Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 30 Mac 2011

Budak nyomelll... deyamnyaaaaaaa!!

Tengah-tengah malam ni sebab windu dengan budak nyomell cumell nih maka aku buat lagi entri pasal dia.
Haa korang suka tak?
Suka tak?
Kalau tak suka, aku peduli hape.. ini belog haku, belog hekau... He he he...

Sebelum ni pun dah pernah buat entri pasal dia,

Hari tu (19 Mac 2011), kitorang ditugaskan untuk jaga dia lagi.
Wahhhhh masa untuk membuli budak tecikkkk.. ngeh ngeh

Memandangkan dah ada kamera DSLR kat rumah ni, maka dengan senang hatinya kitorang menjadikan budak ini sebagai model murahan.. erk.. bukan, bukan.. model tanpa bayaran sebenarnya nak tulis -__-" mati aku kalau mak pak dia terbaca ni... huuuu

Dahlah. Malas nak menaip dah, buat lenguh jari jemari den yo.
Korang cekidout je gambar-gambar yang bakal menyusul ni.
Kalau ada yang selekeh-selekeh tu pandang sebelah mata je kay.
Tak pun tutup terus mata tu. He he he.





Hadif: "Tepilah, kita nak main jugak!"

Harith: "Adik pegilah main jauh-jauh..." muka dah mula tercebik-cebik














Merajuk dah sebab abang Ayish tak bagi main game dekat laptop.. :(
Nak kacau siapa lagi nih??    




       

















Jalan-jalan cari mangsa.
Ok, jumpa mangsa. Kak Yaya yang suka buli kita!!!
Jom serang!!!
Tapi Kak Yaya pun cakap : "Hadif, no! No! No!"
"Ok, i've got it, i've got it... " *baca macam nada Gru Despicable Me*








 Main sorang-sorang pun best!














 
Tiba-tiba ada orang cakap kat kita
"Hadif, kalau nak main laptop, kena buat muka paaaalinggg comel. Ce buat, ce buat!"








"Camni ke??"

"Bukan."






 "Camni??"    

"Bukan."      









"Camni?"

"Taknak nampak gigi.
Gigi setakat dua batang pun nak tunjuk.."





"Err.. Camni? Boleh tak?"




"Yezzaaa.. inilah yang kita cari! Nyomellllnyaaa"




Tadaaaa... Inilah habuannya!









Dan budak nyomell pun bermain dengan senang hati...



~TAMAT~


Inilah dia, sebuah kisah yang tercipta dikala rindu dan kebosanan... huhuhu

Credit to: Afifah Izhar untuk SEMUA gambar candid di atas.


Ini gambar latest ayah dia letak kat bukuwajah semalam... Sangat comellll...



Isnin, 28 Mac 2011

Freedom - Maher Zain

Yezzaaa! Akhirnya Maher Zain post jugak kat bukuwajah dia lagu best nih.
1st time dengar masa pergi big konsert dia kat Stadium Melawati tempoh hari.
Dua kali dia nyanyi lagu ni.. Sangat best!

Lepas ni harap-harap Irfan Makki keluarkan pula klip video untuk lagu Mabrouk ^__~

Layan~ 

p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda...



Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; 
we want to take back our land

Oh God thank You

For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling You for freedom, freedom

We know You can hear our call 
ooh
We're calling for freedom, 
fighting for freedom
We know You won’t let us fall 
oh
We know You're here with us

No more being prisoners in our homes

No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank You

For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling You for freedom, freedom
We know You can hear our call 

ooh
We're calling for freedom, 
fighting for freedom
We know You won’t let us fall 
oh

I can feel the pride in the air

And it makes me strong to see everyone
Standing to get holding hands in unity
Shouting out loud demanding their right for freedom
This is it and we're not backing off
Oh God we know You hear our call

And we're calling You for freedom, freedom

We know You can hear our call 
ooh
We're calling for freedom, 
fighting for freedom
We know You won’t let us fall oh 2x

We know You're here with us

Sabtu, 26 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - Epik terbaikkkkk

Malam tadi dalam jam 9 malam, dengan iktikad dihati <- ayat tak boleh blah!!!, kitorang adik beradik;
Awwab (driver), aku (co-driver; layak ke?), Asim & Adik meredah malam hari menuju ke Seksyen 7, Shah Alam
menjemput Ipah (minah berselendang kulit ular sawa) untuk bersama-sama berpesta! Yeehaaaa!
Berpesta amende? Pergi tengok wayang tanpa tempah tiket sebab call punya call, punya call itu Golden Screen Cinemas (GSC) macam hampeh sebab dorang tak angkat tapi kredit hampir rm10 kena telan.
Macam #$%^&* je kan? Eh, ayat simbol-simbol tu bukan ayat carutan ok! Hohoho... Heee

Sampai One Utama (OU), Damansara hampir jam 11 malam.
Kat tempat parking tu tiba-tiba terperasanlah sepasang pasangan artis yang agak popular ini.
Dengar cerita dah bercerai tapi malam tadi nampak ok je, dah rujuk balik kot.
Apa pun suka tengok mereka berdua... :)

Redah punya redah, akhirnya dapat juga tiket Hikayat Merong Mahasuasa
eh bukan Mahasuasa tu 'pakcik' dia; Hikayat Merong Mahawangsa yang sebetulnya.
Dapat wayang untuk tayangan jam 11:20 malam.
Tempat duduk??? Semestinya kedua depan.. Warghhh! Tensen! Tapi nak buat macam mana, dah tu je seat yang hado. Nak pergi Cineleasure takut tak sempat.

Dahlah duduk depan-depan, kitorang bawa budak bawah umur walaupun klasifikasi filem itu untuk tatapan kanak-kanak atas 13 tahun, tiba-tiba pulak keluar iklan filem hantu. Hampir tercabut jantung den!
Seram gilaaaaaaa!
Filem Karak, konfem aku tak mahu tengok walaupun aku rasa cerita dia lebih seram daripada cerita Khurafat yang tak seram mana + merepek tuhhhh -___-"

Muka saya yang booooolat!
Asim, Ipah & Adik
Kami berlima yang comelll... ngeh2



Hikayat Merong Mahawangsa

Dah habis tengok gambar tak fofuler itu?
Saja je nak buat jahat letak gambar tak berfaedah banyak-banyak... ngeh ngeh ngeh.
Dahlah semua gambar dekat parking. Kih kih kih.
Kalau dah namanya seni, mana-mana pun boleh bergambar.... Lalalala




Sinopsis:
Semua orang tahu kisah Merong Mahawangsa adalah bukan dongengan tetapi merupakan sebuah fakta sejarah.
SEJARAH ok! Cuma ceritanya ada banyak versi. Maka sukahati KRU Studios lah nak buat versi yang mana.
Permulaan cerita apabila Putera Marcus Carprinius dari Rom datang ke Goa, India untuk mencari seseorang yang boleh membawa dia ke Semenanjung Emas untuk bertemu dengan bakal isterinya; Puteri Meng Li Hua.

Setelah beberapa adegan, maka Merong dengan terpaksanya mengikut kehendak Putera dari Rom itu iaitu menjadi bodyguard lah kalau ikut bahasa moden sekarang...
Entah macam mana, pertemuan itu menjadi kacau-bilau apabila Kamawas dan orang-orang Geruda-nya membuat angkara dengan menculik puteri yang chantekkk itu.
Dalam pertarungan itu, Putera Marcus tewas kerana ditusuk dengan pedang Kamawas durjana *wahh dah macam ayat komik Pedang Setiawan lah! ekekeke*

Jadi, matlamat Merong selepas itu ialah ingin membalas dendam terhadap Kamawas yang telah membunuh Putera Marcus, menyelamatkan Puteri Li Hua dan mencari makna tersirat rangkap pantun yang sering didendangkan oleh ibunya ketika dia masih kecil.
Sepatah haram dia tak faham maksud pantun yang berbunyi;

"SAMPAI MASA TIBANYA WAKTU,
REDUP HATI KAUM BERDUA,
BILA DUA JASAD BERSATU,
HIDUP MATI JADI BERSAMA"

Cerita seterusnya, silalah korang yang belum tengok tu pergi tengok.
Kalau cerita sampai habis memang tak best. 
Aku memang pujilah filem ni. Jujurnya, aku memang suka view filem macam ni.
Memang gempak! Paling suka babak yang mana Laksamana Liu Yun panggil Merong naik ke atas pelantar (sebenarnya aku tak tahu nak panggil benda tinggi tu apa, aku sebut je pelantar padahal pelantar rendah sikit daripada tu.. huhu). Aku suka part yang tu, yang mana kamera ikut jejak Merong dari mula-mula dia panjat benda tu sampai ke atas dan menunjuk pemandangan yang berada dihadapan.. Perghhh... Suka, suka!
*kalau korang tak paham apa yang aku terangkan ni, abaikanlah.. sebab aku tak mahir nak menerangkan benda-benda yang berkait dengan produksi ni*

Ramai yang kompelin pasal ending cerita ni. Bagi aku ok je. 
Itulah baru namanya real story bukan macam hindustan yang hero liat nak mati... Huhu.
Tak tahulah, agaknya mind set orang Melayu kebanyakannya memang macam tu kot, kalau hero je tak boleh mati, kalau mati cerita dia dan-dan tu juga jadi tak best.
Bagi aku, ok je. Aku suka :)

Mula-mula dulu aku pertikaikan juga kenapa ambil Stephen Rahman jadi hero? Takde hero kacukan yang menetap di Malaysia ke yang layak untuk pegang watak tu?
Tapi bila tengok filem tu, terbukti Stephen Rahman ialah orang yang layak pegang watak Merong tu.

Cerita ni kalau tengok macam tak percaya ianya dihasilkan oleh orang Melayu.
Bangsaku sendiri, mana tak bangga beb~
Walaupun yang kaya nanti adik beradik KRU dan semua yang terlibat tapi aku tetap juga rasa bangga tu.

KRU, u did the BEST job! Very awesome!

Dan tolonglah jangan nak bandingkan filem ni dengan mana-mana produksi Barat, memang takkan samalah.
Tengok juga kemahiran yang kita ada. Tengok juga kecanggihan teknologi yang kita miliki.
Mana setanding dengan mereka.
Tapi karya KRU untuk cerita ni bagi aku memang yang TERBAIK!
Malam tadi rasanya seperti tengok filem dari luar, bukan filem tempatan.

Kalau KRU boleh hasilkan filem epik sejarah bagus macam tu, aku cadangkan lepas ni KRU hasilkanlah pula filem epik daripada novel seperti novel trilogi Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid tu ke.
Kalau di barat kita tengok banyak filem diorang yang meletup kebanyakannya adaptasi daripada novel seperti Harry Porter, Lord Of The Ring, dan sebagainya maka apakata pula lepas ni Malaysia ambil pendekatan seperti itu.

Wassalam~

p.s: malam ni final Akademi Quran 5 (AQ5), harap-harap Nasir menang.. hehe... sebab dia orang Selangor :P tapi kalau tengok kemantapan suara rasanya macam Sabahan tu je yang bakal menang, apa pun kita saksikan di TV9 8.30 malam ini k! ;)

Isnin, 21 Mac 2011

Saksikan di Astro Oasis 25 Mac ini...

Disapa Izrail


Telefilem ini mengisahkan seorang bekas banduan yang bernama Alang Atan. Dia telah di timpa kemalangan semasa baru dibebaskan dari penjara. 
Semasa dalam koma, rohnya telah di bawa melihat kembali beberapa kisah lampaunya oleh seorang pemandu teksi yang bernama Hamdan... 
Apakah kisah2 lampau itu? Siapakah pula Hamdan? 
Sama-sama kita saksikan jawapannya... jeng! jeng! jeng!


Malam tadi aku tengok pratonton telefilem ni *pheeewitt pratonton di rumah sendiri :P*
Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana aku boleh tengok sedangkan belum ditayangkan pun lagi??


Sebab... sebab... penerbit cerita ini adalah WALID den, bukan WALID kau... hua hua hua

Ok, ok... nak aku bagitahu sebab musabab kenapa korang HARUS  + WAJIB tengok telefilem ini?
Err.. WAJIB tu taklah kot... tapi HARUS tu memang ye :)

Pertama sebab Hamdan tu handsome Photobucket Derr... betullah mamat pegang watak Hamdan tu handsome. Bila dia jadi baik dalam tu dah rasa macam ter-falling in luv pula.. Awww.
Pelakon baru kot; Josiah nama dia. Kacukan ok! 
Tapi lakonan dia memang macam pro. Terbaiklah! 
*ecece.. mentang-mentang dia hensem, dan-dan la dia terbaiklah bagai... :P*
Photobucket psstt.. ni rahsia kita-kita je tau, jangan bagitahu Walid aku puji mamat tu hensem... ngeee


Sebab kedua, mestilah jalan ceritanya... Mula-mula tengok tu macam tak paham sangat tapi sebabkan dah baca sinopsis di atas sebelum menonton, maka aku jadi paham dengan jalan cerita.
Cerita ni korang kena tengok dari mula sampai habis, kalau tak, korang susah nak paham apa yang berlaku sebenarnya.

Sebab lagi... err tak tahu dah.. Korang tengok jelah cerita ni nanti.

Cuma macam nak komen sikitlah *depan walid tak berani nak komen, so komen dalam ni je :D*
kalau TV Alhijrah boleh buat cerita yang tak bersentuhan antara lelaki & perempuan walaupun watak diorang sebagai mahram, why not dalam telefilem islamik macam ni pun pengarah & penulis skrip buat perkara yang sama.
Kan? Kan? Kan? Photobucket 
Malam tadi ada orang tu siap nangis kot tengok cerita ni Photobucket


Tarikh & waktu siaran: 25 Mac 2011, jam 10 malam
Stesyen penyiaran: Astro Oasis
Penulis skrip: Ummu Hani Abu Hassan
Pengarah: Murali Abdullah & Noor Hisham
Barisan pelakon: Shahronizam Noor, Betty Banafe & Josiah Padilla Hogan (hensem! :P)
Terbitan: Media Screen Sdn Bhd 

Buat reminder kat phone k.

Aku selitkan sekali lagu tema telefilem ni... Layan~ 
Lagu feveret aku nih, tapi versi Haddad Alwi punya lorr... hehe

p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda...


 

Jumaat, 18 Mac 2011

Senyum sampai ke telinga :]

Ada beberapa berita best untuk aku kongsi dengan korang hari ni.
Kelmarin aku mula buka Friendster.
Perghhh dah lama gila tak buka. Sekali dapat buka, seronok tak terkata sebab Friendster lebih laju berbanding Facebook.
Dan Friendster merupakan cinta pertamaku.. Wink2

Korang kenal tak Juara Akademi Quran (AQ) musim pertama?
Sekarang ni AQ dah masuk musim ke lima dah, tak sure ada yang kenal lagi ke tak dengan juara musim pertama.
Dulu aku selalu juga ber-Yahoo! Messenger dengan dia.
Sampai dia kahwin pun ada dia jemput tapi jauh la.. Isteri dia orang Johor.
Tak dapek den nak datang.
Dan sekarang diorang dah ada anak!
Comel sangat baby diorang. Sumayyah Binti Abdullah Fahmi namanya.
Nak tengok baby dia, klik [sini]


Abdullah Fahmi

Berita keduanya pula tentang artis kegemaran Ummi. Huhu..
Siapa lagi kalau bukan Irma Hasmie.
Wahh dengar cerita dia dah mula bertudung.
Baguslah kalau begitu. Alhamdulillah...
Moga kita semua support dengan perubahan dia k!

Wardina & Irma
Comelkan dia pakai tudung?
Comel macam i... ngaaa.. hahaha

Dan yang terakhirnya tentang Ben Bradshaw.. Wahh!
Tak sangka dia akan komen entri kat [sini].
Tersipu-sipu malu i... Hehehe...


Ben Bradshaw: putih kan gigi dia? :P


Hensem kan? :P

Oklah, itu saja berita bestnya...
Lainkali update lagi k...

Oh, sebelum terlupa, nak ucapkan takziah pada warga Jepun.
Betul-betul malapetaka yang bertimpa-timpa.
Mula-mula gempar bumi 9 skala richter.
Kemudian tsunami yang mana ombak mencapai setinggi 10m!
Kemudian kebakaran pula tercetus.
Kilang nuklear meletup yang mengakibatkan radiasi.
Salji pula turun hingga mengganggu kerja-kerja bantuan.

Semoga apa yang terjadi di Jepun menjadi pengajaran untuk kita, umat Islam... Insyaallah~


Isnin, 14 Mac 2011

Selamat Menyambut 143 Day today!



Alhamdulillah...
Ya, macam biasa.. Apabila umur mula meningkat, kita harus ucapkan rasa syukur kerana Allah masih
memanjangkan usia kita.
Selamat hari lahir, wahai diri yang makin tua ini.
Muka pun dah nampak tua.
Tapi takpe, jiwa masih muda, insyaallah... He he he..


Hari ini umur genap 25 tahun kalau ikut tahun Masihi.. Hu hu..
Perasaan? Entah, biasa saja kot.
Cuma rasa macam dunia ni telah berputar dengan ligat.
Sekejap aja umur dah bertambah.
Rasanya baru kelmarin *tipu la ni* aku mencoret tentang hari lahir yang ke 23.
Dan baru semalam *tipu lagi* aku mencoret tentang hari lahir yang ke 24.
Dan hari ni? Dah yang ke 25?? Cepatnyaaaaa.... Photobucket
Tu maknanya Tuhan nak kau sedar diri... rumah kata pergi, kubur kata mari... Sobsob..


Photobucket




Semoga Allah tak menimpakan bencana tsunami di Malaysia lagi, cukuplah yang dulu tu.
Tapi itulah, manusia ni tak pernah nak sedar akan kesilapan, bila dah terhantuk baru nak tengadah.
Nak buat macam mana.


Dan semoga Allah meningkatkan imanku yang sering turun naik dan kadang-kadang turun yang tak mahu naik-naik ni...Photobucket
Dan menjadikan aku sesuci 'Afirah Al 'Abidah; seorang ahli sufi yang sedang berbahagia di syurga dan namanya diPINJAMkan oleh ummi dengan izin Allah kepadaku...
Semoga aku menjadi seperti dia walaupun aku tahu aku tak mampu, insyaallah....


Ok, ada yang tanya apa maksud 143 day sebab bila diorang wish je mesti aku balas
"Hepi 143 day!"
Maka ramai yang terpinga-pinga.. apa tu?
Sebenarnya aku pun tak tahu.. hahaha..
Tapi masa aku tingkatan 5 dulu aku dengar radio Red.fm *perghh ingat kot radio apa :P*
DJ dia wish 143 day masa tarikh 14/3.
Dia cakap 143 day tu ala-ala macam hari kekasih lah konon cuma bezanya kita ucapkan pada orang yang kita sayang, " I LOVE YOU!"


Mana dapat 143 tu? Dari jumlah huruf pada perkataan I LOVE YOU tula.
I - 1 huruf, Love = 4 huruf, You = 3 huruf.
Maka terciptalah 143 pada hari 14hb 3.
Simbolik, kan???
I like~ he he he


Kalau korang tak paham abaikan, sebab aku pun paham gitu-gitu je... Ahaks!




Pertama kali dalam hidup. Korang hado??


Dah, berhenti cerita tentang ulang tahun.
Sekarang nak sambung cerita best pulak!!
Cewah! Semangat nih! Ha ha ha...


Selasa lepas Tika mesej aku ajak aku join program.
Program hape? Jadi fasilitator under penyeliaan abang kawan kitorang; Aisyah.
Pergghh kagum kot.. Abang dia Ustaz kat sekolah tapi dalam masa yang sama siap ada syarikat training motivator lagi... Kagum... kagum...
Tapi masa tu aku berbelah bahagi jugak nak join ke tak nak.
Pasal jadi fasi kena cakap depan orang.
Dulu berkeyakinan jugalah bercakap depan orang, tapi sebab dah lama tak merasai benda-benda macam tu, takut tergigil depan orang.. Keh keh keh


Malam Jumaat tu tidur UPM.
Biasa kalau dah jumpa Tika & Zack memang alamatnyabercerita sampai ke pagi.
Padahal cerita benda yang sama tapi perasaannya macam petama kali dengar cerita-cerita kenangan lalu tu.


Esok paginya berkumpul dekat kafe.
Masa tu lah berkenalan dengan budak-budak teater Zack; Khairul & Fateh.


Baru tahu rupanya kitorang kena bahagi dua kumpulan sebab ada dua sekolah untuk dikendalikan.
Tapi nasib baik kumpulan lagi satu tu Azam dengan Aisyah je yang masuk situ.
Yang kitorang-kitorang semua; aku, Tika, Zack, Azmi, Wani, Lin, Kama, Fateh & Khairul satu kumpulan... Yeayyyy!Photobucket


Sebelum pergi tu memang Abang Bakh pesan macam-macamlah.
Sampai dup dap dup dap dah jantung den.


Sampai je SMK Dusun Nanding, abang Aisyah yang lagi sorang; Abang Nurul tengah berucap.
Memang bestlah abang dia yang ni.
Kelakar je. Sampai peserta semua tak kering gusi lah dengan dia.
Best je tengok. Sampai ter-berangan konon aku yang bercakap dan buat lawak kat depan tu.
Kah kah kah.
Sekali kena kenalkan diri depan-depan pun hampir longlai lutut aku... Ngaaa....
Dah cuba kawal perasaan supaya tak gementar tapi still jugak tak boleh nak kawal.
Nasib baik aku antara fasi perempuan yang terakhir kenalkan diri, kalau tak...
Dan masa tu dah kuranglah gigil... Keh keh keh.


Malam tu kitorang makan sedap-sedap, lamb chop ada, burung puyuh BBQ ada... korang ada?
Memang sedap r...


Malam tu tidur kat sekolah tulah, tidur kat dalam surau.
Hambek, semua penakut tidur siap berhimpit-himpit. Ha ha ha.
Ada yang tak bagi tutup lampu lagi.


Tengah sedap-sedap lena tiba-tiba pintu diketuk.
Aku sedar masa Zack dah nak bangun untuk buka pintu.
Aku bab-bab sekolah ni seram sikitlah, sebab sekolah kan banyak kisah mistik-mistik ni. Kihkih.
Kuno beno pemikiran.


Rupanya ada pelajar yang sakit, so dia minta ubat.


Pagi tu, aku, Lin & Wani jaga budak solat subuh.
Tika, Zack & Kama pula jaga budak-budak non-muslim dan yang uzur.


Azmi buat tazkirah, siap ada yang menangis tuuu...
Bila aku puji sikit mulalah buat gaya berlagak.. Hahaha.
Tapi memang best lah. Sporting aja semua.
Budak-budak sekolah pun sporting cuma ada sekali tu budak lelaki buat slek kat aku.
Betul-betul macam nak cari pasal.
Salah paham je kot sebab dia ingat aku pun student situ, tu yang bila aku tegur selamba je dia cakap;
"Kau siapa?" Wah wah wah...


Overall memang semua ok! Bestlah dapat kutip pengalaman tengok motivator kendali program.
Seronoklah!


Balik tu berhimpit-himpit dalam estima.
Memang kelakar.
Bising masing-masing. Si Khairul siap rakam situasi lagi, mentang-mentang dia duduk sebelah driver.


Sampai UPM, kitorang lepak kafe. Saja konon nak buat post-mortem.


Entah macam mana lepas habis makan semua, Fateh tanya aku ada tisu ke tak pasal aku duduk sebelah dia.
Aku cakaplah takde. Aku tanya dengan diorang-diorang yang lain semua cakap takde.
Sekali aku teringat ada sapu tangan yang aku belum guna kat dalam handbag.
Dengan rasa penuh keikhlasan aku pun bagilah dekat Fateh.
Hmmppph... terus kena bahan kot...
Malu gila masa tu.
Semua cakap romantiklah, sweet couple la.
Zack lah yang start mengusik dulu.
Yang Fateh pula siap tanya, "boleh bawa balik ke sapu tangan ni?" Erkh... sengal gila! Hahahaha...
Yang kelakar kat sapu tangan tu ada gambar dua ekor rabbit, si Fateh siap cakap,
"Ni awak, ni abang." Wakakaka... Nasib baik part tu aku tak dengar, yang dengar diorang yang lain ni.
Siap ulang cerita kat aku berapa kali sebab diorang cakap cara Fateh cakap tu sweet giller...
Aku nampak dia tunjuk gambar je pasal masa tu Azam ada buat sesuatu sampai aku cakap kat dia,
"Eeee mungux lah kau ni, Azam!"
Tapi memang gelak tak berhentilah masa tu.


Memang sengal-sengal lah diorang semua.
Sampai dah rasa panas muka aku ni sebab ketawa banyak sangat.
Dahlah ketawa masa berhimpit dalam estima tu tak hilang lagi, ni lagi tambah dengan kena bahan.
Aduyaiiii...


Tapi korang memang sporting & best!

Sabtu, 5 Mac 2011

Bilamana orang asing mengagungkan Melayu.

Peringatan: Entri kali ini menggunakan bahasa Melayu baku/skema.




Peringatan dengan gambar untuk entri kali ini macam patriotik gila saja kan? Hahahaha.
Tidaklah, aku cuma hendak praktiskan apa yang telah kita semua (orang Melayu) belajar dalam subjek Bahasa Malaysia! *kenapa tiba-tiba aku rasa macam aku bercakap dengan orang putih yang mahu belajar cakap Melayu ni? Aduhh. Macam Sabahan pun ada bah.. hahaha* abaikan... 

Sebenarnya sejak semalam aku menggodek-godek youtube.
Mencari nama Ben Bradshaw (pronouns; Bred-sha).
Kagum tengok kefasihan dia menggunakan bahasa Melayu.
Tengoklah, orang luar sendiri mengiktiraf bahasa Melayu tapi kenapa tidak kita?

Ke sana ke mari semua orang ingin bercakap bahasa Inggeris. Seolah-olah malu konon hendak bercakap Melayu.

Dan sedarilah, dalam kebanyakan kita ingin mendalami cara orang putih ber-rap tapi orang putih pula berlumba-lumba belajar cara orang Melayu berpantun.
Dalam kita mengejar untuk pandai ber-shuffle tapi mereka ini gigih belajar seni tarian zapin dan inang orang Melayu.

Tiba-tiba aku menjadi malu. 
Malu dengan kegigihan mereka yang belajar tentang budaya kita.
Malu dengan mereka yang berminat dengan bahasa kita.
Dan bertambah malu dengan anak bangsa yang bangga dengan budaya asing sehingga melupakan budaya sendiri.

Mereka memuji-muji kita.

"Bahasa Melayu bahasa yang mudah, yang mana jika ejaannya begitu maka begitulah sebutannya
bukan seperti bahasa Inggeris yang mana jika ejaannya begitu, sebutannya bukanlah begitu. Amat susah."

"Kami suka budaya Melayu kerana ianya penuh dengan kesenian yang sukar didapati di negara lain."

Ya, budaya Melayu ada pantun, ada syair, ada gurindam, ada seloka, ada inang, ada zapin, penuh dengan nilai-nilai kesopanan *aku la tu... hiks!* dan pelbagai lagi.
Negara lain tidak ada apa yang kita ada ini. 
Haruslah bangga okey!

Antara banyak-banyak video yang aku cari di laman youtube, dua ini adalah yang terbaik bagi aku...

p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda...






"Boleh bah kalau kau!" Hahahaha... Haihhh rindu Sabah~


p/s: A.D.A.M - Aku Darah Anak Malaysia! 

p.p/s: bukan nak kutuk anak Melayu yang belajar tentang budaya luar cuma janganlah sampai meminggirkan budaya sendiri sehingga mengagung-agungkan perkara yang tidak sepatutnya...

Khamis, 3 Mac 2011

Lagu & Kisah Chenta Yang Syahdu....

Malam tadi tak boleh tidur.
Makanya aku melayan lagu di henfon.
Gilak layan lagu jiwang... Hahaha...
Ermm entah, pasal dah ramai sangat kawan-kawan letak kat dinding bukuwajah diorang lagu ni, 
maka aku pun terikut melayan sama... *sedih* [korang lebih jahat dari Stacy]

p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda...

Lagu seterusnya ni pula Ain Rosli tujukan untuk aku... Kenapa entah.
Tapi aku sukalah dengan lagu ni, tengok klip video pun dah tahu jalan cerita memang macam 
HAMPASSS! *nangis* [erk. Ter-emo pulop... hehe]



Lagu ni pula happy ending!
Bestnya kalau ada orang sanggup berkorban camni untuk kita, kan? Awww... hahaha
*hmmm...dalam mimpi jelah*

Layan~ paling best lagu Dadali... gilo macam hampess sebab buat orang sedih.. hukhuk 

Selasa, 1 Mac 2011

9 Nyawa - Ramlee Awang Murshid

Mata hati tak pernah berdusta!

Novel ni pagi tadi dalam jam 3.30 pagi aku habis baca.
Warghhh! Serius ok aku bagitahu korang kalau baca novel R.A.M pagi-pagi buta atau tengah malam perasaannya memang seram giller.
Pagi tadi hampir-hampir jugalah aku tak boleh tidur.
Selama ni pun hampir semua novel R.A.M memang aku tak baca tengah malam. Seram weh!
Cuma malam tadi je sebab nak cepat tahu ending, tu yang khatamkan juga tu, lagipun dah banyak kali sangkut nak habiskan novel ni.

Tengah part seram tiba-tiba dengar pula kucing mengiau macam bergaduh kat luar tingkap bilik.
Hampir gugur jantung den... Terbukti aku memang penakut tapi buat-buat je berani. Hahaha..
Teruskan juga baca sampai habis dan akhirnya aku berjaya! Yeayyy!

Pagi-pagi bangun perasan ada lebam kat kaki... hohoho...

Aku rasa macam dah lambat je untuk aku ulas novel ni tapi sebab cerita dia best, maka lambat atau tak aku nak ulas jugak... wee


Sinopsis:
Intan Suriyani menghidap penyakit lemah jantung dari kecil.
Jadi hidupnya bergantung dengan ubat-ubatan.
Ketika kemalangan menimpa dia dan keluarga, ibunya melihat seekor kucing berwarna oren menjilat-jilat tangannya dan berlalu pergi. Dan kemalangan itu telah meragut nyawa bapanya.
Setelah kes kemalangan yang hampir meragut nyawa Intan, beberapa kali juga nyawa dia hampir hilang tapi Tuhan masih panjangkan umur dia.
Kerana kejadian-kejadian yang aneh itu, ibunya percaya yang si anak mempunyai 9 nyawa seperti nyawa kucing.

Hakim pula seorang yang cacat penglihatan dan memelihara adiknya; Shauqi, setelah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia kerana terlibat dalam satu tragedi ngeri.
Hakim sangat-sangat menyayangi Shauqi
Tapi Shauqi banyak menipu Hakim. 
Shauqi berhenti sekolah tanpa pengetahuan Hakim dan bekerja menjual barang seludup bersama Dahlan sahabat baiknya.
Selama dia bekerja dengan Kong (tauke barang seludup), tak pernah pun Hakim terhidu kerja terkutuk adiknya itu.
Suatu hari, Hakim menyedari yang dia ada kelebihan yang mampu mendengar suara manusia yang berada di antara hidup dan mati.. *haaa seram tak? seram tak?*

Akhirnya, Intan Suriyani dan Hakim bertemu dalam dunia paranormal.

Ketika di dunia paranormal itulah segala rahsia terungkai.

Doktor kata kalau Hakim tak buta dari kecil dia ada peluang besar untuk melihat semula tapi adakah Hakim semasa kecilnya dia boleh melihat? Apakah yang sebenarnya terjadi pada keluarganya pada masa lalu? 
Siapa sebenarnya keluarga Intan dalam hidupnya? Kerana apa mereka dipertemukan di dunia paranormal? Apa terjadi seterusnya kepada Shauqi, adakah dia akan mati dibunuh? Siapa pula dalang pembunuhan sebenar?

Aku rasa memang korang patut dapatkan novel ni.
Masa baca memang persoalan-persoalan itulah yang bermain di fikiran aku.
Curious giller nak tahu. Tak menyabar-nyabar nak tahu ending dia... Hehehe.
Dalam seram-seram tu terselit juga kisah sedih menyayat hati, menangis jugalah pagi-pagi buta tu.
Tak bolehlah... kalau ada kisah kena mengena dengan adik beradik ke, ibu bapa ke, mesti aku nak touching.
Tu pasal suka tengok cerita Korea sebab diorang banyak masukkan isu kekeluargaan.
Cerita Hindustan pun sama... Macam Kabhi Khushi Kabhi Gham, My Name Is Khan... huhu

Tapi macam biasa, novel R.A.M tak pernah mengecewakan... Best!

Ikut via FB