Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 23 Mei 2012

Perpisahan ini.


Minggu ni saya cuti! Hooray!
Tapi tak payah nak hooray sangatlah, sedangkan dah tahu ada kesedihan yang menanti. Huhu.



Esok, my bestfriend forever nak berangkat dah... Lusa pula, terbang ke Sarawak.. kembali jumpa entah bila. sob sob sob
Sedih pulak. Tapi takdelah sedih sangat, mungkin sebab dah biasa terpisah.
Dulu pun masa belajar dulu, berpisah kali pertama, sedih kemain. Kemudian Allah pertemukan lagi, dan kemudian berpisah lagi dan dipertemukan lagi. Tapi setiap kali berpisah, bohonglah kalau takde rasa sedih, rasa kegembiraan tiba-tiba direntap. Semua tu ada, tapi nak tak nak, kena terima, kena redha.

Dan mungkin kerana jodoh tu kuat (mungkin kerana Allah tu Maha Mengetahui ) maka Dia pertemukan kami lagi dalam tempoh yang tidak disangka-sangka. 

Cuma aku sedikit risau pasal kursus ni, kalau sebelum-sebelum ni ada Tika, banyak yang aku tanya kat dia tanpa rujuk Kak Sal sebab dia dah terlantik secara tak rasmi menjadi pembantu Kak Sal (cuma tiada gaji sebab tak rasmi kan... hihi). Tapi lepas ni, pandai-pandai sendirilah aku nak hidup. Kena belajar buat semua sendiri, kena tanya direct pada Kak Sal. Kadang-kadang tu bukan saja je tak nak tanya dia, tapi kesian tengok Kak Sal tu sibuk melayan kerenah budak-budak baru yang takde basic tu, so kitorang yang dah sedia ada basic ni kena pandai-pandailah nak hidup kan, takkan makan nak bersuap je manjang. Apa pun, Kak Sal tu tak pernahlah lupakan kitorang, tanya aje apa, tanya aje banyak mana tetap juga dia mahu menerangkan, tapi kadang-kadang risau pula dia tension Hihihi... 

Maka lepas ni tiada lagilah suara Tika menerangkan itu ini pada aku, tiada juga kerja yang kitorang akan buat sama-sama. Tengok, Tika nak ke Sarawak ni pun, folio aku dah siap sama-sama dengan dia, padahal kata Kak Sal boleh je aku siapkan folio tu nanti-nanti sebab aku lama lagi kat sana tapi sebab nak sama-sama dengan Tika, ku pulun juga siapkan kerja tu. O yeah! Hehe. Lega kot! Dan mungkin sebab folio dah siap juga Kak Sal izinkan aku cuti untuk SEMINGGU ni! Yeayyyyyyy! Takpelah, bagi peluang untuk Nur sama level dengan aku. Kehkeh. Sekali minggu depan aku yang kena kejar dia.

Kelmarin (Isnin) pun kitorang singgah sana sekejap untuk buat kerja, nak balik tu ramai pulak yang nangis. Alahai... Hari tu sorang, yang ni berempat pulak menangisnya. Perasaan aku? Biasa je mungkin sebab diorang menangis bukan sebab aku tapi Tika, kan Tika yang paling havoc kat situ. Suara dia je semedang buat bising dengan imaginasi overdose dia tu, tu yang asyik gelak terkekeh-kekeh, dengan Ija lagi suka buat muka toyer bila orang bertanya/bercakap masa dia tengah bermasalah tu, lagilah kelakar! Hahaha. Haihh kalau ada Zack, makin menjadi-jadi diorang ni. Yang tukang ketawa? Akulah & Syam!

Oklah, nanti-nanti update cerita lagi, ni pun Ija cakap aku menaip macam kerani @ setiausaha je sebab laju. Kehkeh.

Semoga berjaya untuk sahabat-sahabatku. Moga menjadi guru yang berbakti kepada bangsa, negara & AGAMA!

Selasa, 15 Mei 2012

Rindunya Kian Membara


Aku membeli novel ini secara TIDAK sengaja. 
Kononnya, untuk mendapat beg percuma daripada JS harus membeli 4 buah novel tapi masa tu aku hanya sempat cilok 3 buah sahaja. Jadi, novel mana lagi yang patut aku cekau untuk mendapatkan beg itu? Dan promoter itu pun seperti tahu-tahu sahaja yang aku memang meminati penulisan Noor Suraya @ Kaksu, maka dihasutnya aku agar membeli novel ini. Aku pun membeli tanpa berkira. Apadehal kan... Novelis peberet! Hihu.
Dan novel pertama yang aku baca bila sampai di rumah ialah novel ini!


Kisah Farhana yang menyayat hati. Tak suka aku cerita begini. Tapi nak buat lagu mana, memang inilah realiti kehidupan (novel Kaksu semua 'real' tahu, takde yang dongeng fantasi, sebab itu wataknya harus dihayati). 
Menjadi ibu tunggal dan membesarkan sepasang anak kembar bukanlah perkara mudah untuk mana-mana ibu pun. Seorang anak mesti inginkan seorang ayah/ibu.
Dan kehidupan Farhana bermula apabila dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia setelah bertahun-tahun menjadi perantauan, membawa rajuk dihati. Rajuk yang sangat panjang...


Apabila pulang, dia terjumpa Ilham suami kepada sahabat baiknya; Dalilah. Terkejut apabila mengetahui Dalilah telah pergi buat selamanya meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil. Maka Farhana pun dengan rela hati mengagihkan kasih sayangnya kepada 3 orang anak yatim itu. Sweet~ Dan dalam diam Ilham menaruh hati pada kebaikan Farhana.


Tak lupa juga pada Imran yang pernah ditolak lamarannya suatu ketika dahulu, datang kembali menagih kasih. Kasihan aku pada lelaki itu. Menunggu terlalu lama.


"Imran itu anak sulung makcik, dia dah nak masuk empat puluh, Anah.. makcik berharap sungguh." - Puan Darawisah.


"Tapi saya dah ada anak-anak. Saya ni janda, makcik. Imran tu orang bujang, belum pun pernah berkahwin. Kenapa tak pilih yang masih muda.. yang masih anak dara, makcik." - Farhana.


"Itulah Anah.. dia tu tak pernah nak berkenan pada yang lain. Dari dulu pun Anah juga pilihannya, makcik nak kata apa. Makcik ni sekadar sampaikan hajat orang." - Puan Darawisah.


"Makcik, saya ni dah serik, saya lebih senang duduk sendiri." - Farhana.


"Kahwin ni sunnah Rasul, Anah. Tak baik menolak kalau dah ada pilihan yang betul. Insyaallah, Imran tu lain orangnya. Makcik kenal sifat tanggungjawabnya. Sejak ayahnya lumpuh dan kemudian meninggal dunia, dialah yang menjaga keluarga makcik." - Puan Darawisah.


Aku suka bahagian ini! Ketika ibu Imran masuk melamar Farhana. Mula-mula baca rasa seperti..'biasalah, ibu mana tak mahu berkata manis tentang anak dia didepan gadis idaman si anak, ye dak?' Ya, watak Farhana itu pun tersenyum sendiri melihat Puan Darawisah sedang mempromote anak terunanya itu. Hihi.
Tapi tiba-tiba rasa macam manis pula sifat Puan Darawisah. Sanggup menerima Farhana yang serba kekurangan itu. Indah kot kalau dapat ibu mertua yang memahami gini! Hehe.


Seperti biasa, aku tak suka nak cerita lebih-lebih, nak lebih, sendiri beli, sendiri baca lorr...
Tapi awas! Sediakan tisu ketika membacanya, jika anda mempunyai naluri keibuan, insyaallah anda akan tangisi kisah novel ini...


Dan selepas baca novel ini serta beberapa kes rumahtangga yang aku lihat berlaku disekeliling aku membuatkan aku mahu memutuskan untuk membuat cerai taklik ketika nikah nanti. Ngeh! Lagipun hampir semua ustazah kat Malaysia ini mengamalkan kaedah ini supaya hati sendiri tak sakit dan diri sendiri tidak merana di kemudian hari. Weewit! Ok, dah boleh kahwin dah ni :)) Hoho



Ahad, 13 Mei 2012

Kita tak pernah tahu & takkan pernah tahu...






Belum tentu, kita berkopiah, bertudung labuh, dengar kuliah di surau masjid, solat dhuha tak tinggal dijamin ahli syurga.


Dan belum tentu orang yang lagha, kaki karaoke, mat minah Kpop itu selamanya menjadi orang yang sia2 perbuatannya. 


Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya...

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya...

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan....



Allah kalau nak swap hati seseorang, BAIK -> BURUK, BURUK->BAIK sekelip mata boleh berlaku. Rasulullah sendiri sering berdoa: 


“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”. Nabi Muhammad SAW yang guaranteed oleh Allah SWT syurga itu pun berdoa ditetapkan hatinya, ape lagi kita yang 'cap ayam' ni kalau tak mohon pada Allah ditetapkan hati ini..


"Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya..."



Sabtu, 5 Mei 2012

7 hari seminggu


Aku janji post kali ni, tiada yang kelu dah... hehe. Cuma tajuk je yang terkelu, tak tahu nak letak tajuk apa. Random ajelah.
Cuma minggu ni macam seronok je nak bercerita dalam ni. Actually baru je lepas habis khatamkan novel Rindunya Semakin Membara karya Kaksu; novelis kecintaanku! ^^ Novel lama tapi aku beli tanpa dirancang. Hoho. Nasib baik sangat best itu novel! Boleh nangis woo... Insyaallah ada masa & umur nanti aku akan buat review novel tersebut.

Jadi hari ni aku mahu bercerita kisah minggu ini. Minggu yang HOT! :D
Takdelah hot sangat pun, saja je nak rasa jadi poyo sebentar. Hihihi.

Untuk yang belum tahu, aku sekarang ni tengah 'mengasah' skill. Skill jahitan. Dah lama ada tapi banyak dah yang aku lupa, jadi aku rasa sekaranglah masanya untuk mengasah bagi lebih tajam dan lebih cunnnn!
Orang kata, kalau nak belajar kena ada guru (maka aku pun sudah berjumpa guru yang selayaknya iaitu Kak Sal @ Shalwati!) Tapi kalau tak tahan dimarah, dikritik, maknanya anda belum bersedia lagilah untuk menjadi pelajar, kan? Minggu ni dah masuk 3 minggulah aku berada di akademi tersebut (bukan tak nak mention nama tempat tapi bimbang akan diserang hendap oleh peminat fanatik. Buat niaya je << maaf, ayat ter-bajet retis pulak.. kah kah kah).

Minggu pertama dekat sana, asyik bergelak ketawa sahaja bersama Tika, Ija & Syam. Biasalah ada geng. Cuba kalau aku sorang-sorang je kat sana, rasa-rasanya mampu tak aku bergelak ketawa berdekah-dekah secara tiba-tiba begitu? Mestilah tak, kan! Yang untungnya, kursus yang dijangka dijalankan selama 3 bulan ni bukanlah kursus berbayar. Hey, ada orang sponsor I, tahu? Sila jeles! Tapi serius memang disponsor. Kitorang tak keluarkan duit walau sesen pun untuk menuntut ilmu di sini. Diberi secara percuma (atas tajaan) kepada anak-anak Selangor SAHAJA. Ok, saya bangga jadi anak Selangor. Nanti nak suami pun anak Selangor jugaklah! Wahh macam jodoh tu ditangan aku pulak kan... :P 

Dan minggu pertama kitorang diajar cara menjahit seluar slack perempuan. Haaa mesti tak tahu yang seluar slack perempuan yang sebenar-benarnya menggunakan zip disebelah tepi sama macam kain baju kurung tu la (kiri/kanan ikut kehendak pelanggan), bukan disebelah hadapan! No no no! Kalau zip sebelah hadapan tu merupakan rekaan yang 'diciplak' daripada seluar slack lelaki. Jadi kebanyakan seluar slack perempuan yang berada di pasaran terkini adalah seluar slack yang telah dicampur versi-nya. Maka terjadilah seluar slack pondans gitu. Ahaks! 

Minggu kedua pula buat baju cheongsam. Waduhhh! Part ni rasanya macam tak mahu cerita. Azab nak buat tu Tuhan je yang tahu. Maka minggu kedua terus bertukar menjadi minggu stress! Patutlah cheongsam mahal. Nak buat kemain leceh. Grrr! Nampak je sangat simple tapi itulah, indah khabar dari rupa (eh? peribahasa tak sesuwaiii!). Dan minggu ini juga berkenalan dengan pelajar baru; Nur nama gelaran dia. Umur baru 21 tapi memang pandai sesuaikan diri, hari pertama kenal terus rapat. Lagi-lagi bila tiap-tiap malam dia tidur berhimpit antara aku dan Syam. Sweet kan? Baru kenal dah tidur sekatil. Kau hado? Haha. Kat hostel tu guna katil double decker tapi setiap katil dicantum menjadi dua, itu yang dapat katil saiz king secara tak langsung tu. Dan sebab tu juga si Nur sanggup menyelit di tengah antara aku dan Syam sebab dia merupakan seorang yang penakut teramat. Asal lampu asrama ditutup je, mula dia melompat ke katil kitorang ikut suka hati dia.

Dan minggu ni (minggu ketiga) kitorang siapkan pyjama kanak-kanak perempuan. Serius sweet! Ada part kelakar untuk tugasan kali ini. Kononnya, disebabkan aku, Tika dan Ija (Syam je tak sebab dia gigih menyiapkan tugasan yang tertunda) telah bercuti dari hari Khamis minggu lepas sehingga Selasa lepas (Hari Buruh) maka kononnya lagi kerana nak kejarkan baju pyjama ini (kitorang sepakat untuk siapkan sepasang baju dalam masa 1 minggu), kitorang mengambil keputusan untuk menyiapkan tugasan secara shortcut (psstt Kak Sal tak tahu niat kitorang ini). Kerana rasa seronok bila Kak Sal memberi kebenaran yang kitorang tak mahu ikut contoh baju yang leceh itu, maka keesokan harinya Kak Sal telah menerangkan apa yang perlu kitorang lakukan. Terkejut beruk bila terima tugasan yang 'shortcut' itu. Kerana ianya terlah bertukar menjadi 'longway' secara senyap. Wakaka. Dan stress berlipat kali ganda daripada minggu lepas. Rasa seperti kena tipu tapi sebenarnya diri sendiri yang dah tertipu sebab konon-konon mahu main tipu juga. Hai la... Tapi alhamdulillah-lah siap juga baju comel itu hari ni. Comel sangat! Dan design dia yang 'senang' itu lebih cantik daripada design contoh. Hehehe. Nur dan Din ikut contoh, maka asyik kedengaranlah suara yang mana sorang duduk di hulu dan sorang duduk di hilir tu. Dah macam laki bini bertekak dah aku dengar. Sampai bila aku bercakap dengan Ija pun, suara aku kalah dengan suara diorang berdua.
" Ok, silakan baling segala periuk belanga dan pinggan mangkuk korang." Tergelak Nur dan Din bila aku usik macam tu. Dan Nur paling tak suka kalau dengar aku cakap pyjama design dia dah macam rupa baju badut. Sebab Nur pun sedar kenyataan itu sangat pahit untuk diterima. Ahahah. 

Dalam kelas kitorang hanya ada dua kumbang sahaja; Din dan Wan (bila aku tahu nama penuh Din tiba-tiba aku jadi macam tak puas hati kenapa nama dia dipanggil Din dan bukan Izz. Izz lagi macho bunyinya, kan? Sibuk nau aku ni dengan nama orang. Ekeke). 
" Dah mula-mula masuk sini diorang yang panggil aku Din, bukan aku nak pun," oh Din pun tak rela namnya dipanggil begitu tapi tetap menyahut bila orang panggil dia Din.
Din masuk awal seminggu daripada kitorang. Maka memang dari minggu pertama lagu Ziana Zain seringkali si Din tu dendangkan kat telinga aku ni sampai aku kata, " lama-lama nanti jangan terkejut kalau aku mampu hafal semua lagu Ziana Zain." Peminat setia betul, semua lagu kat henfon semua lagu Ziana sampai Wan pun cakap, nak tidur pun si Din dengar lagu tu. Adehlaaa... Apa-apa ajelah. Hee. Sampai tadi masa on the way balik rumah terdengar lagu Ziana Zain je teringat Din. Keh keh. Yang penting tiap-tiap hari akan ada sesi karaoke secara tak langsung. Asal pasang lagu je dan keluar lagu yang kitorang hafal/suka mesti ternyanyi bersama-sama. Dah tak kisah dah suara sengau macam bangau ke, serak macam katak ke, yang penting semangat mahu nyanyi itu ada & perbuatan itu mampu mengurangkan tekanan. Dan aku pun tak rasa ada orang sedang menilai suara nyanyian kitorang ni. Hihi. 

Dan minggu ni untuk pertama kalinya pada hari Khamis malam Jumaat kitorang masih tinggal di hostel dan budak-budak kat hostel tu (semua budak lagi, umur diorang paling muda 18 dan paling tua pun baru 24 tahun) rasa pelik. " Eh, akak tak balik ke?" Itu ajelah soalan yang kitorang kena hadap. Masing-masing pelik bila kitorang masih bermalam di situ, selalunya petang khamis kitorang dah chalo dah tapi stay sampai Jumaat sebab kononnya nak ganti cuti hari Isnin. Hik! Dan malam Jumaat baru jumpa peraturan baru, jam 7 malam dilarang tonton tv. Tv boleh ditonton selepas solat isyak, sebab selepas maghrib sekitar jam 8 malam akan ada bacaan Yaasin dan diikuti oleh solat Isyak secara berjemaah. Selepas bacaan yaasin sementara nak tunggu masuk waktu isyak akan ada tadarus al-Quran. Tengah dok aku bertadarus bersama Syam & Nur (sebab Ija dan Tika tengah 'cuti'), tiba-tiba je ada suara yang berkata, " akak jadi imam, ya?" Eh, aku ke? Tiba-tiba je berdebar. Tapi masih tak bagi jawapan dan teruskan bacaan. 
" Tapi janganlah sebab kena jadi imam malam ni malam Jumaat yang seterusnya akak trauma tak nak stay sini dah," usik Fatonah. Aduhai... 
" Kalau akak tak nak jadi imam, tak nak kawan dengan akak," ugut Nija pula.
" Tak nak kawan dahlah, ada akak kisah?" balas aku selamba.
" Lepas ni 3 kali Jumaat akak balik, siap akak," balas Nija lagi sambil tunjuk penumbuk. Alih-alih Nur offer diri untuk jadi imam. Pheww... selamat...

Tengah bentang sejadah, tiba-tiba tertukar, aku yang akhirnya jadi imam.
Huiii lama dah tak jadi imam, dulu pun last tahun 2005, imamkan 8 orang makmum. Itu pun ngeri okeh! Menggigil kepala lutut. Hahah. Yang malam tu pun hampir 20 orang lebih jugalah yang aku imam kan. Alhamdulillah ok jek walaupun ada kekurangan sedikit. Yang penting lutut tak ketaq noh! Mungkin sebab rasa dah tua dah, dulu jadi imam muda sangat tu yang ketaq tu. Tapi kira oklah walaupun dah lama tak praktis dan dalam keadaan tak bersedia apa pun, ianya tetap merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Cuma yang menjadi persoalan, apa hukumnya bila memaksa seseorang yang dah sedia tahu dia tak layak untuk jadi imam tetapi tetap juga menjadi imam secara terpaksa? Adakah solat diorang semua tu sah atau tidak?
Sebab pagi Jumaat tu baru aku tahu yang kat hostel ni diorang memang suka tarik je sesiapa untuk jadi imam, tak kisahlah sama ada orang tu suka/tidak, ikhlas/tidak, rela/terpaksa. Yang penting setiap orang memang WAJIB dapat giliran menjadi imam. Eh sesuka kau orang je. Huhu. So kalau ada sesiapa tahu hukum yang menjadi persoalan tu, silalah jawab ye. Jawapan anda sangat membantu.

Sekian, wassalam...


Ikut via FB