Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 25 Ogos 2012

Kisah Ramadhan Kareem Dan Syawal Fitri


Sebab tak nak bagi orang nama Ramadhan dan Syawal perasan aku tulis pasal diorang, saja je aku letak tajuk kasi gempak siket supaya takde yang perasan gadis comel ayu eww eww ini tengah mengumpat/memuji mereka. Miahaha.

Sorry tukang mesin rumput DBKL sebab aritu korang siap mogok depan rumah aku pasal aku tak update blog sepanjang bulan ramadhan tempoh hari kan? Bukan aku tak nak update blog ni tapi ketika itu masa yang ada sangat-sangat ketat/sendat/padat. Bertungkus-lumus siapkan baju orang sampai baju sendiri pun terpaksa aku cari di Jalan TAR. Beli siap sudahhh! 

24 Ramadhan 1433H - Dia.. si 'Malique' misteri
Oww aku lupa hari apa, aku cuma ingat tarikh ikut kalendar Hijrah je. Hihi.

Aku, Ipah, Am, dan Aqilah merayap untuk cari barang buat biskut raya dan barang-barangan peribadi.
Nak balik tu kebetulan Am parking kereta dekat dengan bazar ramadhan, maka ter-singgahlah kitorang ke bazar tersebut. Ter ok? Sebab ianya bermaksud secara tidak sengaja.
Tengah asyik berjalan-jalan tiba-tiba aku terperasanlah seorang makhluk Allah yang jantinanya adalah LELAKI yang berjalan secara bertentangan dengan aku atau erti kata lain, dia mahu menuju ke utara dan aku mahu ke selatan. Elok je dia jalan dari arah kanan aku, melencong ke kiri. Daripada aku tak berapa nak perasan kewujudan dia, terus jadi terperasan walaupun jarak dia dengan kitorang adala dalam 50meter gitu tapi memang cepat jela mataku yang besar ni menangkap pergerakan.

"Malique!" sepantas kilat ayat tu terpacul dalam hati. Tak terluah sebab masa tu dia dah tak jauh sangat dengan aku, kang aku bisik-bisik kat Ipah mamat tu fikir aku ngumpat dia pulak. Nanti tak pasal-pasal kurang pahala puasa den hari itu. Maka aku pun mengekori pergerakan dia dengan ekor mata jela padahal dalam hati dah meronta-ronta nak autograf sebab minat gila babeng wa dengan Malique nih. Lagi-lagi sekarang aku memang gila lagu Teman Pengganti tu. Uwaa... *asal dengar lagu tu je nak touching lebih*. Tengok dia lama-lama tiba-tiba aku rasa macam bukan Malique pula. Eh?

Lepas beli kuih-muih pelbagai jenis, kitorang pun bergerak untuk pulang. Aku dengan sengajanya menoleh ke belakang kot-kot dapat tengok muka mamat tu lagi. Dan dapatlah tengok muka dia buat kesekian kalinya sebab masa tu dia pun bergerak ke arah selatan dan dah bawa plastik berisi juadah. Tiba-tiba aku terfikir; macam pernah aku nampak muka dia ni. Kat mana ya??

*O.M.A! O.M.A! O.M.A!

Akhirnya peristiwa beberapa tahun lalu menjengah di ruang ingatan. Dan-dan tu pulaklah segala memori dalam otak ni nak berfungsi flashback itu ini. Malique Train!! Itulah gelaran dia masa aku jumpa dia mula-mula dulu. Aku tak ingat tahun bila. Mungkin 2005/06. Tapi serius aku nak cakap muka dia memang sebijik Malique Too Phat. Kena tengok banyak-banyak kali barulah boleh cakap dia BUKAN Malique sebab dia nampak macam budak-budak sikit. Ala-ala babyface gitu muka dia. Tapi kalau tu betul-betul Malique gua tak tahulah kan sebab aku pun tak pernah jumpa Malique lagi. Tengok dalam tv je. Hew hew.

Dah alang-alang teringat kisah dolu-dolu (aku rasa kat blog dulu aku ada cerita pasal ni), maka mestilah korang pun nak tahu kan macam mana kisahnya aku jumpa mamat ni kan? kan? Korang kan ala-ala Mak Jemah semua cerita pasal aku korang nak tahu kan? Hik hik hik. Tapi memang aku sure la dia ni mamat yang sama. Masuk kali dah 4x aku terserempak dia tau! Over kan? Tegur pun tak pernah, terserempak je lebih. Huh!

Kembali ke 2005/06
Kisahnya bermula ketika aku berada di dalam komuter. Masa tu bukan aku sorang, dengan Kakak & adik-adik aku yang lain sekali rasanya. Dan rasanya lagi, masa tu bulan puasa juga sebab tahun-tahun macam tu aku tak biasa sangat keluar KL setakat nak merambu-ramba lalala, selalunya keluar pun sebab nak beli barang-barang untuk raya.
Nak dijadikan cerita, sebabkan terlalu ramai umat manusia dalam tren maka aku terpaksalah berdiri walaupun kaki dah rasa macam nak patah sebab penat berjalan tapi takkan nak duduk atas lantai tren pula kan? Berdiri ajelah sambil mata ni tak reti dok diam, merayap je tengok manusia yang keluar masuk tren sehinggalah akhirnya tertacap pada Malique itu! Dengan cap di kepala, baju T lengan panjang dan seluar khaki poket tepi tu. Gila superb! Kena pulak tu dengan fizikal dia. Umur-umur 20,21 time tu memang gila gak la kalau dapat tengok lelaki dress up macam tu. Macam watak komik. Cute!  (walaupun hakikatnya mereka tidak berupa) Keh keh keh. Dan masa tu jugaklah entah syaitonnn mana ntah menghasut aku suruh pandang  mamat tu lama-lama. Sebenarnya aku ni pemalu orangnya, dulu kini dan selamanya masih pemalu. Malu itu kan sifat orang beriman. Kalau tak tahu malu tu maknanya dah takde iman dahlah tu. Sebabkan perkara yang paling aku tak suka ialah apabila ada orang lelaki pandang aku lama-lama, jadi aku saja nak test power, nak tengok apa pulak perasaan seorang lelaki apabila orang perempuan pandang dia lama-lama (walaupun hakikatnya yang harus aku kesali dia bukanlah lelaki yang patut aku balas dendam itu.. huhu). Tempat dia berdiri dengan tempat aku berdiri dijarakkan dengan selang pintu je. Dia pintu sana, aku pintu sini, takdela jauh mana pun kan.
Dan bermulalah sesi tenung-merenung. Lama aku pandang, nampak dia pun pandang aku ikut ekor mata dia je. Nampak segan dia. Aku rasa kalau lelaki lain tu dah lama ajak main lawan mata kot tapi dia ni tak *hembus nafas lega* Ada juga dia pandang aku balik tapi aku tak larikan pandangan pun. U know what? Masa tu yang aku fikir, 'alah aku jumpa mamat ni time ni je, lepas ni konfem tak jumpa punya' sebab selalunya macam tu. Memang amat jaranglah nak jumpa orang yang sama berkali-kali. Dan sebab tu jugaklah masa tu hilang sudaa rasa malu i sebagai wanita beriman. huhu

Lepas habis belajar, aku kerja part time dekat kedai uniform. Nak dijadikan cerita lagi, masa aku tengah menuju ke toilet untuk ambil wuduk, aku terserempak dengan dia lagi. Masa tu aku rasa dia betul-betul buat pembalasan dendam sampai rasa panas gila muka aku bila dia pandang aku lama-lama macam tu. Nasib baik dia sorang je pandang aku, kalau dia hangkut sekali dua orang kawan-kawan kat sebelah dia tu pandang aku balik, tak ke niaya? Melalak aku sorang-sorang kat situ kalau itu yang terjadi tapi tak... *hembus nafas lega lagi sekali*

Kali ke3 jumpa dia rasanya dah 7,8 bulan kemudian kot, dah lupa pun kes dengan dia dulu. Masa tu aku kerja lagi kat tempat tu dan aku on the way nak keluar dari pasaraya tiba-tiba pula elok je masa aku turun eskalator dia ada kat bawah tengah mendongak ke atas pandang aku (memandang secara tak sengaja). Masa tu aku pun dok fikir, siapa dia ni? Apesal pandang aku macam kenal je? ENtah macam mana otak aku terus set up yang dia tu kawan sekelas aku masa sekolah dulu. Otomatik ok terfikir gitu. Dan elok je sampai bawah aku tegur dia,
" Eh, kau..."

Dia pun balas," yup?" 
Dan aku terus jadi blank. Dan masa tu jugalah malaikat kot yang tolong selamatkan aku daripada terus melalut. Terus aku diam dan blah, jalan macam biasa, buat-buat bukan suara aku yang terkeluar tadi walaupun perasan masa tu dia berhenti tunggu ayat sambungan aku. Kah kah kah. Gila keji aku time tuh. Tapi malu Allah jela yang tahu. Gila betul pergi tegur orang yang kita tak kenal. Tak pernah dibuat dek aku seumur hidup kot. Bahaya! Dan aku ingat lagi ayat sambungan yang sepatutnya terpantul dari kotak suara aku ni.
"Eh, kau buat apa kat sini? Selalu je aku nampak kau kat sini. Mengular ehh.." Nasib lah baik tak terkeluar ayat tu, kalau terkeluar agaknya dah gelak guling-guling dah mamat tu kat aku. Tak pun dah dapat gelaran apa entah aku kat dia.

Dan itulah kali terakhir aku jumpa dia. Tu pasal masa jumpa kat bazar tu dalam hati dok terkinja-kinja perasan dapat jumpa Malique padahal itulah orang yang sama yang jumpa dalam tren, yang aku pedajalkan hampir 6,7 tahun lalu. Tak sangka betullah otak aku ni boleh ingat semua dan boleh cam lagi muka mamat tu. Tapi dari cara masa aku jumpa dia kat bazar haritu rasanya dia pun dah lupa aku kot. Takde ekspresi apa-apa pun, pandang aku pun tidak, cuma sekilas gitu jela itu pun sebab kitorang jalan bertentangan, kalau tak memang tak terpandanglah kan... 

Tapi tetap tak puas hati apesal muka dia macam Malique Too Phat? Boleh ambil kesempatan tahu kalau orang minta autograf & menyamar sebagai Malique. Huhu.

p/s: *O.M.A = Oh My Allah!

Lagi kisah pasal bulan ramadhan? Erm.. tak banyak kot. Aku pun dapat rasa bulan ramadhan tahun ni paling teruk untuk aku. Tahap kesabaran aku sangat-sangat teruji. Asyik nak panas je. Pantang ada silap sikit mesti nak melenting. Melenting dalam diam. Protes dalam hati banyak tapi kat luar rasa macam dah tak terluah dah. Teruk kan? Padahal itu semua dicatat dalam kitab amalan. Hmmm


*    *    *

Ku lihat Ramadhan dari kejauhan.
Lalu ku sapa ia,"hendak kemana??"

Dengan lembut ia berkata,
"maaf, aku harus pergi, mungkin lama... 
Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama mukmin, 

ajarlah sabar untuk menemani hari-hari dukanya,
peluklah saat kelelahan dalam perjalanan Taqwa.




Itupu Syawal...ia hampir tiba,
lalu..ku lihat ramadhan pergi.... 

jauh....
'Ya Allah, apakah aku akan berjumpa lagi dengannya..??'


*    *    *

Akhirnya Syawal tiba juga. Kau sedih, kau gembira, kau harus sambutnya juga dengan penuh kesyukuran. Bersyukur kerana Allah masih panjangkan usia untuk bertemu dengan ramadhan, syukur masih berjumpa dengan syawal yang mana tahun akan datang entah kita akan bertemu dengan mereka lagi atau tidak. Atau tahun yang mendatang kita akan menyambutnya sebaik tahun ini ataupun sebaliknya. Dunia ini tidak selamanya aman. Dalam keseronokan, terselit rasa sedih dan simpati kepada etnik Rohingya. Moga Allah menghantar bantuan menghancurkan bala tentera Ahzab. Ameen.

Minggu pertama seperti biasa beraya, menziarah saudara-mara. I know my Nek Nyang (moyang perempuan) suka sangat dengan baju kebaya zaman Jepun yang aku jahitkan untuk beliau itu. Berapa kali ntah dia ucapkan terima kasih padaku. Terharu bila ada yang hargai hasil kerja kita :') Sedangkan beliau itu juga ketika mudanya seorang tukang jahit dan daripada Mak Andak sebelah walid pun beritahu yang arwah nenek juga suka menjahit. Owhh memang aku ni acuan sebelah ummi dan walid sungguh! Cuma kemalasan ini yang entah mewarisi siapa (mewarisi syaiton ler tu. Lagi mahu tanya).

Akhir kalam, nah gambar raya untuk tatapan kalian (termasuk pekerja-pekerja DBKL yang mogok didepan rumah aku tempoh hari... keh keh keh)

Pagi-apgi raya buat photoshoot di halaman rumah

Baju? Jalan TAR mari.. hehe

Model jubah. huhuh

Walid & Ummi! Saranghae!

Seluruh keluarga Haji Hamim & Hajjah Mukminah mengucapkan Selamat Hari Raya, taqabbalallahu minna wa minkum!


Ikut via FB