Mengenangkan besok adik aku; Nisa @ Eron tu akan masuk UIA
dan beberapa blogger sebaya dia yang sibuk update blog pasal ni, aku pun terdetiklah nak cerita masa aku mula-mula masuk Politeknik Johor Bahru dulu.
Jauhhh woo tercampak. Perjalanan dari sini (tempat aku) ke JB makan masa dalam 4 ke 5jam.
Almost setiap kali dalam bas itu adalah masa tidur aku. Betul, aku kuat tidur waima sebelah aku lelaki sekalipun, aku bantai jugak tidur tapi sekali jela pun pernah duduk sebelah lelaki itupun pangkat pakcik.
Ada sekali tu duduk dengan yang pangkat abang ni tapi abang tu baikkkk, dia nampak ada seat kosong tak berorang, terus dia pindah tempat. Alololo sweet~
Dah, dah, apa kejadah kau cerita pasal naik bas ni?
Cerita jelah sekali kau dah berpuluh-puluh kali ulang alik Larkin - KL sorang-sorang.
Bangga kan jadi gadis independent di usia 18 tahun?? Heh... -__-"
Imbasan Julai 2004
Aku tahu mata aku bengkak sebab malam tu aku menangis. Bukan menangis sebab nak tinggalkan famili, tapi menangis sebab kena marah dengan Walid.
Walid cakap aku ni anak raja, semua nak orang buatkan untuk aku.
Alkisahnya, masa tu ada lagi benda yang aku tak fotostat padahal besok dah nak pergi daftar.
Menangis tu bercampur sekali sedih sebab Isaac Audition (sekarang ni nama glemer dia Azad Jasmin. Alaaaa boyfriend Eira Syazira tula) terkeluar program Audition. Dahlah sebenarnya nak dia menang program tu tapi terkeluar pulak.
Masuk dewan untuk sesi pendaftaran aku terpinga-pinga sekejap.
Selama ni sekolah kat sekolah harian je. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah (kecuali masa pindah sekolah) semua pendaftaran dilakukan oleh diri sendiri.
Jadi bila masuk poli aku rasa masa tu sesi pendaftaran diorang tak tersusun. Bersepah.
Agak lama aku mencari-cari meja pendaftaran untuk course aku tapi tak jumpa.
Sampailah ada abang fasi yang baik hati menegur aku.
"Course apa, dik?"
"Fashion Design," eceh ayat tak nak kalah. Padahal dalam melayunya Rekaan Fesyen dan Pakaian. Hak hak hak.
"Meh ikut abang."
Nanti kalau korang (adik-adik yang nak daftar ni) masuk tempat belajar dan kenal dengan fasi-fasi mesti diorang akan bahasakan diri diorang abang. Setakat tua setahun nak berabang-abang. Geli siottt... Saya je sudahhh. Biasalah~ Market~ Tapi masa tu fikiran aku suci, hati pun suci. Tak mainlah kutuk-kutuk orang dalam hati mahupun dengan mulut. Diamkan aja. Ikut je. Padahal masa kat sekolah bila ada budak tua setahun bahasakan diri diorang abang kat aku, punyalah aku tak layan. Selamba ber aku-kau je dengan diorang.
Sekali abang fasi tu bawa aku entah ke mana. Alih-alih dia pass je aku dekat orang-orang yang uruskan pendaftaran. Masalahnya masa tu memang suasana kusut giller (sori, PJB terbuka kisah benar pulak... heheh. Mungkin sekarang ni dah tak macam masa aku dulu). Banyak meja pendaftaran. Sebab banyak course. Tapi agak-agaklah pun. Aku pernah gak teman akak aku daftar tapi kolej dia takdelah macam ni. Sekali daftar semua course terlibat. Manalah tak sesak...
Kemudian salah seorang urusetia bahagian pendaftaran tu minta kad pengenalan aku.
Masa tu aku takdelah bendul sangat kan... Yang minta tu bukan orang bahagian course aku tapi aku bagi jugalah I/C aku tu sebab aku fikir mungkin I/C aku tu dapat bantu cari meja pendaftaran aku (apakah???).
Dan dengan mata kepala aku sendiri aku nampak I/C aku tu di pass sesuka hati. Sampai pada seorang akak tu, aku cakap...
"Cik, tu I/C saya." Tapi dah terlambat sebab I/C tu dah ada kat tangan orang lain. Akak tu angkat bahu je. Dahlah dia tengah lunch. Memang tak teruruslah masa tu. Rasa macam nak menangis sebab masa berjalan. Kan proses pendaftaran ada masa dari pukul berapa sampai pukul berapa.
Last-last aku berdiri je kat situ sampai aku nampak meja pendaftaran untuk course aku. Elok je terletak kat hujung sebelah sana dan aku hujung sebelah sini. Nak je aku berlari ke sana sebab orang tak ramai kat meja pendaftaran tu tapi masalahnya I/C aku! Mana I/C aku??!
Kat pentas pulak macam-macam pengumuman. Abang dan kakak fasi kat atas tu aku dah nampak macam budak-kecil-main-test-mikrofon jek. Hailaa....
