Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 7 Oktober 2011

Selamat Tinggal



Mungkin ini entri terakhir untuk minggu ini, mungkin juga untuk bulan ini dan mungkin juga tahun ni. Mungkin! (aku cakap mungkin sebab dah banyak kali ada rasa kemungkinan ini tapi tengok-tengok ada je lagi penulisan aku keluar dalam ni.. hehe)


Selamat tinggal semua (sama ada sahabat di blog mahupun di bukuwajah)... panjang umur, jumpa lagi untuk berkongsi kisah.


Walaupun blog aku ni kekurangan komen, tapi aku yakin ramai yang baca. Baca tanpa meninggalkan jejak kerana masing-masing malas mahu meninggalkan komen. Betullah orang cakap, pembaca akan ikut gaya si penulis, kalau penulisnya begitu, begitu jugalah dengan pembaca. Kantoiii aku malas komen blog orang (aku komen blog orang pun bergantung pada cerita/mood)... Miahahaha. 
Ataupun kerana kalau dia tak tinggalkan komen itu lebih bagus daripada memberi komen yang mampu menyakitkan hati ini, dan boleh jadi juga menaip itu sesuatu yang berat untuk dilakukan berbanding dengan bercakap... huuuu. 
Ok, thanks atas kritikan & pujian korang pasal blog tahpape ini :)


Ok, stop nagging -__-'


Kerana itu tajuk tiada emoticon sedih mahupun gembira


p/s: kepada rakan-rakan, kalau ada apa-apa yang urgent, sila hubungi talian mudah alih aku ye! Mesej sahaja dah memadai, tak perlu call.


p.p/s: dari siang tadi aku terfikir-fikir, siapa yang mewarisi kekayaan Steven Jobs? Terasa sayang kerana nama aku tiada dalam senarai pewaris. Hi hu.. 
R.I.P Steven Jobs...

Khamis, 6 Oktober 2011

Mind Hunters - Movie




Malam tadi keseorangan aku menonton cerita ni.
Filem ni mula ditayangkan pada tahun 04/05. Tapi aku rasa macam tak pernah tengok pun cerita ni dulu.
Owhh lupa, kalau cerita omputih aku lagi suka cerita yang ada kanak-kanak sebab kurang sikit babak seks (kalau aku ter-tonton babak seks dalam filem omputih, otomatik aku akan nampak mereka seperti binatang yang takde rasa malu berzina untuk tontonan umum macam tu & orang yang suka menontonnya juga sudah semestinya berjiwa binatang)

Mungkin ramai diantara korang yang dah tonton filem ni sebab filem ni dah tersangat lama.
Jadi aku pun malas nak buat sinopsis.
Cumanya, aku layan di 8tv tadi sebab filem ni tiada babak seks (mungkin dah dipotong/sebenarnya ada tapi diawal cerita sebab cerita ni mula jam 10 malam tapi aku mula tonton dalam 10:15 macam tu)
Kisahnya penuh debaran lagi-lagi apabila aku menontonnya seorang diri dan tiada siapa yang menemani dengan keadaan rumah yang sunyi sepi. Superb! Sebab aku dah lama tak rasa takut/berdebar bila tonton filem. Haha. Paling last pun filem Ninja Assassin (sebab tu aku suka action movies)
Dan setiap kejadian pembunuhan yang berlaku mengingatkan aku tentang detik kematian yang sentiasa mengejar kita (perghh! Kadang-kadang kesan tengok cerita omputih lebih hebat daripada cerita Melayu!)

Tapi aku suka ending dia, aku suka ending yang bila kita dah buat macam-macam andaian tapi andaian tu SALAH sama sekali. Tu menunjukkan penerbit filem ni agak pintar... hekhek. Dan tak ada rasa macam nak hempuk 8tv sebab menyiarkan cerita yang tak masuk akal. Hiuhiu.

Chiaww

Rabu, 5 Oktober 2011

Wordless Wednesday #12 - Ajnabi

Antara kita ada jarak pemisah...

Ahad, 2 Oktober 2011

I'm gonna Marry You!!



1 Oktober 2011


Hari yang indah~
Saja update di status bukuwajah bagitahu yang aku mahu ke pasar malam, petang tu.
Lepas update status, terus aku out. Siapa yang komen tidak pula aku spot check.


Tengah membelek eye liner kaler putih (kononnya nak beli) di deretan gerai yang ada, tiba-tiba aje ada orang mencuit aku dari belakang.
"Jumpa pun kau kat sini!" serius aku terkejut. Nasib aje suara halus, kalau suara garau dengan nada eksaited gitu, mahunya aku terus pengsan... Haha.
Sebab eksaited punya pasal, langsung dilupakan pada orang-orang yang menemani.
Tapi dapat jumpa kejap je.. T___T


Indah sebab jumpa kawan lama walaupun sekejap :')
Huwaa.. nak jumpa kau lagi, Jun! 


Habis cerita petang 1 oktober, ini cerita pasal hari sebelumnya, aku terjumpa 1 video ni, sepupu aku share kat wall dia... sangat sweet... 
Beberapa kali ulang tonton. Gila gempak dak pempuan tu paksa dak laki tu kawen...
Ingat kawen macam main pondok-pondok ke? Hahah
Tapi serius funny. Buatkan aku terkekeh-kekeh ketawa. 
Budak perempuan tu sangat cute, sangat coooolio & sangat adorable! (erk!)


Cekidot


Komen kat video ni, ramai yang bet 1 hari nanti, dat girl & dat boy akan berkahwin..
Hihihi.. sweet~

Kalau aku nak paksa orang kahwin dengan aku pun, aku akan pastikan dia ada ciri-ciri macam dalam senarai ini ;)

Nota pijak tanah

Kesilapan paling BESAR yang manusia SERING lakukan ialah, bila putus cinta sesama manusia baru ternampak cinta Yang Esa. Sangat dayus + kejam pada diri sendiri! Eeeww..

Ikut via FB