Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 30 Julai 2011

Ramadhan Dua Zaman


ramadhan... 
satu nasib tak serupa
peluangnya sama
natijah berbeza

ramadhan mereka gemilang cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malang terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu

malam mereka meriah disimbah nur al-quran
tp malam kami muram berkabung dengkur

mereka berlumba mengejar makrufat
tapi kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap taqwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan

takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga



Sedih dengar lagu ni. Rasa tepat kena setepek di muka sendiri.
Ramadhan umat akhir zaman, macam inilah.
Harap-harap tahun ni tak macam tu. Mudah-mudahan... Kabulkanlah, Ya Rabb.
Kabulkanlah!

p/s: hari tu cakap, entri last kan? Tapi tak sangka menyusul pula dua entri (termasuk entri ini) hahaha. Esok lusa pun mungkin ada lagi entri. Wallahualam ;)

Jumaat, 29 Julai 2011

Spontan #3 - Khairul Fahmi Pujaan Malaya!



Malaysia kalah tapi aku bangga dengan kesungguhan Khairul Fahmi!
Walaupun tersepit dengan kontroversi yang melanda, tetapi dia tetap melakukan yang terbaik.

Ikut via FB