Masyarakat Melayu dari zaman bila entah suka beno letak syarat nak cari menantu perempuan yang terer memasak.
Ergh! Sebabkan dengan terus terangnya aku tidak memiliki syarat seperti itu, ianya syarat yang agak menjengkelkan... Huhu.
Kalau tak menjengkelkan, takkan sampai keluar artikel perempuan kena rajin masak, lelaki kena terer jadi imam... Hohoho.
Konon.. nak ikat hati suami kena ikat perut dia dulu.
Apakah? Terlupa atau tidak ingat, atau tidak pernahkah kalian tahu ada ayat Quran yang menyatakan
hati manusia sering berubah-ubah??
“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”
(QS. Al-An’am: 110)
Hati suami berubah bukan sebab perutnya tidak diisi dengan makanan dari air tangan isteri tapi sebab memang dah semulajadi Allah menciptakan hati manusia ni berubah-ubah,
nak buat macam mana... -____-"
Maka terima kasih untuk novel Kala Wahyu dan Cinta Bersatu sebab dalam novel itu aku temui sesuatu!
Untuk pengetahuan semua, ikut sunnah Rasulullah, yang diharuskan untuk memasak dan membuat kerja rumah adalah LELAKI bukan perempuan.
Wanita hanya ditugaskan sebagai pembantu. Membantu melakukannya ketika suami keluar mencari rezeki.
Jadi, apa yang kita tengok pada zaman sekarang ni yang mana perempuan yang melakukan kerja-kerja itu secara seratus peratus adalah kerana mengikut ADAT MELAYU bukan sebab agama mengajar begitu.
Pergh! Beruntung kan sebenarnya jadi perempuan ni?
Kenapalah perempuan zaman sekarang tidak dilayan seistimewa seperti perempuan-perempuan zaman Rasulullah dahulu?
Yang mana kerja rumah dilakukan bersama, si suami memasak, si isteri menjaga anak atau bersantai membelek bunga dihalaman rumah... La la la la
Semalam, ketika menolong ummi memasak di dapur tiba-tiba Aidz dan Am ke dapur juga.
Serentak dua-dua memerli aku memasak sambil tersengih-sengih.
Ah, aku tak kisah. Memang antara 11 adik beradik aku yang lain, mereka berdua inilah yang rajin kompelin itu ini tentang masakan aku. Paling ketara Aidz lah, ada je yang dia nak bahankan.
Dengan muka dah mula mencuka, terus aku menempelak;
"Tolong sikit, ikut sunah nabi, lelaki yang wajib masak. Bukan perempuan, ok?!"
Baru terdiam dua-dua tu dari terus membahan aku.
Logik juga lelaki yang harus memasak.
Aku teringat masa aku join Pusat Islam (PI) ketika belajar di JB pada tahun 2004 dahulu, para senior PI aktif dalam macam-macam aktiviti termasuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis.
Dan makanan untuk berbuka memang dimasak sendiri.
Selang-seli. Kalau hari Isnin muslimin masak, hari Khamis pula muslimat yang masak.
Jadinya memang tak dinafikan, bagi aku lelaki masak lagi sedap. Yum yummy!
Tak tahu kenapa.
Kalau adik aku si Am tu masak, walaupun masakan dia simple mimple jek
tapi memang sedap... sebab tu dia dengan senang hati je membahan masakan orang lain.. hukhuk
Mungkin kesedapan tu bertepatan dengan sunnah nabi yang lelaki memang perlu terer masak.
Bukan perempuan ok!
Lagi nak tambah, tengoklah chef no. 1 Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Chef Wan!
Lelaki kot dia~...
Bukanlah nak cakap perempuan tak payah masak pun tak apa.
Perlu juga belajar masak.
Tapi tak perlulah sampai itu menjadi syarat utama untuk dipinang.
Kalau tu sebagai syarat utama, alamat sampai ke tua lah aku ni membujang dengan title single available... teehee
Apa pun, aku memang salute dengan kawan-kawan perempuan yang pandai serta menjadikan masak sebagai hobi diorang.
Seperti Pijud, kalau stress minah tu memang suka masak. Gilo besh!
Kenyang perut laki kau weh kalau kahwin nanti. Hahaha. Macam nak suruh kau stress selalu lak kan.. :P
Macam Ibah pun terer masak. Siap pandai buat kek lagi.
Wahhh.. jeles kot korang terer & minat bab masak.
Macam adik-adikku yang perempuan pun kesemuanya minat masak.
Kalau aku, maaf, aku tak minat.
Entah ikut genetik siapa... Wahahaha.
Tanyalah dengan kawan-kawan yang rapat dengan aku.
Yang pernah jadi teman serumah, sebilik, sebantal, setilam, sebilik air dengan aku, mereka akan terkejut kalau nampak aku masuk dapur.
Paling best, dorang gelarkan dapur tu sebagai kawasan larangan aku... Wakakaka..
Tapi perlu ingat, hati manusia berubah-ubah..
Mungkin suatu hari nanti aku menjadi chef terhebat didapur rumah sendiri ke...
Mana tahu, kan? Ahaks!
“Hati dinamakan qolbi karena sifatnya yang cepat berubah. Hati itu bagaikan bulu (ayam) yang tergantung di atas sebuah pohon, yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas.”
(HR. Ahmad)
nota terselit nak menyelit: Bagi aku lelaki rajin masak itu seksi'... hahaha