Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 8 November 2010

Pleaseeee, aku memang TAK minat Shahir AF8 ok!

Wahhh seronok-seronok.
Empat hari tak online, serius seronok! <- apa yang kau seronok ni, labu?

Tapi hari ni macam nak balas dendam pulak sebab dapat online semula... wohooo.

Alkisahnya, aku temankan Kak Ida tidur rumah dia. 
Suaminya ada kerja kat luar sebab tu diajak teman.
Best sebab kembali ke zaman study dulu, ada Zack, Tika... Ngaaa

korang the BEST in the WORLD!


Semalam (Ahad) balik dari rumah Kak Ida, kitorang merayap Putrajaya.
Tempat best yang kitorang suka lepak ialah Pullman <- tempat ni tak ramai orang tahu, tu yang best gilerrr tu.. Ihiks! Tapi semalam ramai kot orang kat situ.

@ Pullman, Putrajaya

Lagi-lagi ada pasir pantai buatan, ramailah kanak-kanak riang berlari-lara, bermandi manda...
Wahh seronok gitu! Sehingga kami terjumpa si kucing besar yang gebu dan montel...
Comel gila!
Tika dah berangan nak bawa dia balik, padahal si tuan punya kucen yang dikenali sebagai HERO itu ada di situ memerhati. Ekeke. Buat malu yo cakap kuat-kuat nak curik bawak balik. Adeii...

Orang paling excited nampak HERO gemott..huhu
  
ni pun excited gak.. tak sabar nak tunjuk bukti dia sebenarnya tak takut kucing..haha




dah orang lain bergambo, aku pun nak gak tiba-tiba..huhu
(tudung budak sekolah ok)

Hoho kat rumah Kak Ida kitorang ada trademark 

:x: GO BABY GO! :x: 

ahaks! Sengal~




SAMA TAPI TAK SERUPA


with her @ KLIBF 10

Malam tu borak-borak aku cerita pasal ummi keliru suara aku ngan suara adik aku; Nisa'
Owhh rupanya Zack ngan Tika pun mengalami rasa yang sama.
Erk, suara aku sama ke ngan minah tu? Apakah? Hahaha.


Banyak kali woh ummi silap panggil kitorang.
Paling perasan masa bulan puasa yang lepas lah aku tanya kat ummi pasal ais nak letak dalam air tebu, masa tu ummi kat dapur, aku pulak kat peti sejuk jadi kitorang terlindung balik dinding jela. Bekas ais sejuk dah diisi dengan air baru.
Ummi: " Mana ummi tahu, tadi kau jugak yang bancuh air!" Aku terbangang-bangang seketika, bila masa pulak aku bancuh air ni?
Tapi masa tu keras-keras ummi cakap aku yang bancuh dahlah masa tu memang cakap dengar suara je, batang tubuh tak nampak. 
Dengan rasa tak puas hati aku datang kat ummi. Bila ummi perasan aku, terus dia tergelak.
Hmmm memang dah agak ummi salah orang, orang lain buat air, orang lain yang kena tempias. Hoho.

Pastu yang terbaru ni aku tanya apa tah, lupa... tapi ummi aku sebut nama adik aku Nisa' tula. Sabar jela. Ipah dah gelak terkekeh-kekeh dah..dia jugak yang bagitau ummi aku yang tanya, bukan Nisa'

Hadoiiii... *hantuk kepala kat dinding*

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB