Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 21 Jun 2011

Betapa BERMASALAHnya masyarakat Melayu nih!


Entah ye, tiba-tiba pula perkara ni melintas di kepala otak.
Dia melintas macam mana? Macam pengguna lalulintas itulah. Tengok kanan, tengok kiri, mari kita melintas!
Macam tu lah! 

Tak lawak ok -__-"

Dahlah, aku pun sebenarnya bukan ada mood sangat nak buat entri ni.
Saja je nak jawab soalan status kat bukuwajah tu, kan dia suka tanya;
"What's on your mind? Apa yang ada dalam kepala otak anda?"
Maka aku rasa aku perlu jawablah soalan ni.
Kenapa tak jawab kat bukuwajah je? Sebab status tu tak boleh taip panjang-panjang.
Alasan yang bernas, kan? Heh he *tangan kat bahu, mata juling ke atas*.



Di antara soalan dan spekulasi yang orang suka buat dan buat-buat suka
tapi paaaaling aku tak suka walaupun kadang-kadang tersuka secara automatik *annoying!*


Jilid 1 - Ketika Bujang (duda/janda tak masuk senarai. Maaf)

- "Eh, bila awak nak kahwin ni? Teringin nak makan nasi minyak awak." Ayat biasa dengar sampai dah lali.
- "Takde calon ke... atau memang tak laku? Sian..." ayat sentap wehhh. Tapi cool je sebab diri kita je yang tahu kita ni laku ke tak. Lalala. See the leg lah, bhai... kuikui
- "Apa? Taknak kahwin? Ehhh keturunan kita takde yang andartu dan andalusia tahu!" ayat celaka. Jodoh bukan kau yang tentukanlah. &%$#@ << lagi sekali nak tegaskan ini bukan ayat carutan.
- "Muka cantik/kacak pun tak guna kalau tak kahwin". Serius aku tak sangka akan ada juga orang yang akan tuturkan ayat ni pada orang bujang macam kami *ehem, kami tuu... ahaks!*
Apa? Ingat kahwin tu sekadar untuk melempiaskan nafsu aje ke? 
Orang Melayu suka berfikiran macam tu.
"Rugi weh tak kahwin... tak dapat rasa nikmat malam petama... & yada...yada..yada.."
Kahwin semata-mata kerana nak lepaskan nafsu pun tak guna beb...
Sekali bergaduh, satu dunia ni juga kau nak kasi tahu. Annoying.
Lagi satu, orang berduit bolehlah kot nak cerita pasal kahwin ni.
Kahwin pun mak bapak yang keluar duit. Orang yang takde duit, kena kumpul duit dulu.
Takde duit, tak boleh jalan derr. Kang takkan kau nak bagi anak orang makan pasir, tak pun merempat tepi jalan, kan? Ce fikir. Ce fikir.

Jilid 2 - Sudah Berkahwin

- " Dah ada 'isi' ke belum ni? Lambatnyaaa... mengidam tau nak tengok muka baby." Sambil gelak-gelak manja. Padahal orang yang ditanya tu baru je sebulan melangsung. Kalau tak sabar sangat, pergi buat anak sendirilah.
- " Haaa itulah, siapa yang gatal-gatal nak kahwin dulu? Sekarang padanlah muka." Tempelak makcik Senah (bukan nama sebenar) pada anak saudaranya Nagihah (bukan nama sebenar juga) sebab bergaduh dengan lakinya si Payid (bukan juga bernama sebenar) pasal lelaki tu curang. Pfttt. Time belum kahwin sibuk je kau tanya bila nak kahwin. 
Lepas dah kahwin sibuk pula salah-salahkan orang.
- " Cuba kau rasa, siapa sebenarnya yang mandul. Bini or laki dia? Aku rasa laki dialah.. & yada... yada... yada..." Mengumpat belakang-belakang. Kalau tak tahu, jangan buat spekulasi. Kalau dah tahu siapa yang bermasalah pun diam-diam jela. Asal diorang dah kahwin. Kau hado? Annoying.

Jilid 3 - Setelah ada anak. Akhirnyaaa *dengan muka penuh syahdu sebab ada keturunan*

- "Alololo comeynyaaa... Bila nak tambah lagi?" Erk. Baby tu baru umur sehari kau dah tanya pada tuan punya badan bila nak tambah lagi? Gelojoh ke apa kau ni?
- " Ada anak pun kalau tak guna, baik tak payah ada anak!" Marah mak cik Pe'ah @ Misi Betty (bukan nama sebenar) kepada jiran sebelah yang mempunyai anak teruna yang suka merempit. Bukan salah mak bapak sebab tak pandai mendidik tapi sebab si anak terlalu mengagung-agungkan kehandalan 'sahabat sejati' di atas jalan raya, langsung terikut menjadi pelesit kota.
Padahal sebelum orang tu ada anak, dia juga yang yo yo o je bertanya bila jiran sebelah rumah nak ada anak.

Eiii... aku tak pahamlah dengan masyarakat Melayu ni.
Suka sangat bagi tekanan pada kaum sendiri.

Bila orang tu takde, kau suruh adakan. Bila dah ada, kau suruh adakan lagi, tambah lagi dan lagi dan lagi dan lagi (sampai orang tu mampus).
Kompelin itu ini.
Apa ke-hell weh. Agak-agaklah...

Stress aku jadi orang Melayu ni! Grrr...

Situasi di atas adalah kisah benar dan bukan rekaan. 
Persoalannya, "Adakah orang Melayu memang dilahirkan untuk menjaga tepi kain orang lain sehingga mengabaikan tepi kain sendiri??"
Jaga tepi kain orang tak salah. Nabi pun ada pesan supaya kita ni jadi manusia yang suka mengambil berat akan saudara seagama tapi kalau dah terlebih-lebih, tak ke menjengkelkan namanya tu?
Yelah, tiap-tiap kali jumpa asyik buat orang sentap. 
Sentap mak, nokkk~
Ya, silalah anda fikir-fikirkan dan renung-renungkan kot-kot anda salah seorang daripada kategori di atas.

Sekian dari Edisi Khas yang tak best ini.

Hati gua terluka beb dengan kata-katamu... Sob sob sob.

8 bicara tanpa suara:

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

haha, tergantung niat kot.
sometimes si penanya itu sekadar bercanda.
kedua, si penanya itu ada kuga niat mengambil berat.
yang ketiga si penanya itu memang suka busy body dan suka cari tahu salah org sj...

jadi, pandai2lah berdepan dgn soalan2 tipikal ini:))

MissF berkata...

@FIFIEY LYCHEE MARATION owhh cereka di atas ni bkn utk org yg sk bercanda. klu bgurau kte tahu cara dia mcm mn kan... lbh2 klu yg bckp 2 org yg rpt ofcoz lah xkan terasa pape tp ni org yg kte xrpt, org tua pula 2, xke sentap.. huhu

Nur Ayuni berkata...

perggghhh.betul la tu. lepas satu, satu soalan makcik2 dan pakcik2 tanya. kalau ikutkan hati yang marah, memang dah kena maki depa tu.

kesimpulan:kahwin tak semudah makan ABC.

MissF berkata...

@Nur Ayuni setuju dgn kesimpulan anda ;))

EZAN IDMA berkata...

kadg2 org melayu ni terlebih permh smpai dislhetrikan

MissF berkata...

@EZAN IDMA mgkin.

edogawa conan berkata...

haha..memang kadang-kadang ati bleh terluka ngan kate-kate manusia sengal macam neh.
susah mau puaskan ati org. wat betul pon salah, wat salah lagi sah-sah memang nampak salah.hmm..bleh senak kepala hotak mau pk.
bak kate pepatah wat bodoh jelah.
kalo nak bagi penampor kat mulut-mulut cmni kang tetibe bersepai gg makcik pakcik yang tinggal dua batang tuh.tak pasai-pasai sempot lak org tua tuh..haha.tak baek..dosa..dosa kurang ajor ngan org tua.kihkih.
erk..kurang ajor???kalo orang tua kurang ajo ngan org muda lak ape kes tuh???hihi..mintak ampun atok nek, terlancar plak mulut cu neh.hahaha.

MissF berkata...

@edogawa conan :)) kelakarlah... haha. xdela smpi pnh t'pk nk menampor cme kdg2 tu tdetik gak dlm ati kot skali dorg yg mulut celupar ni tbe2 ank cucu berada ditempat org yg kne 2 br dia tau langit 2 tgi ke rndah kn... entahla. manusia ni mcm2...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB