Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 10 Jun 2011

Ingat lagi ke tak???



Malam tadi takde kerja.
Aku menyelongkar friendster. Sempatlah update blog yang dah setahun tak ber-update tu.
Sian dia... padahal dulu, itulah tempat aku meluah perasaan geram, sakit hati semua.
Habis, nak buat macam mana?
Hati manusia kan berubah-ubah. Kejap kang sayang friendster, kejap kang sayang facebook.
Yang pasti cinta pertama susah nak dilupakan.
*cinta pertama aku pada bakal suami je..ahaks! Iklan kejap*


Tengah sedap menyelongkar, tiba-tiba je terasa nak cari profile para senior Pusat Islam masa kat poli dulu.
Semua dah tak aktif friendster. Last update pun tahun 2009. Sob sob sob.
Dengan berbekalkan nama yang ada di friendster, aku search nama diorang di bukuwajah pula.
Jumpa!!!
Tapi dah agak, mesti dah tak hengat aku.
Itulah susahnya jadi orang yang kuat ingatan macam aku ni. Ngaaa...
Iyalah, jadi macam terhegeh-hegeh pula. Huhu.


" Beza kau dengan aku, kau kuat ingatan, aku ni lemah sikit..." kata Tika tempoh hari.
" Tapi kedua-duanya ada kelemahan. Kita ingat orang, orang tak ingat kita, kita akan malu.
Orang ingat kita, kita tak ingat orang pun mampu memalukan juga." Balas aku.


Yang lelaki memang aku tak berani add-lah. Punyalah tak bercakap dengan diorang dulu, maka jangan beranganlah kalau ada yang akan ingat aku. Memang taklah kan...
Tapi takpelah, sekurang-kurangnya aku tahu perkembangan diorang sekarang.


Hampir semuanya dah berkeluarga, dah ada anak dah...
Sweet je tengok. Yelah nama pun senior, adatlah diorang kahwin dulu dari kau . Ngeee.
Haihh... rindu kenangan lalu yang indah.
Indah woo walaupun time tu jiwa remaja memberontak.
Nasib baik Tika dan Amni ajak aku join Pusat Islam dan aku pun memang teringin juga nak join, kalau tidak aku pun tak tahu apa aku jadi kat sana.





Dua gambar kat atas ni, cuba cari aku yang mana satu.. hikhik.. 
Ini gambar tahun 2004.


Berdiri: Kak Safar, Kak Nur
Duduk: Tika, Zack, aku, Kak Kamar, Kak Izat
Location: KL Sentral
Date: 6 Januari 2008


Hmm... cerita pasal kahwin, tahun ni ramainyaaaa saudara-mara, sahabat-handai yang sebaya melangsungkan perkahwinan. 


Pak kepak kepak kepak, bum gebum gebum gebum *instrument kompang :P*


Masing-masing dah jumpa jodoh.
Dan diorang dah sampai tahap berkemampuan untuk berkeluarga. Oklah tu.
Bercinta lama-lama sangat pun orang kata tak elok...
Aku ajelah ni yang tengah tunggu bulan yang tak jatuh di riba. 
*Erk! Iklan lagi sekali*


Jiwang geli-geleman di hari Jumaat :P


p/s: sejak dua hari ni aku perasan otak aku senget. Lain orang cakap, lain aku nyampuk. I'm sorry! << jangan baca dengan nada Amir Raja Lawak ok!

14 bicara tanpa suara:

hamzah ian berkata...

best tgk gmbr lama

Miss Green Rose berkata...

otak ko senget?? hmm.. agak la.. haha :p
yeah.. ko mest jumpa gak ngan jodoh ko satu hari nanti.. *cehh..

diana berkata...

yang bulat2 kat tudung tu apa??
macam ubat nyamuk je..
heheheh

MissF berkata...

@hamzah ian itulah pasal... banyak kenangan tersirat pada setiap gambar

@Miss Green Rose baik mcm Wali k... cewah! ahaks!

@diana a'ah.. hehe... barang amanah. tp last2 patah gak ubat nyamuk tu. hbs kena marah kaw2 smpi nak nangis lg.. kih3

ajwa berkata...

Assalam,

Watpertu MissF?

Ries Lee berkata...

wujud lagi friendster rupanya..

MissF berkata...

@ajwa Waalaikumussalam :)

@Ries Lee wujud la... aritu kecoh jap nak tutup tp dpt emel, fs nk upgrade je...
jgnla doakn dia tutup, cinta pertama aku tu... ;;)

izaFiza berkata...

wahh.best mengimbau kenangan lama.=)

misshahn berkata...

weh,nape xsebut name ku???huhu....ku pun join gp ni..ingt x,ms ni alang ckp suke kt ku..hehehehe...err..bkn sbb les okeh..hahahaha

MissF berkata...

@izaFiza :)

@misshahn ada gmbr ko dh kira ok la tu... nm kak ida pn aku xsbut ;))

~Fizah Rahim~ berkata...

Huhu~ mmg indah kenangan lama..
Ehh.. nama dalam pica tu.. da mcm muka kawan kita la... nama dia kak fazura... hurm... ke pelanduk 2 selupa..

MissF berkata...

@~Fizah Rahim~ itu bkn pelanduk 2 serupa, itu mmg dia pn... hehe.. aku add dia, nmpk dia pn mutual fren kau ;)

~Fizah Rahim~ berkata...

Hehehe.. dunia ni kecik eh.. keke...
Kak Fazura kawen ngan senior aku dulu kat PUo.. hehe

AISHA INANI berkata...

friendster...
aku ketinggalan zaman, org dah bosan aku baru nak ada akaun.
br nak pandai guna depaa tukaq ms dah.
aku masuk ms org pakai fb.
and fb aku make sure aku tak lah ketinggalan sangat. kah kah kah.


newayy, kenangn lama, sangat lah lawak. malu nak inagt. kih kih kih.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB