Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 30 Ogos 2010

atoiii.. tu pun tak tahu ke? (¬_¬)

Ni kisah buka puasa maghrib tadi *err dah atas pukul 12 ni, harus ditukar kepada maghrib semalam ke? huhu tak kisahlah*, tengah enak-enak menjamu selera berbuka dengan makanan di atas meja hampir licin lincau tiba-tiba ummi bersuara;

Ummi: "Ala, ummi lupalah nak keluarkan agar-agar makteh bagi tadi"
Dan dengan pantasnya Aqilah pergi menjunjung perintah mengambil agar-agar di dalam peti ais yang ada di rumah ini *takkan peti ais yang ada kat rumah kau pulak kot*

Semua melihat ke arah bekas jernih bertutup yang berisi agar-agar. Wahh macam nampak kek hadiah harijadi je kan... Sekali buka penutup, ternampaklah buah laici yang dipotong-potong elok berterabur di atas agar-agar. Orang pertama yang mencemar duli mengambil laici tersebut ialah aku *bangga nih* dan diikuti oleh tangan-tangan yang lain.

Aku dan yang lain: "Agar-agar apa ni, umi?" Warnanya hitam macam air sarsi tu..
Ummi: "Agar-agar ni buat dari air cincau"

 Cincau

Kemudian kitorang makanlah ambil rasa seorang sedikit, lagipun masing-masing dah kekenyangan, jadilah untuk buat rasa-rasa je. Lagipun macam tak pernah makan je agar-agar macam ni.

Aku: "rasa lai chi kang je.." sambil makan rasa-rasa tu doklah terbelek-belek mencari cincau.
Anas: "a'ahlah rasa lai chi kang"
Aku: "itulah pasal, tengoklah laici teraburnya lagi. Cincaunya mana tah"
Ummi: "Orang cakap air cincau bukan guna cincau."

Aku, Anas, Adib, Awwab masing-masing dah pandang-pandang. Apa lak bezanya air cincau yang ada cincau tu dengan agar-agar nih?

Aku: "Laaa kalau air cincau mestilah ada cincau, takkan ada cara lain kot buat cincau?" Hah kalau nak tahu, memang aku ni jenis selamba badak camni je kalau bercakap...

Ummi: "Guna daun cincau la.."
Aku: "Cincau ada daun?"
Adib: "Tak pernah dengar pun pokok nama cincau." Dia bercakap sambil pandang aku. Terus aku setuju. Kemudian kitorang ketawa terkekek-kekek. Pokok cincau...Aii macam lawaklah...
Awwab: "Entah, daun cincau pun aku tak pernah dengar."
Anas: "Laaa apalah sengal sangat korang ni. Kalau bukan pokok, mungkin buah cincau." Confident badak je mamat Arab tu bercakap.
Aku: "Pehal lak buah cincau?" 

Dah sudah...aku terbayang lak buah cincau bentuk bulat macam buah manggis *nape mesti manggis? Nape tak langsat ke, duku ke...*, isi dia ada cincau yang macam jeli tu. Hahahah.

Ummi: "Betullah guna daun. Tu ha makteh ada bagi kat ummi daunnya. Gi ambil kat atas meja, dalam plastik putih."

Segera aku bangun. Ambil plastik putih yang ummi maksudkan dan bawa ke arah diorang-diorang yang lain. Dalam plastik putih tu ada pula plastik warna oren. Aku belek daun dalam plastik oren yang ummi cakap tu. Nampaklah daun cincau. Rupanya macam akar kayu.

Ummi: "haa..daun tu rebus airnya, jadilah air cincau."
Anas: "ooo...habis kalau buat cincau tu?"
Aku: "mestilah buat macam agar-agar tu kan umi kan?"
Ummi: "yelah kot. Rebus air ni sekali dengan agar-agar lepas tu sejukkan, jadilah macam cincau yang jual kat kedai tu"

Ohhh ni pengajaran paling berharga ni. Sebelum ni aku pernah tanya dengan ummi kalau tauhu dan tempe tu buat daripada soya, cincau lak buat dari apa? Ummi pun tak tahu sebab selalu beli memang dah azalinya cincau begitu keadaannya; berbentuk petak, warna hitam dan lembik macam agar-agar atau jeli atau orang jawa panggil lengkong.

Jadi hari ni terjawab sudah..rupanya cincau ada daun. Macam akar kayu bentuk dia tapi aku lagi suka nak samakan ianya dengan daun teh sebab ummi bagitahu daun cincau tu boleh direbus 3x untuk buat air cincau. Waaa... *kagum*  

 Daun + akar cincau yang direbus untuk buat air

1 bicara tanpa suara:

Tanpa Nama berkata...

HA! beli la lagi cincau cina....air bancuhan tepung keladi bancuh pakai tangan...masuk dalam air daun cincau..masak...

Best kan cincau...best...air tangan cina.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB