Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 16 Julai 2015

Mohon jadi kuat


Salam 29 Ramadhan 1436Hijrah.
Selama ummi sakit ni entah berapa kali airmata aku menitis. Sayu je rasa. Benda jadi tiba² kan.. siapa nak sangka.

Cuma harapanku moga suatu hari nanti ummi akan pulih seperti sediakala. Aku pun tak mahula sedih² depan ummi. Tak baik. Tapi tadi ni sungguh aku tak boleh nak kawal perasaanku lagi saat menatap wajah ummi yg sedang tidur dalam kesakitan. Sudahla kakinya begitu, demam pula kejap datang, kejap pergi. Macam main acah² gitu.. sangatlah meruntun hatiku ini..

Rasa betul² macam dlm drama tadi. Lepas solat isyak aku masuk dalam bilik, pegang pipi ummi, panas! Dan ummi seperti biasalah muka redha dia saja yg dia tunjukkan entah kekuatan yg dimilikinya itu datang dari mana, teringin benar aku menjadi seperti itu tapi apakan daya, baru tatap keperitan ummi {belum dipilih untuk terima ujian sebegitu} dah berjejer airmata.

Gembeng!

Cengeng!

Ciwek! Eeww.. huhu

Sebabkan tak mahu ummi perasan kesedihanku itu aku pun keluar bilik. Memang dah tak mampu nak bendung lagi dah maka tersedu sedanlah aku diluar, habis diorang yg sedang sibuk kemas bilik ummi berasa hairan dan cemas. Aku cuma sedihlah! Tak ada apa² yg jadi kat ummi pun -_-' Aku kan cengeng, sensitif. Haiszz

Ikut via FB