Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 1 Mac 2011

9 Nyawa - Ramlee Awang Murshid

Mata hati tak pernah berdusta!

Novel ni pagi tadi dalam jam 3.30 pagi aku habis baca.
Warghhh! Serius ok aku bagitahu korang kalau baca novel R.A.M pagi-pagi buta atau tengah malam perasaannya memang seram giller.
Pagi tadi hampir-hampir jugalah aku tak boleh tidur.
Selama ni pun hampir semua novel R.A.M memang aku tak baca tengah malam. Seram weh!
Cuma malam tadi je sebab nak cepat tahu ending, tu yang khatamkan juga tu, lagipun dah banyak kali sangkut nak habiskan novel ni.

Tengah part seram tiba-tiba dengar pula kucing mengiau macam bergaduh kat luar tingkap bilik.
Hampir gugur jantung den... Terbukti aku memang penakut tapi buat-buat je berani. Hahaha..
Teruskan juga baca sampai habis dan akhirnya aku berjaya! Yeayyy!

Pagi-pagi bangun perasan ada lebam kat kaki... hohoho...

Aku rasa macam dah lambat je untuk aku ulas novel ni tapi sebab cerita dia best, maka lambat atau tak aku nak ulas jugak... wee


Sinopsis:
Intan Suriyani menghidap penyakit lemah jantung dari kecil.
Jadi hidupnya bergantung dengan ubat-ubatan.
Ketika kemalangan menimpa dia dan keluarga, ibunya melihat seekor kucing berwarna oren menjilat-jilat tangannya dan berlalu pergi. Dan kemalangan itu telah meragut nyawa bapanya.
Setelah kes kemalangan yang hampir meragut nyawa Intan, beberapa kali juga nyawa dia hampir hilang tapi Tuhan masih panjangkan umur dia.
Kerana kejadian-kejadian yang aneh itu, ibunya percaya yang si anak mempunyai 9 nyawa seperti nyawa kucing.

Hakim pula seorang yang cacat penglihatan dan memelihara adiknya; Shauqi, setelah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia kerana terlibat dalam satu tragedi ngeri.
Hakim sangat-sangat menyayangi Shauqi
Tapi Shauqi banyak menipu Hakim. 
Shauqi berhenti sekolah tanpa pengetahuan Hakim dan bekerja menjual barang seludup bersama Dahlan sahabat baiknya.
Selama dia bekerja dengan Kong (tauke barang seludup), tak pernah pun Hakim terhidu kerja terkutuk adiknya itu.
Suatu hari, Hakim menyedari yang dia ada kelebihan yang mampu mendengar suara manusia yang berada di antara hidup dan mati.. *haaa seram tak? seram tak?*

Akhirnya, Intan Suriyani dan Hakim bertemu dalam dunia paranormal.

Ketika di dunia paranormal itulah segala rahsia terungkai.

Doktor kata kalau Hakim tak buta dari kecil dia ada peluang besar untuk melihat semula tapi adakah Hakim semasa kecilnya dia boleh melihat? Apakah yang sebenarnya terjadi pada keluarganya pada masa lalu? 
Siapa sebenarnya keluarga Intan dalam hidupnya? Kerana apa mereka dipertemukan di dunia paranormal? Apa terjadi seterusnya kepada Shauqi, adakah dia akan mati dibunuh? Siapa pula dalang pembunuhan sebenar?

Aku rasa memang korang patut dapatkan novel ni.
Masa baca memang persoalan-persoalan itulah yang bermain di fikiran aku.
Curious giller nak tahu. Tak menyabar-nyabar nak tahu ending dia... Hehehe.
Dalam seram-seram tu terselit juga kisah sedih menyayat hati, menangis jugalah pagi-pagi buta tu.
Tak bolehlah... kalau ada kisah kena mengena dengan adik beradik ke, ibu bapa ke, mesti aku nak touching.
Tu pasal suka tengok cerita Korea sebab diorang banyak masukkan isu kekeluargaan.
Cerita Hindustan pun sama... Macam Kabhi Khushi Kabhi Gham, My Name Is Khan... huhu

Tapi macam biasa, novel R.A.M tak pernah mengecewakan... Best!

8 bicara tanpa suara:

Sang Gabriel berkata...

novel ni jalan cerita die cmbest je?
jarang la aku tgk

Fira hilwa berkata...

@gabanMorka memang best! klu minat novel & sk bc yg thriller mmg best r, klu xsk bc novel jnis cmni, jd xbest r... hehe.. ni pn aku bli dh msk cetakan ke-4

airina berkata...

Belum beli lagi hahaha5
seriously, berat sungguh aku nak beli novel RAM yang ni! Akhirnya yang Rayyan Fantasi tu aku beli dulu ekekeke

Fira hilwa berkata...

@airina awat berat? ringan2 kn lah.. hehe. rayyan fantasi aku bli skali dgn ni tp org ckp ni lg best so aku bclah yg ni... tryla bc.. mmg lain r cte dia, ala2 ghost whisperer gitu.. hohoho

CikNiza berkata...

wahhhh fira...cam bes jek...
aku xpenah bce lg novel RAM ni..
teringin gak nk bce..hheeh

Fira hilwa berkata...

try la, niza.. mmg best la..
tp aku rs dlm2 byk2 novel dia yg aku bc plg SERAM Ungu Karmila kot..
yela ko bygkn ko dduk 1rmh dgn pmbunuh yg ko xsdar pn sape pmbunuh 2.. perghhh.. mmg pasrah jela jwbnya..
bg aku sume novel dia bestla sbb aku mmg minat novel2 seram2 cmni kot.. skurg2nya imaginasi aku bkembang.. ekeke..tbb :P

Ralph berkata...

novel ni best T.T

Fira hilwa berkata...

@Ralph best smpi nangis ek.. hehe

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB