Orang semua sibuk update pasal filem Khurafat,
aku pulak nak update pasal cerita ini!
Despicable Me |
Serius, memang bestlah cerita dia..
Mungkin sebab aku lebih minat cerita kartun bodo-bodo (bak kata sesetengah orang) daripada cerita tahyul hantu bagai tu.
Ye, aku tak layan cerita hantu.
Buat hape kalau sekadar untuk bagi orang takut nak ke bilik air sorang-sorang, menangis di ceruk katil ketika black out.
Takde motif walaupun ada yang cakap ianya dikatakan ada MESEJ yang ingin disampaikan.
Rasanya takde orang nampak mesej tu sebab dah semua dok tutup mata, tutup telinga. Hahaha.
Ok, kembali ke topik asal.
Genre filem ni ialah sains fiksyen (ikut dari pandangan aku lah :P)
Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Gru yang bercita-cita kononnya nak bawa balik bulan ke bumi.
Perghh! Tinggi beb cita-cita dia.
Permulaan cerita tentang kehilangan Piramid Giza yang dibawa lari oleh seorang lagi penjahat.
Ermm kira Gru ni pun penjahat jugaklah, melakukan kerja yang menyalahi undang-undang dunia. Ekeke.
Bila dia tahu siapa yang berjaya mencuri Piramid Giza yang sebesar-besar alam tu, dia pun mula pasang strategi.
Dia nak rampas mesin yang boleh mengecilkan objek yang besar yang dimiliki oleh Vector; penculik piramid. Huhu.. Nama mesin tu Shrink Ray.
Dah macam cerita Doraemon pun ada gak.. Heee..
Dengan segala susah payahnya dia berusaha untuk dapatkan mesin tersebut sebab kawasan rumah Vector tu dikawal ketat. Akhirnya dia ternampak 3 orang kanak-kanak ni dengan senangnya berjaya masuk kawasan tu sebab diorang jual cookies yang menjadi makanan kegemaran Vector.
Edith, Margo & Agnes yang cumelll |
Diorang ni merupakan anak-anak yatim yang duduk di rumah kebajikan dan selalu menantikan kot-kot ada orang nak ambil diorang sebagai anak angkat.
Kesian wohh dah macam jadi kuli je jual cookies.
Kalau tak laku cookies yang diorang jual tu, diorang akan didenda.
Jadi disebabkan si Gru dah aim dengan mereka bertiga, maka dia pun menyamar..
Konon nak ambil diorang sebagai anak angkat.
Mr Gru |
Yang diorang bertiga ni pun konon berangan dapat mak angkat yang cantik, ayah angkat yang hensem.. sekali jumpa, muka macam watak penguin cerita Batman Forever pun ada ni... kihkih
Maka bermulalah kisah Gru & the Girls! He he he (gelak jahat)
Hari pertama kat rumah tu, macam-macam yang diorang selongkar.
Siap dapat kawan dengan Minions lagi.. Hihi..
Dahlah minions pun cumell cumell je semua
Gru & the Minions |
Agnes merayu untuk diminta bacakan bedtime story |
Part yang BEST! :)) |
Akhirnya, bila Gru dah dapat apa yang dia nak.
Dia pun mulalah pasang niat untuk meninggalkan budak-budak ni kat taman tema. Memang kelakar.
Tapi tak berhasil.
So cerita seterusnya ialah macam mana dia nak dapatkan loan dari Bank of Evil untuk dapatkan peruntukan nak buat roket.
Yelah, nak pergi bulan kau ingat setakat naik belon je ke?
Mestilah naik roket.
Jadi, malas nak cerita panjang-panjang, sama ada Gru berjaya dengan misi dia atau tidak? Sama ada Vector si nerd itu pasrah atau tidak dengan apa yang Gru lakukan pada dia atau sama ada kanak-kanak tu akan kekal bersama Gru ke tak, silalah tengok sendiri cerita ni.
Bagi aku mesej dia mudah, ianya tentang kasih sayang.
Macam mana seseorang yang masa kecilnya tidak diberi perhatian sepenuhnya oleh si ibu akhirnya mampu mencurahkan kasih sayang pada orang yang baru dikenali...
Memang sweet~
p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda...
Part yang paaaaaaaling best ever! hahaha
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)