Untuk peminat drama Korea,
bergembiralah kerana TV3 menyiarkan drama Korea buat pertama kalinya tanpa alih suara/dubbing!
Hip hip hooray!
Sekurang-kurangnya aku tak gelak dah dengan suara bahasa Mandarin tu.
Paling takleh terima kalau diorang sebut nama watak dalam drama,
uihhh sesuka hati je tukar sebutan nama Korea jadi nama Cina.
Drama ni disiarkan di Korea pada Mac 2007.
Jadi mungkin ada yang dah layan cerita ni.
Aku belum pernah layan, so nilah masanya untuk aku layan.. Wink2
Lagi-lagi hero dia ialah Jang Hyuk; yang berlakon drama Successful Story of a Bright Girl bergandingan dengan Jang Nara..
Lama dah tak nampak dia berlakon.
Lakonan dia dalam drama ni memang terbaik!
Sinopsis:
Drama ni berkisah tentang Dr Min Gi Suh (Jang Hyuk) yang merupakan seorang doktor bedah.
Apabila dia mengetahui kekasih dia; Cha Ji Min (Choi Kang Hee) yang merupakan seorang doktor juga di kawasan perkampungan menghidap kanser usus, dia cuba untuk menyelamatkan kekasih dia tu.
Tapi pembedahan itu berakhir dengan kematian Ji Min.
Sejak tu Gi Suh berubah menjadi seorang manusia yang macam takde hati dan perasaan.
Dia suka pandang rendah pada orang lain, suka maki-maki orang.
Ikut suka dialah nak buat apa pun... Yang penting hati dia puas.
Sebelum Ji Min meninggal, Ji Min berpesan suruh Gi Suh mencari seorang kanak-kanak.
Masa Ji Min sampaikan amanat tu, dia memegang dan memeluk serta mencium anak patung teddy bear besar berwarna coklat (seperti dalam gambar).
Dia minta Gi Suh memberi teddy bear tersebut pada kanak-kanak tu kalau Gi Suh jumpa dia sebagai tanda memohon maaf sebab bersalah ketika melakukan proses masukkan darah dalam badan budak tu sehingga budak tu terkena jangkitan AIDS.
Kerana rasa bersalah yang teramat sangat, Ji Min beriya-iya minta Gi Suh tunaikan hasrat dia tu.
Dalam feri menuju ke perkampungan yang menempatkan kanak-kanak yang dimaksudkan oleh Ji Min,
Ji Min terjumpa seorang budak dan memberikan teddy bear itu kepada budak tu.
Tak lama tu, Ji Min pun mati. Mati kerana pembedahan yang tak berjaya itulah.
Bukan meninggal sebab letih duduk lama-lama dalam feri, kau jangan pandai-pandai nak jadi pengarah eh.
Akibat daripada pergaduhan ketika menjadi doktor pakar bedah,
Gi Suh akhirnya meletak jawatan.
Dia pun dapat rasa selepas kematian Ji Min hidup dia dah macam tak berguna dah.
Akhirnya ibu dia yang memiliki sebuah syarikat besar mengarahkan Gi Suh untuk bekerja bersama orang bawahannya iaitu Suk Hyun (Shin Sung Rok) *kalau korang perasan,
mamat ni pernah berlakon dalam drama 1 Mom 3 Dads*.
Bekerja sebagai pembantu Suk Hyun.
Maka, Suk Hyun pun membawa Gi Suh ke kampungnya.
Sampai sana, entah amende alah entah mak Suk Hyun ni buat hal pulak.
So terpaksalah Gi Suh bermalam di tempat lain.
Masa tunggu bas untuk mencari tempat penginapan, dia ternampak seorang pakcik tua ni membawa teddy bear mendiang awek dia punya dulu.
Memang dia tengok saling tak tumpah dengan yang awek dia punya sebab ada reben besar warna krim kat leher teddy bear tu.
Reben tu awek dia yang ikat.
Akhirnya dia ikut langkah pakcik tu sampailah ke rumah pakcik tu.
Rupanya pakcik tu atuk kepada Young Shin (Gong Hyo Jin ).
Nyanyuk atuk tu. Sekali bila dia perasan Gi Suh ikut dia, dia tarik mamat tu masuk rumah.
Dia layanlah Gi Suh tu. Sekali dia baginya mamat tu makan pie coklat isi sekali ubat darah tinggi dia
dan segala macam ubatlah sampai mamat tu pengsan... Wahaha.. Kelakar jugaklah part ni.
Bila Young Shin dan anak dia Lee Bom (Seo Shin Ae) sampai rumah, punyalah terkejut sebab ada lelaki yang diorang tak kenal dalam rumah tu.
Bila Gi Suh dah nak ok, dia terus bangun, ambil teddy bear tu dan blah.
Hampir menangis Lee Bom bila nampak anak patung kesayangan dia yang diberi nama Bomdong tu diambil oleh orang lain.
Sampai Lee Bom panggil Gi Suh pencuri.
Jadi episod siang tadi yang aku tengok, Gi Suh ni cedera pasal tolong Suk Hyun belasah budak-budak nakal.
Dia pun sekarang dah tinggal menyewa di rumah Young Shin.
Dia menginap kat tempat yang dulunya Young Shin jadikan stor simpan barang.
Kemudian dia terdengar mak Suk Hyun marah-marah Young Shin dan suruh Young Shin keluar dari kampung tu sebab orang-orang kampung semua macam tuduh yang Lee Bom tu sebenarnya cucu dia merangkap anak tak sah taraf Young Shin dengan Suk Hyun.
Tapi sampai laa ni Young Shin tak buka mulut pun Lee Bom tu anak siapa.
Kiranya semua orang tak tahu, tapi penonton mestilah tahu.
Hakikatnya Lee Bom tu memang anak Suk Hyun. Sebab Young Shin tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki melainkan dengan Suk Hyun je.
Tapi sebabkan Suk Hyun dah bertunang jadi Young Shin malas nak panjang-panjangkan cerita.
Walau beribu kali pun Suk Hyun tanya dan dia dapat rasakan Lee Bom tu anak dia,
Young Shin tetap nafikan.
Rupanya yang Gi Suh sangka teddy bear tu Ji Min tersilap bagi pada orang yang tak sepatutnya tu, salah sama sekali.
Memang Lee Bom lah kanak-kanak yang Ji Min maksudkan.
Sebab Young Shin selalu ajar Lee Bom (masa tu hidung Lee Bom berdarah),
kalau ada sesiapa yang nak tolong dia kalau dia terluka sampai berdarah jangan bagi!
Jangan bagi sesiapa pun sentuh darah/luka Lee Bom.
Jadi masa Lee Bom terluka, Suk Hyun nak tolong terus Lee Bom mengelak.
Dia tak paham kenapa tapi sebab mak dia ajar macam tu jadi dia ikut je pesan mak dia.
Sampai Suk Hyun rasa Young Shin tu terlalu ego, ajar anak dia pun menjadi manusia yang ego jugak.
Padahal orang tak tahu pun penderitaan Young Shin... T____T
Kesian jadi Young Shin. Dahlah jadi ibu tunggal pada anak yang tak sah taraf.
Anak dia pula menghidap AIDS sebab kesilapan doktor..
Anak dia pula menghidap AIDS sebab kesilapan doktor..
Kemudian selalu kena maki dengan mak Suk Hyun.
Lepas tu kena jaga pula atuk dia yang nyanyuk. Kadang kalau ingatan atuk dia pulih, mesti atuk dia lari dari rumah dengan meninggalkan sepucuk surat.
Jadinya terpaksalah dia dengan Lee Bom buat laporan polis dan mencari atuknya keliling kampung.
Kemudian jumpa pulak orang macam Gi Suh yang panas baran tu, lagilah kesabaran dia teruji.
Nasib baik dia penyabar walaupun suka merungut-rungut kat belakang... Teehee.
Kadang-kadang aku rasa bestt gak watak Young Shin ni. Pasal dia jadi ibu yang suka layan kerenah anak dia.
Ada masanya dia jadi ibu yang suka meluahkan perasaan pada anak dia.
Lee Bom yang banyak mulut. Petah bercakap.
Kalau dia salah sebut sesuatu sebutan, mesti mak dia tegur.
Kalau mak dia salah, dia pulak jadi penegur... Hik!
Yang kelakar bila dia cakap, "Cantik gila!"
Nanti Young Shin tegur, "Jangan cakap gila. Tak baik."
Sekali tu Young Shin malu sangat dengan Gi Suh sebab satu insiden tu.
Jadi Young Shin sebutla, " Mak malu gila ni!!"
Kemudian Lee Bom tegur, " tak baik cakap gila"
Hahahah... so sweet~
Tiap-tiap kali tengok cerita ni memang tak bosan.
Memang pukul 3 petang, setiap Isnin hingga Khamis je aku dah dok tercongok kat depan TV.
Semata-mata nak tengok cerita ni.
Cerita Korea yang paling best tentang ikatan kekeluargaan.
Kadang tengok cerita diorang takdelah jiwang pasal cintan cintun tapi pasal family je dah boleh buat orang nangis.
Pesan Moon yang dah tengok cerita ni, dia cakap suruh aku sediakan tisu.
Hehehe.. tisu kat rumah ni dah habis, jadinya aku sediakan tuala jelah buat lap hingus & airmata. kih3..
4 bicara tanpa suara:
Fira,
Ngee~~ sangat tak adil. Aku mana boleh tercongok depan TV masa tu hahaha
Aku kan kerja, adehhhhh :P
Takpe, nanti aku tengok kat Mysoju ;D
@airina ops! ngee :13 lupa nk bt ayt amaran, org yg bkerja di ofis dilarang utk mlihat cte ni di kaca tv... haha :28
hyee. eh menarik gila template blog awk. hehe. anyway, ingatkan tu cerita jepun. adeh. :D
@asybedazzle :10 thx! hehe.. cte korea la.. :13
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)