" Ini ada nama budak bertuah yang saya nak umumkan. Siapa nama dia disebut, sila naik ke atas pentas untuk terima hadiah.." masa tu memang berbulu giller telinga aku dengar macam-macam pengumuman. Siap gelak-gelak dengan mic kat mulut. Serius, tah pape!
Tiba-tiba aku tergamam. Aku picingkan telinga betul-betul. Eh, betullah nama aku yang abang fasi kat atas pentas tu sebut. Hadiah pekehalnya lak neh? Dahlah tak kenal -__-"
Dengan muka yang ter-paksa dimaniskan ni aku berjalan ke pentas tapi tak naik pun. Tak kuasa kottt... Dahlah urusetia kat situ dengan muka tak bersalah pass kan I/C aku entah ke mana.
Sampai kat kaki pentas, abang fasi tu hulurkan sesuatu.
"Nah, hadiah. Jaga betul-betul tau. Amanah ni." Ye, aku kenal 'hadiah' tu. 'Hadiah' yang aku nantikan. 'Hadiah' yang diorang sedap hati main pass, pass tadi. Yelah, I/C aku dollll. Dah sampai ke atas pentas. Masa tu hati aku tak panas sebab aku tahun 2004 tu tak sama dengan aku yang sekarang ni. Aku yang sekarang ni mudah sikit naik angin, aku yang dulu coolll je. Cool giller sampai orang pijak-pijak kepala, badan dan kaki sesuka hati. Kau ingat bapak aku tak bayar zakat ke hah???! << haa kan dah terbukti aku yang sekarang ni cepat naik angin. Hahaha (gelakkan diri sendiri)
"Comel gambar dalam I/C." Aku tersenyum dengar si fasi tu usik camtu.
Yela, gambar masa darjah 6 kott... korang hado? Malu taww...
Tengah tunggu giliran (gambar hiasan) |
Lepas dapat balik kad pengenalan aku, terus je aku menuju ke meja pendaftaran yang sepatutnya. Fuhhh lega masa tu sebab selepas aku datang, ramai lagi yang berderet kat belakang aku untuk daftar juga. Budak perempuan sebelah aku entah keluh-kesah-kak-esah pasal apa, aku tak layan sebab dia macam cakap sorang-sorang.
Rupanya dia tak sempat nak buat money order tapi dia ada bawa wang tunai. Jadi kes dia seterusnya aku tak tahulah, rasanya dia lepas kot masuk. Erm.. entah. Lupa.
Depan aku ada dua orang budak perempuan. Yang sorang tu ramah, lagi sorang tu agak kereklah rupa dia sebab masa aku senyum kat dia, dia buat tak nampak je. Malu aku.
Dahlah secara jujurnya muka aku ni kalau malu mula nak merah-merah. Lagi kontrol malu, lagi terasa panas giller muka (means lagi merah?? kott... orang yang cakap, aku tak tahu pun muka aku merah ke tak, aku cuma rasa panas je).
Yang depan aku (yang ramah) tu ambil fesyen gak. Jadi aku sangat gembiralah sebab jumpa orang satu course. Yang tak berapa ramah tu ambil course Tourism.
Lepas diorang berdua selesai daftar, sempat aku pesan, " nanti tunggu aku tau! Jangan pergi tempat lain dulu. Takde kawan..." sempat lagi buat nada seperti merayu.
"Ok!" serentak dua-dua balas. Masa tu aku tak tahu pun nama dua-dua ni tapi rasa macam boleh mesra je dengan diorang. Yeayyy!!!
Lepas daftar, kena ambil kunci bilik dan gambar untuk matriks kad.
Tapi lepas tu aku dah tak nampak dah diorang. Kecikkk hatiku masa tu.
Dahlah betul-betul takde kawan, sorang pun aku tak kenal. Diorang yang aku nak buat kawan tu pulak tak tunggu pun aku seperti janji diorang tadi. Sedih woo...
Aku menoleh ke belakang bila bahu aku dicuit,
" Tadi orang panggil, tak dengar ke?" Ohhh hati aku yang kecikk tadi dah berbunga balik. Yang ramah tu ada kat belakang aku.
" Ingat dah pergi tinggalkan aku tadi..."
" Takdelah. Dah janji tadi kan... Ada je kat sana..." dia tunjuk ke satu arah. Budak lagi sorang tu tengah tunggu kitorang kat sana "...tadi panggil ingatkan dengar."
Lembut je dia bagitahu. Terus sama-sama pergi ke arah budak yang lagi sorang.
Kemudian ada pengumuman kunci bilik asrama perempuan dah habis, kena tunggu pengumuman seterusnya untuk dapat kunci balik. Kitorang ni antara orang-orang yang tak dapat kunci bilik. Terus je bergerak untuk tangkap gambar. Masa tunggu giliran itulah baru tahu nama masing-masing. Yang ramah tu nama Aida, dia suruh panggil Ida. Orang Segamat. Yang lagi sorang tu Nauwiyah, orang Kuala Kangsar. Rupanya Nauwiyah tu jenis ramah gak cuma kurang bercakap.
Kitorang diarah untuk letakkan barang-barang dekat dalam bilik khas sementara tunggu kunci.
Habis tangkap gambar semua, masing-masing pergi jumpa famili.
Tapi janji nanti nak ambil kunci bilik, pergi sama-sama.
Lepas makan, terus ke tempat barang tu.
Famili aku dah nak balik. Semua adik beradik aku ikut termasuk paksu aku.
Tapi betullah, masa tu tak sedih langsung. Padahal ini pertama kali aku tinggalkan famili.
Sebelum ni tak pernah berpisah. Huhu.
Mungkin mata dah penat nak menangis. Malam tu dah menangis iya-iya.
Nauwiyah menangis. Ida aku tak sure dia nangis ke tak. Lepas tu famili dengan famili pun bersalam. Ummi biasalah, ramah. Macam-macam dia tanya dekat famili Nauwiyah.
Lepas famili semua dah balik, sesiapa yang belum dapat kunci bilik kena berkumpul kat kafeteria untuk ambil kunci.
Masa tu pakai tarik je sesiapa yang ada kat sebelah sampai tak perasan tangan aku dengan Ida dah sama-sama tarik tangan Nauwiyah. Kelakar je masa tu.
Tapi last, aku sebilik dengan Nauwiyah.
Dan yang surprising me, bila aku tahu yang Ida dan Nauwiyah tu pangkat akak. Aku 18, Ida 20, dan Nauwiyah 21. OMG!!!
Iya-iya aku ingatkan diorang sebaya aku. Dah tu selamba je aku beraku-kau dengan diorang. Sangat biadab okeh! Ngaaa... Tahu pun sebab Suhaila (sebilik dengan Kak Ida) tanya umur Kak Ida dan Kak Yah. Hambekkk kau, dan-dan tu terus panggil diorang akak. Ngeee.
Mula-mula tu ketua warden panggil 20 orang yang pertama. Ramailah yang berebut nak jadi 20 orang yang pertama tapi kitorang tak dapat sebab dah cukup.
Tapi nasib baiklah tak dapat sebab baru tahu 20 orang yang pertama tu untuk duduk dekat dorm. Phiewww~ Jadi kitorang ni dapat bilik yang satu bilik 2 orang. Sangat best!
Dapat bilik pun sebelah-sebelah. Aras satu. Bilik Kak Ida dan Su no 44, aku dengan Kak Yah no 45.
Mulalah sesi mengangkut barang masing-masing ke bilik.
Budak-budak lelaki yang sama batch pun memulakan langkah mengurat urat anak dara orang. Ceihhh~
Tapi paling aku ingat masa tu thermos Kak Ida yang berisi air teh panas dan berangan nak minum sama-sama lepas selesai angkat barang tu pecah masa kitorang tengah angkut barang.
Tergamam kitorang bertiga. Takde rezeki...
Bersambung...
p/s: dah nak maghrib ni lagipun nak layan Atashinchi. hik hik hik. Nanti sambung pasal minggu orientasi pulakk yee..
**kalau takde orang baca pun pasal ni, aku nak baca, nak semat jadi kenangan aku dan kawan-kawan :)
10 bicara tanpa suara:
Haha , seronok kan kalau ingat zaman orentasi zaman sekolah ( dah macam tua sangat je ) haha . June dulu suke ponteng orentasi . haha
wahhh nak cerita jugak lah. hehe teringat hari first masuk poli jgk hehe :)
@June Flizzow amboiii siap skip2 lg eh. ms kne situasi 2 mmg xbest tp ble dh melepasinya sume rs indah, manis, sgt best :D
@mardhiah ismail haa bt la jgk. hehe ;;))
heheh comel je cerita..
adik amik apa kat uia? ku amik econs,mana le tau tersama kos :P
mujur dapat hadiah atas pentas..camne kalau ic tu hilang bangla ambik..haaaa
@fa-in dia amek human science kt UIA, Nilai. Orientasi je kt PJ.
@mykhalis huhu xde bangla la kt ctu..
ku terbayang pada masa ni aku terpinga-pinga dgn muka sposen mcari hala tuju... huhu.. sangt sadis.... =p disini bermulanya langkah pengembaraan hidup kita semua dalam mengenal erti sebuah kehidupan ;)
@atikahumairah yup, syukur tuhan temukan kte & kte msih stia saling menyintai 8-) << pergghh ayt nk mantopp je kan... haha
wahh..hehehe..sp kt xde org nk bc???ku nk bc...n sorry lmbt...hii...
bgus gak ko sbb ingt crite lm..huu..ku da xdan lg kot..hihi..
weh,awat ku xtau kisah ic ko ni??heeiiuu
@misshahn terima kasih sudi bc *terharu korg bc gak cte ni*
igt jela, kenangan kan... siap tulis kt diari kot... haha. tp ms tulis ni xdelah aku rujuk diari pn, sdri mau igt jela ;P
ada aku pnh cte sbb tika ingt je tp xslalu diungkit2 kot... skt ati je.. hehe
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)