tanya pasal member-member perempuan aku apa khabar bagai. Masa tu memang tak boleh nak teka dia sapa. Sekali dia bagitahu nama dia memang masa tu... huishhh.. kesabaran dah hujung-hujung kot... Siapa dia? Kawan masa study gak... Diorang berdua je kawan lelaki yang ada kat poli dulu... huhu. Syabaslah sebab berjaya gila kenakan aku. Dia nak bagitahu nombor baru dia sebenarnya dan dia memang nak ajak jumpa pun... So bila aku setuju nak jumpa tarikh yang dia bagi mula-mula tu, dia tanya bukan aku ada hal ke time 2? Hahah.. kenalah berterus terang padahal takde hal pun cuma nak mengelak je..

Prank 5:
tahun 2010
Hah, yang ni memang tak mengagak. Call aku siap speaking speakang. Nasib baik bukan rancangan "Can i help You" kat radio era. Kalau keluar situ, malu aku! Dahlah BI berterabur. Aku tak ingatlah minah tu tanya apa. Yang aku ingat aku jawab yes, no. yes, no je... Muahaha. Tapi kejap jela dia kenakan aku agaknya dia pun dengar suara aku kelam kabut cam takde arah je. Dahlah cakap macam cakap dalam kelambu. Sengalnya Ain...~ hahaaha

Prank 6:
tahun 2010
Ni the latest prank. Aku harap pasni tak kena dah. Masa tu aku tengah borak-borak dengan adik aku, cerita pasal gi Perak & terselit gak sebenarnya ngumpat mamat ni.. haha.. tett. Jam nak dekat pukul 8 sebab masa tu telekung dah bukak kain je belum buka lagi. Khusyuk berborak lepas solat maghrib kan... Sekali henfon berdering lagu Never Forget. Nombor macam nombor rumah or pejabat macam tulah. Aku sangka orang kedai singer call sebab petang tu dia call. Naik pening aku melayan. Sekali lelaki call. Ok, aku agak dari PUNB. Rupanya tak. Dia cakap dia dari syarikat Petronas, nak tawar kerja bahagian HR. Dahlah sebut nama aku mula-mula tu salah. Lepas tu takde binti. Iya-iya dia cakap aku ada mohon jawatan tu. Aku cakap takde. Dia tanya aku nak ke tak jawatan tu? Kalau nak, kena datang interview. Macam-macam dalam kepala otak aku tengah fikir masa tu. Aku bagilah alasan takde pengalaman diinterview amende semua. Pastu aku baru nak tanya nombor ic aku kot-kot orang lain nama sama dengan aku ke kan.. belum sempat aku tanya dia dah gelak. Masa tu aku tak gelak, aku sengih je. Bengang ckitt. Lagi bila dia cakap, "anda terkena panggilan hangitttttttttt!!!" Memang... haihhh.. memang kena sumpah seranah lah.. Aku macam dapat rasa nak terkena sebab kalau ikut logik akal orang mesti sebut nama penuh lepas tu dengan nombor ic tapi mamat ni tak lak. Paling bengang sebab dia buat aku berada pada situasi serba salah. Apakah?!! Huhu.. Entah ye, nak cakap lawak macam tak lawak. Tapi bengang tu memang ada la. Ayat aku takleh lupa masa aku cakap, " aku jumpa kau nanti, aku tembak-tembak sampai mati!" Aduhaiii... gila betul ayat aku. Bengang punya pasal. Tapi oklah. Sian.. penat si Muncet gelak. Aku berhenti gelak pun dia gelak lagi. Sebab dia yang kenakan memanglah dia rasa lawak tapi bagi aku yang terkena takdela lawak, bengang tu lebih... Hahhaha. Sorry, Muncet. Abaikan ayat sumpah seranah tu eh. Yang tembak-tembak tu pun kau abaikanlah, tak berniat pun nak cakap camtu. Kalau disabit kesalahan pun, menembak tanpa niat tu.. Haha. Pistol pun tak pernah pegang ada hati nak tembak orang.. Adeh.

So, tulah kisah prank call aku.
Pape pun korang memang the Best lah sebab dapat kenakan budak naif yang berhati suci ini.. teeheee.. Cuma aku risau takut nanti bukan prank call tapi aku dah jerit-jerit dulu cakap tu prank call, kang tak pasal-pasal orang cakap aku gila.. Hahaha.
Memang dalam banyak-banyak prank call, yang latest tulah macam kena histeria sikit. Penangan maghrib kot... hahah
Tapi memang aku harap lepas ni tak kena dah prank call... Seriau. Takut terlepas kata macam kat Muncet tula. Segala macam keluar. Aku pun terkejut aku leh cakap camtu. Sebab bengang teramat kot, lagi-lagi bila tahu diri ni terkena... huhu.. Bahaya.. Bahaya.. Moga lepas ni tak kena dah..

1 bicara tanpa suara:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum cik
smlm or kelmarin sy ade terbaca entry cik berkenaan fb, mgkin insan tu nk prank cik di fb

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB