Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 31 Mei 2011

Perasaan perempuan memang macam ni ke?

‎( >.< ) = i was very angry
(ಠ_ರೃ) = my tears start to fall
v(ಥ ̯ ಥ)v = i tried to stop it
o(╥﹏╥)o = but i failed..i cried aloud
<(ಥ_ಥ)o = i tried again
(◕︵◕) = no more tears
(。◕‿◕。) = i got my strength back, i gave a smile
ヾ(●⌒∇⌒●)ノ = i laughed happily, that is it!!!


Perempuan selalu macam ni, 
marah sikit, bengang sikit, lepas tu rasa tak puas hati sebab tak dapat balas rasa sakit hati ni pada orang yang menyakitkan hati mesti menangis.
Siapa kata tak best jadi perempuan sebab penuh dengan emosi?
Bestlah! Sebab kita boleh meluahkan perasaan dengan menangis pada bila-bila masa je yang kita suka! 
Dan boleh paksa diri ini untuk tersenyum tanpa kelihatan hipokrit pada bila-bila masa juga yang kita suka! 
Tak percaya? Lihat wajah ibu anda...

Aku sayang UMMI. She's my everything. 
Aku tahu hari ibu dah lepas. So what?



p/s: yesss berjaya juga menghasilkan entri yang pendek tanpa perlu merapu berjela-jela :P 

p.p/s: dah 3 hari mulut kena ulser. sangat best! sampai makan pedas pun siap terangkat. Terbaiklah! Alhamdulillah~



Kesian dia sebab ramai follower...


Sepatutnya aku dah tidur masa ni.
Tapi sebab baca cerita hantu tadi terus mata jadi segar dan terdetik nak update entri.

Honestly, aku memang akan cepat kesian dengan orang yang ramai follower.
Erk, aku jeles sebab follower aku sikit?? Memang TAK lah kan... 
100 tu dah kira banyak apa walaupun yang dapat follow up update aku dalam 20 orang macam tu **sebab ada side effect bila tukar URL :'(
Dan aku harap follower aku cukuplah yang ada sekarang ni, tak bertambah pun takpe.
Tapi kalau bertambah pun biarlah orang tu memang suka dengan cara penulisan aku, bukan sebab nak adakan sistem barter 'u follow i, i follow u' (pe barang weh~)
Lagipun kalau banyak sangat komen yang masuk, takut tak terbalas macam blogger famous amous yang lain tuh. Aku tengok blog diorang penuh komen pembaca setia diorang je, tuan punya blog tak mencelah langsung. Dah macam si pengomen tu excited terlebih la pulak kan... Hahah. Tapi tak kisahlah sebab nampak beno la follower dia memang IKHLAS nak follow dia, bukan terpaksa.




Alololo ciannya dia... (gambar sekadar hiasan)

La ni yang aku kesian dengan orang yang ramai giller follower. Ada sampai beribu-ribu, ada yang 400 ++ tapi aku kesian tengok blog depa macam takde orang komen. Seolah-olah follower yang sedia ada tu tak follow up langsung update terbaru depa (yang tukar URL macam aku dikecualikan sebab memang akan ada side effect. Tak caya, cuba try test korang tukar URL korang sekarang jugak.. sob sob sob.. nyesal tukar URL *nangis*).

Tapi aku memang salute, tabik spring giller pada blog yang follower dia tak sampai 100 tapi setiap kali update mesti ada orang komen. Komen lak sampai beratus-ratus, berpuluh-puluh.
Serius mantoppp lah kan~ (tak tahu kenapa pagi-pagi ni asyik nak guna ayat mantopp je.. terkenan Ustaz Zamri kot, padahal dah lama tak follow dia kat dalam tv9 tu.. hee).
Nampaklah memang blog tu ada kualiti. Ye, bagi aku kualiti tu penting berbanding kuantiti.
Kuantiti banyak pun kalau takde guna, takleh juga kan...

Macam friend dekat FB lah. Kalau ramai friendlist tapi asal korang update status pun takde orang pandang, serupa takyah ada kawan. Nasib baik aku ni jenis pilih gak orang yang aku nak approve. Jadi sesiapa yang dah jadi friendlist aku tu, ramah-ramahlah sikit ye sebab aku ada habit 'buang' orang dalam FB. Ngeee...


Apa pun aku tetap kesian dekat orang yang ramai follower tapi takde fungsi.
Dah tu berlagak lagi, "aku ramai follower".
Huk aloh, kalau ramai follower tapi diorang TER-paksa follow kau pun tak boleh gak derr~
Nampak sangat blog kau tak best.

Ok, chiawww... Tak payah makan cili sangatlah dengan entri ni. 
Cuma aku nak bagitahu je, tak semua orang hadap sangat dengan follower.



Ahad, 29 Mei 2011

Minggu Suai-Kenal


Entri ni sambungan entri semalam
Siapa yang belum baca yang semalam, silalah berbuat demikian.

Sebabkan semalam ter-update entri masa nak maghrib dan tiba-tiba ternampak kartun kegemaranku; atashinchi muncul di kaca tv terpaksa aku sambungkan cerita.
Oklah kan... sekurang-kurangnya takdelah orang baca entri yang panjang berjela-jela + merapu tu lama-lama. hehe


Imbasan Julai 2004

... Selesai aje angkut barang, kena berkumpul balik.
Biasalah, sesi taklimat dan minggu orientasi pun bermula.

Paling aku ingat, malam hari pertama tu orang pertama yang aku call ialah June. June mana lagi, June yang itulah, bestfriend aku masa kat sekolah dulu.
Kawan yang ramai orang sangka dia dan aku ada hubungan terlarang. Miahaha. Buduhhh!
Mungkin sebab kitorang ada rupa (wekkk!) lepas tu selalu berkepit macam belangkas. Kalau jalan tu tak pernah tak pegang tangan, mesti nak pegang, mesti nak peluk lengan masing-masing.
Manja giller ah senang cakap! Lepas tu, kalau ada lelaki kacau-kacau je mesti June naik angin. Aku pun terikut cara June treat lelaki. Kasar wehhh...
Manalah lelaki tak takut.
Manalah diorang tak fikir bukan-bukan pasal kitorang.

Memang dah jenis berbulu je mata kalau tengok budak perempuan sekolah tu tergedik-gedik dengan lelaki. Bajet hape? Dahlah dua-dua tak semenggah.
Budak sekolah aku kalau couple je memang bajet pegang tangan punyalah.
Majoriti macam tu, sebab aku belum pernah nampak lagi budak lelaki dan perempuan yang ber-couple tak pernah pegang-pegang, mesti nak pegang. Nafsu bergelora betul masing-masing -__-"

Selain June, sebenarnya masa kat sekolah kitorang rapat berlima. Aku, June, Dewi Sara, Dianah dan Nazira.
Kena denda pun sama-sama, rehat pun sama-sama. Bergaduh pun sama-sama. Heee


Aku dan June. comey tak? hehe

"Aku dah sampai JB!"

"A'ah aku tahu. Tadi aku call henfon ummi kau, walid kau jawab. Dia cakap, alhamdulillah Yaya dah selamat sampai JB. Hahaha. Family kau kan alim... hik hik," June tergelak-gelak. Mungkin sebab ayat alhamdulillah itu kot. Tak pun dia sebenarnya happy aku masih sudi nak telefon dia guna public phone asrama ni. Aku pun tak pasti.

Sebenarnya June pun dapat tawaran yang sama dengan aku. Aku ingat dia nak pergi, rupanya dia tak nak sebab jauh sangat. Dia kan anak bongsu. Excited giller masa aku tahu kitorang dapat tempat sama tapi sedih bila dia tolak tawaran tu.
Aku pula sebab minat sangat dengan bidang jahitan dan rekaan (aku kan suka lukis-lukis. Dululah... sekarang dah malas! Nak lukis figura manusia pun dah tak reti sebenarnya), jadi memang aku nak jugaklah pergi sana.
Biarlah terpaksa menjadi anak perantau di negeri orang, aku tak kisah.
Yakin ada jodoh yang menanti di sana. Ya, jodoh!
Bukan jodoh antara lelaki dan perempuan tapi jodoh dengan orang-orang yang masih aku rapat sampai sekarang *senyum*

Masa minggu orientasi macam-macam manusia aku kenal.
Pelik-pelik je perangai. Ada yang tak reti nak mandi, ada yang pemalas gosok gigi sampai terpaksa aku tegur, "mulut kau berbau," dan-dan tu jugak minta aku teman balik asrama dan gosok gigi. Hadoiii.
Muka dah lawa tapi pengotor tak hengat. Haa kan dah sengaja mengutuk.
Kira macam-macamlah manusia yang aku jumpa.

Lagi syukur bila dapat roommate yang masuk kepala walaupun Kak Yah tu agak moody orangnya. Suka ikut angin. Kalau angin dia ok, dia ok lah.
Kalau angin dia tak ok, membebellah kau sorang-sorang, takde dia layannya melainkan dia akan cakap,
"boleh diam tak?" ngaaa...
Tapi most of the time dengan aku dia akan ok.
Pernah sekali je kena marah. Kena membebel tu dah selalu sangat tapi aku suka sebab rasa walaupun jauh dengan famili tapi ada lagi 'famili' kat sini yang taking care kita.
Lebih-lebih lagi dia pangkat kakak dan dia betul-betul treat aku macam adik dia sendiri.

"Hai..." tiba-tiba Su menegur seseorang. Masa tu kitorang masih rapat berempat. Ke mana-mana pun berempat. Sekali masa beratur nak ke dewan makan dan bila Su tegur orang lain dengan ramah, tiba-tiba jadi macam pelik. Terus sama-sama menoleh belakang, ke arah yang sama dengan Su.

Seorang budak perempuan yang nampak alim giller.
Tudung labuh, baju jubah seluar, seluar slack besar (korang bayangkan je watak girls dalam novel Hlovate, macam tulah dress up dia).
Lagi seorang nampak muka sangat comel. Cantik macam bidadari.
Perghh! Naif je muka dia.

" Ini nama dia Amni..." Su memperkenalkan budak alim tu.
" Am," Amni balas sambil salam aku. Bila dia sebut macam tu nampaklah ke-brutal-an dalam kealiman dia.
" Ini pula B.B..." Su kenalkan budak yang cun tu.
" B.B Atika."
" Ee.. macam barbie lah muka dia!" Puji Kak Ida tanpa tapisan. Tersipu-sipu muka si B.B tu aku tengok. Segan kot dipuji macam tu.
Bila dengar diorang borak baru tahu, dua-dua tu orang Sabah, bah...

Orientasi 5 hari. Sabtu dan ahad tu, mana yang tinggal sekitar Johor semua pakat balik.
Rindu kampung halamanlah tu.
Pagi sabtu tu bertungkus lumus basuh baju yang menimbun. Masa orientasi mana nak sempat basuh baju oiii... Kalau ada yang sempat tu, nampak beno la nipunya kan...

" Su! Su!" Masa nak menuju ke bilik lepas sidai baju dekat ampaian, tiba-tiba ada hamba Allah yang aku tak kenal ni terjerit-jerit panggil nama Su dari aras atas. Aku pun automatik pandanglah belakang sebab rasanya Su takde, balik rumah dia dekat Yong Peng, kotlah tiba-tiba ada kat belakang aku.
Memang sah masa tu aku sorang-sorang je. Kemudian aku pandang atas, pandang ke arah budak yang menjerit tu.

" Eh, sorry... salah orang. Aku ingatkan Su tadi."

Budak tu tersengih-sengih pandang aku. Nampak macam boyish je. Aku pun pelik gaklah masa tu apesal dia ingatkan aku ni Su padahal aku rasa Su keluar dari bilik tak pakai tudung tapi aku pakai. Ish ish ish... macam-macam...

Yup, masuk budak perempuan tu, dah dua orang dah tersilap aku dan Su.

Yang pertama dengan abang fasi.
Jumaat tu hari last orientasi dan kitorang ditugaskan untuk bersihkan kawasan Jabatan masing-masing (kalau dekat Universiti orang sebut Fakulti).
Jadi, aku, Su, Kak Ida dan Kak Yah satu kumpulan. B.B dan Amni kumpulan lain, kena bersihkan bengkel.
Ketua kitorang abang fasi. Abang Wan nama dia. Kak Ida suka tengok dia sebab dia cakap muka abang Wan tu cam baik je. Macam jela kan...
Tapi memang kot sebab dia takdelah nampak macam nak market ke hape (tak macam abang-abang fasi yang lain.. pfftt).
Dia layan kitorang macam adik-adik je. Yang aku perasan dia asyik pandang aku. Kenapa entah.
Yelah, muka aku ni kan familiar (ramai yang cakap macam tu).

Masa aku dan Su tengah kutip daun kering tu, tiba-tiba dia tegur,
" kembar ke?" Serentak kitorang yang tengah dok gelak-gelak ni pandang dia.
Huh?!
" Siapa?" Aku pandang Su, Su pandang aku. Jari dia tunjuk aku dengan Su. Su tergelak, aku sengih.
" A'ah. Kembar lain bapa, lain mak... kih kih kih." Su balas. Aku ikut tergelak tapi aku sempat pandang abang Wan. Serius giller muka dia.
" Eh Su, aku rasa abang tu memang betul-betul ingat kita ni kembarlah. Cuba kau tengok muka dia." Aku bisik dekat Su, Su pun pandang.
" Kitorang bukan kembarlah. Main-main je tadi."
" Ohhh ingat kembar betul tadi." Lerr... bendul gak abang tu ek. Dia tak paham kot maksud Su kembar lain bapa, lain mak tu. Hahaha. Hatoii.. Dan terjawablah kenapa dia asyik pandang aku je. Agaknya tengah bandingkan muka aku dengan Su.
Cowie abang Wan, terkutuk lak dalam blog ni. Keh keh keh.

Tiba-tiba pula pagi sabtu ni, minah mana entah yang ingat aku ni Su.

Tengah aku syiokkkk lena baik punyaaa terbongkang << bahasa hape tah. Belasah jek, tiba-tiba aku terdengar macam ramai giller orang dalam bilik 45 ni.
Kak Yah kejut aku tapi aku buat dek. Warghhh! Malu kot orang yang aku tak kenal tengok muka baru bangun tidur aku.
Aku dengar suara Su. Ohh dia dah balik dari kampung lah tu. Mesti bawa makanan sebab ada bau sedap je. Aku celik mata sikit.
Nampak ada Su, Kak Ida, B.B dan Amni. Alahaiii apa pulak diorang dua tu buat kat bilik aku petang-petang ni?
Oww mestilah Su yang ajak ni.

Lama jugaklah aku mengeraskan diri dengar ayam dan itik bercakap (loghat semenanjung + loghat Sabah). Tapi bila nampak diorang macam lambat je nak blah, aku pun bangunlah.
Pura-pura baru bangun tidur padahal dah lama bangun cuma tak duduk je.
Kemudian diorang tegur-tegur aku. Amende diorang cakap aku tak paham. Pekat giller Sabah diorang neh. Aku pun tak tunggu lama, terus pergi toilet untuk cuci muka.

Tak lama duduk tu, budak boyish yang tersilap sangka aku Su tu masuk bilik aku dengan selambanya. Terpinga-pinga sekejap aku dengan Kak Yah.
" Su..." dia panggil Su. Kemudian baru dia beralih pandang pada orang sekeliling. " Eh, kau yang aku tersilap hari tu kan?" Dia tunjuk aku.
" Haa yelah. Kaulah yang kecik-kecik cili padi tu kan.." Maksud kecik-kecik cili padi tu sebab badan dia kecik je tapi suara dia... mak aih.. satu asrama boleh dengar kot.
" Ceh kau..." itu je yang dia balas.
Lepas tu buat sesi suai kenal.
" Panggil aku Zack," dia kenalkan diri. Nama bukan main! Tapi tak hairanlah, sesuai dengan diri dia.
Su tergelak-gelak. " Zack konon..."
Rupanya diorang satu sekolah dulu. Sekolah Teknik (ERT) Azizah. Patutlah macam rapat je dengan Su.
" Eh, baru aku perasan muka kau sama dengan budak sekolah kitorang lah. Miza nama dia. Dia pun ada dekat poli ni."
" Dahlah kau. Dahlah ingat aku ni Su, tiba-tiba tukar Miza pulak. Miza mana entah."
" Ala kau dengan Su tang bulat tu je sama, rupa tak pun tapi kalau dengan Miza memang sebijik la. Cara gelak pun sama," dah pulak~ Sampai gelak aku pun diorang perhati. Su pun mengiyakan. Dan i wish, suatu hari nanti aku akan kenal juga dengan Miza tu.

Borak punya borak dah nak masuk maghrib. Biasalah kalau orang perempuan berborak, takde cerita pasal bola ke hape, mesti cerita pasal famili, asal keturunan semualah.
Betul-betul mengenali sejarah hidup, salasilah keluarga aku dan kamu...

" Ok lah... err.. apa nama tadi?" B.B dah bangun nak minta diri. Zack dah lama chow.
Amni pun follow B.B. Aku hairan dengan diorang ni, bukannya sebilik pun tapi macam belangkas pula. Aku tak kenal pun dengan roommate B.B dan Amni. Entah siapa.
" Arafi," balas Su selamba.
" Oh Arafi. Sorrylah ganggu je tadi." Lembut B.B bertutur dengan Sabah yang cuba di-semenanjung-kan tu.
" Hei! Bukan Arafi la..." Tegur aku. Tiba-tiba terbayang muka salah seorang pensyarah yang sempat kitorang kenal masa minggu orientasi tu. En. Rafi nama dia. Hahaha. Siottnya, Su.
Tiba-tiba Su macam terkejut. Seolah-olah macam baru pulih daripada hilang ingatan sebentar tadi.
" Eh, bukan aku sebut nama betul kau ke tadi?"
" Mana ada. Kau sebut Arafi la!"
Kah kah kah... satu bilik tu ketawa tak hengat. Kesilapan sebutan nama adalah kesilapan yang paling melampau! Betul-betul tak boleh blah.
" Susahlah nak sebut nama kau. Berbelit lidah." Pertama kali aku dengar pengakuan orang susah nak sebut nama aku. Yelah, nama satu dalam sejuta kan... Kalau dekat Indonesia ramailah guna nama aku ni. Kat Malaysia payah nak jumpa. Kalau nama Zafirah ye ramai...
Dan dari situ aku dapat nama Fira. Masa kat sekolah dulu punya konsisten aku paksa orang panggil nama penuh aku, tiba dekat poli orang cakap nama tu pelik dan susah nak sebut.
Nak tak nak, terima ajelah nama Fira tu, daripada silap sebut nama En. Rafi lagi, kan niaya tu. Teehee.

Dan bilik 45 tu sering jadi kunjungan ramai. Kalau ada apa-apa 'makan besar' ke, mesti bilik tu jadi sasaran. Sampai aku tertanya-tanya apa bestnya bilik aku dengan Kak Yah tu?
Dahlah guna tikar kubur tu je. Kalau bilik Kak Ida dengan Su lawalah sikit dah memang tersedia tikar getah. Lawa lagi. Kemas teratur je.
Mungkin sebab tuan bilik dia muka comel, murah senyuman dan berhati suci kott sebab tu ramai orang suka. Ngaa... (Wekkk)


Zack, Kak Ida, Aku & Tika
Zack, Aku dan Tika (2010)
~Uhibbukumfillah~

Sekarang ni yang aku rapat dan still keep in touch ialah Kak Ida, Tika, Zack dan Wawa (ex roommate Zack tapi tak selalu gak borak-borak dengan dia).
Kak Yah, Su dan Amni dah lost contact. Last cerita Kak Yah yang aku dengar dia dah kahwin bulan dua tahun lepas. Aku sempat bersama Kak Yah masa sem satu je sebab lepas tu dia dapat tawaran SPA.

Dan akhirnya Miza si kembar aku tu pun aku dapat jumpa jugak.
Ramai rupanya cakap muka dia dan aku sama.
Tak sangka boleh jadi kawan tidur sebilik, mandi 1 bilik air (bukan mandi sama-sama tapi guna bilik air yang sama), sekelas lagi...




Miza dan Aku; The Last Mimzy (2007)

Yang pasal aku pakai tudung dalam asrama tu, ekceli sebelah bilik aku budak Sabah, Kadazan-Dusun. Diorang Kristian. Non-Muslim. Kan semua belajar agama, dah tahu yang rambut kita ni, aurat kita ni dengan perempuan non-muslim sama dengan aurat dengan lelaki ajnabi. Sebab tulah aku memang jaga tak bagi diorang tengok dengan sengaja.
Jujur aku cakap, budak non-muslim dari Sabah lebih faham tentang ni berbanding budak Cina-India. Kalau dengan Cina-India, macam-macam diorang tanya. Tapi kalau budak Kadazan-Dusun diorang dah faham. Diorang sendiri yang cakap benda tu aurat.
Terharu kottt bila ada yang faham tentang agama kita.

Dan di sanalah aku belajar macam-macam.
Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat yang aku belajar.
Cuma pesanan untuk adik-adik yang bakal masuk IPTA/IPTS, pandai-pandailah pilih kawan sebab dari kawanlah kita boleh jadi seseorang diluar jangkaan. Sama ada jadi manusia ataupun jadi syaitan.
Aku bersyukur sebab Tuhan pertemukan aku dengan mereka yang baik.
Aku beruntung sebab Allah makbulkan doaku untuk dipertemukan dengan mereka yang baik. Alhamdulillah...

Tapi untuk kita belajar, tak semua yang Tuhan bagi itu baik untuk kita terima.
Ada yang nampak baik tapi sebenarnya dialah api dalam sekam yang membakar hati.
Dulu selalu je dengar cerita orang kena fitnah, sekali bila diri sendiri kena fitnah, baru tahu macam mana rasanya. Sedap, kan? Sedap tengok orang meratah-ratah daging kita.
Tapi yang terseksa mestilah kita yang kena fitnah.
Syukurlah kau tak kena fitnah sorang-sorang macam ummi tu haa. Sebab Allah tahu kau tak kuat macam ummi. Kena sikit pun dah melenting sedunia.
Sekurang-kurangnya kau ada Kak Ida, ada Tika @ B.B, dan ada Zack, sama-sama kena fitnah.
Dan dari situ aku betul-betul belajar, don't judge a book by it's cover.
Jangan menilai manusia dengan pakaian yang dipakai...
Jangan nilai manusia yang bermulut manis itu, hati dia semanis mulutnya.
Tak. Jangan mudah tertipu.

Semua tu aku belajar. Dan pesan seseorang yang aku pegang sekarang ni, "kalau kita dah tahu perangai hodoh seseorang tu, jangan sesekali berani bergaul dengan dia sebab dia akan tikam kita dari belakang tanpa kita sedar." Mula-mula dulu aku tak percaya sebab setiap orang boleh berubah kan.. tapi bila dah terkena... Padan muka kau!!!


p/s: kalau ingat-ingat kes kena fitnah tu, sakit hati masih ada lagi walaupun pemfitnah tu dah tak tahu khabarnya entah hidup lagi ke tak.

p.p/s: tadi hantar Nisa' pergi UIA, PJ. Muka dah nak nangis, nasib baik dia tak nangis kalau tak konfem lah kena kutuk. Setakat duduk kat Nilai tu takdelah jauh mana kalau dibandingkan Perak (Ipah), Rembau (Awwab) dan Johor (aku). Tapi minah tu memang jenis manja dengan ummi. Mesti punyalah malam ni dia nangis teringat ummi. Hahaha *gelak jahat*.


Sabtu, 28 Mei 2011

Kenangan masuk IPT :P



Mengenangkan besok adik aku; Nisa @ Eron tu akan masuk UIA
dan beberapa blogger sebaya dia yang sibuk update blog pasal ni, aku pun terdetiklah nak cerita masa aku mula-mula masuk Politeknik Johor Bahru dulu.
Jauhhh woo tercampak. Perjalanan dari sini (tempat aku) ke JB makan masa dalam 4 ke 5jam.
Almost setiap kali dalam bas itu adalah masa tidur aku. Betul, aku kuat tidur waima sebelah aku lelaki sekalipun, aku bantai jugak tidur tapi sekali jela pun pernah duduk sebelah lelaki itupun pangkat pakcik.
Ada sekali tu duduk dengan yang pangkat abang ni tapi abang tu baikkkk, dia nampak ada seat kosong tak berorang, terus dia pindah tempat. Alololo sweet~


Dah, dah, apa kejadah kau cerita pasal naik bas ni?
Cerita jelah sekali kau dah berpuluh-puluh kali ulang alik Larkin - KL sorang-sorang.
Bangga kan jadi gadis independent di usia 18 tahun?? Heh...  -__-"




Imbasan Julai 2004


Aku tahu mata aku bengkak sebab malam tu aku menangis. Bukan menangis sebab nak tinggalkan famili, tapi menangis sebab kena marah dengan Walid.
Walid cakap aku ni anak raja, semua nak orang buatkan untuk aku.
Alkisahnya, masa tu ada lagi benda yang aku tak fotostat padahal besok dah nak pergi daftar.
Menangis tu bercampur sekali sedih sebab Isaac Audition (sekarang ni nama glemer dia Azad Jasmin. Alaaaa boyfriend Eira Syazira tula) terkeluar program Audition. Dahlah sebenarnya nak dia menang program tu tapi terkeluar pulak.


Masuk dewan untuk sesi pendaftaran aku terpinga-pinga sekejap.
Selama ni sekolah kat sekolah harian je. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah (kecuali masa pindah sekolah) semua pendaftaran dilakukan oleh diri sendiri.
Jadi bila masuk poli aku rasa masa tu sesi pendaftaran diorang tak tersusun. Bersepah.
Agak lama aku mencari-cari meja pendaftaran untuk course aku tapi tak jumpa.
Sampailah ada abang fasi yang baik hati menegur aku.


"Course apa, dik?"
"Fashion Design," eceh ayat tak nak kalah. Padahal dalam melayunya Rekaan Fesyen dan Pakaian. Hak hak hak. 
"Meh ikut abang." 


Nanti kalau korang (adik-adik yang nak daftar ni) masuk tempat belajar dan kenal dengan fasi-fasi mesti diorang akan bahasakan diri diorang abang. Setakat tua setahun nak berabang-abang. Geli siottt... Saya je sudahhh. Biasalah~ Market~ Tapi masa tu fikiran aku suci, hati pun suci. Tak mainlah kutuk-kutuk orang dalam hati mahupun dengan mulut. Diamkan aja. Ikut je. Padahal masa kat sekolah bila ada budak tua setahun bahasakan diri diorang abang kat aku, punyalah aku tak layan. Selamba ber aku-kau je dengan diorang.


Sekali abang fasi tu bawa aku entah ke mana. Alih-alih dia pass je aku dekat orang-orang yang uruskan pendaftaran. Masalahnya masa tu memang suasana kusut giller (sori, PJB terbuka kisah benar pulak... heheh. Mungkin sekarang ni dah tak macam masa aku dulu). Banyak meja pendaftaran. Sebab banyak course. Tapi agak-agaklah pun. Aku pernah gak teman akak aku daftar tapi kolej dia takdelah macam ni. Sekali daftar semua course terlibat. Manalah tak sesak...


Kemudian salah seorang urusetia bahagian pendaftaran tu minta kad pengenalan aku.
Masa tu aku takdelah bendul sangat kan... Yang minta tu bukan orang bahagian course aku tapi aku bagi jugalah I/C aku tu sebab aku fikir mungkin I/C aku tu dapat bantu cari meja pendaftaran aku (apakah???). 
Dan dengan mata kepala aku sendiri aku nampak I/C aku tu di pass sesuka hati. Sampai pada seorang akak tu, aku cakap...
"Cik, tu I/C saya." Tapi dah terlambat sebab I/C tu dah ada kat tangan orang lain. Akak tu angkat bahu je. Dahlah dia tengah lunch. Memang tak teruruslah masa tu. Rasa macam nak menangis sebab masa berjalan. Kan proses pendaftaran ada masa dari pukul berapa sampai pukul berapa.


Last-last aku berdiri je kat situ sampai aku nampak meja pendaftaran untuk course aku. Elok je terletak kat hujung sebelah sana dan aku hujung sebelah sini. Nak je aku berlari ke sana sebab orang tak ramai kat meja pendaftaran tu tapi masalahnya I/C aku! Mana I/C aku??!
Kat pentas pulak macam-macam pengumuman. Abang dan kakak fasi kat atas tu aku dah nampak macam budak-kecil-main-test-mikrofon jek. Hailaa....
" Ini ada nama budak bertuah yang saya nak umumkan. Siapa nama dia disebut, sila naik ke atas pentas untuk terima hadiah.." masa tu memang berbulu giller telinga aku dengar macam-macam pengumuman. Siap gelak-gelak dengan mic kat mulut. Serius, tah pape!


Tiba-tiba aku tergamam. Aku picingkan telinga betul-betul. Eh, betullah nama aku yang abang fasi kat atas pentas tu sebut. Hadiah pekehalnya lak neh? Dahlah tak kenal -__-"
Dengan muka yang ter-paksa dimaniskan ni aku berjalan ke pentas tapi tak naik pun. Tak kuasa kottt... Dahlah urusetia kat situ dengan muka tak bersalah pass kan I/C aku entah ke mana.
Sampai kat kaki pentas, abang fasi tu hulurkan sesuatu.
"Nah, hadiah. Jaga betul-betul tau. Amanah ni." Ye, aku kenal 'hadiah' tu. 'Hadiah' yang aku nantikan. 'Hadiah' yang diorang sedap hati main pass, pass tadi. Yelah, I/C aku dollll. Dah sampai ke atas pentas. Masa tu hati aku tak panas sebab aku tahun 2004 tu tak sama dengan aku yang sekarang ni. Aku yang sekarang ni mudah sikit naik angin, aku yang dulu coolll je. Cool giller sampai orang pijak-pijak kepala, badan dan kaki sesuka hati. Kau ingat bapak aku tak bayar zakat ke hah???! << haa kan dah terbukti aku yang sekarang ni cepat naik angin. Hahaha (gelakkan diri sendiri)
"Comel gambar dalam I/C." Aku tersenyum dengar si fasi tu usik camtu. 
Yela, gambar masa darjah 6 kott... korang hado? Malu taww...




Tengah tunggu giliran (gambar hiasan)


Lepas dapat balik kad pengenalan aku, terus je aku menuju ke meja pendaftaran yang sepatutnya. Fuhhh lega masa tu sebab selepas aku datang, ramai lagi yang berderet kat belakang aku untuk daftar juga. Budak perempuan sebelah aku entah keluh-kesah-kak-esah pasal apa, aku tak layan sebab dia macam cakap sorang-sorang.
Rupanya dia tak sempat nak buat money order tapi dia ada bawa wang tunai. Jadi kes dia seterusnya aku tak tahulah, rasanya dia lepas kot masuk. Erm.. entah. Lupa.


Depan aku ada dua orang budak perempuan. Yang sorang tu ramah, lagi sorang tu agak kereklah rupa dia sebab masa aku senyum kat dia, dia buat tak nampak je. Malu aku.
Dahlah secara jujurnya muka aku ni kalau malu mula nak merah-merah. Lagi kontrol malu, lagi terasa panas giller muka (means lagi merah?? kott... orang yang cakap, aku tak tahu pun muka aku merah ke tak, aku cuma rasa panas je).
Yang depan aku (yang ramah) tu ambil fesyen gak. Jadi aku sangat gembiralah sebab jumpa orang satu course. Yang tak berapa ramah tu ambil course Tourism.
Lepas diorang berdua selesai daftar, sempat aku pesan, " nanti tunggu aku tau! Jangan pergi tempat lain dulu. Takde kawan..." sempat lagi buat nada seperti merayu.
"Ok!" serentak dua-dua balas. Masa tu aku tak tahu pun nama dua-dua ni tapi rasa macam boleh mesra je dengan diorang. Yeayyy!!!


Lepas daftar, kena ambil kunci bilik dan gambar untuk matriks kad.
Tapi lepas tu aku dah tak nampak dah diorang. Kecikkk hatiku masa tu. 
Dahlah betul-betul takde kawan, sorang pun aku tak kenal. Diorang yang aku nak buat kawan tu pulak tak tunggu pun aku seperti janji diorang tadi. Sedih woo...


Aku menoleh ke belakang bila bahu aku dicuit,
" Tadi orang panggil, tak dengar ke?" Ohhh hati aku yang kecikk tadi dah berbunga balik. Yang ramah tu ada kat belakang aku.
" Ingat dah pergi tinggalkan aku tadi..."
" Takdelah. Dah janji tadi kan... Ada je kat sana..." dia tunjuk ke satu arah. Budak lagi sorang tu tengah tunggu kitorang kat sana "...tadi panggil ingatkan dengar."
Lembut je dia bagitahu. Terus sama-sama pergi ke arah budak yang lagi sorang.
Kemudian ada pengumuman kunci bilik asrama perempuan dah habis, kena tunggu pengumuman seterusnya untuk dapat kunci balik. Kitorang ni antara orang-orang yang tak dapat kunci bilik. Terus je bergerak untuk tangkap gambar. Masa tunggu giliran itulah baru tahu nama masing-masing. Yang ramah tu nama Aida, dia suruh panggil Ida. Orang Segamat. Yang lagi sorang tu Nauwiyah, orang Kuala Kangsar. Rupanya Nauwiyah tu jenis ramah gak cuma kurang bercakap.


Kitorang diarah untuk letakkan barang-barang dekat dalam bilik khas sementara tunggu kunci.


Habis tangkap gambar semua, masing-masing pergi jumpa famili.
Tapi janji nanti nak ambil kunci bilik, pergi sama-sama.


Lepas makan, terus ke tempat barang tu.
Famili aku dah nak balik. Semua adik beradik aku ikut termasuk paksu aku.
Tapi betullah, masa tu tak sedih langsung. Padahal ini pertama kali aku tinggalkan famili.
Sebelum ni tak pernah berpisah. Huhu.
Mungkin mata dah penat nak menangis. Malam tu dah menangis iya-iya.
Nauwiyah menangis. Ida aku tak sure dia nangis ke tak. Lepas tu famili dengan famili pun bersalam. Ummi biasalah, ramah. Macam-macam dia tanya dekat famili Nauwiyah.


Lepas famili semua dah balik, sesiapa yang belum dapat kunci bilik kena berkumpul kat kafeteria untuk ambil kunci.
Masa tu pakai tarik je sesiapa yang ada kat sebelah sampai tak perasan tangan aku dengan Ida dah sama-sama tarik tangan Nauwiyah. Kelakar je masa tu.
Tapi last, aku sebilik dengan Nauwiyah.
Dan yang surprising me, bila aku tahu yang Ida dan Nauwiyah tu pangkat akak. Aku 18, Ida 20, dan Nauwiyah 21. OMG!!!
Iya-iya aku ingatkan diorang sebaya aku. Dah tu selamba je aku beraku-kau dengan diorang. Sangat biadab okeh! Ngaaa... Tahu pun sebab Suhaila (sebilik dengan Kak Ida) tanya umur Kak Ida dan Kak Yah. Hambekkk kau, dan-dan tu terus panggil diorang akak. Ngeee.


