Pesta buku kanak-kanak & merambu di KL
Sabtu 25 Dis 2010, merayap ke KL...
Mula-mula pergi Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur kat PWTC.
Pergi bedua ngan adik aku, Ipah. Tak bawak budak kecik pun kan?
Pergi ada matlamat beb... teeehee.
Saja try daftar untuk kupon 25% kat website PTS Publication. Sekali dapat mesej beritahu yang aku layak untuk terima kupon tu. Gilo beshh!
Pergi tu buku pertama yang aku cari, novel ini..
Yeahhh.. akhirnya!! Huuu.. setelah lama aku mencari jumpa jugak. Sebenarnya tak pernah dengar pun pasal penulis ni. Cam tak fofuler gitu kan. Novel ni novel dwilogi. Masa Pesta Buku Antarabangsa yang lepas aku terambil yang kedua punya. Esok tu akak aku pergi lagi Pesta Buku tu aku mintak dia cari yang ni, sekali orang PTS cakap dah sold out. Sedih beb masa tu. Lagipun tertanya-tanya best ke cerita ni? Kalau tak best, takkan sold out kan?
Jadi sekarang ni tengah mengkhatamkan novel ni. Serius best! Novel Islamik dari Malaysia yang terbaiklah bagi aku selepas Salju Sakinah.
Menjawab segala persoalan tentang cinta.
Menjawab segala persoalan tentang cinta.
Memang best! *mula berangan mahu jumpa lelaki seperti ini.. sob3*
Nanti akan ku ulas sinopsis dia k ;)
Nak cari novel 'Akukah Cinderella itu?' tapi tak jumpa jadi sebabkan PTS bagi diskaun 25% macam sayang je beli satu novel. Jadi ambil jugaklah novel dari penulis yang sama walaupun tajuk tak sama... huhu
Bersebelahan je dengan booth PTS ialah booth Karangkraf... waaa.. Apa lagi menggagaulah mencari novel ini pula
Ho yeahhhh! Dapat cari novel ni! Wahh memang betul-betul fan abang R.A.M lah.. i loikeeee.. wee. Sebabkan ada diskaun 20% jadi cari lagi satu novel dia yang aku belum baca.
Tadaaaaa!!! |
Best sangat!
Siapa yang tak pergi memang rugilah.. Itulah, mesti semua ingat Pesta Buku Kanak-kanak maka menjual buku kanak-kanak saje. Lainkali carilah informasi tambahan macam aku ni. Kan dah enjoy berjalan-jalan di sana tanpa kesesakan yang menyesakkan... Kaki pun tak crampess ok! huhu..
So, apa lagi, jom kita khatam ini novel... wee weee... ^_^
2 bicara tanpa suara:
wah2 fira! Hang tak kasitahu pun yang ada jual novel2 dewasa. Aku pun ingat untuk kanak2 je hahaha
Sakit hati tu biasa kan!
Biarlah orang kata apa je, janji kita tahu apa yang kita buat.
Be strong girl~~ Don't let people who don't matter, bring you down.
@airina psl skt ati 2, mmg kdg2 bt kte down :11 org sk mnuduh mcm2. klu xtau hal sbna @ xnk tau hal yg sbna baik diam drp menembak kata2 yg mnyakitkn hati :21.. hmm :37
:10 aku pn main redah je g sne, rina. sbb dia ada ckp jual novel remaja tp takdela bajet novel2 yg aku nk ada jual jugak.. syukur ada.. so mmg gumbira la :17 .. hlg sdih jap.. hehe :19
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)