Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 6 Mac 2017

Ikutkan hati, mati

Untuk tempoh setahun ini kalau ikutkan rasa hati ini mahu saja aku luahkan segala apa yang aku rasa di blog ini. Biar orang faham, biar orang tak salah faham dengan aku, biar orang biarkan aku buat keputusan sendiri dengan aman dan tenteram tanpa perlukan masuk campur daripada sesiapa pun, biar semuanya datang dari hati dan pemerhatian aku sendiri. Untuk buat sebarang keputusan tak mudah, terutama jika berkaitan dengan pasangan hidup. Memang tak mudah. Sangat tak mudah.
Kalau ikutkan, mahu saja aku menggapai tangan sesiapa untuk dihadapkan ke Tok Kadi. Tapi itulah, aku tak mampu buat begitu dengan pejam mata sahaja. Tak. Sebab aku masih ada hati, aku masih ada perasaan. Jika aku tarik sahaja tangan sesiapa tanpa memikirkan tentang hati dan perasaan aku sendiri bermakna aku dah berlaku zalim kepada jiwaku sendiri. Untuk tempoh setahun ini bermacam² kata nista (jika boleh ku katakan begitu) orang beri pada aku. Macam². Berkata² seolah² memahami aku tapi sebenarnya tak pun. Tak langsung, ok :)) End up dia, aku nangis sorang² bertemankan tilam dan bantal. Sedih weh. Aku nak cerita apa yang aku rasa, apa yang aku nampak dan aku tak suka dengan apa yang aku nampak dan tahu itu pun aku tak tahu nak cerita pada siapa. Bagi orang lain (termasuk tuan punya badan) benda itu mungkin biasa. Tapi bagi aku benda tu aib. AIB, ok. Haha. Entahlah mungkin aku ni yang skeptikal atau tipikal kot. Bajet alim sangat, terlalu memikirkan akhirat sangat (kononnya). Tapi yang pasti aku TAK SUKA benda tu. Tak suka. Dan tak tahu nak bagitahu macam mana betapa tak sukanya aku dengan benda² gitu. 
Yang aku tahu buat, lepas solat, berteleku atas sejadah dan bercakap² dengan Allah,
"Wahai Allah, hanya Kau yang tahu benda yang aku tak suka tu bukan sebab aku tak suka saja-saja tapi kerana Kau juga tidak menyukai hal itu kan, Allah? Maka tunjukkanlah kami hidayah & jalan menujuMu selalu.. "
Kemudian menderu-derulah airmata aku sebab sungguhlah takde seorang manusia pun yang memahami kita melainkan DIA sebab DIA yang menciptakan kita, kan..
Moga Allah sentiasa ada bersama²ku, membimbing menuju jalan² kebaikan supaya dipertemukan dengan orang² yang baik juga, yang takuttt sangat untuk melakukan dosa, takuttt sangat dengan neraka Allah tu. Moga², kan.. Doakan daku sentiasa ye ;)

Selasa, 3 Januari 2017

Sakit Hati


Ada orang dia memang sukaaa nak sakitkan hati kita walaupun kadang kita rasa kita takde buat apa² pun kat dia.
Dah tegur banyaaaak kali perkara yang dia buat tu sebenarnya saaaangat menyakiti hati dan jiwa kita, tetap jugak dia melakukan hal yang sama berulang-ulang kali tanpa jemu, tabpa rasa bersalah.

Kadang² aku tak faham akan kewujudan manusia² macam ni, rasa tak perlu wujud kot..
Tapi bila Fynn Jamal ada share live update kat FB page dia tajuk Winning in Losing, baru aku macam tersedar sikit. Ayat tu dipetik daripada al quran, kalau aku tak silap, yang mana Allah berfirman sesungguhnya manusia ini dijadikan sebagai ujian kepada sekelompok manusia yang lain. Allahuakbar. Kadang kita rasa kita dah saaangat teruji dengan sikap manusia yang sering menyakiti hati kita tapi hakikatnya diri kita sendiri ini pun sering menyakiti hati manusia yang lain. Arghh! Jomlah terjun sungai sesama cenggini! I is stress lah dengan keadaan cemni.. Hadoii

Kata ustaz Pahrol pula jika kita bersabar dengan kerenah manusia sesungguhnya Allah akan ampunkan dosa² kita atas sifat sabarnya kita tu. 

Taapii..

itulah, sabar is not easy la sebenarnya. Lagi² aku ini manusia yang bukan penyabar sangat. Rasa geram, sakit hati tu memang ada tapi entahlahhhh

Erghh! Stress!

Moh ler kita menangis bersama². Wuwuwu T.T 

Ikut via FB