Mula-mula tu ketua warden panggil 20 orang yang pertama. Ramailah yang berebut nak jadi 20 orang yang pertama tapi kitorang tak dapat sebab dah cukup.
Tapi nasib baiklah tak dapat sebab baru tahu 20 orang yang pertama tu untuk duduk dekat dorm. Phiewww~ Jadi kitorang ni dapat bilik yang satu bilik 2 orang. Sangat best!
Dapat bilik pun sebelah-sebelah. Aras satu. Bilik Kak Ida dan Su no 44, aku dengan Kak Yah no 45.


Mulalah sesi mengangkut barang masing-masing ke bilik.
Budak-budak lelaki yang sama batch pun memulakan langkah mengurat urat anak dara orang. Ceihhh~


Tapi paling aku ingat masa tu thermos Kak Ida yang berisi air teh panas dan berangan nak minum sama-sama lepas selesai angkat barang tu pecah masa kitorang tengah angkut barang.
Tergamam kitorang bertiga. Takde rezeki...




Bersambung...




p/s: dah nak maghrib ni lagipun nak layan Atashinchi. hik hik hik. Nanti sambung pasal minggu orientasi pulakk yee.. 

**kalau takde orang baca pun pasal ni, aku nak baca, nak semat jadi kenangan aku dan kawan-kawan :)



update: sambungannya di [sini]



Khamis, 26 Mei 2011

Lagu Untuk Aidid Uzair

Malam semalam masa Baba & Mama Uzair keluar pergi makan, dia tinggal kat rumah. Aku jaga.
Sekali tu melalak-lalak nak susu.
Sementara tunggu susu panas, sajalah pasangkan lagu ni untuk dia, diam pula dia.
Maka aku pun teruslah dedikasikan lagu ni untuk dia... Ehehehe.
Makcik yang baik macam aku haruslah mempunyai lagu yang baik untuk pendengaran anak saudara... Ngeee 








Sayang… sayang…
Sayang… sayang…
Sayang… sayang…
Sayang… sayang…
( korus )
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang ibu
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang Ibu
Allah…
Marilah adik-adik dengar nasihat ini
Jaga tingkah laku jangan sombong diri
Bersihkanlah diri sucikanlah jiwa
Ikut perintah Allah tinggal laranganNya
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Akhlak yang terpuji itulah akhlak nabi
Rajin membantu rajin menuntut ilmu
Suka memberi tandanya murah hati
Itulah sunnah nabi contoh yang terpuji
Sayang, sayang Allah
Sayang, sayang nabi
( ulang korus )
Wahai adik-adik kenangkan jasa ayah
Hormatilah dia tanda kasih padanya
Pengorbanannya yang tiada terhingga
Mencari rezeki membesarkan kita
Ingatlah adik kasih ibu tercinta
Mengasuh mendidik tanpa letih dan jemu
Namun di wajahnya tetaplah ceria
Dakapilah ibu itulah kasih kita
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
( ulang korus )
Marilah kita saling sayang menyayangi
Sesama keluarga sayang sesama jiran
Sayangkan guru-guru sayang kawan-kawan
Sayangkan negara sayang semuanya
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
( ulang korus )( 3X )


Aidid Uzair Anor


with Mama










Kisah Adid Uzair dulu ada kat [sini] << klik open new tab tau :)


Rabu, 25 Mei 2011

BW? Blogwalking? Shoutmix? Cbox? Minatang hape tu?

Heyyy... blog i dah ada header!!! Yeayyy!
Sangat gembira sebab berjaya menghasilkan header yang kacak itu... ngeee

Semalam dan hari ni aku jadi tak berapa nak aktif di bukuwajah. Memang apa pun aku tak usik. Usik sikit-sikit je. Bagi mesej luahan perasaan kat Zack. Pastu layan Ain Rosli merapu.
Pastu tiba-tiba blank. Mulalah update status tah hape-hape nasib baik latest status tu memang aku memaknakan kata-kata tu.

Online pun semata-mata buka blog. Itu pun tak buat apa. Menatap dengan pandangan kosong jek. Tiba-tiba tadi ter-rajin pulak nak buat header. Dari dulu nak create tapi asyik tak jadi.
Sampai nak menangis tau bila kita tengah bersemangat nak buat sesuatu tapi hasilnya...argghhh! So ni bajet dah kira habis kacaklah header kau ni? Erm.. bolehlah.. Saya rasa macam comel pulak. Lagi-lagi dapat tayang bantal bucukkkk Uzair tuh... Hehe






Berbalik pada tajuk kat atas tu, dulu (tahun lepas je pun, takdela duluuuu sangat kan..) aku tak tahu pun benda-benda alah tu apa.
Yang aku tahu, Cbox dan Shoutmix tu untuk orang chat dengan kita. Ye, aku guna Cbox (singkatan Chat box) opkos lah aku fikir benda tu untuk ber-chatting kan.

Tiba-tiba je ada yang send kat cbox siap cakap "Hi, bw here!"
Aku pun macam terbangang-bangang. "BW?? Bawak ke? Bawa apa? Apa ke buduhh piang guna ayat Bawa dalam cbox?" Kah kah kah... padahal diri sendiri yang sengal. Yelah, budak baru belajar. So lagi bertambah tak boleh blah bila orang send mesej kat kita, kita balas gak kat cbox kita. Awat, hang bajet orang tu hari-hari jenguk blog hang ka? Pi la balas kat blog depa biaq depa ingat depa pernah singgah blog hang... Hadoiiii
Manalah aku nak tahu kena buat macam tu...

Lama-lama asyik pengunjung blog aku ni dok hantar ayat BW, BW je, aku pun heran tak heran jugaklah tapi lama-lama tahu sendirilah BW tu singkatan untuk Blogwalking. Laaa habaq la hangpa jalan-jalan kat blog cheq. Nanti boleh cheq jalan-jalan kat blog hangpa pulak. Kalau berkenan memang aku kan followlah blog tu.

Oklah, dah tahu dua perkataan dan kegunaan nih.
Blogwalking untuk tarik minat orang jadi follower dia.
Cbox atau shoutmix untuk bagitahu je depa pernah mai sini.
Tapi sampailah sekarang aku anggap cbox tu untuk chatting tapi pakat balaih kat blog depa la, jangan balaih kat blog sendiri.. malu oiii... macam cakap sorang-sorang pulak kan...

Malam semalam aku jalan-jalan kat blog orang... err... tak, tak.. bukan jalan-jalan tapi blogwalking. Hik hik. Tiba-tiba je aku nampak ada beberapa blog yang sebut nama Ben Ashaari (alahaii sapa lah pulak mamat ni? Aku tak berapa nak kenai. Pernah dengar nama je) suruh buang cbox/shoutmix.
Laaa awat pulak? Kata dia lebih kurang yang aku paham camni la, cbox/shoutmix tu ramai blogger yang perlakukan seperti memaksa orang untuk follow blog blogger yang jadi pengunjung blog korang. Yelah, kalau dah tiap-tiap kali dia update blog, pastu dok sibuk tinggal link kat cbox/shoutmix orang lain suruh view blog dia, suruh follow la bagai, tak ke memaksa tu? Sukahati kitalah nak follow ka dak. Bagi link sekali je sudahhh... kot ada jodoh mungkin boleh jumpa kat group SB atau GB. Ni dok hantar banyak-banyak kali kadang kalau aku ada kuasa men-delete, aku delete gak blogger tu daripada dunia blogger ni kang... Miahaha...

Tapi serius, sebelum ni aku memang rasa cbox/shoutmix tu memang untuk orang say Hi, tinggalkan tapak. Tipulah kalau takde yang dok paksa-paksa aku follow blog dorang. Ada je tapi ignore jela kan. Pegi jap blog dorang, kalau ok, follow. Kalau tak ok, tinggalkan jejak balik, dan chow lah. Bukan susah pun sampai nak kena delete cbox/shoutmix. Ish ish ish...
Lagi satu aku kalau ada orang jadi follower aku memang dah jadi hobilah aku view blog dia balik. Itu pun salah satu cara untuk beramah mesra kot. Dia kenal aku, aku kenal dia. Pedehal, Pe'ah... TAPI, adakalanya diorang tak sertakan PAUTAN/LINK blog diorang pada profile diorang. Itu pun masalah dan dari situlah bergunanya cbox ni untuk tinggalkan pesan, "kita dah follow awak, silalah awak follow kita balik, kalau taknak follow kita balik, kita unfollow awak tau!! *muka garang*"

Bagi aku depends lah pada orang. Tak semua orang yang masuk blog kita, tinggalkan jejak di cbox/shoutmix semata-mata nak memaksa kita follow diorang. TAK.
Boleh jadi, kerana cbox tu korang boleh jumpa senior korang ke, kawan-kawan lama korang ke yang rupanya baru tahu dia pun ada blog. Macam yang berlaku pada aku masa tahun lepas. Ingatkan siapa yang BW kat blog aku, sekali.... laaa... senior P.I cheq ka... Masa tu hepi tak terkira. Rasa macam jejak kasih sekejap dengan dia. Dahlah dah lamaaaaa gila lost contact sekali jumpa balik kat cbox. Betul-betul tak sangka. See? So aku rasa orang yang delete cbox/shoutmix dia tu macam tak patutlah kan... Ada kerugian di situ.

Apa pun ini pendapat peribadi aku jelah. Takde kena mengena dengan Ben Ashaari, Ben Bradshaw mahupun Ben Firdaus... Eh, eh... sempat lagi masukkan nama yang last tu... tettt
Cuma tak payahlah sebab orang ni cakap camtu kau pun nak ikut bulat-bulat padahal dia cakap macam tu sebab orang dah kenal dia. Mungkin dia pun tak paksa korang ikut cara dia. Nak buat apa-apa juz use your brain la. Lepas tu fikir dalam-dalam. Kalau aku, buang cbox tu rasanya macam tak bermakna kot blog aku ni melainkan kalau ada orang yang mencarut dalam tu mungkin takde cbox itu lebih bermakna (harap-haraplah aku tak jumpa orang yang keji macam tu dalam ni). Depends on situation lah jangan angguk melulu je, hokeh? Kang menyesal kang sapa yang susah? Diri sendirilah sebab password cbox yang aku guna dulu aku dah lupa... Kikiki << motif??

Isnin, 23 Mei 2011

Secret (One Republic) - HMC Phlow on Showdown 2011


Tiba-tiba lak minggu pertama Showdown 2011 group kesukaan ramai (termasuk aku & adik beradik) buat persembahan dengan lagu Secret - One Republic ni...
Memang mantoppp lah kan...
Go HMC Phlow!

Sayangnya aku jumpa satu je video minggu pertama HMC kat youtube. Tu pun gambar pecah-pecah nasib baik audio dia ok. So layan jela...


Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got no shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'mma tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away



Sangat sweet...
Se-sweet katak yang comell itu... ngeee

Tapi lagu dia tak full la, saja je pilih video ni sebab taknak bagi lagu tu full.. keh keh keh
Kalau nak tengok, bolehlah saksikan setiap hari rabu jam 9.30 malam di 8tv.

Selain HMC Phlow, aku rasa Elecoldxhot pun the best gak.
Kalau masuk final nanti pun minta-mintalah dua-dua group ni jadi saingan. Memang sangat best!


 
 
Paling smart part slow motion tulah. Memang umphhh!
Betul macam peminat dorang cakap, Jay Chou pun boleh menangis wooo tengok klip video LIVE camni... hikhik
 

Sabtu, 21 Mei 2011

Tempat-tempat paaling menarik didunia

Hokeyyy hari ni mari kita berangan jadi jutawan.
Berangan nak ke semua tempat-tempat menarik yang wujud dalam dunia ni.
Aku pun teringin gak nak pergi... Wuwuwuuu


1. Grand Canyon








Grand Canyon ialah juram cenuram yang terukir daripada Sungai Colorado, Arizona, Amerika Syarikat.
Yang menyebabkan kesan pada Grand Canyon adalah hakisan yang disebabkan oleh air dan angin. Maka terhasillah hakisan yang menarik tertarik gitu... I like~

Setiap tahun, hampir 5 juta orang yang mengunjungi Grand Canyon. (perghh mari berangan kita adalah salah seorang dalam 5juta manusia itu... huhu)

Masa yang sesuai untuk ziarah Grand Canyon ini ialah sepanjang musim panas dan musim luruh tapi bagi penduduk tempatan musim sejuk adalah masa yang paaaaaaaling sesuai.

Tapi jangan ingat simplysiti je korang nak berkhemah kat Grand Canyon tu. Kena dapat keizinan dulu daripada Office State.

Whoaaa dah lama kot aku berangan nak pergi tempat ni. Tengok movie 127 Hours pun dah buat aku jatuh chenta dengan ini tempat. 


2. Great Barrier Reef










Yang ni merupakan ekosistem terumbu karang yang terbesar kat dunia. Ada dua tempat je kat dunia ni yang memiliki ekosistem ni. Lagi satu tempat tu aku lupa kat mana.
Silalah korang search google hokeyyy. Tapi tak silap aku yang ada ni pun dah diancam kepupusan.
Ini merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan yang paling besar di Australia.
So siapa belajar kat sana, kalau tak pergi tempat ni korang memang rugi la kan... 

Terumbu karang ni terdiri daripada 10,000 spesis termasuk ikan dan burung (burung??)


3. Florida

Theme Park

Cinderella Castle

Florida merupakan negara timur selatan yang terletak di Amerika Syarikat.
Tempat ni untuk korang berhibur jela sebab terdapat taman tema terbesar.
Universal Studio, Disney World dan banyak lagi tempat untuk dikunjungi
Dan ia juga dikenali sebagai Sunshine State.


4. South Island New Zealand








Korang peminat cerita Lord of The Ring?? Mesti korang familiar giller tengok tempat ni dalam movie tu. Yup, aku tengok filem tu selain daripada tengok Orlando Bloom dan Elijah Wood (wink2), of course cinematografi diorang dan lokasi yang cun banget!
Jalan cerita? Haram gua tak ingat... hehehe

Pulau ini bercirikan pemandangan yang luas terbentang dan terkenal kerana hutan pantai yang luas, pantai berpasir emas dan padang yang luas.
Kalau korang datang sini, memang perlulah menikmati setiap inci pemandangan.
Kalau kaki tidur tu, bawa-bawalah celik mata. Rugi wooo... << pesanan untuk diri sendiri

South Island ni mempunyai 10 taman negara. Kat taman ni terdapat halaman warisan dunia, danau, teluk, jurang curam, hutan asli, pantai, trek untuk hiking yang berkelas dunia.
Dan paling penting, pemandangan memang menarik...


5. Cape Town




Cape Town terletak di Afrika Selatan. Satu-satunya cara untuk memahami dan menikmati negara ini ialah dengan merasai sendiri keunikan multi-culture dan pemandangan sekitarnya.

Bila tiba musim panas, negara ni adalah tempat yang paling sesuai untuk bercuti kerana memiliki pantai yang cantik dan pemandangan yang indah.

6. Sydney


Sydney terletak di pantai tenggara Australia dan dibina disekeliling Pelabuhan Jackson dan kerana ini ia juga dikenali sebagai Bandar Pelabuhan. Sydney juga terkenal sebagai tempat pelancongan terutama Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge yang sudah menjadi ikon Sydney di mata penduduk dunia.

Jom datang Sydney untuk tengok kangaru, beruang koala dan dolphin yang bijak...


7. Canadian Rockies




Canadian Rockies adalah salah satu tempat paling spectacular di bumi. Tempat ini memiliki potensi  kelas dunia. Mengunjungi dua taman negara Canadian Rockies dan mengetahui mengapa sebagian besar pelancong memilih Canadian Rockies sebagai tempat pelancongan.
Tempat ini menawarkan perkhidmatan yang terbaik dari yang terbaik. 
Musim sejuk adalah waktu yang tepat untuk menikmati tempat itu. 
Korang boleh juga dapat cuba olah raga seperti ski, snowshowing dan kemudian bersantai di sekitar unggun api setiap malam.
Fiewww mesti sangat best!

8. Taj Mahal



Siapa yang tak tahu Taj Mahal. Siapa yang tak tahu kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Semua orang tahu. Inilah bukti cinta teragung seorang suami kepada isteri << perghh ayat nak best..


Ramai yang cakap binaan bangunan Taj Mahal sangat indah dan kreatif.

9. Fallingwater Pennsylvania








Fallingwater Kaufmann Residence ialah rumah yang dibina diatas sebahagian air terjun.
Dan ianya dipuji sebagai "Most Beautiful Job"
Menduduki tangga 29 dalam senarai America's Favorite Architecture oleh AIA.


Sebab tulah ni pun salah satu tempat yang perlu dilawati.
Atas air terjun beb... kau pernah tengok? Mestilah tak, entah-entah kewujudan tempat ni pun korang tak tau kan? Aku pun baru tahu sebenarnya... hehehe



10. Taman Negara Yosemite





Merupakan salah satu blok habitat terbesar di Sierra Nevada dan taman ini menampung kepelbagaian haiwan dan tanaman.
Sekitar 10 juta tahun yang lalu, Sierra Nevada itu dikatakan terangkat dan kemudian condong untuk membentuk lereng yang relatif lembut, lereng barat dan timur lebih dramatik.
Sekitar 1 juta tahun yang lalu, salji dan aisakumulasi, membentuk jurang curam di padang rumput pegunungan tinggi yang bergerak menyusuri lembah-lembah sungai. Ketebalan ais di Yosemite Valley mungkin telah mencecah 4.000 kaki (1,200 m). 
Gerakan massa lereng bawah ais dipotong dan dipahat lembah berbentuk U yang menarik pengunjung begitu banyak pemandangan yang indah pada hari ini.


Wuyooo betul-betul belajar sejarahlah kot kalau pergi tempat ni.
Apa pun mesti tempat ni chantekkk giller.

11. Piramid




Kawasan Giza atau El Giza atau dikenal juga Gizeh atau El Gizeh (Al Jizah) adalah kawasan yang terletak di  Kaherah (Mesir), piramid-piramid yang terdapat disini adalah katagori terbesar dibandingkan dengan piramid yang ada di tempat lain.


Dalam piramid tu terdapat ruang raja, ruangan ratu, pintu terowong (yang berdiameter satu perempat meter dengan panjang 40 meter). Kebanyakan penduduk pada abad tersebut terkenal sebagai petani. mereka memanfaatkan lembah Sungai Nil untuk dijadikan sebagai saluran perairan mereka.


Jika dibandingkan dengan Empire State Building di New York, piramid ini lebih besar 30 kali ganda dan bahkan boleh terlihat dari bulan << okey, part bulan ni korang kena pergi sana dululah baru boleh sahihkan ke tak piramid ni boleh nampak dari sana... hohoho



12. Niagara Falls




Niagara Falls terletak di sempadan Kanada dan Amerika Syarikat. Ianya merupakan antara air terjun yang tercantik didunia. Bukan yang tertinggi ok.
Niagara Falls ni adalah antara tempat yang mesti dikunjungi oleh pengunjung luar negara yang ingin datang ke Kanada ni.
Sebenarnya macam-macam ada di Niagara Falls ni. Selain menikmati keindahan, terdapat juga Factory Outlet yang menjual barang-barang berjenama pada harga murah.


Kalau nak menikmati keindahan Niagara Falls, disarankan pergi masa musim panas. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti naik bot dan jalan-jalan berdekatan air terjun. 
Kalau masa musim sejuk, nak jalan pun agak terbatas sebab sejuk sangat. Lagipun, banyak attractions lain yang ditutup, jadi kurang sikit aktiviti outdoors masa musim sejuk. Pergi masa musim sejuk dan musim panas dua-dua pun bagus, sebab pemandangan air terjun tu berbeza sikit ikut musim.

13. Mount Kilimanjaro




Gunung Kilimanjaro terletak di Benua Afrika dan ianya merupakan gunung berapi yang dah tak aktif.
Itu adalah pemandangan yang mengagumkan yang penuh dengan salji putih tertutup di puncak dan lereng kasar dibina di atas lapisan lava.
Hijau subur di kaki gunung itu merupakan 'rumah' untuk pelbagai jenis tumbuhan dan hidupan liar.

14. Venice





Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Agaknya kalau datang sini mesti sentimental gile sebab banyak binaan abad ke-17 yang terdapat di sana.


Ok, konklusinya ianya sesuai untuk lokasi berbulan madu.



15. MAKKAH AL MUKARRAMAH



Sebagai orang Islam of course lah ni tempat yang paling aku nak pergi.
Tempat wajib dalam senarai sebelum mati kottt...
Keistimewaan? Erm.. susah nak disebut dengan perkataan. Kena pergi sendirilah baru tahu macam mana...
Teringin nak pergi tapi tak tahu bila Dia nak panggil aku ke sana :'(
Apa pun, keep praying ok!



Ok. Dah.
Pecinta alam betul rupanya aku ni. Hampir semua tempat yang menarik tu semuanya memiliki pandangan yang memukau..
Bilanya boleh pergi, tak tahulah. Kena kahwin/berkawan dengan anak jutawan kot baru boleh pergi... kihkihkih



Ikut via FB