Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, ini kali pertama (selepas peristiwa aku menukar link blog daripada ohbulan3rejab ke waleedahyaya) aku berasa sangat gembira untuk update blog ni tanpa ada rasa yang tak best.
Sebab...
sebab...
sebab...
blog ni dah aku set up kan untuk orang-orang tertentu je yang boleh baca! Yeayyy!
Sebenarnya nak invite SEMUA followers tapi sayangnya aku tak tahu emel diorang, kalau add pun entah-entah diorang tak sudi pun nak approve.. :( huhu.
Tapi tak kisahlah, yang penting aku rasa sangat SELAMAT (buat masa ni jela).
Mula-mula, aku rasa macam nak transform je header blog ni. Tapi nanti dululah, belum ada masa yang sesuai.
Alhamdulillah tahun ni ramai kawan-kawan aku yang akan mengakhiri zaman bujang mereka. Syukur...
Aku gembira untuk mereka kerana merekalah kebahagiaan ku :)
Lagi? Owh... kisah pahit 2011, aku dah mula tinggalkan sedikit demi sedikit. Apabila aku mengharap orang tu meminta maaf padaku atas kesalahan yang dah dia lakukan, dan kemudian dia meminta maaf tetapi merayu agar aku menerimanya kembali, maaf, aku tak boleh terima. Orang macam tu memang TAK LAYAK untuk dibuat kawan.
Kepada Pijud, inilah salah satu punca aku private-kan blog aku. Ini pun dah ada seorang follower yang unfollow, mungkin sebab dia buka blog aku kemudian link takde, tu yang dia unfollow. It's ok :) Mungkin lepas ni ramai lagi yang akan unfollow kot.. Takpelah, biar jela yang rapat yang perlu mengenali siapa aku, yang tak rapat, tak perlu pun takpe. Takde kepentingan kowttt :D
Hari ni baru 19 Januari, tak sampai pun sebulan tahun 2012 berlalu dah nampak dah bahawa dunia ni betul-betul dah nak kiamat. Omagad!
Yelah, macam-macam peristiwa yang menyedihkan, menggerunkan, mengerikan, memalukan, yang berlaku depan mata. Aigoo.. Moga Allah tabahkan hati kami dan hati mereka. Ameen
wajah awal tahun 2012 ^_^ |
Tika sekarang ni menumpang di rumah aku (sampai raya cina) sebab dia dapat posting di SMK Sg Pusu, Gombak. Jadi nak tak nak, dia terpaksalah juga datang ke sini dalam keadaan emergency. Kesian tengok dia... dari Sabah terpaksa tergesa-gesa ke mari. Macam-macamlah masalah yang dia hadapi.
Lepas raya Cina ni alhamdulillah dia dah dapat tempat penginapan yang sangat dekat dengan sekolah.
Korang doakan jelah yang terbaik untuk dia k.
Malam tadi kitorang tak tidur, ralit berborak (berbicara tentang masalah globalisasi *cet!*) sampai tak sedar jam dah hampir menunjuk ke angka 5 PAGI! Gile betulll... keh3.
Tapi dah biasa. Asal jumpa je, ada je kisah nak dikongsi.
Okla, masa dah suntuk ni.
Ada masa nanti ingatkan nak update gambar pergi makan-makan kat Sungai Besar, sampai aku amat peghak lah juga bila nampak sawah... woot woot ;)