Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 31 Oktober 2010

(≧◡≦)

Salam..
haishh kenapalah rajin beno nak update blog ni? Hehe..
Tadi siang update masa hati tengah berbuku dengan sikap sesetengah pihak yang suka memilih bulu.
Tapi malam ni terasa indah dan nyaman bila dengar lagu-lagu dari Cahayafm...
Sungguh!
Memang tenang dan mendamaikan jiwa yang beku... :)

Tadi belek-belek majalah Asuh, ternampak pula kem kerohanian untuk pembaca cilik Asuh..
Tiba-tiba teringat kisah lalu. Kisah yang buat aku nak cakap, "Hey! Aku pernah join kem ni dulu!" Hahaha...

Dulu masa kecik-kecik memang macam benda WAJIB je kitorang nak kena ikut kem-kem macam ni.
Paling ingat kem Asuh Jadi Baik...hik-hik.. Masa tu ketua kumpulan aku Kak Ummuhani Abu Hassan.. Ala yang sekarang ni dah jadi penulis novel Islamik tu..
Ingat lagi masa tu Abah dia suruh dia datang untuk jadi fasi tapi sebab dia kecik molek, maka dorang para urusetia suruh dia join program.
Okla masa tu dapat anugerah Kumpulan Terbaik u~ Hee..


Tapi sebelum tu ada la 2,3 kali dah kot aku join kem yang sama.
Asal join je, jumpa kawan-kawan baru, mesti tak lupa nak usha mamat hensem.. Ahaks!
Konon kan... asal puteh je hensem la... Ceit! ;P
*tapi sekarang ni bila tengok balik muka mamat yang konon hensem tu... laa takdela hensem mana pun.... muka budak je kot...ahahaha*


Kemudian, habis je kem Asuh tu, terus ikut program Kembara YES! Raihan.
Masa tu darjah 6 nak masuk tingkatan 1. Tahun 1998. Kecoh masa tu dengan pembawakan Reformasi oleh parti KeAdilan.
Mana taknya, program kali ni dari umur 13 hingga 17 tahun. Tapi, aku, Angah dan ada lagi dua orang kot bawah umur. Belasah! *Mungkin sebab aku & Angah anak orang dalam kot..tu yang lepas* ekekeke. Tapi ada budak lagi sorang tu umur 8 tahun kot... Nasib abang hensem... Ngaaa. So, masa dalam keretapi nak ke Kedah tu adalah sorang akak ni umur aku tak sure, 17 kot masa tu dia *mesti sekarang dah kawen dah beranak pinak dah kot* tak habis-habis dengan semangat reformasi dia. Serius memang semangat. Asal dia gembira je mesti sebut "Reformasi!" pastu semuala join dia.. Best sangat masa tu.
Sekarang ni Ain Rosli la aku rasa jelmaan akak ni.. cuma bezanya Ain semangat Umno kuat! Haha..


Tapi sekarang ni semua dah lost contact.
Paling ingat masa tu Abang Shafiq *tak tau ejaan dia SY atau SH jadi aku hentam jela ye*. Muka dia memang chinese look la, mula-mula ingat anak cina mata bulat..huhu... Tapi suka usik-usik aku.
Asal nampak aku, ada je benda yang dia nak cari pasal.
Dan paling kelakar dia panggil aku Afifah masa tu... hahaha.. Sebab name tag salah eja sampai terpaksa aku terbalikkan name tag tu tak bagi orang salah baca.
Sekali masa mintak autograf Abg Bakar kumpulan Raihan tu, abang tu tanya kat aku nama aku.. Belum aku sempat jawab, tiba-tiba
" Afifah bang nama dia.." Waa semangat noo Abang Shafiq tu sebut nama aku. 
" Eh, bukan-bukan..." Abang Bakar dah pandang-pandang aku yang berdiri dekat depan dia ngan si Shafiq yang duduk sebelah dia... "Afirah, Afirah" aku cepat-cepat betulkan.
Sempat gak masa tu pandang Shafiq. Ternganga dia, macam terpinga-pinga. Aku senyum je.. 


Hihi..kelakarlah kalau ingat semua tu. Rasa macam baru semalam je semua tu berlaku.
Rasa macam baru semalam jugak bergurau senda, bermain kuiz dengan arwah Abang Zarie Raihan dalam keretapi nak balik KL...

Abang Shafiq tu pun agaknya dah kahwin kot.. Mesti anak dia comel-comel macam muka adik beradik dia. Abang dia pun ada jugak join program ni dan suka tengok abang dia sebab abang dia cool je berbanding dia tapi sebenarnya lagi suka kat abang dia sebab abang dia tak pernah kacau aku... hahaha


Tapi apa-apa pun kenangan tu memang BEST!
Best sebab kat kem Asuh kitorang diajar jadi anak yang baik :)
Best dapat ramai kawan,
Best sebab pertama kali naik keretapi jalan jauh-jauh.
Best sebab buat program dekat area sawah padi.
Best sebab boleh 'cuci mata' walaupun time tu tak tau lagi cinta tu apa..
Tapi tak best sebab masa tu kecik lagi, 
takde bukuwajah lagi,
takde friendster lagi,
takde emel lagi,
dan yang penting belum celik IT lagi... heeee


Erm ok lah, saja je tulis pasal ni. Kot ada yang berminat nak hantar anak dia ikut kem ni ok jugak kan..
Tak pun kawan-kawan yang join kembara raihan dulu tergerak hati, terpancar segala memori pasal program-program ni, boleh la jugak keep in touch balik ke...
Kot akak yang reformasi tu pun terbaca, mana tau... hehe

p/s: thanks pada ahli MZM-FC sebab bagi link Cahayfm pada saya :)


Daaaa

Sabtu, 30 Oktober 2010

Kisah suatu petang yang sangat-sangat damai

Dari semalam la kunun nak update blog.
Dalam kepala otak ni macam-macam nak cerita.
Tapi.. bila dah penat-penat create ayat, tiba-tiba baru perasan yang kisah tersebut tak sesuai untuk dikisahkan di blog... Boleh buat kau sakit otak! heheh..

Jadinya takde cerita yang spesifik untuk diceritakan buat masa ni...
yang penting kita haruslah enjoy dengan single... 
tak payahlah macam desperate nak pasangan... meluat je tengok.. -____-'
Nak cari pasangan tak payah kot nak conteng-conteng kat bukuwajah. 
Nampak macam promote diri lah pulak~
Lagi kejam kalau orang cakap "dasar tak laku macam tulah" umpama lagu Cari Jodoh - Waliband tu... kan dah kena setepek! Sape nak tolong jawab kalau kena tuduh camtu? Kau jugak~
Berpada-padalah hendaknya... tapi jangan sampai menakutkan kawan perempuan/lelaki anda.. huhu



Chiawww

Jumaat, 29 Oktober 2010

Wei, sedihlah... T____T

Sebenarnya, aku baca ni dekat bukuwajah tadi...
Aku ingat kisah apa, baca pun macam nak tak nak.
Sekali dah pertengahan cerita tiba-tiba macam best. So teruskanlah baca.
Baca punya baca sekali ternangis lak.... Sedih! Siapa entah buat cerita sedih camni.
Tashuke tau... uhuk-uhuk... 

Ni aku nak share ngan korang lak, 
biar sama-sama nangis, 
tak nangis pun biar ada rasa terharu, 
tak terharu pun biar ada rasa sedih, 
tak sedih pun biar korang belajar tentang 'sesuatu',
kalau semua rasa di atas tu takde dalam diri korang, tu maknanya korang memang kategori TAKDE PERASAAN! 
huhu


 *     *    *

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. Gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, "ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal?" Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang serasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya.. jeng3.. x seperti yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.


*     *     *

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah dengan anak, aku jarang sangat aku luangkan masa.. 

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikam lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!


1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)


Isnin, 25 Oktober 2010

Kelebihan Surah Al-Mulk

Alhamdulillah.. surah ni aku amalkan dari aku kat poli lagi. Akak-akak Pusat Islam yang sarankan. Nak kata sekarang ni dah hafal surah ni, kalau ikut logik memang dah boleh hafal lah kan? Tapi disebabkan asal hafal je mesti aku dah tak baca, asal nak hafal je mesti main skip-skip baca surah ni jadi takdelah hafal tapi kalau ikut orang baca tu boleh lagila..

Cekidot kelebihan surah ni... :)

Surah Mulk hendaklah dibaca dengan banyaknya. Dengan menjadikan amalan membacanya secara istiqamah dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak fadhilat yang terkandung dalam Surah tersebut, iaitu:

1.      Tiga puluh ayat Surah Mulk akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan. Dalam riwayat lain: ia mencari keampunan bagi pembacanya hingga ia diampunkan.

2.      Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

3.      Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata “Kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala. Pendek kata, setiap sendi berkata “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik




p/s: nanti ada masa aku post pasal kelebihan surah Al-Waqi'ah pulak yeh :D

Ahad, 24 Oktober 2010

Apa daaaa~

Hari ni macam ada mood nak menulis... *macam jela* tapi kerana telah berseronok conference dengan budak-budak Ghimo kat bukuwajah jadi macam kureng sikittt...


Jap, jap... nak seru mood...
mood marilah datang... marilah... mari-mari... huhu


Tadi gi majlis kahwin my friend. Kawan dari kecik dan yang pasti masa aku darjah 5, dia darjah 2... :D Waaa kecik-kecik dah tawen eh dak kecik neh... 

Dah jodoh...

Tapi hari ni bukan nak cerita pasal budak kecik tu dah kahwin, 
tapi pasal lain...

Erm tempoh hari adalah sorang kawan ni suruh aku add dia kat bukuwajah.. Dengan penuh rasa teruja & excited <- eh bukan sama ke maksud? huhu..., aku pun add lah dia dan sekejapan je dia approve. Esoknya dengan excited lagi, aku komen bukuwajah dia.
Alih-alih tak lama tu aku tengok nama dia dah tukar, profile picture pun dia tukar. Dan komen aku pun dia delete? Hoh?! Takkanlah! I can't believe it! Sampai terpinga-pinga sekejap. Kot-kot salah add orang.


Rupa-rupanya tunang dia daaa yang manage bukuwajah dia....
Tapi... apa hak tunang dia? Tunang dia memang berhak ke untuk buat itu ini?
Adehhhh...
Aku tak sukalah lelaki macam tu.
Nak kongkong tak salah tapi jangan sampai hal dengan kawan-kawan pun dia nak halang gak... Mana boleh... *tetiba sedih*
Kalau semua pasangan macam tu, aku lebih rela tak kahwin...
Semua nak conquer, ini tak boleh, itu tak boleh. If dia tak bagi kawan dengan kawan lelaki takpe la jugak, ini dengan kawan PEREMPUAN yang sama-sama susah, sama-sama senang pun dia tak bagi gak... ishhh.. belum kahwin tu. Hadoiiiii...


Tiba-tiba je aku teringat kisah masa aku study dulu. Masa tu kitorang yang 1 kelas ni semua perempuan, konon nak pergi buat cuti-cuti kat area Johor nun.. Sekali sorang kawan aku ni cakap;
"Kalau BF aku nak ikut, boleh tak?" Ternganga kitorang yang dengar ni.
"Kenapa?" aku yang bengong-bengong ni bertanya...
"BF dia memang macam tu, suka mengekor!" tempelak sorang budak kelas. Budak yang BF dia kuat mengongkong tu pun angguk je. Lerrrrr... 
Aku yang takde BF time tu pun dapat rasa tempias-tempias betapa tak bestnya ada BF camtu... haishhhh...
Kalau suami boleh tahan lagila.. tapi harap-harap suami pun takdelah macam tu... Mungkin sebab dah biasa tak dikongkong terlampau-lampau, jadi bila jumpa kawan yang kena kongkong macam tu dengan orang yang belum ada ikatan sah rasa macam.... macam.... aishhh.. tak tahu nak cakap. Rasa macam tak patut lah!


Erm... dahla... bosan lak cakap pasal ni -___-"
buat sedih je... huhu


p/s: tahniah untuk semua para pemenang FFM. Dan tahniah pada Edry Abdul Halim (KRU) kerana filem pertama beliau; MAGIKA berjaya dapat anugerah FILEM TERBAIK!



Sabtu, 23 Oktober 2010

Rindu Kamu~ :'(

Sebenarnya banyak cerita nak coret-coret kat sini tapi macam biasa tak tahu nak start dari mana...

Jadi share ni jela ye...
Pertama kali nampak video ni kat FB, memang menangis r... tak pernah rasa sedih camtu... Sedih sangat... Rasa macam jahat je jadi umat Muhammad ni :(

 p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda...

Khamis, 21 Oktober 2010

Pretty Insun :')

Si cantik Insun :)

Masuk malam ni dah tiga malam aku layan drama ni kat saluran KBS World - more than u imagine..<- nampak sangat peminat setia KBS sampai tagline dia pun kau hafal... haha.
Malam ni masuk episod ke-3 cerita ni...

Cerita ni release tahun 2007. Aishhh... nape kat mana-mana stesen TV kat sini belum keluar lagi cerita ni? Nasib baik ada KBS, so kita layan~

Jalan ceritanya:

Insun (Kim Hyun Joo), ditinggalkan oleh ibunya sebaik sahaja dia dilahirkan. Jangan tanya aku la nape mak dia tinggalkan dia sebab aku memang tak tahu. Jadi dia dibesarkan oleh neneknya yang miskin.

Ketika dia di sekolah menengah, entah macam mana dia terbunuh kawan satu sekolah dia secara tak sengaja dan akhirnya dia disabitkan kesalahan dan dimasukkan ke dalam penjara (sebabkan dia budak sekolah, jadi dia tak boleh dihukum gantung sampai mati ye, kawan-kawan ^_^). Cerita ni dia tak bagitahu pulak berapa lama minah ni meringkuk dalam penjara tu tapi yang pasti masa dia dibebaskan tu dia dah besar, dah jadi heroin dah, dah lawa cun melecun gitu.. :)

Sekali tu, elok je dia dibebaskan, dia terjumpa balik kawan lama dia, kawan baik masa kat sekolah dulu, yang sama-sama bersusah payah dengan dia iaitu Sangu (Kim Minjun). Jadi aku sangat suka dengan watak Sangu *wink2* 


Sangu si wartawan hiburan, rupanya kenal dengan ibu kandung Insun, iaitu si pelakon teater yang bintangnya mulai suram; Yi Seunyeong (Na Yeonghie). Yelah, nama pun wartawan, kalau tak kenal artis tu maknanya bukan wartawan, mungkin cendikiawan..theehee. Dan Insun mula menjejaki si ibu sampailah ketika dia mengekori ibunya pulang dari tempat kerja, ibunya pengsan dan dia yang bawa si ibu ke hospital.

Dan episod hari ni, ibu dia mula kenal dia walaupun tak pernah berjumpa dan hanya dengar nama je. Eshhh.. tiba-tiba nak rasa sedih pulak.. jap.. nak amek tisu.
Kemudian *sambung balik* ibu dia bawa dia tinggal bersama dan dia pun berkenalan dengan si adik tiri. Hari pertama dia tinggal satu rumah dia bantai gi hangkut adik dia gi karok + minum-minum sampai mabuk dan mak dia marah gila pasal hal tu. Padahal bukan salah Insun, adik dia yang ajak, dia pun seperti kambing yang harus mengembek atau seperti harimau yang harus mengaum dia ikutkan jelah. Sedar diri tu menumpang. Paling dia takut kalau mak dia tahu dia pernah lakukan jenayah. Yang tahu dia pernah disabit kesalahan membunuh ialah jiran masa dia kecik, kawan serumah dia dan Sangu. Tu pun dia sendiri yang rasa perlu bagitahu. Mula-mula tu Sangu macam tak boleh terima tapi sekarang ni dah ok dah. Dan dia tak tahu pun Yi Seunyeong tu ibu Insun.


Babak last tadi, dia balik ke rumah selepas jumpa budak kecik Eunseong (tapi Sangu selalu salah panggil dia Eungseong), masa dia buka pintu rumah kebetulan dia terdengar perbualan mak dia kat dalam talifon. Mak dia cakap mak dia sebenarnya tak boleh nak berdepan dengan dia, tak boleh nak pandang dia lama-lama, makin dia pandang, makin dia benci sebenarnya... Dan ayat paling sedih bila mak dia cakap, "Aku yang kandungkan dia, tapi kenapa aku tak rasa perasaan yang ibu-ibu lain rasakan? Kenapa aku rasa benci nak lihat dia? Kenapa dia muncul sekarang???"... Sedih woo bila mak kandung cakap camni... Insun pun sedih dan dia mula bergerak untuk pergi, tapi dia salah langkah dan terlanggar pasu bunga dan pasu tu pun pecah....


Nak tahu kesinambungan kisah ni? Nantikan esok di KBS World, saluran astro 391, jam 10.13 malam. 


Sebenarnya aku suka kisah genre macam ni. Yang nampak real. Yang tak terlalu berimaginasi terlebih-lebih. Memang drama ni umpama sebuah kisah kehidupan... i like it! Jalan cerita best! Sebab dia pasal kekeluargaan bukan tentang cinta semedang -__-'

Selasa, 19 Oktober 2010

Tag again!


1. Apakah benda dalam hidup paling penting dalam hidup anda?.
:x: setakat ni, mesin2 jahit. kalau mereka takde, aku blh.....ermm...blh miskin...hahah

2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit anda sendiri?.
:x: taufu fa... yum yummy

3. Dimanakah tempat anda melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan idaman anda?.
:x: haishhh...tadi baru je kawan mak aku datang rumah hantar kad jemputan kahwin anak dia yang sebaya dengan aku dan bertanyakan "pasni giliran kau pulak ye?" senyum jela yg mampu... belum kepikiranlah, makcik.

4. Adakah ada sedang bercinta sekarang?.
:x: :)

5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
:x: haha..maaf, tak minat cinta monyet gayut2 neh. bercinta tunggu nak kawen nanti, boleh?

6. Novel/Buku/Majalah terakhir yang anda beli?
:x: novel sinergi + stanza cinta
 
7. Di manakah anda selalu berjumpa kekasih/suami anda?
:x: rujuk soalan no 5

8. Apakah nama penuh anda?
:x: rahsia

9. Antara mak dan ayah mana yang anda lebih mesra.
:x: ummi pastinya :D

10. Namakan orang yang betul-betul anda ingin jumpa dalam hidup anda?
:x: si penunjuk jalan yang lurus, bukan jalan bengkang bengkok yang dah selalu aku jumpa tu.

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri!.
:x: tak, mesin yang basuhkan...

12. Dimanakah tempat yang betul-betul anda ingin pergi?
:x: rujuk entri semalam

13. Pililh satu, peluk atau cium?.
:x: peluk ^_^

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
:x: 1 je yang aku tahu, dia budak ralat..haha
 

15. 5 benda yang ada sayang dalam hidup anda?
:x: mesin jahit lurus
:x: mesin jahit tepi
:x: PC
:x: katil/tilam
:x: bantal bucukkkkkk

16. 5 lagu yang selalu anda dengar?
:x: kejora sinar zaman - rabbani
:x: jahat - stacy
:x: semua lagu-lagu dlm album Maher Zain termasuk Never Forget
:x: all about u.. - lagu dalam blog ni..hehe

17. Bilakah tarikh lahir anda? Dan dimanakah anda menyambutnya tahun lepas?
:x: 14/3/86. tahun lepas? tahun malang? takde pape yg special...

18. 5 orang blogger yang anda mahu tag? (click to the name)
a- rina
c- nisa'
e- korang yang baca ni...amek2.jangan malu2 ;)

19: Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag?
:x: orang yang rajin update blog dan kadang-kadang suka main tag :p

tiPs. TipS. tipS.

Selama-lama jadi blogger ni tak pernah sekalipun aku bagi tips kan?
Jadi hari ni nak bagi tips sebab tiba-tiba rasa perlu memberinya...


Korang tak suka beli baju siap? Lebih suka menempah baju pada si jurutempah macam aku ni? Okeh, meh sini aku bagitahu tips-tips yang korang perlu tahu sebelum menempah.

Yang pertama, jenis baju macam mana yang korang nak buat. Kalau baju kurung apa-apa kain pun boleh tapi kalau baju berfesyen seperti kurung moden atau kebaya kau tak boleh pakai redah je ye.


Kedua, sedar akan saiz badan. Kalau badan kecil molek macam aku *perasan!* sila guna kain berukuran 4meter tapi kalau saiz badan lebih besar atau lebih tinggi macam galah, silalah JANGAN beli kain berukuran 4meter kerana apabila baju tu siap, korang akan nampak ada sambungan di bahagian bawah baju atau atas kain... Jadi maksudnya belilah kain 4.5meter atau 5meter terus, sekurang-kurangnya kalau ada baki berlebihan korang boleh sedekahkan pada anak korang atau anak jiran korang yang berusia 1tahun.. teeehihi


Now, aku nak detail kan pasal pemilihan kain.
If korang nak buat baju yang ber-cutting atau dalam bahasa Melayu fasihnya disebut sebagai mempunyai potongan, tolong jangan bagi kain jenis keras kejung. Lebih sesuai pilih kain licin/lembut supaya potongan tu nampak cantik, menarik, tertarik kau memang da bomb!
Ni tak, baru-baru ni ada sorang hamba Allah ni tempah baju berpotongan tapi kain dia bagi kain cotton keras tu, so bila siap memang tak r nak nampak smooth & silky -___-" dah rasa macam siapkan baju assignment dah. Jadi sebelum korang nak salahkan si jurutempah macam aku ni tak pandai jahit, silap ambil ukuran dan bla... bla... bla.. tolong tanya dulu pada si jurutempah adakah kain jenis tu sesuai atau tidak untuk buat baju yang diingini.


Dah, tu je kot tips yang nak kongsi dengan korang. 
Kalau ada sebarang pertanyaan sila tanya di bahagian komen, kalau boleh jawab nanti aku jawab. Disebabkan perut dah lapar, jadi tak dapat nak fikirkan ayat seterusnya... huhu

Jumaat, 15 Oktober 2010

tAg 100 QuestiOns..kununn


Nick Name?
Fira, Yaya, Hilwa o watever u want

Age?
24

Birthday?
14 March 1986

School?
SMKBG

Height?
152 sumthing kottt

Blood Type?
xtau

Religion?
Muslim

Hobbies?
hlovate, maher zain, kang abik, kaksu...ihik2 <- phmkan sndri ;p tidur, on9 fb

Personality?
kasar diluar, lmbut di dlm

When You're The Happiest?
bila xde 1 manusia pn yg kaco id0p aku.

Your Biggest Complaint Currently?
nape malas je neh? nk kaya kne rajin!!!!

What You Wear When You Sleep?
tshirt, spongebob squarepants

A Hairstyle You Like On The Opposite Gender?
botak @ belah tgh...owhh soo cute...haha <- bergantung pd kesesuaian bntuk muka org 2.

Ideal Man?
jujur, xbyk ckp sbb lg dia byk ckp, lg byk dia sakitkn ati org...bertanggungjawab, BUKAN anak mak, makesure kulit gelap dr aku ye, MATANG!

Habits?
on fb, tidur ikut suka  *bad habit* -___-"

Favorite Fruits?
durian, limau, betik, pisang

Favorite Vegetable?
sume mkn kecuali SAWI

Guy Celebrities You Think Are Good Looking?

uishhh...opcoz r keanu reeves, won bin, johnny depp & orlando bloom...wink2

Girl Celebrities You Think Are Pretty?

julia roberts, angelina jolie, anna pe tah nm dia (heroin fringe)

Gadgets?
hp

Numbers You Like?
3

My Bad Qualities?
sensitif, suka fikir benda yg blm jadi...truk kan? =_="

Favorite Music?
minatla lagu genre apa pun, last2 nasyid gak akn aku plih..

Your Mood Right Now?
risau. tah pasal apa

What You Want To Do Right Now?
nak terbang ke tempat yg better...

A Kid You Like?
bijak, mata bulat, xsuka merengek2, xmanja tlebih2, c0olllll jek..comelll

Food You Like?
aku xcerewet sgt pasal makan

Food You Don't Like?
byk minyak, separuh masak,...ekhhh lagi yg kalau aku tgk, blm makan pn tekak aku dh mengembang semacam jek

Shoe Size?
4 or 5 something

AmbitiOn?
nk kaya

University?
politeknik sudeyyy

A Movie That Made You Sad?
cerita psl kekeluargaan mcm kabhi khushi kabhi gham...sob3

A Childhood Dream?
jd cekgu kunun..tp xlayak

Motto?

“Trust yourself. You know more than you think you do.”


Bedtime?
tak tentu, selalunya pkul 1.30 - 2pg

Your Future Hope?
moga dpt suami yg baekkkkk... ;p

Do You Think You're The Type That Laughs Easily?

tak jugak. kalau lawak2 bodoh 2 aku xlayan tp aku sk tgk gelagat org yg lyn, mcm bodo je sume...hahaha

Something You Cook Well?
dorg ckp pe yg aku masak sume sdap tp.... rsnya mcm x..masak pe je pn.. -_-'

Where Do You Live Right Now?
earth, malaysia

An Event That Remains In Your Memory?
perkenalan pertama aku dgn mereka2 itu...

What You Say Often?
"biasa je" <- wat the?

Have You Ever Gone Out Of Country?
blm lg..

Favorite Colours?
coklat & grey

Favorite Mall?
sogo, mid

When You See A Guy, Where Do You Look First?

mata..hmm dont know why

Love is?
cinta itu anugerah

Mother's Name?
Azizah @ Zah

Father's Name?
Izhar @ Al

Mother's Occupation?
suri rumah sahaja

Father's Occupation?
pengurus produksi

Dream?
nk jd ahli syurga..selalu berangan yg ni..hmmm

Further Study Or Working?
already working maa

Science Or Art?
art!

Who Is Your Best Friend?

me, myself & i

Listening To Music Or Watching Television?

listening to da music

Favorite Sport?
suka tgk je. renang, bowling & gimrama

If You Suddenly Got Million?

hey mn tau ni aku pnh terfikir soaln ni? aku belanja family aku pe je yg dorg nak. klu duit belebih sgt, sedekah kat org yg layak...

A Drama That You Had Fun Watching?
full house...lalala

A Movie You Had Fun Watching?

laila isabella

Stress?
erm...sumtimes

Destressing Methods?
tido

What You Want To Learn?

macam2 selagi ilmu tu nk dtg kt aku, selagi 2 aku nak kt dia

What You Want To Do?
tidurrrr

If Your Boyfriend Was Dying?
never had 1 jd xleh nk agak pe akan aku rs.. heheh seb bek

When Do You Feel Like You Hate Yourself?
haishhh..ada la... pnh rasa kot.. :(

About Relationships Before Marriage?
klu blh elak, sila elakkan..

Lifestyle Principle?
hidup berlandaskan syara' <- hamek kau

Weather That I Like?
hujan tanpa ribut petir...sguh lena utk tidurrrr....hmmmmm

When Is Your TV Time?
3pm, 6pm & 9pm

Precious Friends?
kwn yg membimbing, bkn yg menjahanamkan

Life Is?
not simple but not 2 difficult either

Favorite Drink?
air sejukkkkkkk

Favorite Song?
open ur eyes - MZ

Favorite Cookies?
chipsmore

If You Break Up With Your Boyfriend, You Would Do?
redha je..mcmla xde lg laki lain kt dunia neh...adehh

A Teacher You Respect?
semua cikgu

Introduce Your Family?

ada 12 siblings, sorg dh kawen... &... kalau nk kenal lbh dkt, mehla dtg rmh

Happiness is?
apabila kte dpt apa yg kita nak...yeayyyy

A Birthday Present That You Remember Most?
2010 diraikan dgn 3biji kek, ok! hoho

Favorite Animal?
baby panda. rasa macam nk peluk + cium2 je dia...

Favorite Plant?
yg menjadi..hehe

Favorite Season?
malaysia blm ada 4 season, jgn tya soalan pelik2 ok!

Reading Or Jogging?
reading!

If You Had To Choose Between Love Or Friendship?
love. kerana love kita mghargai friendship, rite?

If The World Was To Come To An End Tomorrow?

menangis sbb xsempat bertaubat T____T

Singing Skills?
takde

Dancing Skills?
takde

Your Theme Song?
InshaAllah - MZ

Favorite Books?
sejak tciptanya fenomena ayat2 cinta, aku mula minat novel berunsurkan islamik... ;)

Favorite Fruit Tree?
rambutan, suka tgk kalau rambutan tumbuh lebat

What Do You Feel About Relationships Where A Girl Is Older Than The Boy?
xde rasa apa, kalau tuhan tentukan jdoh aku ngn org lg muda pn aku ok je kot,...dh jodoh...

If You Were To Die Tomorrow?
kalaulah kita tahu..ko ni memandai je kan, macam tau2 lak aku mati bila 0_o

Favorite Perfume?
one drop perfume

When Do You Want To Marry?
bila DIA berkata 'kun fayakun'..heee

Yourself 20 Years Later?
mungkin rohaniah lebih 'cun' pastu br blh btudung labuh, berjubah... kot...heee

A Country You Want To See The Most?
Hokkaido, Jepun... dr kecik berangan nk pergi pulau ni...

E-mail? 

kohantaremail_takkansampai@yahoo.com

What You Want To Say To Those Who Read This?
tak boring ke korg bc aku jwab soalan tah pape ni? aku yg jwb ni pn ttbe rasa cam bengang lak...huhu

Last Word?
kalau ada nxt question, sila tag aku yeh, tp jgn soalan cam harem.. ;)

Isnin, 11 Oktober 2010

Kenapa yek?

Ok, ok, hari ni tak buat cerita pasal Maher Zain dah.
Tau ada yang bosan. Sob-sob. Pasni kalau nak minat sesiapa kena senyap-senyap je.
Nasib baik ada group Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) kat bukuwajah tu, sekurang-kurangnya nak teruja terlebih-lebih pun takde orang nak heran sebab kami mempunyai rasa yang sama...theehee <- ayat macam terasa je kan...haha.. nyampah i~ ;p



Sekarang ni apa kena mengena tajuk tu?
Meh nak cerita.
Kadang-kadang bila jumpa kawan-kawan baru dan diorang membahasakan kata ganti nama seperti 'saya, awak' pada aku, membuatkan rasa segan tiba-tiba menerpa. Kenapa yek? <- haa dah boleh guna pun ayat ni... hehe

Tapi tengok jugak pada situasi, ada tu yang 'bila ulat bulu dah naik daun' baru dia bersaya-awak dengan aku, tu yang membuatkan aku meluat. Meluat gila! Tak semua orang aku boleh serasi untuk menggunakan kata ganti nama macam ni. Terutama pada rakan-rakan sebaya dan ke bawah. Ke bawah tu tengok pula cara dia bercakap dengan aku, kalau ok, aku pun ok la. Dengan orang-orang yang lahir tahun 86 memang aku tak reti nak bersaya-awak. Lain macam je rasa...hahah.. Rasa macam tak boleh blah! ;D
Macam minggu lepas, aku terjumpa budak kelas aku dalam group sekolah kat bukuwajah tu. Tiba-tiba je mamat ni bersaya-awak pulak dengan aku ketika kitorang berbual di ruangan diskusi. Erkhhh.. budak sekolah aku dulu bukan ganas-ganas ke? Diorang akan menggunakan saya-awak time nak mengorat je tapi bila nak borak macam biasa, memang aku-kau menjadi keutamaan lah. 
Jadi bila that mamat gunakan saya-awak dengan aku, jadi macam lain pulak *Mungkin dia pun dah terbiasa kot dengan saya-awak..errr (sila berfikiran postif ;p)* Last-last aku cakap dengan dia;
"Aku kau je boleh tak? Tak selesa dengan budak sekolah (yang terlebih kenal perangai masing-masing) bersaya-awak.." hakhak... hamek kau! Selamba badak aku je cakap camtu -__-' dan dia pun ok je la tapi ayat dalam kurungan tu takdelah aku nak cakap. 
Dan-dan lak kan dia cakap dia tak cam aku. Biasalah, time selekeh dulu mana orang nak pandang tapi bukanlah nak cakap sekarang ni dah lawa cuma mungkin sebab sekarang ni dah pandai EDIT gambar, tu yang rasa macam lawa je kan... hahahah... kena tipu dengan gambar! Jadi, berhati-hatilah anda yang kenal aku melalui alam maya dengan tipu helah bukuwajah & laman sosial yang lain.. ngeee

Erm tula yang membuatkan aku tertanya-tanya. Dulu dalam Kawanster (Friendster) ramai lelaki (dua orang yang sebaya, seorang tua setahun, tiga orang umur bawah aku <- ni yang aku ingatlah tapi rasanya ada lagi kot...) yang bersaya-awak dengan aku tapi aku rasa ok pulak nak bersaya-awak dengan diorang. Sebabnya? Kitorang selalu dikusi pasal agama dalam tu. Jadi nak beraku-kau macam kurang ajar pulak <- ececece dan-dan tahu aku-kau tu kedengaran amat kurang ajar kan? haha. Tengok pada topik kot.. dan tak lupa tengok pada gaya bahasa. Kalau bahasa diorang pedas + cam bangang semacam je, why not kita beraku-kau dengan diorang? Orang kasar, kita kasar balik. Tapi kalau orang berbaik, kenapa kita perlu berkasar pada diorang? Kan? Kan?

Jujur aku katakan, aku mudah jadi baik dengan orang yang bersaya-awak dengan aku. Nak berkasar atau erti kata lain, nak menyakitkan hati diorang pun tak sampai hati tau... Nak perli-perli jauh sekali. Tak tahulah kenapa. Seolah-olah saya-awak tu macam ada aura yang sangattttt sweetttt dan baik sangat-sangat *sekali lagi nak tekankan ianya bergantung pada keikhlasan pengguna saya-awak tu. Kalau niat dia lain, orang bodoh je yang suka x(*

Oh, untuk pesanan, sesiapa yang telah menggunakan aku-kau pada aku, tolong, tolong, tolong jangan nak gatal-gatal tukar kepada saya-awak ok! Hahaha.. i tak rela~ Sebab selalunya aku yang akan tukarkan saya-awak tu menjadi aku-kau dan lagi sekali nak cakap,  bergantung pada cara korang treat aku lah kan... hehe

Chiaw... luv Maher Zain <- ciestt sempat lagi selitkan nama mamat neh. Ahah, sebab memang time menaip ni tengah layan semua 14 lagu dia pn.. ihik!
mode: tengah dengar lagu Always Be There - Maher Zain :D

Jumaat, 8 Oktober 2010

Siapa Maher Zain???

,Salam...
Ok, saja nak share dengan korang pasal Maher Zain. Mungkin ramai yang belum mengenali siapa Maher Zain yang sebenar. Jadi hari ni aku nak kongsilah serba sedikit tentang penyanyi baru ini.

Cekidot (check it out)

p/s: Err..lagi nak bagitahu, aku peminat HAMPIR fanatik dia tau :P



Penyanyi dan komposer, Maher Zain merupakan bintang baru di arena muzik Islamik moden yang muncul dengan lagu-lagu yang penuh bermakna, bertujuan untuk memberi inspirasi sambil menghiburkan pendengar dengan mesej keamanan dan harapan terhadap dunia masa kini. Beliau meninggalkan kerjaya mewahnya di dalam industri muzik arus perdana di New York. Beliau pernah bekerja dengan produser antarabangsa yang terkenal iaitu RedOne yang turut pernah terlibat dengan artis-artis popular seperti Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Michael Jackson serta ramai lagi. 

Maher Zain akhirnya telah memilih untuk menghasilkan karya muzik yang mencerminkan asal-usulnya sebagai seorang rakyat Eropah yang berketurunan Arab dan juga seorang Muslim. Beliau telah bekerjasama dengan Awakening Records (yang pernah melancarkan kerjaya artis British, Sami Yusuf) bagi memberi sumber inspirasi untuk para remaja seluruh dunia. Pada awal Mac 2010, album debut Maher Zain berjudul “Thank You Allah” (diterbitkan oleh Awakening) telah berjaya mendapat kedudukan No. 1 dalam carta jualan album terlaris di Amazon.com (kategori muzik dunia). Maher Zain telah pun menjayakan konsertnya di Sweden, Kanada, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Mesir, Algeria, Bahrain dan banyak lagi.

Dengan semangat dan minatnya, bakat yang luar biasa dan gaya yang unik, pencapaiannya pasti melonjak ke tahap yang paling tinggi. Maher Zain mendapat inspirasi awal dalam bidang muzik melalui ayahnya sendiri yang juga merupakan seorang penyanyi yang sering mengadakan persembahan di sekitar bandar Mediterranean yang indah iaitu Tripoli, Lubnan. Kagum dengan muzik dan instrumennya, Maher Zain mendapat “keyboard” yang pertama seawal usianya 10 tahun dan sejak daripada itu secara rasminya muzik menjadi sebahagian daripada dunia Maher Zain

Keluarganya telah berhijrah ke Sweden pada usianya 8 tahun di mana beliau menyambung pelajarannya sehingga berjaya ke menara gading dan beroleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Walaupun persekitarannya berubah dari hari ke hari, namun minat dan semangatnya dalam muzik terus membara. Setelah terlibat dalam industri muzik buat seketika sebagai penerbit muzik, Maher Zain telah diperkenalkan dengan RedOne; seorang penerbit muzik yang berbakat besar yang meningkat popular di Sweden. Maher mula bekerjasama dengan RedOne dan kemudiannya berpindah ke New York. 

Untuk beberapa tahun beliau berada dalam kehangatan industri muzik di New York, beliau turut berkesempatan bekerja dengan artis-artis popular seperti Kat Deluna dalam penerbitan beberapa lagu hit artis tersebut seperti “Whine Up” dan “Run The Show”. Maher Zain memiliki kerjaya yang boleh diibaratkan sebagai kerjaya impian bagi seorang yang masih muda dan terlibat dengan industri penuh glamor. Namun bagi Maher Zain, beliau merasakan kerjayanya ini jauh dari cita-cita dan impiannya yang sebenar. “Saya sukakan muzik, tetapi saya bencikan apa yang ada disekitarnya, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena”. Pada Januari 2009, Maher Zain telah mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah album yang mencerminkan identitinya yang sebenar – Arab, Barat dan Muslim – dan telah menandatangani kontrak dengan Awakening Records. 

Album pertama Maher Zain berjudul “Thank You Allah” telah menduduki tempat pertama dalam carta Amazon World Music dan kedudukan kesembilan dalam carta R&B. Pada Januari 2010, lagu Maher Zain berjudul “Ya Nabi Salam Alayka” telah berjaya meraih gelaran sebagai Lagu Terbaik 2009 di dalam sebuah pertandingan muzik anjuran Nujoom FM (stesen radio muzik terbesar di Mesir). Antara yang tercalon ke peringkat akhir adalah nama-nama besar seperti Hussein Aljismi, Mohammed Mounir and Sami Yusuf. Maher Zain juga telah mengadakan persembahan di konsert-konsert besar yang mendapat sambutan hangat seperti di Algeria, Australia, Belgium, Canada, Mesir, England, Perancis, Belanda, Sweden, Amerika Syarikat dan banyak lagi serta mendapat jolokan “bintang handalan baru dalam industri muzik Islamik”

Album Maher Zain menggabungkan muzik R&B dan irama kerohanian tradisional, soul dan muzik pop kontemporari, bukan sekadar memperbaharui muzik kerohanian dan nasyid bahkan dengan beraninya menyegarkan muziknya dengan gaya kontemporari. Album pertama Maher Zain “Thank You Allah” adalah album yang penuh bertenaga, malar segar dan penuh dengan unsur kerohanian. Maher Zain mula dikenali sebagai seorang pemuzik dan penyanyi Islamik moden selepas “single” pertamanya yang ditampilkan dalam video muzik animasi berjudul “Palestine Will Be Free” mendapat perhatian umum. 

Video muziknya berjudul “Insha Allah” pula telah dirakamkan di sekitar London dan diarahkan oleh pengarah British yang terkenal Mike Harris yang pernah bekerja dengan Coldplay, Madonna dan ramai lagi. 

Video muziknya yang terbaru “The Chosen One” menceritakan tentang kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad yang berteraskan keamanan, telah dirakamkan di Los Angeles. Ini jelas menunjukkan Maher Zain kini memartabatkan muzik Islamik ke satu peringkat baru yang lebih tinggi. Sebagai artis dan penerbit yang berbakat luar biasa, Maher telah berjaya membawa muziknya kepada pendengar yang lebih luas dan ramai tanpa mengurangkan mesejnya, bahkan dihasilkan dengan lagu-lagu yang cukup bertenaga, meyakinkan dan sangat indah dengan adunan unsur-unsur R&B, irama kerohanian tradisional, pop, muzik Arab dan Turki dalam sebuah susunan muzik yang berani.

Fakta Ringkas: 
Nama: Maher Zain 
Umur: 28 tahun 
Tarikh lahir: 16 Mac 1982
Warganegara: Sweden (Keturunan Lubnan) 
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautik 
Pekerjaan yang lalu: Penerbit Muzik 
Pengalaman bekerja: RedOne: Akon, Lady Gaga, dan lain-lain. 
Tajuk Album: Thank You Allah 
Jumlah lagu: 13 
Tarikh diterbitkan: 1 November 2009 
Syarikat Rakaman: Awakening Records. 

Ikut via FB