Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 16 November 2010

Aku yang KhiLaf~

Salam AidilAdha untuk semua orang muslim yang beriman.
Terharu kejap dengar takbir raya tadi...
Esok ada lagi, lusa ada lagi takbir. Itu yang buat aku suka dengan Aidiladha berbanding Aidilfitri :)
Ok mari kita menuju ke topik sebenar... 




Dulu aku tak ramai kawan lelaki.
Sekarang pun tak ramai, cuma bertambah je kot...
Tapi kadang-kadang aku sering lupa, sering khilaf yang kawan-kawan lelaki tak akan pernah sama dengan kawan-kawan perempuan!
Tapi, itulah yang aku layan diorang... Sama je.. Melainkan dengan perempuan boleh sentuh, dengan lelaki, memang aku HARAMkan untuk sentuh aku, beranilah sentuh walaupun sekelumit, tanggung akibatnya!

Sebenarnya tahu pemikiran lelaki takkan sama dengan perempuan..
Kadang-kadang aku cakap lain. Maksud lain. Tapi diorang fikir lain sampai tergamam untuk aku menerangkan.
Mungkin sebab dengan adik beradik lelaki pun aku jenis straight je kalau bercakap, bercerita hal-hal perempuan, jadi aku anggap kawan-kawan camtu, pastu senang-senang je nak cop kita ni suka cakap lucah la, apa la.. Apakah? Padahal niat takde pun sampai ke situ.
Jadi dari situ aku dah rasa berdosa teramat. Betapa khilafnya diri seorang aku ni...
Dan harus mengaku pemikiran lelaki dan perempuan memang tak sama...
Moga Allah sentiasa bersamaku...


p/s: untuk kawan-kawan lelaki yang baca posting ni, jangan salah anggap. Ni memang 1 fakta, nafsu lelaki ada 1, perempuan ada 9. So dat's y lah kenapa pemikiran korang macam tu dan pemikiran aku macam ni. Kita tak sama.. Tak akan pernah... Cuma berpada-padalah supaya aku tidak ragu-ragu untuk berbicara dengan kalian...

Khamis, 11 November 2010

Mikhail - Ramlee Awang Murshid

" Mikhail... bukan sekadar sebuah nama"

The truth is, novel ni aku beli dari tahun lepas. 
Diulangi TAHUN LEPAS. Masa Pesta Buku bulan April 2009, edisi cetakan pertama.
Sekarang ni tak sure dah cetakan ke berapa dah.
Peminat Ramlee Awang Murshid (RAM) memang bersepah kat Malaysia ni. 
Aku, adik aku; Amru dan Nisa' adalah antara penggemar penulis ini.
Ingat lagi masa nak beli novel ni sampai cramp-cramp kaki aku. Huhu. Ain je yang tahu masa tu aku memang hampir nak gila cari novel ni.
Cari punya cari kat rak booth Alaf 21, tak jumpa. Dahlah sesak dengan manusia.
Sekali kisah sedih datang menerpa bila dapat tahu novel ni dah kehabisan stok.
Apakah? Dahlah niat datang Pesta Buku semata-mata nak cari novel ni...
Masa tu memang tengah angau dengan Mikail. Sekali muncul novel Mikhail (walaupun sebutan lain sikit)
opkos lah kena beli.
Tapi akhirnya tunggu punya tunggu dapat jugak...weee... Happy giller!
Dan tapi lagi, tadi ni baru aku selesai baca. Ish-ish.. Takleh jadi peminat setia RAM lagi ni. Huhu

Sinopsis:

"Mustahil memburu orang yang telah mati"

Baca novel ni, aku dah terbayang filem-filem aksi Hollywood.
Macam The Matrix, G.I Joe, Mission Impossible.
Memang terbaik. Nyesal tak baca dari tahun lepas. Hukhuk.

Berkisar tentang lelaki bernama Mikhail yang kehilangan identiti.
Dibesarkan di Cromwell, New Zealand oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Dickens.
Dickens telah melatih Mikhail menjadi pembunuh profesional untuk menuntut bela atas kematian keluarganya yang mati dibunuh. 
Dan Dicken, telah menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa pembunuhan.
Pada masa yang sama dia mengalami penyakit paranormal yang mana bila dia terkena pancaran cahaya matahari atau silauan cahaya yang terang dan tajam, dia akan berada di dimensi berbeza.
Bertukar menjadi Tahir. Sehingga kadang-kadang dia sendiri keliru sama ada dia berada di alam realiti sebagai Mikhail ataupun fantasi sebagai Tahir <- teringat Faizal Tahir...huhu.

Akhirnya dia kembali semula ke Malaysia dengan tujuan ingin mencari manusia-manusia yang telah membunuh keluarganya.
Dalam pada dia ingin memburu tapi rupa-rupanya dia yang diburu.
Reina Raihana adalah anak kepada pembunuh keluarganya yang ingin dia bunuh, sebaliknya dia sendiri yang menyelamatkan Raihana daripada dibunuh pembunuh lain.
Akhirnya dia terjerat dengan percintaan terhadap anak orang yang ingin dibunuh.
Part ni dah biasa baca, jadi bagi aku ianya agak mencacatkan jalan cerita. Tapi sikittt jela.
Dan sebab part tulah aku tangguhkan bacaan sampai 1tahun lebih. Huhu..
Tapi syukur juga Raihana yang diculik itu mahu membantu dia mencari masa silam dia.

Dan apabila seorang demi seorang terbunuh, 
dan apabila orang yang disyaki ditahan reman, 
pembunuh masih lagi bebas bermaharajalela diluar sana, ianya menjadi tanda tanya.

Bila baca, makin kita nak tahu siapa sebenarnya Mikhail? Siapa Tahir? Adakah Tahir itu Mikhail pada masa silam atau sekadar ilusi? Dan apabila si pemburu menjadi mangsa, siapa yang akan membaham siapa?

Kadang-kadang sampai pening-pening biol gaklah aku baca novel ni. 
Bukan apa, kena imaginasi lebih sikit.
Untuk yang minat novel thriller, novel ni tak menghampakan. 
Seperti novel-novel RAM yang lain, ianya masih dikategorikan sebagai superb!
Rasa macam nak baca lagi.. hehe

p/s: sekarang ni ada lagi dua novel RAM yang aku nak khatamkan. Novel Hijab Sang Pencinta & Cinta Sufi, kesinambungan kisah Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu tapi tak janji bila akan mula baca dan bila akan habis baca...heee

Rabu, 10 November 2010

hiDup HARUS gemBirA!


 
Entah kenapa pagi-pagi buta ni nak pulak aku berkisah, 
berdendang lagu indah kat dalam ni.

Bagi aku hidup harus gembira. Yup! Harus, wajib! 
Alhamdulillah sepanjang tahun ni aku berjaya merealisasikannya. Merealisasikan kegembiraan.
Betullah orang kata, kalau kita nak, pasti boleh!
Kalau kita nak gembira, PASTI gembira tu dengan gembiranya datang pada kita :) 
Kalau nak sedih, maka sedih pun dengan sedihnya juga datang pada kita bertimpa-timpa.
Berapa kali dah bila sedih tu datang, aku tahan airmata jangan bagi mengalir.
Jangan juga melayan perasaan emo-emo gitu.
Senyum je *walaupun pernah senyum ketika airmata mengalir deras di pipi*
Pedulikan kesedihan yang datang.
Abaikan manusia-manusia yang pernah buat anda sedih!
Jangan fikir perkara-perkara sedih walaupun pernah gak SAJA-SAJA nak fikir supaya benda tu jadi PERINGATAN untuk masa akan datang supaya ianya takkan berulang lagi *tapi sering aje berulang..ahaks!*
 
Jadi sekarang ni kalau ditanya sama ada aku gembira, ye, aku gembira.
Gembira dengan apa yang ada sekarang ni.
Dengan apa yang ALLAH kurniakan ketika ini.
Semoga ianya berterusan hendaknya... Ameen
 
Tapi takdelah aku nak cakap sedih itu satu dosa, sedih tu tak perlu sebab macam menyemak.
TAK!
Bukan tu maksud aku.
Sedih itu perlu, macam aku cakap perlu sebagai ingat-ingatan.
Perlu tanda kita sedar diri.
Tapi gembira tu perlu lebih... tapi bukan lebih-lebih.
Sama macam sedih, sedih tu boleh tapi jangan sampai lebih-lebih.
Lebih-lebih sangat pun buat orang menyampah buat hape.
Tapi serius ah aku nyampah baca kat status bukuwajah tu bila ada friends list aku dok emo-emo tah pape.
Sedih pasal orang mati ke, sedih atas apa yang berlaku pada saudara kita kat Palestin tu ke, apa-apa yang memang patut disedihkan ke takpelah jugak. Ni hal remeh pun nak tulis kat bukuwajah.
Sedih rindu kat boyafriend dia pun dia nak tulis. Aduhai.. sekali putus, tulis jugak kat situ.
Tak rasa macam mengaibkan diri sendiri ke? Hoho
Lagi-lagi bila tuan punya status tu seorang perempuan manakala juru-ulasnya si pria-pria.
Maaf cakaplah, rasa macam nak tarik perhatian pun ye juga.
Tak perlu kot kesedihan-kesedihan yang tak berapa nak sedih tu diceritakan pada orang.
Tiap-tiap orang, lain persepsi diorang. Ada yang suka, ada yang tak.
Jadi berpada-pada sudah.
 
Jadi konklusinya, harus gembira! Tapi biar gembira kena pada tempat ok! 

Isnin, 8 November 2010

Pleaseeee, aku memang TAK minat Shahir AF8 ok!

Wahhh seronok-seronok.
Empat hari tak online, serius seronok! <- apa yang kau seronok ni, labu?

Tapi hari ni macam nak balas dendam pulak sebab dapat online semula... wohooo.

Alkisahnya, aku temankan Kak Ida tidur rumah dia. 
Suaminya ada kerja kat luar sebab tu diajak teman.
Best sebab kembali ke zaman study dulu, ada Zack, Tika... Ngaaa

korang the BEST in the WORLD!


Semalam (Ahad) balik dari rumah Kak Ida, kitorang merayap Putrajaya.
Tempat best yang kitorang suka lepak ialah Pullman <- tempat ni tak ramai orang tahu, tu yang best gilerrr tu.. Ihiks! Tapi semalam ramai kot orang kat situ.

@ Pullman, Putrajaya

Lagi-lagi ada pasir pantai buatan, ramailah kanak-kanak riang berlari-lara, bermandi manda...
Wahh seronok gitu! Sehingga kami terjumpa si kucing besar yang gebu dan montel...
Comel gila!
Tika dah berangan nak bawa dia balik, padahal si tuan punya kucen yang dikenali sebagai HERO itu ada di situ memerhati. Ekeke. Buat malu yo cakap kuat-kuat nak curik bawak balik. Adeii...

Orang paling excited nampak HERO gemott..huhu
  
ni pun excited gak.. tak sabar nak tunjuk bukti dia sebenarnya tak takut kucing..haha




dah orang lain bergambo, aku pun nak gak tiba-tiba..huhu
(tudung budak sekolah ok)

Hoho kat rumah Kak Ida kitorang ada trademark 

:x: GO BABY GO! :x: 

ahaks! Sengal~




SAMA TAPI TAK SERUPA


with her @ KLIBF 10

Malam tu borak-borak aku cerita pasal ummi keliru suara aku ngan suara adik aku; Nisa'
Owhh rupanya Zack ngan Tika pun mengalami rasa yang sama.
Erk, suara aku sama ke ngan minah tu? Apakah? Hahaha.


Banyak kali woh ummi silap panggil kitorang.
Paling perasan masa bulan puasa yang lepas lah aku tanya kat ummi pasal ais nak letak dalam air tebu, masa tu ummi kat dapur, aku pulak kat peti sejuk jadi kitorang terlindung balik dinding jela. Bekas ais sejuk dah diisi dengan air baru.
Ummi: " Mana ummi tahu, tadi kau jugak yang bancuh air!" Aku terbangang-bangang seketika, bila masa pulak aku bancuh air ni?
Tapi masa tu keras-keras ummi cakap aku yang bancuh dahlah masa tu memang cakap dengar suara je, batang tubuh tak nampak. 
Dengan rasa tak puas hati aku datang kat ummi. Bila ummi perasan aku, terus dia tergelak.
Hmmm memang dah agak ummi salah orang, orang lain buat air, orang lain yang kena tempias. Hoho.

Pastu yang terbaru ni aku tanya apa tah, lupa... tapi ummi aku sebut nama adik aku Nisa' tula. Sabar jela. Ipah dah gelak terkekeh-kekeh dah..dia jugak yang bagitau ummi aku yang tanya, bukan Nisa'

Hadoiiii... *hantuk kepala kat dinding*

Isnin, 1 November 2010

No Word is Worthy

Sami Yusuf

Ni lagu terbaru dari Sami Yusuf, baru release tau!
Semalam online dari pukul 10malam sampai nak ke 4 pagi aku layan lagu neh.
Adehhh... Sedap sangat kot melodi dia tu yang rasa macam rugi ke kalau tak dengar banyak-banyak kali... huhu
Tapi memang terbaikkkk lagu ni... Best! Lagi-lagi bila Sami nasyid part Malay 2.. fuhh syahdu..

Layan~ terutama kat minit 3:24 untuk Malay version... 



p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda...



Allahu Allah 3x
Allahu Allah 3x

(ENGLISH)
Searched for the words
To describe your beauty
No matter how I tried
No word seemed worthy
Struggled to find
The right words for You
Words just fail to describe
What's deep inside

SubhanAllah, Walhamdulillah, LaillahailAllah, wa Allahu Akbar 2x

(URDU)
Zemmeen Aseman, Jinn-o-Insaa bhi
(Earth and the Heavens, Jinn and Mankind)
Teri taa'reefein, Kartey bayan sabhi
(All praise Thee)
Bekhud huey, Dono jahan hai
(So both worlds become intoxicated)
Ruh se nikley, Jab ye kalima
(When the soul recites this one word)

SubhanAllah, Walhamdulillah, LaillahailAllah, wa Allahu Akbar 2x

(FARSI)
Dar havaye To
(In Your remembrance)
Par migoshaayam
(I spread my wings)
Be omidi ke roozi
(In hope for the day)
Sooye To ayam
(I come to You)
Dar vasfe To
(In describing You)
Jomleha ra gashtam
(I searched sentences)
Kalameyi najostam
(I found no word)
Joz inke gooyam
(Except to say)

SubhanAllah, Walhamdulillah, LaillahailAllah, wa Allahu Akbar 2x

(MALAY)
Ku mencari kata puji
(I searched for words to praise You with)
  Moga menjadi zikir hati
(Words to instill Your remembrance in my heart)
Namun tiada kalam yang pasti
(But no words are assuring enough)
Yang sesuci kalam ini
(As sacred as these)

SubhanAllah, Walhamdulillah, LailahailAllah, wa Allahu Akbar 2x
 
Allahu Allah 3x
Lailahailallah
Allahu Allah 3x

SubhanAllah, Walhamdulillah, LailahailAllah, wa Allahu Akbar 2x

SubhanAllah
Ya Rahman Ya rahim Ya Mannanu Ya Karim Ya Maliku Ya 'Aliyy
Rabb Al Alamin

 SubhanAllah
Ya Allahu Ya Ghaffar Ya Halimu Ya Sattar Ya Salamu Ya Qahhar
Rabb Al Alamin
SubhanAllah

English Words: Sami Yusuf
Urdu Words: Mehboob
Farsi Words: Ustad Firooz
Malay Words: Yasin Sulaiman
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf
 

Ikut via FB