Ala-ala macam tak puas hati.
Alalalala <- banyak beno ala-ala nye...hehe
Aqilah ~ Afifah ~ Ummi ~ Aku
Tu dialog antara aku dengan ummi masa kat KLIA khamis (24 jun) lepas sebelum ummi bertolak ke Mekah menaiki kapal terbang Saudi.
Dari mula-mula nak pergi umrah dulu ummi asyik cakap pasal nak doa aku dapat jodoh -_-" *sigh*
Baru-baru ni pula ada kes salah seorang kawan rapat aku yang mana rumahtangga dia bergolak. Baru setahun jagung usia perkahwinan tapi dah goyah. Mungkin kawan aku tu akan baca blog aku ni *Mungkin!* Bukanlah niat untuk menceritakan perihal rumahtangga dia, bukan jugak nak cakap pasal rumahtangga dia berkeadaan seperti itu maka penyakit gamaphobic (<- search google untuk mengetahui maksud ni) aku mula melarat hingga tak mahu langsung berfikir tentang perkahwinan. Ada orang (ambil contoh seperti sahabat aku ni) dia lebih bahagia ketika bujang berbanding selepas perkahwinan. Bila berkahwin kita akan bergaul dan berjumpa dengan banyak pihak. Pihak itu termasuklah mertua, ipar duai, biras, anak buah sebelah pasangan, sepupu sepapat, sedara mara, dan ramai lagilah. Semua itu MANUSIA, mempunyai mata, mempunyai telinga & mempunyai mulut. Tak mustahil kerana mata, mulut & telinga HAREM mereka itu mampu membuatkan keruntuhan rumahtangga orang lain *kejam ah kau! jaga rumah tangga kau elok-elok dah la yang sibuk kacau rumahtangga orang ni pehal?!* (tetiba amarah membuak-buak)
Dan jangan terkejut kalau pasangan yang kita kenal selama ini baik budi bahasanya, konon-konon boleh ngam dengan kita tapi apabila kita masuk ke dunia dia (ni yang mula nak nyanyi lagu Welcom To My Life ni..hiu3), dia berubah menjadi seorang yang kita tak kenal. Lagi bengang bila dengan kawan-kawan boleh pulak bergurau gelak ketawa sakan, nampak baikkkkkkkkk sangatttttt sampai bila orang lain tengok pun akan jeles dengan kita sebab betapa beruntungnya diri dapat pasangan macam tu padahal hakikatnya diri sendiri je yang tahu betapa menderitanya jiwa. Waaaa...seramnya!
Baru-baru ni pula abang iparku ada nak kenenkan aku dengan kawan-kawan dia. Dia cakap dah ada yang risik-risik pasal aku (benar atau sekadar untuk gurauan, wallahualam...). Hmm kalau aku dapat salah sorang kawan dia, mesti rasa-rasanya akan menjadi Jaja (<- klik situ untuk rujuk sinopsis novel Jaja dan Din. Rina, pinjam ulasan kat blog ko ek..hehe), mesti bahagia! Wahhh! Bahagia ke? 0_o
Cuma apabila mengenangkan diri yang tak berapa sempurna ni, rasanya tak patut kot untuk menyusahkan hidup orang lain. Aku boleh terima orang lain seadanya, ni bukan nak bangga diri ke apa tapi aku tahu aku boleh. Cuma untuk orang lain menerima aku seadanya rasa-rasanya macam tak wujud je orang-orang tu *konon ayat pasrah tapi aku benar-benar maksudkannya ^_^* Samalah macam si sahabat ni, dia boleh terima suami dia, dia boleh terima keluarga suami dia tapi suami dia? Keluarga suami dia? Boleh ke terima dia? *sigh* semua benda yang dia buat nak dipertikaikan. Tak patut. Tumpang simpati aku pada si sahabat. Takde kata untuk menenangkan jiwanya yang gundah. Hanya mampu berdoa yang terbaik untuk dia. Semoga tabah selalu walaupun aku yakin jika aku berada di tempat dia, aku bukanlah perempuan yang sesabar itu. Tapi aku bangga dengan dia. Bangga dengan ketabahan dia, malah bangga dengan apa yang dia lakukan pada orang-orang yang cari pasal dengan dia. Memang mereka layak menerima itu semua. Tak perlu nak terus berbaik pada orang yang tak baik pada kita, kan? Aku dah banyak kali kena pijak kepala, kenapa harus aku mendiamkan diri berterusan? Kena bertindak juga walaupun tindakan tu nampak kejam. Biarlah apa orang nak kata. Salah silap kita memang selalu orang nampak, memang selalu orang kenang. Kebaikan kita semua orang tak nampak. 1000 kebaikan yang kita buat, 1 kesalahan yang kita lakukan yang paling orang ingat sampai mati. Kejamnya dunia x(
Tapi yang pasti, segalanya mengajar diri kita agar apa yang berlaku pada kita, pada orang sekeliling kita, harus kita jadikan pengajaran dan iktibar. Kalau kita tak suka dengan apa yang orang lain buat, jangan sekali-kali kita lakukan perkara harem itu pada orang yang lain. Ibaratnya aku tak suka mencarut, maka aku amat BENCI pada orang yang mencaci aku dengan mengeluarkan ayat carutan jadi aku pun takkan mencarut pada orang lain. Ingat tu! Allah selalu mengingatkan kita dengan ingatan secara halus, depends pada kita nak muhasabah mahupun tidak....
Dan yang pasti perkahwinan tu memang bukan satu-satunya jalan untuk menuju kebahagiaan. So jangan jadi manusia yang desperate nak kahwin. Jangan sibuk nak fikir dengan kata-kata berupa; "Ala kau ni sepatutnya kena kahwin ni, barulah kau tak emo-emo camni lagi. Barulah kau nampak betapa bahagianya hidup kau" oh pleaseeee..nasib setiap orang berbeza-beza, kalau kau bahagia, kau bertuah, tapi jangan anggap nasib orang lain pun sebertuah kau, ok!<- ayat ni tak ditujukan pada sesiapa. jangan lak esok lusa aku buka YM, buka FB, ada lak ayat cakap kecik ati baca blog aku. Tah pape...
Ramai sebenarnya orang yang sengsara kerana perkahwinan sebabnya sebelum kahwin mereka tak fikir masa depan, tak fikir dugaan-dugaan yang bakal dihadapi, tak fikir jugak apa itu matlamat sebuah perkahwinan, tak fikir tanggungjawab yang bakal digalas~ Yang dia fikir;
nikah + kahwin = bahagia
bhahahaha..lawak..lawak...adeiii..biol sudey. Aku pun tak pasti apa motif aku buka cerita pasal ni. Kurang waras barangkali. Kalau ada sesiapa yang terasa dengan entri kali ni, anggap je aku merepek, meluahkan kata-kata dalam keadaan luar sedar...
Ni selingan je ah. Aksi aku dan Nisa' nangis hantar ummi pergi. Sengal doe.. Kalau tak aku tak nangis derr tapi sebab minah ni start dulu, tetiba aku terikut lak. Malu gilak ngn abang iparku! Hoho
Ni selingan je ah. Aksi aku dan Nisa' nangis hantar ummi pergi. Sengal doe.. Kalau tak aku tak nangis derr tapi sebab minah ni start dulu, tetiba aku terikut lak. Malu gilak ngn abang iparku! Hoho
Tengah kesat air mata sambil diperhatikan ummi (tudung putih)
& Nisa' kt sebelah yg dh mula tsedu sedan
& Nisa' kt sebelah yg dh mula tsedu sedan