Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 10 November 2010

hiDup HARUS gemBirA!


 
Entah kenapa pagi-pagi buta ni nak pulak aku berkisah, 
berdendang lagu indah kat dalam ni.

Bagi aku hidup harus gembira. Yup! Harus, wajib! 
Alhamdulillah sepanjang tahun ni aku berjaya merealisasikannya. Merealisasikan kegembiraan.
Betullah orang kata, kalau kita nak, pasti boleh!
Kalau kita nak gembira, PASTI gembira tu dengan gembiranya datang pada kita :) 
Kalau nak sedih, maka sedih pun dengan sedihnya juga datang pada kita bertimpa-timpa.
Berapa kali dah bila sedih tu datang, aku tahan airmata jangan bagi mengalir.
Jangan juga melayan perasaan emo-emo gitu.
Senyum je *walaupun pernah senyum ketika airmata mengalir deras di pipi*
Pedulikan kesedihan yang datang.
Abaikan manusia-manusia yang pernah buat anda sedih!
Jangan fikir perkara-perkara sedih walaupun pernah gak SAJA-SAJA nak fikir supaya benda tu jadi PERINGATAN untuk masa akan datang supaya ianya takkan berulang lagi *tapi sering aje berulang..ahaks!*
 
Jadi sekarang ni kalau ditanya sama ada aku gembira, ye, aku gembira.
Gembira dengan apa yang ada sekarang ni.
Dengan apa yang ALLAH kurniakan ketika ini.
Semoga ianya berterusan hendaknya... Ameen
 
Tapi takdelah aku nak cakap sedih itu satu dosa, sedih tu tak perlu sebab macam menyemak.
TAK!
Bukan tu maksud aku.
Sedih itu perlu, macam aku cakap perlu sebagai ingat-ingatan.
Perlu tanda kita sedar diri.
Tapi gembira tu perlu lebih... tapi bukan lebih-lebih.
Sama macam sedih, sedih tu boleh tapi jangan sampai lebih-lebih.
Lebih-lebih sangat pun buat orang menyampah buat hape.
Tapi serius ah aku nyampah baca kat status bukuwajah tu bila ada friends list aku dok emo-emo tah pape.
Sedih pasal orang mati ke, sedih atas apa yang berlaku pada saudara kita kat Palestin tu ke, apa-apa yang memang patut disedihkan ke takpelah jugak. Ni hal remeh pun nak tulis kat bukuwajah.
Sedih rindu kat boyafriend dia pun dia nak tulis. Aduhai.. sekali putus, tulis jugak kat situ.
Tak rasa macam mengaibkan diri sendiri ke? Hoho
Lagi-lagi bila tuan punya status tu seorang perempuan manakala juru-ulasnya si pria-pria.
Maaf cakaplah, rasa macam nak tarik perhatian pun ye juga.
Tak perlu kot kesedihan-kesedihan yang tak berapa nak sedih tu diceritakan pada orang.
Tiap-tiap orang, lain persepsi diorang. Ada yang suka, ada yang tak.
Jadi berpada-pada sudah.
 
Jadi konklusinya, harus gembira! Tapi biar gembira kena pada tempat ok! 

1 bicara tanpa suara:

Unknown berkata...

HEhehe.. Best2x yang pasal buku wajah tu..
Waktu bercinta ayat semua indah-indah belaka.. Kaulah payung.. Kaulah intan.. Sekali dah clash berbagai pulak ayat mencarut keluar.. isk.. payoh2x..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB