Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 30 Januari 2013

1 Litre Of Tears - Drama


Malam kelmarin, tengah memikir nak baca novel apa sebelum tidur, tiba-tiba teringat pula drama Jepun ni yang dah lama di-save dalam netbook ini. Almaklum, minggu-minggu sudah aku memang kesibukan. Tapi nampak je kan aku kat bukuwajah tu? Pasal mengacau orang main je tu. Orang gi solat ke, gi makan ke, aku gunalah sekejap pastu share je apa yang nak share, jadi nampak macam lama & kerap je aku online. Kuikuikui.. Err ada korang kisah?? Tak, kan...

Cerita ni si Nisa' lah yang ambil dari mana entah lepas tu bawa balik dan bagi semua orang dalam rumah yang tonton cerita ni menangis tak hengat. Sedih gila!

Oh, by the way, tadi aku search google pasal cerita ni tak sangka pula ada yang kata drama Hani sebenarnya tiru cerita ni. Err.. entah ye sebab Hani tu aku tak layan sangat. Layan episod memula jew :P




Sinopsis:

Drama One Litre Of  Tears juga dikenali sebagai 1 Rittoru no Namida (1 リットルの涙), dan A Diary with Tears atau A Diary of Tears. Ia diadaptasi daripada kisah hidup dan diari yang ditulis oleh Aya Ikeuchi pada tahun 1986 (ok, tahun aku lahir) yang menghidapi penyakit Spinocerebellar Atrophy yang mana ianya adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan saraf tulang belakang (spinal cord) dan cerebellum yang berada di bahagian otak.

Sebelum tu nak beritahu drama ini bukan kisah cinta ye walaupun terselit kisah itu tapi ia lebih menjurus kepada apa yang Aya rasa sebagai pesakit.





Penyakit ini bagi aku antara penyakit yang paling kejam selain daripada HIV Aids tapi AIDS masih lagi boleh dielak tapi penyakit ni akan menyerang secara tiba-tiba kerana ia merupakan penyakit genetik yang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa had umur. Ia  boleh berlaku sama ada ibu atau bapa mempunyai gen resesif atau dominan, kerana ramai orang yang tidak sedar bahawa mereka pembawa gen ataxia sehingga mereka mempunyai anak-anak yang mula menunjukkan tanda-tanda mempunyai penyakit ini.  

Sampai sekarang penyakit ni tiada ubat ye, kawan-kawan. Tidak boleh memulihkannya melalui pempedahan, pemindahan atau apa sahaja cuma rehabilitation merangkap terapi fizikal adalah cara untuk melambatkan perkembangan penyakit tersebut. Dan kecepatan perkembangan penyakit adalah berubah-ubah mengikut penghidap. Ngeri.

Dan penghidapnya akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit seperti ketidakstabilan cara berjalan, makan, bercakap, menulis dan memegang sesuatu tetapi walau teruk macam mana pun keadaan pesakit mereka masih mampu berfikir, boleh memahami apa yang orang cakap, apa yang orang tulis cuma agak lambat untuk membalas. Ok. Sedih lagi... :(

Aya Ikeuchi dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Merupakan anak sulung daripada empat beradik; 3 perempuan dan seorang lelaki. Ayahnya mempunyai perniagaan menjual tauhu dan kedai tauhunya hanya di rumah dan ibunya pula seorang perunding kesihatan yang sering ke rumah orang untuk memberi nasihat tentang makanan yang berkhasiat.

Aya merupakan seorang remaja yang periang, disenangi oleh ramai orang, bijak, rajin, dan sentiasa dilebih-lebihkan oleh ibu bapanya sehingga adik perempuannya; Ako berasa iri dengan situasi tersebut. 
Pada usia 15 tahun Aya dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah tinggi yang agak terkenal di Jepun selepas lulus menjalani ujian kemasukan. Ketika hari pertama dia menduduki peperiksaan, dia telah terlambat sampai ke sekolah kerana tertidur di dalam bas. Ketika berlari mengejar masa, dua kali juga dia jatuh. Kali kedua bila dia terjatuh di tempat letak basikal dan di situlah dia mengenali Haruto Aso, si lelaki pendiam yang menyimpan 1001 kisah pahit hidupnya. Haruto yang konon-konon mahu ponteng daripada menduduki ujian terpaksa juga menjawab kertas soalan apabila dia terserempak dengan pegawai peperiksaan ketika menghantar Aya ke kelas. Pegawai tersebut membenarkan mereka mengambil ujian hanya di pejabat sebab dorang sampai lewat.

