Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 25 Ogos 2010

•.¸¸.•´¯`•.♥ life is beautiful... love your life ♥.•´¯`•.¸¸.•

Assalamualaikum w.b.t..
Harap-harap para pembaca sihat walafiat semuanya *ehem, saja sebut PARA pembaca, berangan sikit kunun ramai pembaca..hakhakhak <- gelakkan diri sendiri*. 
Ada ke yang kena serang penyakit gastrik bulan-bulan puasa ni? Ohh kita sama, sep sikit *pap!* heheh. Tapi gastrik bukan alasan la weh untuk kau tinggal puasa. Orang miskin tu lagilah banyak gila penyakit diorang tapi diorang tabah je tak makan kan? Kalau diorang boleh berlapar, kenapa tidak kita? Kita boleh! Ho yeah! ^_^ 


Hmm sekejap je masa berlalu kan? Hari ni pun dah masuk malam 15 Ramadhan...haish rasa macam mahu nyanyi lagu mendayu-dayu supaya Ramadhan jangan tinggalkan daku.. tsk tsk tsk.. Kunun nak syahdu-syahdu tapi mengenangkan kelibat Mr B di luar rumah membuatkan aku tak jadi menangis berlagu. Hensem kacak bergaya dia malam ni mengintai dari jendela kaca. Adududu..  (。❤‿❤。) *entah jatuh chenta untuk kali ke berapa dengan Mr B pun aku kurang pasti..(∩_∩) tapi aku masih tetap menyukai & menyintainya biarpun aku tak pasti dia tahu ataupun tidak..tapi..rasa-rasanya tahu kot..hikhikhik*

Cerita pasal lagu, sebelum buat entri ni tadi terbaca note seseorang kat bukuwajah tadi. Pasal lagu Alejandro si Lady Gaga tulah. Halamek nasib baik aku bukan peminat dia. Aku hanya peminat BSB ok! BSB da best..heee *err BSB tu bukan Mr B kan?* Eshhh bukan~ bukan..lain bona..jangan ekau nak samakan mereka ok! huhu


Okeh sebelum melalut lebih jauh di bulan penuh berkat ni, marilah kita ke tujuan asal t0pik. Untuk makluman, kursus aku dah tamat pada 16 Ogos yang lalu. Now i'm freeeeeeeeee. Seronok giller dah habis kursus. Takde dah nak main kejar-kejar kuch kuch hota hai dengan tren lagi. Weehooo. Cuma hari last tu tak sangka Kak Yana menangis, sebak kitorang (aku dan Kak Ida) yang kepochi ni dah takde kat situ dah.. Sian dia. Tapi aku takdelah nangis jugak sebab aku memang tak sabar nak habis pun. Tak sanggup dah...
Ni pun sekarang tengah pulun siapkan tempahan raya. Tu pun semalam Jannah budak ghimo tu mesej tanya nak ambil tempahan lagi ke tak. Ikutkan hati memang tak nak dah. Tempahan orang tak banyak, 'tempahan' adik beradik sendiri je yang banyak ni, almaklum adik beradik ramai kan... Tahun ni pun dah tambah sorang abang, tahun depan insyaallah bertambah lagi sorang anak buah, kot-kot tambah lagi dua tu wallahualam lah kan.. Tapi tetap seronok. Ngeee

Hari ni punya cerita pulak, rasa sedikit gembira. Rasa macam nak senyum je. Rasa macam orang tengah mabuk cinta jek..erk..eh tak, tak..mabuk cinta lain kot. Tak sama kot dengan perasaan ni..*agaknya* haha. Kalau ada yang mengikuti entri sebelum ni yang wish pasal Ramadhan tu dan ada kisah pertama ramadhan yang menyakitkan hati tu..haa ingat tak? Ingat tak? Kalau tak ingat, korang klik jelah kat ayat yang bold tu, gi baca balik. Kalau dah ingat, atau dah baca, kita sambung balik cerita. Orang yang sibuk dok aku cakap benci dan berjaya buat aku menangis masa pertama Ramadhan tempoh hari sebenarnya ada suruh aku contact dia balik. Tapi bila dia dah buat aku sampai menangis depan Kak Ida, Kak Wani, Kak Yana dan Aini *malu woh time tu, tak pernah nangis depan orang tau..*, sampai sekarang ni aku tak contact dia balik. Tak kuasa.. Trauma, fobia, semua ada. Ish, bila ingat-ingat balik kes hari tu memang tak tahanlah nak nangis. Geram sangat-sangat. Cuba sebenarnya tak nak nangis tapi ternangis jugak depan diorang. Lagi-lagi bila Kak Yana cakap, " nangis je, tak payah nak simpan-simpan" hmmpphh lagilah buat aku tak malu..huhu. Betullah orang cakap lidah manusia lebih tajam daripada mata pedang. Kata-kata dia memang betul-betul menghiris hati aku.
" Dia datang bulan kot..." sampuk Kak Ida. Muka dia pun macam geram. Tengah nangis-nangis tu sempat aku tergelak.
" Datang bulan hape? Pondan pun tak datang bulan, kak...ni kan lagi dia! Suka suki cakap orang mengada-ngada."
Tapi yang aku nampak simpati sangat-sangat kat aku masa tu, Kak Wani lah. Sebab apa? Sebab dia yang bagi aku nombor that guy. Konon nak selesaikan masalah, tapi rupa-rupanya cari masalah... haizzz...


Jadi tanpa memanjangkan cerita yang dah basi ni, pagi tadi tengah aku terkebil-kebil kat atas katil sebab malam semalam tidur awal (pukul 9 dah masuk tidur, pukul 11.45 malam bangun sebab ingat dah tiba waktu sahur), tengah plan-plan nak buat apa hari ni, tiba-tiba terdengar sayup-sayup bunyi lagu Oh by Girl's Generation. Eh handphone aku bunyik! Menggelabah dah lepas tu tercari-cari handphone yang mana aku letak entah. Sekali tengok nama pemanggil kat skrin. Erkh...aku simpan ke nombor dia? Baiknya aku.... Hahaha. Teringat pulak semalam Kak Ida datang rumah dan beriya-iya suruh aku contact mamat ni balik, kalau tak mamat ni pun, contact lah siapa-siapa yang berkenaan tapi sumpah aku tak mahu. Alasan aku, "kita takutlah, Kak Ida... Kang kalau kena sembur lagi macam mana?" Huh bukan hobi aku nak menyumpah-nyumpah orang, melainkan kalau aku benar-benar sakit hati, tu pun menyumpah sambil menangis. Ahaks! Sengal~ Orang menyumpah muka ganas macam red bull, ni kau muka macam penyu bertelur..adehhh. Ye ah dalam hati ada taman beb..nak buat macam mana...Hihihi..

Pagi tadi macam mimpi dia contact aku. Elok je tanya itu ini, jawab itu ini. Waa pandai rupanya cakap sopan-sopan, ingat tak pandai. Serius memang macam baik giller, macam sebelum ni tak pernah lak cakap kasar dengan aku. Tapi takpelah, aku ni kan hati jeli, sekejap je okay maa. Lagipun aku agak masa aku contact dia dulu dia mungkin ada personal problem kira aku ni contact salah timing lah kot, tu yang dia sembur kaw-kaw macam kopi kapal api tu *eh kau bukan minum kopi radix ke? Curang ehhh*


Kak Ida orang pertama aku bagitahu, dan Kak Ida balas, "dia nak tebus kesalahan hari tu kot..hari tu kan dia datang bulan.." haha..hampeh jek ayat..ngee. Tapi ye kot. Tak pun mesti dia rasa something wrong je sepanjang-panjang ramadhan ni, tiba-tiba dia teringat rupanya dia ada buat salah kat aku, tu yang dia terus contact *tolonglah jangan jadi pengarang novel kat sini, tahulah kau tu memang hantu novel*. Lepas tu aku dengan bijak dan saksamanya lepas ucap 'terima kasih' sepantas kilat aku matikan talian. Fullstop. Urusan dah tamat dan takde apa harus diperkatakan lagi. Terima kasih, Mr Z. Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu! Ameen.. :) 1:1


8 Ramadhan 1431 H (18 Ogos 2010) (◡‿◡✿)

Seronok sebab dapat buka puasa dengan teman-teman lama. Lama dah tak jumpa diorang ( Zack & Tika), last jumpa Tika pun masa ummi gi Mekah. 18hb tu baru berkesempatan jumpa balik. Nasib baik ada driver yang nak jumpa pengarang jantung buah hati intan payung kesayangan dia ajak aku teman sekali, kalau tak, tak dapek...

Buka puasa di UPM, lepas solat maghrib entah macam mana boleh pula melencong ke Masjid Besi, Putrajaya buat kali kedua. Wah! Rasa terharu sedikit sebab dapat jejakkan lagi kaki ke sana. Ya Allah, tak sangka sangat-sangat. Lepas buat solat isya' dan terawih lapan rakaat secara berjemaah, kitorang pun bersiap nak balik. 

Tika: " Uii imam muda yang dululah," Masa tu kaki dah masuk ke tempat persalinan wanita.
Aku: " Kat mana?" Aku memang nampak dua orang lelaki tengah duduk tadi tapi tak perasan kot ada yang aku pernah jumpa ke..
Tika: " Ada. Yang duduk kat tepi tu."
Aku: " Yang dua orang tu ke? Perasan je kau nih. Aku dah lupa muka dia macam mana."
Tika: "Ish mestilah ingat. Muka cute.."
Eeewww nak muntah aku dengar. Aku report gak kat BF si Tika ni kang cakap awek dia mata keranjang. Wuhahaha. 

Balik dari masjid, kitorang gi tempat best. Zack lah yang iya-iya mengajak, dia cakap lawa tempatnya. Area Putrajaya jugak, Pullman nama tempat tu. Memang lawa gaklah. Sesuai untuk orang cari ketenangan. Sayang tak bawa kamera malam tu, kalau tak boleh tangkap gambar kenangan. Takpelah, lainkali pergi kita tangkap gambar puas-puas k! Bawa DSLR lagi u...aww berangan kuat! haha 


2 bicara tanpa suara:

Tanpa Nama berkata...

tah2 mr z tu jodoh ko kot..hahahaa...doa2 la elaun masuk ek bln dpn skali ngn ko pyer elaun yg x dpt dlu tu...

tika gatal...bulan pose pun,pandangan mata x jage..hohoho...tp imam tu ensem kan...haha

Firah Al berkata...

ni k.ida ek... lenkali tgalknla nm. konpius sudey..hehe
choiiii! simpang malaikat dia jdoh kte..xmo2! huhu.

aish..hensem lg imam muda Aran kot...haha

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB