Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 10 Januari 2011

Ada Apa Dengan AJL 25???

Hoho.. HOT giller weh malam tadi!
Semua gara-gara AJL sampai aku skodeng blog sorang-sorang semua dok pakat cerita pasal ketidakpuasan hati, tapi ada gak segelintirnya yang puas hati pasal memang minat giller dengan Ana Rafalli. Tapi paling nampak RAMAI yang tak setuju la..

Aku? Erm... aku cuma minat FT & Yuna jek.
Yang lain aku tak minat.. Ohh ada lagi sorang, MZ... hahah.
MZ artis wajib untuk diminati, ok! =)

Bila diumumkan Ana menang, tiba-tiba terkeluar dari mulut;
"Erk. Minah yang nyanyi slanga mat saleh ni jadi juara?" Tapi tak kisah sangat sebab lagu dia, lirik lagu dia tu memang not bad.

Tapi lagi, yang aku paling terkejut bila Hafiz AF menang kategori Vokal Terbaik! Huh?! Aku rasa macam... 'hoiii! MZ lah vokal paling baik' *tiba-tiba. Malas dah nak masukkan nama artis Malaysia yang diminati, kang ada pulak mulut-mulut yang cakap "ala, dah dia minat penyanyi tu, memanglah dia nak penyanyi tu menang"* Tapi lagi dan lagi, macam biasalah aku minat artis aku takkan pandang rupa dia atau apa-apa yang macam orang tak reti hargai bakat ok!






Aku pandang FT pasal dia senior sekolah aku dulu *dan-dan..*, lagipun vokal dia mantap.
K.R.E.A.T.I.F! Yeahh dia memang seorang yang kreatif sama macam Yuna, kalau buat persembahan pentas memang tak mengecewakan. So bila malam tadi dia menang kategori Persembahan Terbaik, itu dah cukup memadai walaupun agak terkilan sebab lagu Hanyut yang mendalam maksudnya tu tak diiktiraf sebagai lagu terbaik.... Sedih kot~

Lagu Cinta Sempurna oleh Yuna pun bagi aku terbaik. Oklah, kalau nak bagi Ana Rafalli menang pun it's ok tapi macam mana boleh lagu Noktah Cinta yang bagi aku simply-simply song yang selalu aku buat melalak dalam bilik air tu boleh dapat tempat ketiga pulak?
Pelik!
Lagu tu biasa-biasa je bagi aku, sama macam lagu Adira dan Shahir.
Paling tak puas hati part vokal tu lah... suara Hafiz masa bawak lagu Noktah Cinta tu key dia rendah je kot... Tak tinggi macam Black, macam Lan Typewriter tapi macam mana dia boleh dapat eh? Tapi aku tak cakap suara Hafiz tak sedap, ok!
Kalau suara dia tak sedap takkanlah aku salah sorang daripada ribuan orang yang nak dia menang masa konsert last AF dulu -__-"
Sekarang ni aku cakap pasal V.O.K.A.L. Vokal.

Hmm dahlah malas nak komen panjang-panjang.
Kang komen lebih-lebih kang orang fikir lain -___-"

So konklusinya untuk TV3 dan penganjur AJL, lepas ni kalau takde lagi mana-mana rakyat Malaysia yang minat pada industri muzik tanah air, jangan salahkan kami sebab anda sendiri pun tak reti nak menghargai tahap kesenian seseorang artis.

Faizal Tahir dan Yuna, saya akan support kalian.
Tahun depan kalau korang tak tercalon dalam AJL, kemungkinan besar aku pun tak mahu tengok dah AJL tu atau bak kata kawan kepada kakak aku, merangkap kakak kepada kawan baik aku di laman bukuwajah dia,

"TOLONG INGATKAN AKU jangan tengok AJL lagi. ppfffttt."

Hahaha... 


So tahun depan mahu sokong artis antarabangsa pulak!
Yeayyy... Maher Zain! wink wink ^_*



3 bicara tanpa suara:

Mr. Swift berkata...

Hello! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo anda!
Btw lawa blog and happy blogging! And happy new year! Sempat lagi kan? :)

Psst : Bloggis Comel Buat Perkara Tak Patut Jangan Tiru!

Hatiku di HARAJUKU berkata...

semua yang bertanding layak menang coz masing2 terbaek.
lumrah setiap kejadian dlm dunia, apa yang terjadi sering tidak memuaskan hati sesetengah pihak.

secara jujur, ak x de la berapa suka lagu ana tu...tp ambil kemenangan dia tu sebagai mende +ve untuk industri hiburan malaysia. sebagai motivation pd penyanyi junior untuk terus berkarya.

biarlah diowg nak slang orang putih ka, apa ka...janji tetap dalam bahasa melayu...bukan isu slang nak dihebohkan....rata-rata penyanyi malaysia ramai yang berslang omputih..biarkan saja janji kita paham..sudey....

ak dengar kat HOT FM ada komen2 dr pendengar..cukup x paham pada yang suka kondem. nak komen, boleh...tp berikan yang membina..jgn nak menjatuhkan orang lain. bagaimana kita nak maju jika kondem yang sering diberi, tp bukan yang membina.

kemenangan bukan keselesaan untuk orang yang menggapainya tp bermula langkah untuk pemenang membuktikan mereka mmg layak untuk menang....

Fira hilwa berkata...

@Mr. Swift ok, dh folo blk & thx! =)


@Hatiku di HARAJUKU ain, pape pn aku ttap rs hafiz xlayak utk mnang vokal... huk3.. xpela, bnd dh lps.. bila sume bckp psl rezeki, aku pn perlu akur utk ckp cmtu.. yup, dh mmg rzki dorg... huhu xdgr lak HOT fm pg ni :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB