Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 13 Januari 2011

Ibu Yang Tidak Pernah Kecewa

Tiba-tiba malam-malam Jumaat ni teringat penulis, 
so saja nak share dengan pembaca tentang kisah ini...
Kisah yang ditulis oleh penulis sendiri untuk ibunya...
Dan merupakan graduan perubatan dari University of Sheffield, United Kingdom.

Kisah ni, aku ambil daripada iluvislam.com.
Dan sebelum ni aku memang pernah baca dari blog penulisnya sendiri -> http://masafzal.blogspot.com
Bezanya kisah ni dah dialih dari Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.
Kisah yang buatkan aku tersentuh sangat-sangat T__T

Dan inilah kisah hidup Dr Mas Afzal Masarudin yang juga penghidap kanser. Cekidot!


*       *        *

Mungkin ramai yang sukar untuk percaya; walaupun beliau merupakan seorang ibu yang berkerjaya, beliau telah berulang-alik dari Kuala Lumpur ke United Kingdom sekurang-kurangnya 4 kali dalam masa kurang dari setahun.
Kesemua perbelanjaan ditanggung sendiri dan bukanlah dibiayai oleh kerajaan.

Tatkala semua orang membuat persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau membuat keputusan untuk menyambut hari mulia itu bersama anaknya di bumi asing United Kingdom.
Sekurang-kurangnya, beliau boleh masakkan lemang, rendang dan kuah kacang yang sangat dirindui oleh anaknya.

Saya masih ingat beberapa tahun lepas, saya telah berkata kepada diri sendiri bahawa apabila saya besar nanti, saya akan memiliki pekerjaan sendiri, kehidupan yang terjamin dan menjaga ibu saya.
Saya mahu berikan beliau kasih sayang sepertimana kasih sayang yang telah beliau curahkan kepada saya ketika saya kecil.

Walaubagaimanapun, Allah pastinya mempunyai perancangan tersendiri.

26 tahun telah berlalu, saya masih bergantung kepada ibu sepertimana saya masih kecil dulu.
Menghidap penyakit kanser membuatkan saya merasakan bahawa saya kembali menjadi seorang bayi, 
jika dilihat dari segi perhatian yang diberikan oleh ibu.

Ketika gatal di badan saya menyerang dan saya tak mampu untuk menahannya, 
ibu akan sentiasa membantu saya meletakkan ubat krim.
Selain itu beliau akan tolong garukan belakang saya supaya kegatalan itu reda.

Ketika saya rasa tak sedap badan dan sangat penat, 
ibu akan duduk di sebelah saya dan meletakkan tangannya di atas lengan saya. 
Bahasa tubuhnya menyatakan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.

Ketika saya batuk dengan teruk dan rasa tertekan dengannya,
ibu akan mendekati saya dan beliau akan memeluk saya; 
pelukan yang saya sangat perlukan untuk terus kuat dan tabah.

Dan perkara-perkara tersebut dilakukan berterusan.

Ketika ibu bertugas di luar daerah, selalunya saya akan turut bersamanya; 
sama ada saya akan menjadi pemandunya atau saya menemaninya di dalam pesawat.
Ibu sanggup membeli tiket kapal terbang tambahan jika perjalanan perlu menggunakan kapal udara itu.

Sepanjang beberapa bulan lepas, kami telah mengembara bersama-sama ke Langkawi, 
Kuantan, Seremban, Genting Highlands dan lain-lain lagi.
Saya akan bersama ibu setiap kali ibu outstation kerana ibulah insan yang terbaik dalam menjaga anak lelaki yang berumur 26 tahun ini.

Beliau tahu apa makanan yang terbaik untuk saya, apa yang saya boleh buat dan tidak boleh buat, 
dan apa yang saya perlu lakukan apabila saya berhadapan dengan detik-detik yang sukar.
Kadangkala saya hairan dari mana ibu memperoleh tenaga, kesabaran dan kekuatan untuk terus cekal menjaga saya.

Cuba anda tanya siapa-siapa yang menjaga pesakit kanser dan anda akan faham maksud saya.

Ibu juga akan sentiasa pastikan bahawa beliau tidak akan menunjukkan muka marah di hadapan saya.
Beliau faham bahawa bagi pesakit kanser, tekanan dan nafsu amarah perlu diminimakan.

Kadangkala ibu akan berjenaka
bilamana beliau berbual dengan rakan-rakan atau sanak-saudara, beliau akan mengatakan bahawa saya adalah 'bayi besar.'
Pastinya saya tidak ambil hati dengan panggilan itu malah saya bersetuju dengan ibu kerana saya rasa terlalu dimanjakan olehnya.

Saya selalu terkenang, bagaimana saya mampu untuk terus hidup tanpa bantuan ibu.
Saya akan sentiasa memberitahu diri saya bahawa saya ada Allah dan Allah sendiri sudah cukup bagi saya.
Tetapi saya akan terus berdoa agar Allah berikan kesihatan kepada kedua ibu-bapa saya dan seterusnya 
Allah memberikan kemampuan untuk mereka terus cekal untuk menjaga 'bayi besar' mereka.

Saya tidak berapa pasti mengapa saya tulis tentang ini, 
tetapi saya merasa satu kekuatan untuk menulisnya sebagai tanda penghargaan yang amat mendalam terhadap ibu.

Dalam hidup saya, ibulah insan yang tidak pernah kecewa. 
Beliaulah insan yang memberikan saya kasih sayang tanpa syarat.

Kepada sahabat-sahabat di luar sana, sayangilah ibu masing-masing 
dan janganlah sekali-kali melukakan hati mereka.
Beritahu ibu kita, mengikut cara masing-masing, 
bahawa kita sangat sayang kepada mereka dan tidak akan menggantikan ibu kita 
dengan apa pun yang ada di dunia ini.


Penulis bersama ibu tercinta =)
 Isnin, 8 November 2010

 *         *         *


Serius meremang aku bila aku baca lagi kisah ni.
Seperti mahu menangis walaupun airmata tidak menitis mahupun bergenang pada ketika ini.
U know what?
Masa aku jumpa blog penulis ini, beliau baru sahaja beberapa jam pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan ini adalah post terakhir arwah..
Ayat yang aku bold-kan tu seperti ada maksud tersembunyi.
Seperti penulis sendiri sudah tahu yang dia takkan lama hidup di dunia untuk 'menyusah'kan ibunya lagi...

Dr Mas Afzal Masarudin meninggal dunia pada tarikh 18 Disember 2010 bersamaan hari Jumaat pada jam 2.24 pagi waktu Malaysia.
Dan kita sebenarnya kehilangan seorang bakal doktor yang mencintai Allah dan Rasul...
Yang benar-benar menyintai agamanya.

Kata-kata terakhir dia pada sahabat dia sebelum dia pulang ke Malaysia ialah; 
'if we do not meet again in this dunya we may meet in Jannah, inshallah'
(korang boleh rujuk komen-komen kat post ni di blog Allahyarham)

Di malam yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah 
dan surah Yaasin pada Allahyarham. Semoga Allahyaryam ditempatkan bersama orang-orang yang dirahmati Allah, juga bersama orang-orang yang soleh... Ameen.

Tenanglah, ya akhi.
Semoga kita akan dipertemukan di daerah 'sana'.. Inshaallah... :')

Ummi, i really-really love u walaupun kadangkala aku sedar yang aku ni bukan anak yang baik walaupun berpuluh ribu kali mencuba untuk menjadi yang terbaik...



9 bicara tanpa suara:

Unknown berkata...

Sedih sangat..... sangat2.... T_T

Fira hilwa berkata...

@iqbalsyarie yup... :11

.s.a.k.i.n.a.h. berkata...

innalillah..sy da bace artikel ni few months ago n add akhi kt fb since i read his blog..xtau lak akhi da meninggal..i salute his courage & his mom especially..moga akhi ditempatkn di kalangan org2 soleh,ameen..

Fira hilwa berkata...

@sakinah sy pun salute dgn ketabahan dia, dgn rs rendah dri dia menerima penyakit yg Allah bg tu sbgai tnda Allah cintakan dia... inshaallah dia bahagia di sana.. ameennn

airina berkata...

waaaa sedihnya! Seriously, air mataku bergenang...xsuka2 huhuhu5

Moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin ya Allah. AlFatihah.

Fira hilwa berkata...

@airina hmm klu bc komen mak dia lg sdih T___T

mak dia siap cerita sblm arwah mninggal, mlm tu arwah mcm xleh tdo so dia hbskn ms dia ngn bc Quran
& bt aku tfikir mcm mn la keadaan kte klu Tuhan nk jmput kte? adakah ketika 2 ktika masih mngingati DIA spt mn yg arwah akhi mas afzal @ sudah lupa pdNya?
wallahualam... hrp kte sume dijemput dlm keadaan yang baik..

ameen..

.s.a.k.i.n.a.h. berkata...

insyaAllah..kt mane fira baca komen mak dia?

Fira hilwa berkata...

@sakinah bc kt blog arwah... td ni sy bk, ada enti tbaru from his lovely mom.. bcla.. sedih..

Unknown berkata...

Salam perkenalan. Singgah sini nak tinggalkan jejak. Shoutmix payah nak klik Go pasal widget asyik prom out. So, tinggalkan tapak kaki kat sini. Dah follow. Kindly follow me back.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB