Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 25 Mei 2017

Ayuh menuju kebaikan


Berubahlah kerana Allah. Kalau nak tunggu dan berharap ada manusia yg akan hadir untuk membimbingmu tanpa kau mahu mulai mencuba membimbing dirimu sendiri, sampai mati pun kau masih begitu. Kerana perubahan tu perlu dimulai dari hati, kalau hati dah taknak, datangkanlah 1000 pendakwah pun dalam hidupmu, tetaplah beribu alasan juga kau akan berikan untuk tak mahu berubah. Dunia ni sementara. Mati itu pula tidak diketahui waktunya. Akhirat nanti tempat bersoaljawab apa yang kita dah lakukan didunia ini. Syurga & neraka itu wujud. Ingat itu jelah.



#ehterbebelpula
#entahmembebelpadasiapa
#padadirisendiridanmerekayangreladirinyadibebelbegini😔
#samasamaperbaikidiri
#pesananbuatdiri

Sabtu, 20 Mei 2017

It's OK


Bila kau minta maaf kat orang & kau sedar orang tu takkan maafkan kau, kau serahkan ajelah dia pada Allah.. 
Lagipun maaf yang kau pinta tu asalnya kesalahan tu bukan dari kau tapi dia. Cuma itulah, manusia hanya melihat kekejaman kita saja, kekejaman dia pada kita mana dia nak nampak.
Menci i.. Mencik! Mencik! Haha
Tapi takpe.. kita didiklah hati untuk maafkan kesalahan semua orang, bukan sebab nak orang nampak kita suci atau baik tapi untuk mendapat kedamaian dihati & untuk Allah redha pada kita :)

Tak semua orang yang aku maafkan aku akan tegur orang tu semula. Tak. Cukuplah aku tau aku dah maafkan setiap kesalahan orang. Macam lagu Aku Maafkan Kamu by Malique & Jamal Abdillah tula.. 

Aku maafkan kamu,
Tak perlu kita bertemu cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku..

Lagu ni memang mewakili suara hati aku sungguh :) Maka ketahuilah yang aku dah maafkan korang semua. Carilah pasal dengan aku berkali² pun aku akan maafkan juga tapi bila sikap aku berubah jangan salahkan aku pulak ye 😝

Daa.. Salam 7 hari menuju ramadan kareem :)

Rabu, 17 Mei 2017

ヽ(*⌒∇⌒*)ノ


Berteriaklah di depan air terjun tinggi,

berdebam suaranya memekakkan telinga
agar tidak ada yang tahu kau sedang berteriak.


Berlarilah di tengah padang ilalang tinggi, 
pucuk²nya lebih tinggi dari kepala
agar tidak ada yang tahu kau sedang berlari.


Termenunglah di tengah senyapnya pagi,
yang kicau burung pun hilang entah kemana
agar tidak ada yang tahu kau sedang termangu.

Dan, menangislah saat hujan, 

ketika air membasuh wajah
agar tidak ada yang tahu kau sedang menangis, kawan

*Novel HUJAN, Tere Liye







Ikut via FB