Peringatan Hari Ini
Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"
Jumaat, 9 Mac 2018
Seandainya Baginda masih ada..
Tadi tidurkan Bisyarah, senandungkanlah selawat Nabi nyanyian Opick (tak ingat tajuk lagu), entah macam mana tetiba rasa sebakkk sangat. Rinduuu sangat dengan Baginda Nabi sollallahu alaihi wasallam..
Kalaulah Baginda masih ada..
Kalaulah Baginda dapat menegur cara layanan para lelaki zaman kini terhadap para wanita itu bagaimana..
Kalaulah..
Zaman kini, yang sakit & disakiti hatinya kebanyakannya wanita, kaum yang dipandang mulia oleh Baginda Nabi sollallahu 'alaihi wasallam dan kami wanita inilah yang cuba sedaya upaya memperjuangkan nasib yang melanda kaum kami tapi makin diperjuangkan, makin lantang kami bersuara, makin dikeji, dihina oleh golongan lelaki.
Wanita tiada adab!
Wanita tiada malu!
Wanita terlalu emosi!
Kata mereka..
Sedih, wahai Rasullullah..
Rasanya pedih sekali..
Andai engkau bersama kami pada waktu ini, di akhir zaman ini pasti akan lahir kata² nasihatmu yang akan didengari oleh kaum lelaki.
Setakat ini yang aku nampak sifat & akhlaknya seperti Rasullullah adalah Ustaz Ebit Lew, ustaz lain semua suka memperlekehkan wanita dengan menjual isu poligami.
Tapi yang sedihnya, ustaz Ebit itu juga sering menjadi mangsa cemuhan kaum lelaki..
"Yelah, ustaz Ebit je yang baik, yang setia."
"Ustaz Ebit je yang betul semua, kami ni jahat, sentiasa buat salah."
"Maaf, saya tak mampu jadi suami yang baik seperti ustaz Ebit."
Perli mereka, si lelaki umat akhir zaman..
Bila di tag pada post ustaz Ebit, bukanlah si isteri tu mahu pasangan² mereka menjadi seperti ustaz tapi belajarlah untuk memahami, menyayangi dan berakhlak seperti itu. Usaha. Wanita bukannya robot. Duh! -_-'
Sedih, wahai Nabi.
Sedihhh..
Sebab mereka tak nampak apa yang ustaz Ebit bawa itu adalah sunnahmu, akhlakmu, kelembutan seorang lelaki terhadap wanita yang dinikahi tapi itulah..
Menderu² airmata aku jatuh diiringi selawat ke atas Nabi tadi.
Moga suatu hari nanti jika aku pergi menghadap Tuhan ku ketika aku masih bujang, aku harap Baginda Nabi sudi memberi syafaat juga kepadaku & aku minta maaf kerana tak mampu menunaikan sabdanya,
"Tidak akan bersamaku orang menolak perkahwinan, kerana perkahwinan itu sunnahku, barangsiapa menolaknya maka dia bukan daripada umatku," lebih kurang begini hadis itu menyebut. Aku tak tolak perkahwinan tapi ditemukan dengan lelaki² akhir zaman yang sering merendah²kan wanita sepertiku membuatkan aku jadi tak yakin pada sebuah perkahwinan itu.
Lagi² di akhir² zaman ini..
Moga Allah sentiasa membantu & membimbing aku serta bakal suami (jika ada) untuk sentiasa berada dijalan yang lurus, yang diperjuangkan Rasul-Mu untuk kami umatnya yang terkemudian ini..
Amiin³..
Rindu padamu, wahai Rasullullah!
Sungguh aku rindu.. 😭😭😭😭
Isnin, 5 Mac 2018
ᕙ(⇀‸↼‶)ᕗ
Bila kau cuba nak lupakan seseorang tapi makin kau cuba nak lupakan, makin kerap pulak ingatan kau pada dia. De heck?
Can u just get out from my head?!
Herghhh!
Padahal entah² orang tu pun dah lupakan kau dah.. Ha ha ha adoiii.. Acane nak buat ni? ᕙ(⇀‸↼‶)ᕗ
4318
Alhamdulillah untuk ruang & peluang yang telah Allah beri pada kami di tarikh 4.3.18
I'm juz lovin it! Walaupun aku terbangang² nak ke rumah Jun sebab aku pernah masuk Desa Coalfield tu 2x saja itu pun orang bawa 😅 Sampai menggigil jugalah drive sorang² & entah ke mana hala sementelah GPS tidak mahu memberikan kerjasama. Grrr!
Lepas kenduri Dewi, aku dengan Jun lepaking kat mall.
Story bout life, bout depressions, tentang cinta² yang tak kesampaian, tentang pandangan² orang pada andartu macam kami (tak pernah sangka akan dapat title ini), cuma yang tiada adalah airmata. Yeah!! We're strong enough! 💪💪
"Life is too short to hide your feelings.
Don't be afraid to say what you feel"
Punyalah terlalu tinggi chemistry kitorang, sampai shawl pun boleh tersama pattern 😘 |
Thanks Jun kerana sudi mendengar, memahami, saling memberi kata² semangat, sebab we're in the same boat.
Kalau dia tak lalui apa yang aku lalui pasti dia juga tidak memahami apa yang aku rasa..
Thanks Allah kerana hadirkan aku seorang Junaidah. Moga di syurgalah Allah tempatkan dirimu & aku, dan semoga kita berjiran di sana.. Allahumma amiin...
Sabtu, 3 Mac 2018
Dunia Sementara
Begitulah dunia..
Tiada yang abadi.
Mental, fizikal, perasaan kita ini semua hanya sementara.
Semalam mungkin kita menyintai seseorang dengan sepenuh hati kita..
tapi boleh jadi hari ini segala rasa itu hilang, lenyap seperti debu yang dibawa pergi oleh angin lalu..
Jangan ditangisi kerana dunia beginilah ia.
Jangan sesekali ada timbul rasa benci..
Semua yang berlaku ada turut bersama dengan segala macam hikmahnya.
Senyum dan teruslah mengorak langkah tapi sesekali tolehlah ke belakang, bukan untuk dikenang benda yang lepas tapi sebagai pengajaran untuk mendepani hari mendatang ☺
P/s After this,
No more dramas, no more fighting, no more crying (pada benda tahpape), no more worries (pada benda tahpape jugak 😅), no more confusion andddd no more problemo! Yeayyy! 👏👏👏👏👏👏👏💃💃💃💃
** jika kau sudah 'tawar hati', aku pula sudah 'tiada hati' 😉