Setelah beberapa kali terjatuh ketika berlari (dan disangka sebab tak cukup tidur atau kelalaian sendiri) dan terlepas ketika menggenggam sesuatu, si ibu mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya. Terus diajak si anak membuat pemeriksaan.
Sebelum melakukan pemeriksaan, Aya telah terjatuh di atas aspal dan menyebabkan dagunya terluka.
Ibu Aya perasan rupanya ketika anaknya terjatuh, dia tidak menahan diri daripada terjatuh dengan menggunakan tapak tangan seperti manusia normal yang lain. 
Dah alang-alang ke hospital kerana terjatuh, Shioka (ibu Aya) mula meminta pendapat pakar neurologi; Dr Mizuno. Permulaan cerita dia tak tunjuk pun siapa doktor yang pegang watak doktor tu, seperti disorok-sorok gitu. Sahlah ni, watak doktor ni pelakon terkenal pegang. And yes! Tekaan aku betul! Naohito Fujiki yang mainkan watak tu... Weewit! Hero zaman remaja I... hew hew... Remaja zaman sekarang ni sibuk dengan TOP, Yoonhwa, Joongki, Yoochun, Lee Minho,  & yada.. yada... tapi hero masa remaja aku ialah pelakon Jepun macam Naohito Fujiki (yang jadi doktor tulah), Yutaka Takenouchi, Takuya Kimura, Hideaki Takizawa, Takeshi Sorimachi & yada... yada... lupa nama dan ejaan sudaa.. diorang pun tua sudaa jugak tu... hahaha. Ok adik-adik sekalian, Naohito Fujiki adalah salah seorang pelakon terkenal Jepun walaupun dalam cerita ni dia hanya pegang watak sampingan tapi kalau tengok drama ni takdelah sampingan mana pun sebab masa dia pun banyak dengan Aya.

Selepas diagnosis dijalankan, barulah doktor tu hubungi Shioka untuk bercakap tentang penyakit yang dihidapi Aya. Kalau boleh ayah dia pun kena ada juga tapi Shioka datang seorang je, tak beritahu pun suami dia. Masa kat hospital itulah Dr Mizuno beritahu semuanya pada Shioka. Sebab simptom-simptom yang terdapat pada Aya tu sama macam penyakit saraf yang biasa dihidapi penghidap dan doktor mencadangkan agar Aya menulis diari setiap hari dan dalam diari tu beritahu rasa sakit macam mana yang dia rasa.
Betapa remuknya hati si ibu apabila mendapati anaknya menghidap penyakit yang tiada penawar tu. 
Dahlah Aya tu memang seorang aktif. Aktif dalam bola keranjang dan merupakan penolong ketua kelas sebab si ketua kelasnya tu Haruto Aso yang bongkak tapi sebenarnya dia lelaki yang baik. Paling baik di abad itu... Muehehe

Tanpa pengetahuan sesiapa, Shioka telah membuat kajian tentang penyakit itu, kalau boleh dia mahu penyakit anaknya sembuh. Dia sendiri telah ke sana ke mari. Sanggup meminjam MRI Dr Mizuno untuk jumpa doktor pakar yang lain untuk dapat pendapat kedua, kot-kotlah Dr Mizuno tersilap ke kan... Nasib baik doktor tu memahami. Tapi hasilnya tetap positif yang Aya memang menghidap penyakit yang tidak boleh diubati.

Cerita ni terlalu banyak part sedih. Setiap episod rasanya ada scene sedih.
Tapi yang paling mengharukan ialah semangat Aya. Walaupun dia dah tahu dia ada penyakit yang tak boleh sembuh, dia tetap positif dengan hidup dia sampai aku terfikir macam mana orang yang ada penyakit ini mampu bersikap seperti ini sedangkan kita yang sihat ni tak pernah nak buat apa-apa untuk mencapai impian. Besar berpezaan kita (okla, aku cakap aku) dengan Aya.

Dan bagi aku ini antara drama motivasi terbaik yang pernah aku tengok. Kalau ada 10* untuk diberi, aku beri 20* untuk drama ini.
Sekurang-kurangnya drama ni mampu memberitahu masyarakat bahawa golongan penyakit Spinocerebellar ini BUKAN pesakit yang kita boleh pandang mereka sebagai kanak-kanak yang baru belajar bertatih, baru belajar bercakap atau baru belajar menulis. Bukan! Kita kena sedar yang mereka dahulu sebenarnya sama level je dengan kita atau lebih lagi sebab macam Aya pun dia seorang yang pintar dalam pelajaran, aktif dalam sukan tapi akhirnya terlantar kesakitan keseorangan.

Tapi Aya ada semangat yang kuat, semangat untuk membantu manusia lain walaupun keadaan dia sendiri pun memerlukan bantuan orang lain.
Dan semangat itulah yang membuatkan Ako akhirnya percaya yang kakak dia memang sangat istimewa. Mampu tersenyum ketika dipandang semacam oleh orang, dikutuk, dihina oleh kekasih sendiri...



Mata bengkak bukan sebab 1 liter airmata yang keluar tapi bergelen-gelen, tahu!
Daripada diari-diari yang ditulis oleh Aya itulah akhirnya salah seorang pekerja yang bekerja di sekolah khas (untuk orang-orang kelainan upaya) yang mengenali Aya telah memberi cadangan agar apa yang Aya tulis dalam diari tu dimasukkan ke dalam buku yang beliau terbitkan. Iaitu buku yang menceritakan perkongsian derita penghidap pelbagai jenis penyakit dan Aya menceritakan tentang penyakit yang dihidapinya. Dan barulah Aya tahu, dalam dunia ini bukan dia seorang sahaja menghidap penyakit ngeri dan kejam itu, rupanya ramai lagi manusia yang ada penyakit yang sama.

" Aso-kun (panggilan untuk Haruto Aso), walaupun aku terbaring tak berdaya, aku tetap dah menolong orang kan? Walaupun aku berkeadaan macam ni, tapi aku masih mampu menolong orang lain..."

Dan soalan Aya yang paling menyentuh hati,
" kenapa penyakit ni pilih saya?"

Dia menangis bila teringatkan isi kandungan surat yang dia beri kepada Haruto Aso.
Love letter, kata dia.
Bila ibunya bertanya kenapa bagi surat macam tu pada orang yang sangat penting dalam hidup dia? Ini jawapan yang Aya beri...
" Mak, Ayah, doktor, adakah aku berkemampuan untuk berkahwin??? Saya tahu itu. Satu hari, bila 'masa tu' tiba saya cuma mahu tidur dan dikelilingi bunga-bungaan..." Sedih gila baq hang part ni.

Lepas tu surat yang Aya beri kepada semua adik-beradik dia masa malam krismas pun sangat-sangat menyentuh hati...




Dan buku yang diberi judul 1 Litre Of Tears itu hingga kini telah terjual sebanyak lebih 1.1 JUTA naskah.

Kepada yang belum menonton lagi, selamat menonton! Download aja di youtube. Ada 11 episod, tak banyak macam drama Korea yang asyik cintan cintun itu (eceh, padahal layan jugekkk)
Sediakan tisu banyak-banyak. Ini bukan kisah cinta. Ini kisah penderitaan penghidap penyakit Spinocerebellar Atrophy. Moga semangat Aya mampu kita serap dalam diri kita ;)

Nah, lagu tema drama ini untuk korang. Klip video yang dah di edit ni pun sedih jugak..

Rest In Peace, Aya Kitou (1963 - 23 May 1988)...

1 bicara tanpa suara:

Unknown berkata...

Bisa didownload juga untuk yang pengen nonton lagi dorama ini dalam format HD, semua episodenya bisa download dari: Ichi Ritorru No Namida a.k.a One Litre Of Tears baik yg kualitas dvdrip maupun yang kualitas hd, link lokal indowebster dan tersedia mirror link sebagai backup. Ada 11 episode dan 1 episode special. Trims..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB