Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 7 Oktober 2015

Aku — Manusia Berdosa


Aku, manusia yang penuh dengan dosa.
Aku, manusia yang sering bercita-cita agar dapat menjadi penghuni syurgaNya..

Tetapi Wahai Allah!
Untuk orang sepertiku ini; yang penuh dengan dosa, penuh dengan maksiat, penuh dengan kejahatan, masihkah Kau mahu memandangku, duhai Allah!
Masihkah aku ini layak untuk mencium harum syurgaMu, wahai Allah!
Masihkah aku ini layak menerima syafaat daripada kekasihMu — Muhammad, ya Rasulullah, duhai Allah?

Tuntunlah aku!
Lindungilah aku, ahli keluargaku, guru-guruku, saudara-maraku dan sahabat-handaiku daripada fitnah dunia ini.
Lindungilah kami daripada fitnah Dajjal.
Lindungilah kami daripada azab kubur.
Lindungilah kami daripada azab api neraka yang tidak tertanggung akan kami azab seksaMu itu.
Dan masukkanlah kami dalam golongan mereka yg Engkau redhai kehidupannya, wahai Allah... :'(


Ikut via FB