Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 27 Jun 2011

Cikgu Praktikal


Tiba-tiba aku teringat kisah masa sekolah menengah dengan cikgu praktikal.
Masa tingkatan tiga dan empat, kedua-dua cikgu praktikal aku tu ialah LELAKI. Ehem.


Macam biasa, aku dari sekolah memang takde perasaan pada lelaki.
Memang takde istilah perempuan gedik ah aku dulu, wa cakap lu. Memang baik je...
*Baik tang tu jela, tang lain taklah kan... hikhik*


kalau dapat cikgu yang hensem macam ni, hari-hari tenung muka dia pun aku sanggup :P


Masa tingkatan tiga, cikgu praktikal aku tu ajar matapelajaran yang paaaaaaaling aku anti giller. Korang nak tahu apa? Matematik! Yeahh aku benci Math!
Memang anti sangat-sangatlah. Sekali cikgu lelaki yang ajar, muda pula tu memang taklah aku nak dengar atau tercongok tenung muka dia kat depan papan hitam tu kan.
Selalunya aku beborak time cikgu tu ajar sampai cikgu tu asyik datang tempat aku and the gang je, nak tengok aku ni buat kerja ke atau berbual je.


Kat kelas biasalah, hidup berpuak-puak. Geng aku adalah dalam 5,6 orang.
Yang lain-lain tu tak geng. Sebab diorang gedik! (yezzaa! Yang kau kata gedik itulah sekarang dah beranak pinak. Kau hado? Nan hado~)
Bila cikgu tu datang je tempat aku and the gang, puak lagi satu tu sibuk jeling-jeling.
Cakap-cakap belakang. Ceit! Macam hensem sangat la pun cikgu tu.
Paling kelakar bila setiap kali cikgu tu nak datang ke arah puak aku, puak lagi satu pun nak menyibuk jugak...
"Cikgu, sini, sini! Kami nak tanya ni. Cikgu datanglah sini." Suara-suara gedik kedengaran.
(tapi jujur aku cakap, masa tu aku rasa cikgu tu cuma nak menggatal je, bukan nak mengajar pun. Ceit punya cikgu! Tapi mungkin itu hanya prasangka daripada bisikan syaitonnn di dalam hati). 
Asal cikgu tu melangkah nak ke arah puak aku je mesti puak lagi satu buat dajal dengan membatalkan niat dia secara sengaja dan saat tu aku lah manusia paling seronok. No, no... bukan aku je yang suka, Jun pun suka gak sebab kitorang tak suka lelaki gatal.
Midah dan Nazira je yang tak puas hati dengan sorakan aku dan Jun sebab diorang minat Math dan mungkin juga cikgu tu. Keh keh.


Akhirnya puak lagi satu memonopoli cikgu tu.
Aku memang tabik springlah kan kat cikgu tu sebab time rehat pun dia tak rehat, ajar salah seorang budak dari puak lagi satu. Dasat! Kagum! Sampai aku ketawa geli hati sebab dah nampak macam buayafriend dan gelifriend sedang bercengkeramalah pula. Dating dalam kelas. Tapi part paling kelakar bila puak lagi satu tu bergaduh sesama ahli semuanya kerana cikgu praktikal. Masing-masing jeles sesama sendiri sampai cikgu tu pun terpaksa masuk campur. Lohhh... (serius aku tengah ketawa bila ingat perkara tu. Hahahah)


Kisah tingkatan empat takdelah se-power tingkatan tiga.
Sebab cikgu praktikal aku tu seorang ustaz.
Yeahh ustaz dari UM (wahh aku ingatlah dia dari U mana! ngee).
So kalau ustaz, kau nak menggatal memang kena khutbah lah kan...
Tapi yang aku pelik ustaz tu suka tersasul sebut nama aku jadi Rabiatul Adawiyah (sila perhatikan ayat SUKA itu kerana itu menunjukkan nama aku sering dipanggil untuk jawab soalan.. kihkih).
Pelik giller! Jauh kot nama aku dengan Rabiatul Adawiyah tu. Adeh.
Cuma yang samanya nama Rabiatul Adawiyah dan nama aku, kedua-duanya sempena nama ahli sufi. Tapi sebutan memang tak sama.
Bak kata kawan aku, mungkin bila dia tengok muka aku, dia terkenang kekasih hati bernama Rabiatul Adawiyah. Kah kah kah. Dan aku pula teringat Angah sebab itu nama dia.

Moral of the story, kalau korang ni salah seorang cikgu praktikal, harus bangga beb sebab budak-budak sekolah memang suka dengan cikgu praktikal ni terutama yang lelaki.
Time ni lah korang boleh nak test market ke hape. Lepas tu boleh gelak-gelak dalam hati sebab ada certain budak perempuan yang sanggup bergaduh sebab korang. Perghhh!


p/s: selamat berjuang sahabat-sahabatku yang sedang praktikal sebagai guru! Moga korang tabah layan anak murid yang sengal. Yup, anak murid sekarang tak sama dengan zaman kita, kan? Untuk Zack dan Tika, nape korang praktikal jauh kat Johor nun? Rindu aku nak merambu ramba dengan korang seperti selalu... sob sob sob.

8 bicara tanpa suara:

Unknown berkata...

ish, nak gatal2 dengan cikgu praktikal. tak malu~

Fira hilwa berkata...

itula kan? xmalunyaaa... hihi.
tp klu igt2 serius kelakar =))

Nj anna berkata...

siez mase form 5 aq d takel oleh ckgu praktikal gak.. tp aq tolak. trase kbodohan disitu... myesal tolak.. dala skrg bkerjaye.. ades......!!! ~x(

Fira hilwa berkata...

:-o

Nj anna berkata...

:( knp...

Fira hilwa berkata...

tak, pertama kali tahu ada org yg dingorat oleh cikgu praktikal dan dia rs nyesal... ;))
mungkin ada jodoh lain kot... ;)

Hans Hanis berkata...

hahahaha
cikgu practical selalu disayangi sebab baik2 kut selalunya

Juvana Episod 10

Fira hilwa berkata...

@Hans exactly! sbb tula slalu kne buli :))

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB