Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 29 September 2011

Spontaneous Thursday #7 - Erti Syukur



Bersyukurlah pada orang yang menyakiti hatimu kerana dialah yang menabahkanmu,
Bersyukurlah pada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dialah yang membuatmu lebih berdikari,
Besyukurlah pada orang yang mengkhianatimu kerana dialah yang membuatmu lebih mengenal diri,
Bersyukurlah pada yang memperkecil-kecilkanmu kerana dialah yang membuatmu mengenal keupayaan diri,

Bersyukurlah pada yang membantu kerana dialah yang membuatmu tidak terkapai-kapai sendiri,
Bersyukurlah pada yang menasihati kerana dialah yang membuatmu sentiasa berhati-hati,
Bersyukurlah pada yang sudi menyayangi kerana dialah yang membuatmu rasa lebih dihargai,
Bersyukurlah pada yang sentiasa di sisi, kerana dialah yang akan menjadi temanmu hingga akhir nanti ♥

BERSYUKURLAH DENGAN SEGALA YANG BERLAKU.

Rabu, 28 September 2011

Perasaan.






Setiap orang ada perasaan. Waima orang gila sekalipun ada perasaan.
Perasaan yang datang adakalanya duka, gembira, sedih, terharu, marah, benci dan macam-macam lagi.


Perasaan yang wujud ketika aku tulis entri ini? Serba salah, sedih, dan macam-macam juga.
Aku jadi keliru, perasaan aku betul-betul sedang berbelah bahagi.
Apa yang aku buat ni betul ke?
Masih boleh dimaafi ke kesalahan yang pernah dia lakukan dulu?
Ikhlaskah aku memaafkan dia?
Masih bolehkah aku mempercayai dia lagi?
Dan macam-macam. Macam-macam yang membuatkan aku seperti mahu menangis.
Aku benci perasaan yang macam ni!


Sudah ku bilang yang aku ni orangnya mudah serik. Cukuplah lakukannya sekali, kali kedua, sukar untuk aku terima. Tapi... sampai bila harus ada dendam dalam hati?
Dia bukanlah sejahat manusia. Dia pernah berbudi pada aku.
Dia pernah membawa aku pada kebaikan.
Dia pernah mengajar aku erti kasih dan sayang.
Dia pernah mewujudkan rasa cinta dalam hati.
Dia pernah menyayangi aku.
Kesalahan dia cuma kecil. Memfitnah! 
Ya, cuma SEKALI itu aje dia lukakan perasaan aku.
Kebaikan dia lebih banyak daripada kejahatan.


Sungguh, aku benci pada perasaan yang wujud ketika ini.
Moga Allah tunjukkan jalan yang benar.
Moga aku benar-benar ikhlas memaafkan dan melupakan kesalahan dia...
Moga dia juga benar-benar ikhlas menyesali perbuatan dia.


Mudah-mudahan... *menangis*

sukar mahu menjadi manusia yang mulia & terpuji


Selasa, 27 September 2011

10 ciri-ciri SUAMI pilihan gua! ngeh3

1.
Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat
pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai
pakaian yang sopan. 

Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2.
Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya
seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti
sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



Wanita
bijaklah memilih lelaki sebagi pendamping hidupmu. Lihatlah pada
sikap dan sifat-sifat terpuji yang ada pada mereka. Andai ada diantara
lelaki yang kamu kenali mempunyai sifat-sifat terpuji diatas
jadikanlah mereka sebagai pendamping hidup kamu. 

Berdoalah agar
diberikan jodoh yang baik dan soleh walaupun seperti agak payah untuk
menemui lelaki sedemikian pada zaman ini tapi insyaALLAH dengan doa dan
izin ALLAH pasti menemuinya.







Amin.. amin... ya rabbal 'alamin..

Isnin, 26 September 2011

Amnesia (Hilang Ingatan) - Gigi


Berbuat baik jika kau dilihat orang
Berkata halus jika kau didengar orang
Menghujat orang pun tak pernah ditinggalkan
Dzolimi orang pun selalu dilakukan
Kadang kau beramal
Kadang kau memfitnah
Padahal Tuhan selalu melihat
Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia
Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia
http://hotliriklagu.com
Berbuat baik jika kau dilihat orang
Berkata halus jika kau didengar orang
Menghujat orang pun tak pernah ditinggalkan
Dzolimi orang pun selalu dilakukan
Kadang kau beramal
Kadang kau memfitnah
Padahal Tuhan selalu melihat
Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia
Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia
Lirik lagu yang sesuai untuk dihayati sebab aku pernah jumpa manusia-manusia yang jenis  'amnesia' ni. Dan daripada kajian aku, mereka ialah manusia yang mempunyai penyakit jiwa yang sangat KRONIK. Moga Allah lindungi aku, keluargaku & sahabat rapatku daripada penyakit ini. Amin...

Glosari;
menghujat - memfitnah
dzolimi - zalimi

Selasa, 20 September 2011

...Nina oh Nina... :'(

Hari ni, di homepage bukuwajah, adalah beberapa orang friendlist yang post LAST video daripada bapa Nina.
Eh, siapa pula Nina ni? Owhh ada lagi yang tak kenal Nina...
Nina ialah budak perempuan yang dilahirkan pada tahun 2005 dan kini berusia 6 tahun.
Merupakan anak campuran Jepun & Amerika.
Dan rasanya dialah vlogger paling muda di dunia ;)


Nina kawaii
Aku tak ingat bila masa aku jumpa video-video Nina. 
Yang pasti aku menjumpainya didalam blog seorang blogger Melayu.
Blogger tu bercerita tentang Nina, sementelah dia juga merupakan kipas-susah-mati (die hard fan) Nina.
Dan aku pun lupa blogger mana yang telah perkenalkan aku pada Nina... hehe.

Ini ialah video pertama yang membuatkan aku kenal siapa Nina!

Kawaii ne~!

Dan mesej daripada Geof a.k.a bapa Nina ni menerangkan segala-galanya kenapa video Nina takkan dikeluarkan lagi.

Geof's Message Regarding Nina's Last Video. [September 2011]


The first video I ever uploaded to YouTube was of eleven month old Nina, just learning to walk (with help from Mama). I thought that my parents in the U.S would enjoy seeing it and YouTube seemed to be the easiest way to share it. 

I made a few more videos, started playing more with adding titles, music, different kinds of transitions... and discovered I really enjoyed making these little "movies". 
I told all my friends and family about them and at first I would get maybe 20 views per video. 
But, then, the views started increasing, and I started getting comments from people I didn't know. At one point, YouTube featured the video "Nina Talks Insurance with Mama" and since then, the growth in viewers has steadily increased. 

I have never asked people to subscribe to this channel, or tried to solicit comments or ratings, as that was not my goal when I started it. 
Of course, I have appreciated all the wonderfully supportive comments we have gotten over the last few years. It has been extraordinary to see how people from countries all over the world have related to Nina's everyday adventures. But, my goal was never to make Nina into a celebrity, and as she gets older and more aware of the camera, I sense that these videos might become less a chronicle of her growth, and more about making her into a public figure. Besides worrying about the negative effect being in the public eye can have on a child, I also think the videos would lose some of their charm if Nina were to start to perform for the camera. My wife and I have discussed this many times and finally decided that we would stop making these videos public before Nina starts elementary school, and that time has now come. 

In the course of making these videos, Nina has learned to crawl, stand, walk, talk in two different languages, and ride a bike. 
She has played doctor, detective, barber, clerk, magician and political analyst. 

Now, though, her life is more about friends and getting ready to start elementary school. She has secrets. She closes her bedroom door sometimes. I think it is time to let her disappear from the public eye. << *sob sob sob*
So, as a parting gesture, we decided to pick through Nina's videos for some of our favorite scenes from over the years. The first six years of a child's life are a time of hyper-accelerated growth and change, where each month brings new abilities and perspectives.

For me, this first chapter in Nina's life culminated with "The Frustrated Little Shopkeeper", where Nina's social and linguistic skills were put on full display. I feel like Nina graduated with that video and now she's ready to move on.
Thanks again for all the support and understanding!

P.S. The background music is "Porch Swing Days" by Kevin MacLeod. 
I have used many of his songs over the years and am very thankful. 
If you are looking for a good source of royalty free music to use in a vid, go check out his site. And, leave him a donation to show you appreciate his efforts.

P.P.S. I may start a new channel where I post videos of scenes in Japan from my humble perspective. 
I doubt many people would find them interesting without Nina as the star, 
but I will put a link on my profile page just in case.

Yup, aku setuju dengan bapa dia. Setiap bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia.
Dan aku tabik dengan keputusan bapa Nina. 
Kalau bapa orang lain ni, lagi bangga kot anak dikenali seluruh dunia -__-"


Ini video terakhir dari Nina T__T


Yang membuatkan aku suka Nina kerana dia boleh bertutur dua bahasa.
Sangat comel!

Bye bye Nina... I hope one day Nina will make videos and talk to us again.

Thank you to the parents for sharing 6 years of her life with us. ♥♥


klik [sini] untuk lihat SEMUA video tentang Nina.


p/s: sedih pulak tetiba. Baru kenal, dah nak pergi... 

p.p/s: lepas ni nak try buat video tentang Uzair pulak lah... ganti Nina.. hahaha. Dua video dah keluar kat bukuwajah tu, tunggu the next video plak. Ngaaa :D


Khamis, 15 September 2011

Dilanda musibah BANJIR!



Selasa 13 September 2011


Masing-masing mata menatap saluran TV3 yang memaparkan Buletin Utama.
Berita tentang banjir di Perlis membuatkan semua mata terpaku. Rasa simpati menyelinap dalam diam. 
"Kalau tengok banjir, budak-budak suka main-main air... Macam best je tengok." Kata Adik tiba-tiba.
Kemudian daripada berita, beralih kepada borak-borak tentang banjir. Berita di TV terus terabai.
"Eee... gelilah, dik! Kau tau tak, air banjir tu air kotor? Air tahi! Air dari lubang jamban semua keluar." Balas aku. Serius, tiba-tiba aku rasa geli amat.
Adik, Aqilah, Munibah dan Asim mula terpengaruh dengan kata-kata aku. Semua melahirkan rasa geli.
Bajet permbersih sangatlah semuanya punnn...


Rabu 14 September 2011


Seronoknya hujan... Setiap kali hujan berhenti dan turun semula, di dalam hatiku tak pernah lupa tentang doa;


"Allahumma soyyiban naafi'an" - Ya Allah, turunkanlah yang bermanfaat. (baca 2x)
Supaya apa yang turun itu dapat memberi manfaat kepada penghuni bumi. Amin...


Hujan yang turun pula tidak disertakan dengan ribut petir, memang sedaplah nak tidur ke apa.
Aku tengok Uzair tidur nyenyak sangat. Sejuk itu yang membuatkan dia tidur lena.
Dan aku pun mula menyambung kerja.


Dalam jam 7 malam, hujan dari tengah hari tu masih belum berhenti.
Ummi di dapur yang tengah menyiapkan juadah untuk berbuka kepada yang berpuasa pada hari tu, beritahu yang air sungai belakang rumah mula naik di pintu dapur.
Aidz mula azan ke arah air yang mula naik tu.
Lepas azan maghrib, Adik pula sambung azan.
Ada yang kata, kalau azan, air sungai berhenti mengalir. Aku pun baru tahu semalam. Wallahualam...


Disebabkan benda tu pekara biasa dan selalunya air takkan masuk sampai ke rumah, kami buat biasa.
Ummi ajelah yang kelam kabut seperti selalu, mengalihkan barang-barang yang berada di atas lantai. Entah kotak-kotak apa.
Sebab dah lali dengan sikap kelam kabut ummi, kami masih juga bersikap tidak ambil endah dan masih selamba menjemput ummi untuk berbuka secara santai.


Ketika berbuka, ummi dah bising di dapur beritahu air dah masuk dapur. Nasib baik aku dah habis makan.
Ummi pula hanya minum air untuk berbuka.
Tiba-tiba air naik secara mendadak. Daripada masuk ke dapur basah, mengalir ke dapur kering.
"Eeee air tahi!" kata Adik kegelian. Tiba-tiba teringat cerita semalam ketika tonton berita.
Geli tak geli, abaikan! Yang penting barang selamat.


Kelam kabut jadinya rumah.
Uzair yang tengah baring pula bising minta dilayan. Geram pula aku tengok. Tapi memang dah takde masa nak gomol atau main ba chak dengan dia. Barang berharga lebih penting.
Dijangka air hanya akan naik sampai dapur sebab selepas dapur, bahagian ke ruang depan tu tinggi sedikit.


Yang susahnya, nak alihkan mesin basuh. Dahlah Aidz dan Asim je lelaki bujang kat rumah. 
Am kerja, Adib dan Awwab dah balik kampus.
Tapi nasib baik juga kebetulan tu abang ipar aku balik daripada kerja.
Peti ais, mesin basuh dan segala macam kotak yang tak tahu apa isinya tu semua dialihkan ke tempat tinggi.
Sofa, kusyen, kerusi, bangku semua jadi mangsa kena hempap dengan barang berat.


Bilik air langsung dipenuhi air.


Tak lama dalam jam 8, air di luar rumah dah naik paras buku lali. Terus berkejar selamatkan barang-barang Tika yang ditumpangkan di rumah kecil kat luar tu.
Basah segala macam kotak-kotak barang dia.
"Aku rasa macam nak nangis..." kata Aqilah tiba-tiba. Biasalah, benda yang tak diduga kan... Tak sangka akan banjir.
Rumah jiran sebelah habis dimasuki air, dahla seorang pun takde dirumah.
Masing-masing cuba alihkan kereta jiran aku tu tapi tak berjaya sebab dia lock stereng.
Tempat-tempat lain, ada mangsa yang mula dipindahkan. Siap ada bot mengangkut lagi.


Jiran hujung sekali, rumah dia kalau hujan biasa-biasa pun memang banjir, inikan lagi hujan luar biasa.
Habis bahagian rumah bawah tu tenggelam. Kalau kau lalu, sah-sah kau pun ikut tenggelam.
Basah lencun aku tengok Cik Izan masa join ibu-ibu berborak diluar pagar rumah aku ni ha cerita pasal banjir. 
Dalam banjir tu sempat jugalah aku lepak rumah Kakak yang selang beberapa buah rumah daripada rumah ni tapi rumah dia tak kena, yang banjir rumah berhampiran sungai. Sempat lagi kau, aku layan Lilo & Stitch 2 kat TV2. Kuikui... 
Ada jiran yang rumah dia tak terkena limpahan air, pelawa lagi kitorang tidur rumah dia.
Prihatin sungguh jiran-jiran aku ni :)


Macam mimpi je rumah aku banjir hari rabu malam khamis (semalam).
Jadi hari ni aku mula mop lantai dua kali. Dah lama tak bersenam, tak buat perkara-perkara yang menyihatkan tubuh badan, sekali buat kerja macam tu, terus sakit-sakit badan belakang.
Malam tadi pun ummi dan walid berhempas pulas bersihkan lumpur-lumpur kat dapur tu.
Ni pun belum habis kemas. Dah macam rumah baru pindah pun ada.


Dalam pukul 10 hujan mula berhenti dan air mula surut.
Datang mendadak, surut pun mendadak.
Alhamdulillah~


Hikmah daripada banjir ni, banyakkkk wohhh...
Sebenarnya daripada hari tu aku berangan nak mop rumah, tapi kemalasan tu selalu datang.
Ummi pun cakap yang ummi nak kemas dapur dan kotak-kotak tu tapi asyik ditangguh-tangguh, alih-alih dah jadi macam ni, semua jadi rajin. Kihkih.
Paling penting, merasa juga kesusahan mangsa banjir. Selalu tengok kat tv je. Itu pun tv tak banyak tunjuk yang susah-susah, paling-paling pun diorang tayangkan scene kanak-kanak main air sampai adik aku pun terikut juga... hahaha.
Kemudian masa tolong dan tengok orang alihkan mesin basuh dan peti ais dalam rumah ni, aku belajar, yang kena banjir tu kebanyakannya bukan dikalangan orang kaya dan senang (sebab orang kaya awal-awal dah buat rumah di tempat tinggi, supaya tak diterjah air tapi lebih rela diterjah tanah bukit... erk!), jadi kalau barang-barang elektrik rosak, orang-orang yang tak berapa nak kaya ni terpaksa redha ajelah. Nak ganti pun belum tentu mampu. Tapi syukur barangan dalam rumah ni takde yang rosak.
Kalau tak, kena fikir duit lagi...
Bila dah banjir, air tahi ke, air kotor ke, lintah, pacat dah tak fikir dah. Yang penting semua selamat. Perkara ni pengalaman yang paling berharga bagi aku.


Kalau nak cerita perihal kisah satu malam ni, memang tak habis.
Rasa malam tadi masa macam lambat je berlalu. Padahal benda tu jadi dalam masa yang singkat.
Dari jam 7 malam hingga 11 malam. Tapi rasanya macam 1hari je.
Tapi tetap aku rasa benda ni ialah pengalaman yang paaaaaaaaaling berharga.
Sebahagian adik beradik aku & ummi pernah merasa dua musibah.
Kebakaran tahun 2005 dan banjir tahun 2011. Ada yang pernah rasa cemas rumah terbakar dan aku takde pengalaman tu tapi aku ada pengalaman rumah banjir. Syukur banjir tak tinggi.


suasana dibahagian dapur dan bilik air (eeww)

pintu masuk rumah

Aqilah, Adik, Asim... bahagia eh main air kotor

that's me! mengangkut bantal busuk nak pindah ke rumah kakak... hewhew
Terima kasih, Ya Allah, kerana beri pengalaman ini pada kami.
Bukan semua orang dapat lalui pengalaman macam ni.
Semoga apa yang terjadi ini, menjadikan kami insan yang lebih bersyukur atas nikmat-Mu.
Amin.

p/s: harap-harap pengalaman ni datang sekali ini ajelah. Banyak-banyak kali penat woo... dan harap-harap pihak berwajib dapat ambil tindakan sepatutnya daripada kejadian ini. Pe lagi, tambaklah SUNGAI tu! 
Ni nak pilihanraya ni, macam-macam boleh minta, kan? Heh!Photobucket


Rabu, 14 September 2011

Wordless Wednesday #11


Isnin, 12 September 2011

Jika suka lagu ni, sila undi!



Ingat tak entri aku yang lalu, tentang kumpulan Du'a?
Perkembangan terbaru diorang, alhamdulillah diorang sekarang dah tercalon dalam Carta Nasyeed.com.
Dan pencalonan ini memerlukan undian daripada peminat nasyid/Du'a untuk mengundi lagu ni di fanpage Carta NC di facebook. Undiannya senang je, hanya menggunakan user facebook korang.


Lagu yang dipertaruhkan ialah lagu ini;



Kalau  nak dengar versi mainstream, ada di [entri ini]

Cara Mengundi

1. Korang buka akaun facebook dan klik link di bawah ini;

2. Bila muncul kotak ini, korang klik seperti gambar dibawah

klik utk besarkan
3. Kemudian akan keluar box ini pula

klik utk pembesaran

Klik button allow untuk menggunakan aplikasi tersebut.

4.  Langkah seterusnya

Bila keluar page ini, sila klik log in seperti dalam gambar

5. Lepas klik log in, tunggu sebentar akan keluar page ini. 
Sila baca cara dan peraturan yang tertera (dah rasa macam buat iklan prabayar dah)

 Dan klik pada perkataan vote.


6. Tadaaa... terus akan ke page ini. Kat sinilah tempat korang nak vote. 
Ada macam-macam kategori. Klik je button kat tepi tajuk lagu tu dan pilih lagu-lagu nasyid yang menjadi pilihan anda.


 7. Setelah membuat pilihan lagu, klik button submit kat bawah tu.



DONE!

Kat peraturan tu dia ada bagitahu yang undian satu undian satu user setiap minggu yang mana korang boleh undi seminggu sekali. 
Lain kali nak undi, langkah 3 dan 4 tak perlu ikut dah...
So jom undi!

Harap-harap dengan tercalonnya kumpulan Du'a dalam carta ini, membuatkan nama mereka lebih dikenali oleh peminat nasyid tanah air :)

Khamis, 8 September 2011

Spontaneous Thursday #6 - Cermin Diri






Kita ni kalau nak tegur orang tu, cerminlah diri tu dulu.
Tanya diri kenapa orang tak endah dengan teguran kita, bukan sebab ada salah dalam teguran tu tapi salah yang datang dalam diri sendiri.


Manusia ni ada jenis yang boleh ditegur dan menerima teguran, ada yang boleh ditegur tapi tak boleh terima teguran, ada yang kononnya mahu ditegur tapi bila kita tegur macam-macam dia hina kita (watdafuu) dan ada juga yang langsung tak boleh ditegur dan sukar menerima teguran.


Kita tak payah cakap orang yang ditegur itulah, kita contohkan diri kita sendiri. Bayangkan aje orang tegur kita, tapi orang tu pun rasanya dua kali lima je dengan kita atau mungkin lebih teruk. Tak ke ianya amat menyakitkan hati?

Lagipula bila kita tegur baik-baik tapi orang tu balas balik dengan ayat macam ni;



"Kau siapa nak sound-sound aku? Kau ingat kau bagus ke? Keluarga kau sendiri pun tak betul, ada hati nak tegur orang, sedarlah diri tu sikit... bla... bla... bla..." Berjela-jela ayat yang membuatkan muka rasa ditampar beribu kali. Akhirnya, hati kita makin sakit.


Tak salah menegur, memang patut menegur. Daripada teguranlah kita belajar segala macam kesilapan tapi berpada-padalah. Jangan jadi ketam yang ajar anak berjalan lurus. Memang sampai ke sudahlah si ketam makan hati dengan manusia sebab manusia asyik kutuk ketam yang memang sejak azali berjalan bengkok. 
Aku pun suka juga tegur-tegur orang ni, tapi aku cermin jugaklah diri, kot kalau perkara yang aku nak tegur tu aku pun buat gak, serupa tak payah tegur. Annoying! Tapi selalunya aku tegur orang sambil tegur diri aku sendiri.


Lagi tak boleh tahan kalau si penegur tu siap keluar hadith, ayat Quran bagai, padahal bila baca macam dia tujukan untuk diri dia, tapi pelik tak pula insaf-insaf... 
Orang macam ni memang betul-betul Allah turunkan sebagai penguji iman manusia. Sabar ajelah...


p/s: entri ni tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus, jika ada yang terasa, terimalah teguran ini dengan tangan terbuka. Semoga perubahan itu menjadikan kita insan yang lebih baik dan disenangi orang ramai sehingga akhir hayat. Amin...

Rabu, 7 September 2011

Wordless Wednesday #10 - genap 5 BULAN (7/9/11)!!!



Ahad, 4 September 2011

dariNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali



Tengah mata melilau-lilau melihat halaman utama bukuwajah pada malam 2 September lepas,
tiba-tiba mataku tertacap pada sebuah tajuk besar; "Breaking News: Wartawan BernamaTV mati ditembak" (lebih kurang macam inilah bunyinya). Dan itu adalah satu-satunya berita paling awal yang dikeluarkan oleh seorang blogger mengenai serangan peluru sesat terhadap pasukan media yang bertugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia. Jadi berita itu pun aku baca sekali imbas sebab si penyampai pun tak pasti sama ada itu berita atau sekadar gosip.


Pagi 3 September tu, tengah bersiap-siap untuk menghadiri majlis perkahwinan dua orang sepupu aku, aku tanya pada ummi.
"Ada nak raya mana-mana lagi tak lepas kenduri ni?"
"Ada. Pergi rumah Mak Long Abi, ziarah anak dia meninggal." Innalillah... tapi aku terpinga-pinga siapa pula Mak Long Abi? Tak pernah dengar pun nama tu.
"Siapa anak dia?"
"Yang meninggal semalam tula..." cara ummi cakap bajet anak Mak Long Abi tu terkenal sangatlah pula kan sampai aku pun boleh kenal juga. Sedangkan nama Mak Long Abi pun baru pagi tu aku dengar.
"Siapa??" Bila aku tanya nampak muka ummi macam nak marah. Yela, ummi pun nak cepat siap juga tapi aku ni banyak pula tanya. Tak puas hati betullah bila orang cerita separuh-separuh ni.
"Anak Mak Long tu yang keluar berita malam tadila... Pagi tadi pun keluar lagi berita pasal dia."


Zap Zip Zupppp! Dan-dan tu juga saraf-saraf di kepala otak aku bergerak pantas.
"Yang kena tembak dekat Somalia tu ke??" Laju aku bertanya sebelum sempat Ipah habis cakap. Yelah, mana ada lagi berita hot selain yang itu, kan? Nak kata berita kemalangan pun, aku rasa macam takde je. Kalau ada pun mungkin aku terlepas pandang dan mungkin juga sebab ianya bukanlah kategori yang semua orang mesti tahu.


"Haaa... yang itula!" Serentak ummi dengan Ipah bersuara.
Ya Allah!!! Saudara aku kah itu?


Sampai rumah Mak Anjang untuk hadiri kenduri kedua anak terunanya, jumpa juga adik-beradik walid yang lain, semuanya mahu ke rumah Mak Long Abi. Tereserempak juga dengan Wanie; dua pupu aku merangkap sepupu kepada arwah, dia pun mahu ke sana.





Maka, terciptalah hikayat apa kena mengenanya kitorang adik-beradik ni dengan Mak Long Abi tu.
Dan ummilah yang menjadi penglipur lara bercerita, sebab masa mula-mula kahwin dengan walid dulu ummi memang rapat dengan keluarga Mak Long Abi. Cuma sebab tak tahu jalan hendak ke rumahnya yang dia duduk sekarang ni membuatkan hubungan menjadi tidak serapat dulu. Kalau tidak, konfem tiap-tiap tahun akan ke rumahnya.
Mak Long Abi tu anak kepada arwah Nek Long (kakak arwah nenek), adik beradik pula dengan mak Wanie, Wanie tu pula aku kenal sebab dia kawan baik dengan Angah, itupun aku tahu dia dua pupu aku masa kitorang masing-masing tengah tunggu result SPM dulu.
Betul... kalau bercerita tentang keluarga sebelah ummi dan walid memang boleh pusing kepala.
Pusing sana, pusing sini, jumpa orang sana, jumpa orang sini, hampir semuanya ada bau-bau bacang.
Itulah sebab terlalu ramai sangat saudara mara kan... hehe. So, nak tahu cerita lagi, mehla join keluarga kitorang. Ngaaa...


Sampai rumah Mak Long Abi, dah ramai rupanya orang yang menunggu.
Kelibat Mak Long Abi aku tak nampak. Teringin juga nak berkenalan sebab memang tak kenal.
Kami duduk berdekatan dengan isteri arwah yang sedang memangku anak kedua yang berumur 3 tahun.
Serius comel gila anak kedua dia tu. Muka sebijk muka arwah bapa dia. Rambut perang. Memang betul-betul macam anak omputih. Bila mak dia menangis, mata dia pun ikut bergenang dengan airmata. Sayu aje tengok.
Masa aku bersalaman dengan isteri arwah dan ucap takziah, dia hanya membalas dengan kata "iya". Tapi nada suaranya tidak pula sayu atau sedih sangat, memang nampak tabah.
Sangat-sangat tabah!


Tak lama tu, datang pula Datuk Mukhriz. Duduk bertentangan dengan kami. Pertama kali jumpa orang politik.
Tapi sayang sebab jumpa ketika upacara kematian, bukannya rumah terbuka atau apa-apa sambutan yang menggembirakan.
Ketika mula-mula baca Yaasin, masuk pula Datuk Shabery Chik untuk beri penghormatan dan sebagai wakil kerajaan.
Dan tak lama kemudian, lepas habis bacaan Yaasin dan tahlil arwah, aku toleh aje ke kiri, ke muka pintu, Nurul Izzah Anwar Ibrahim sedang berdiri. 
Perghhh! Antara ramai-ramai perempuan yang aku pernah jumpa, aku bet dialah yang paling cantik! Simple je orangnya tapi serius cantik. 


Tak lama tu, aku dah tak tahan dah bila ramai sangat orang masuk ke rumah, termasuk wartawan yang merakam situasi menteri-menteri tu temubual Mak Long Abi serta isteri arwah dan anak-anak.


Sempat juga aku lihat gambar arwah ditembak. Gambar tu ditunjuk oleh salah seorang pakcik arwah.
Berlubang bahu kanan arwah. Rupanya peluru tu apabila ditembak ianya terus masuk sehingga ke paru-paru. Gambar yang aku maksdukan tu, tadi aku tengok dah ada beberapa blogger sebarkan tapi aku tak nak letak dalam ni sebagai menghormati keluarga si mati sebab dengarnya ibu allahyarham tidak dibenarkan tengok gambar tu, bimbang menambah kesedihan.


Mufti Selangor menyatakan arwah dikira mati syahid dan semoga Allah menilainya sebagai mati syahid. Amin.
Buat keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor @ Abang Ijoy, semoga tabah. Allah lebih sayangkan arwah. Dan kenanglah arwah sebagai seorang pejuang kemanusiaan.

klik untuk tumbesaran sihat

1. Suasana perkarangan rumah Mak Long Abi.
2. Nurul Izzah Anwar Ibrahim khusyuk mendengar cerita sebenar.
3. Isteri allahyarham (tudung hijau) dan anak-anak ditenangkan oleh Shabery Chik dan Datuk Mukhriz Mahathir.
4. Cuba cari mukaku yang sebekkk tuh... (sape yang candid gambar ni? Cam hape je muka gue!)
5. Mak Long Abi @ ibu arwah tidak dapat menahan pilu ketika menceritakan  tentang kenangan terakhir bersama arwah.


Jumaat, 2 September 2011

Ceritera Aidilfitri



Sekarang ni masa cepat aje berlalu.
Tak payah main pejam celik, pejam celik. Celik je dah banyak dah masa berlalu.
Termasuk Ramadhan.
Sehinggakan ada masanya aku rasa macam tak pernah rasa kedatangan Ramadhan sebelum ni. Tsk tsk tsk.
Betullah macam sabda nabi, dah nak kiamat nanti masa berlalu begitu pantas. Orang yang lalai aje yang takkan perasan dengan masa yang berlalu. Wuwuuu.. Harap-harap aku bukan dalam kategori orang yang lalai itu (padahal dah ada tanda-tanda dah ni).
Dan sekejap juga hari ini dah masuk raya ke-4... Haila..


Kembali pada mood raya, apa cer raya korang tahun ni?
Ada best?
Aku ok la. Best sebab tempahan baju raya dapat disiapkan dengan jayanya! Yeayyyyy!
Lepas tu tahun ni pertama kalinya beraya pakai contact lens. Pertama kali juga pakai.
Dulu yo o je cakap ngeri la bagai tapi bila cuba sendiri, takdelah sengeri mana walaupun kalau kau tengok aku pakai tu memang boleh buatkan kau ketawa terbahak-bahak.


"Harap mata aje besar, nak masukkan contact lens pun siap kecikkan mata apa pasal?!"
Siap kena cemuh tu masa nak pakai contact lens. Yelah, aku bab-bab mata ni memang sensitif. Kalau tengok orang sakit mata pun aku boleh rasa mata aku yang sakit. Orang cakap tu psiko. Hmm ntah.
Nak tengok gambar aku pakai contact lens? Tengok kat facebook la (ye, itu muka saya, bukan muka kutip kat google ye!). Malas nak upload kat sini.
Stalker yang tak berkenaan/berkenan dihati ramai sangat (bajet kau retis??!!)


3 hari raya ni aku asyik berjalan.
Kau ingat jalan-jalan beraya yang kerjanya hanya makan, makan dan makan, tak penat ke?
Penat wooo... Rasa macam nak pengsan dah. Nak pengsan bukan sebab makan banyak sebab makan tu aku boleh control lagi tapi tang tak cukup tidur tu yang tak boleh control tu.
Memang tiap-tiap tahun sambutan raya kitorang satu family macam ni.
Selagi jam belum pukul 1pagi, selagi tu tak reti nak gerak balik rumah.
Aku suka pergi beraya rumah saudara mara sebelah ummi.  Mungkin sebab ummi ramai makcik-makcik dan pak-pak sedara. Kalau beraya tu memang WAJIBul ghunnah la ke rumah adik-beradik arwah Jad (atuk) dan adik-beradik Jaddah (nenek), lagipun memang dari kecil ummi adik-beradik rapat dengan mereka jadi bila ummi datang tu semualah makcik-makcik dan pak-pak sedara ummi suka.
Lagi pula sebab anak-anak ummi paling ramai, lagilah diorang suka. Aku pun suka! Sukalah bila kita datang rumah orang, orang sambut kita dengan kegembiraan di wajah. Aku kan sekarang dah boleh nilai sikitlah jenis-jenis orang hipokrit. Jadi bila nampak wajah-wajah orang ikhlas ni, kita pun wahhhhhhh! mestilah suka kan... :D

Yang tak best raya ni sebab tak dapat beraya dengan Aidid Uzair... :'( 
Dia pergi beraya sebelah baba dia kat Penang. Jauh beno berjalannya!
Lepas tu raya tahun ni ramai pula yang dapat penyakit, macam aku, selesema aritu belum ok lagi, ditambah pula dengan batuk-batuk tapi hari ni dah ok sikitlah. Adik-adik sepupu yang kecik cinonet tu pun hampir kesemuanya kena virus yang sama sebab tu aku berani nak bergambar dan gomol anyonyonyo dengan diorang + ada pula yang demam.
Tapi raya tetap juga berjalan seperti biasa :)



Hari ini rehat di rumah je kot sebab tu boleh update blog ni.
Esok beraya lagi. Beraya + kenduri kahwin sebelah walid pula.
Tiba-tiba rasa macam sekejap aje dah nak masuk seminggu beraya. Lagi-lagi bila adik-adik yang sekolah & kat matrikulasi UIA, Nilai, tu pun dah nak balik dah Ahad ni. Memang patutlah raya sebulan, tak cukup kalau nak menziarah sebelah ummi dan walid dalam masa seminggu je sementelah kedua-duanya daripada family besar cuma sebelah walid ramai yang dah 'pergi dulu' nasib baik adik beradik walid pun ramai sebagai penyambung warisan.
Tiba-tiba terfikir, warisan aku bila pulak nak lahir? Ho ho ho.


Ada yang persoalkan raya ni memang pesta makan-makan aje ke? Yelah, open house sana sini, asal ke mana-mana rumah pun mesti dihidang makanan. Entah ye, bagi aku itu perkara biasa. Belum pernah lagi dalam bulan-bulan selain Syawal aku pergi rumah orang untuk berziarah, tuan rumah tak hidang makanan. Mesti ada punya hidangan. Sekadar air pun sudah mencukupi. Itu bukan budaya, itu sunnah Nabi S.A.W. Memuliakan tetamu itu sangat-sangat dituntut dalam Islam. Jadi soal makan-makan ni tak pernah pula terdetik untuk aku persoalkan. Kalau kau tak nak makan, kau tak payah makan, biar orang yang nak makan tu makan. Sekurang-kurangnya tuan rumah tu dah buat yang terbaik untuk tetamu yang datang :) Lagipun kan ada pepatah, 


"Rezeki jangan ditolak,
musuh jangan dicari" ?




tomeyyynnya budak pakai kopiah tu! Grrr
IzZah-rians in da blog!

Ikut via FB