Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 8 Jun 2013

Kami, KIL dan Uzair


Sebabkan dah lama tak buka blog. Tak tulis apa-apa cerita di blog sampaikan kisah Rabu lalu pun aku macam nak tak nak je ceghita kan?.. Tapi sebab rasa banyak benda merepek yang terjadi hari tu rasa mcm erkh.. erkh... kena cerita nih. Ngeh ngeh.

Alkisah setelah beberapa orang dalam frenlist bukuwajah tu (termasuk fanpage Bront Palarae) dok cerita pasal filem KIL, maka aku pun dengan semangat yang berkobar-kobar nak tonton cerita tu. Arghhh Redza Minhat ok! Alias Gigi Besi on Pisau Cukur. Haha.

Maka hari rabu tiba dan aku pun sedikit excited lah. Nasib baik ada Tika & nasib baik juga laki dia takde, kalau laki dia a.k.a abang aku ada kau hengat aku boleh ke keluar berdua dengan dia? Memang susah la khenn.. (nanti aku dah kahwin pun gitu jugakla kot).



Aku ingat Tika dan Ummi balik dari kedai pagi tu si kecik kenot ni tidur. Kalau dia tidur, senanglah sikit nak bergerak. Tetapi sebaliknya berlaku.. mata dia dah ngantuk tapi dia kan suka tahan mata. Hewhewhew.. Siap minta buka laptop nak tengok ultraman.

" Dukak ni... nak ngok omen," Arah dia. Penat je paksa dia masuk buaian tak nak jugekkk..

Cari punya cari ultraman dalam lappy tak jumpa, terpaksa offer cerita lain. Bajet kalau dia khusyuk layan cerita dalam lappy bolehlah kitorang keluar senyap-senyap.

"Omen takde, Runningman (RM) nak?" Tanya aku.
" Nak naningmen.." dia dah excited dah. Ok. Gotcha! Sambil dia melayan RM, aku pun bersiap.

Sekali dia perasan pulak aku dah tukar baju lain. Laju dia turun dari kusyen.
" Nak ikuttt.." Sudahhh...

Macam-macam tipu dia termasuk cakap nak gi kerja bagai. Miahaha.. Takde dia nak makan saman.
Alih-alih bawa jela. Lagipun dah plan dah kalau dia buat hal dalam panggung Tika kena bawa keluar dan jaga sebab yang betul-betul nak tengok KIL tu aku. Harharhar.

Whatsapp Ijah konon nak ajak minah ni sekali, tak dibalas pulak. Sebabnya sebelum ni kalau gi Bandar Utama tu memang selalu dengan budak lelaki. Jalan nak ke sana aku tahulah pasal dari kecik dok ulang-alik tapi laluan nak masuk Jusco new wing tu aku was-was sikit.

Dan pengembaraan pun bermula walaupun Ipah dan Kakak dah pesan jangan bawa Uzair. 
Aku kan jiwa halus, kesian tengok dia merayu-rayu nak ikut, takkanlah nak tinggalkan.. huhu

Sampai kawasan OU tu jam 2. Jam 2.30 movie start. Nasib baik dua-dua 'cuti'. Kehkehkeh.
Tengah rasa best dah nak sampai sekali aku salah bagi direction daaa... 
Sepatutnya selepas traffic light terus ke kanan tapi aku suruh Tika buat pusingan U. What the???
Maka terpaksalah u-turn balik. Dan 2.15 gak kitorg masuk dalam bangunan tu. Tu pun takde parking. Apakah?? T_T Berapa kali pusing baru jumpa parking. Pheww..
Lepas tu sesat lagi, tak tahu nak ke mana untuk ke panggung. Kahkah.
Jumpa pak guard yang warga asing tu nasib baik dia faham soalan, dialah tunjukkan jalan.

2.30 tepat dapat tiket. Yeayyy! 
Beli makanan bagai semua untuk Uzair.
Masuk dalam panggung mula-mula dia diam. Tapi sebabkan sound kuat sangat buatkan dia mula berbunyi.. Haa part tu aku tak suka tu. Dalam kereta sebelum sampai dah pesan dah jangan nangis. Dia diam je. Nampak nau memang tak berjanji pun. huhu

" Nak yek (nak balik), nak yek.. ehek.." mula dah suara rengek-rengek dia keluar.
Jadinya filem ni awal permulaan cerita memang aku tak boleh nak fokus.
Risau je dia pulak buat drama dalam panggung tu. Naya den. Dahlah yang tonton tu ramainya budak-budak remaja. Kalau orang umur pertengahan boleh consider lah kot kalau ada budak nangis.

Tak lama tu dia diam dah sebab aku bagi henfon semua. Dia leka main tapi telinga dia takleh nak tahan dengar sound kuat tu. Maka dia merengek lagi.
Hampir nak dekat 1jam dalam tu, Tika bawa dia keluar. Aku pesan dah nak habis nanti masuk balik. Last-last sampai ke sudah aku tonton filem tu sorang-sorang.



Dan tetap nak cakap movie ni tak mengecewakan. Cuma part mimpi "ngeri" si Akil tu kalau takde pun dah ok kot. Malula sikit scene macam tu budak-budak sekolah tengok. Budak perempuan yang duduk sebelah aku tu siap tutup mata lagi, pastu curi-curi pandang aku. Eh, akak dah 27, dik! Hahah boleh ek nak cakap camtu padahal kalau ikut hukum lantak pi lah kau umur berapa, tak pandai jaga mata, dosa gak dapat. Hoho. Scene tu jela slek sikit yang lain ok. Rasa macam nak tengok lagi sekali... Tak puas tengok sebab takleh nak concentrate awal-awal cerita tuh. Grrr! Habis tu siap ada orang tepuk tangan lagi. Tepuk tangan nak tunjukkan yang movie tu best la...

Keluar dari panggung, Tika minta aku tunggu dia dekat tempat beli tiket.
Tunggu punya tunggu, tak datang-datang pun minah tu.
Rupanya dia bawa Uzair main permainan kat tingkat bawah. Uzair datang kat aku sambil bawa belon. Tika cakap sorang uncle Cina bagi kat dia.

Bila tanya, " nak tengok tv besar lagi tak?" 
Dia jawab, " tak nak, nak tv cik (kecik)" Hahaha.. tahu takut..

Keluar tu nak buat autopay. Hah part ni pun mengarut. Aku nampak kat screen rm10. Tak terkejutla sebab tempat orang kaya kan... hew hew. Nak bayar tu duit tak nak masuk.
Couple yang berdiri kat belakang tu yang tunjukkan mana tempat masuk duit. Opss! Sudah tukar ka? (padahal sendiri yang tukar. Zzz)

Lepas tu bukan rm10 tapi juz rm2 je yang kena bayar. Wakakaka. Nasib baik mesin tu taknak terima rm10 aku tu, kalau tak masak kena beli tabung untuk simpan siling dan dan tu jugak :p

Nak ke kereta tak ingat jalan. Hahah.
Lepas dah sampai tempat parking, tak ingat kat celah mana park kereta tadi. Ngaa.. Sebab sama-sama tersilap baca no tiang. Tika cakap 5E, sekali sampai semua tiang 5E, yang bezakan nombor 26, 27 dan seterusnya tu. Nombor tu yang kitorang tak tengok tadi. Ah sudahh... Nasib baik lagi tak sampai 5 minit jumpa kereta. Alhamdulillah.. Inilah padah kalau asyik keluar dengan orang lelaki je sampai apa pun tak tahu -_-'  

Balik tu singgah KFC. Budak kecik tu bising dengan kepci kepci je.
Lepas tu jumpa awek. Malu-malu badak je dia tengok awek tu.
Lagi takleh blah masa pandang bapa kepada awek tu.
Sebijik macam orang nak merisik anak dara orang tapi segan dengan bapa perempuan. Hahah. Ujai... ujai...



K, sekian cerita.
Tak ikhlas pun sebenarnya menaip ni. Haha. Tu yang ayat tah pape tu :p
Cuma kesian sangat blog ni tak ber-update :( Cian awak...
Nanti panjang umur kita stori meri kat awak lagi eh, encik blog ^^

p/s: ada yang tak puas hati tengok gambar aku makan KFC. Aku tak pernah cakap aku boikot KFC sebab yang aku tahu KFC tu Malaysia dah ambil alih sepenuhnya dan pemegang saham pun 2/3 memang orang Melayu. Tak tahula kot info aku dapat ni salah tapi consider ah sikit. Aku bukan makan khinzir @ minum arak pun... -_-

Ikut via FB