Salam...
Hmm dah tiga hari tak melayari internet. Huhu. Tidur kat rumah Kak Ida... kebetulan internet dia problem so tak dapatlah nak online seperti biasa. Haihhh hidup tanpa internet agaklah membosankan untuk orang yang giler berlayar di alam maya ni...hahaha.
Mula-mula, nak ucap tahniah buat Saudara Asyraf sebab menjuarai program realiti tv; Imam Muda. Tapi sebenarnya aku minat Aran sebab dia hensem...hahaha. Ups! Tapi Asyraf dan Hizbur pun bagi aku kedua-duanya juara sebab dua-dua ada ciri-ciri keimaman <-- wah dh macam sebut Kemaman je...hehe. Jadi tahniah juga untuk kedua-dua mereka. Dan untuk kesemua 10 orang peserta TAHNIAH jugak kerana diberi peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Madinah dalam bidang mana-mana je yang diorang nak & biasiswa ditanggung sepenuhnya. Bestnya jadi korang... Jeles i~
Kemudian, tahniah juga untuk warga Selangor (akulah ni salah seorangnya) sebab Selangor memenangi Liga Super buat kali ke 48 (kalau tak silap dengarlah) dengan mengalahkan Terengganu 2-0. Hebat!
Ucapan tahniah kat atas tu bukan rahsia yang menjadi rahsia sebab takde apa yang nak dirahsiakan kerana dua-dua rancangan tu disiarkan di kaca televisyen secara langsung. Hoho.
Jadi yang rahsianya ialah...pasal blog aku ni... Blog ni bagi aku blog peribadi, tak semua kawan-kawan tahu pasal blog ni. Yang aku letak di bukuwajah tu pun sebenarnya tak semua orang dapat tengok link tu, ianya untuk di view oleh orang tertentu je (kat adik beradik pun aku hide kan link ni tau). Err..kiranya macam limited edition lah...hehehe. Tapi untuk orang yang aku tak tunjuk kat dia tapi dia (sebagai friend list) mampu jumpa blog aku nih, aku ucapkan tahniah & selamatlah menyelongkar segala sikap buruk aku...hahaha.
Kadang-kadang terkejut (malu pun ada) bila aku jumpa orang yang aku hide kan link blog aku ni dari pengetahuan dia kemudian tiba-tiba je dia bercakap tentang sesuatu yang aku dah ceritakan kat blog ni tapi takde niat langsung untuk bagitahu dia (maknanya dia TERjumpa blog ni)...err melampau tak kalau aku cakap dia tu macam suka menyibuk. Dah jumpa, dahlah. Diam-diam je. Ni seperti mahu mencanang apa jek. Malu i tauuuu... hukhuk. Tahulah cerita-cerita i kat dalam ni kadang-kadang melampau + syok sendiri + gila bayang + sengal-sengal ubi sikitttt..tapi ikut suka i lah kan? kan? Kang kalau cerita yang baik-baik, cakap pula kita ni konon baik sangat macam malaikat.
Tapi memang secara jujurnya aku tak pernah saja-saja bagi kat orang link blog aku ni. Yang aku bagi tu pun untuk kawan-kawan rapat & yang suka sangat ambil berat pasal aku, lepas tu ada yang aku rasa diorang tak kisah pun dengan blogspot jadi mesti kalau diorang nampak link yang appear tu, komperem diorang takkan klik derrr, kalau diorang klik pun diorang takkan kecoh-kecoh punya. Dekat member-member yang memang dah ada blog (tak kisahlah apa pun jenis blog diorang asalkan diorang ada blog dan aku memang berminat berjalan-jalan mengembara kat blog diorang) memang WAJIB aku appear kan sebab bagi aku orang ada blog ni memang suka menyelongkar blog orang lain terutama kawan-kawan dia (tak kisah sama ada yang pernah jumpa atau kenal di alam maya semata-mata). Ada je beberapa orang pengikut blog aku ni yang diorang TERjumpa blog aku, bukan aku bagi pun. Kadang-kadang nak search lain tapi tiba-tiba jumpa lak blog perempuan kuat perasan ni, tu yang tiba-tiba lagi terfollow tu..ekekeke.
Kalau rajin, bila aku update blog ada jugak aku buat kat status bukuwajah bagitahu tapi takdelah sampai bagi link sebab rahsia is rahsia kan... Jadi status tu untuk orang-orang tertentu je walaupun kat bukuwajah tu kawan-kawan yang aku approved dan add adalah orang-orang yang kebanyakannya aku PERNAH jumpa (yang tak pernah jumpa @ tak kenal langsung boleh dikira je dengan jari. Ada yang add kadang-kadang sebab jumpa blog ni, ada gak sebab saja-saja, yang saja-saja tula ada potensi untuk dibuang daerah bukuwajah Ya Hilwa...ha ha ha)
Kenapa blog ni dirahsiakan dari pengetahuan orang awam di daerah bukuwajah Ya Hilwa dan hanya orang-orang tertentu je boleh tahu? Sebab aku tak suka kejar glamour *wahhh jawapan seperti mahu di bom sampai mati gituuu sebab terlalu poyossss! hahaha* Aishh..takdelah macam tu.. Aku buat blog ni suka-suka je. Takde niat pun nak bagi semua orang tahu sebab lagi ramai orang tahu tentang kita, takut lagi ramai yang menyampah dengan kita. Alaaa..korang-korang yang sikit-sikit ni pun kira dah cukuplah untuk nyampah dengan i~ Lagipun i tak kesahhhh sangat dengan korang-korang ni sebab kita serupa, gila amek tau pasal orang~ hikhik.
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)